Dialah Yang Sebenarnya
Bab 7 (Part 3)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
287

Bacaan






Argh! Aku simpan jela nombor dia. Boleh cek gambar whatsapp dia. Boleh tau siapa dia. Tak payah pening-pening. Apahal dengan aku ni pun aku tak tau. Bengong betul aku ni. Yani membebel seorang diri sambil menekan-nekan butang menyimpan nombor tunangnya menuju ke biliknya. Selepas selesai simpan, laju tangannya menekan whatsapp untuk melihat siapa gerangan tunangnya. Fuh..berdebar tak terkata. Siapa agaknya.

Terbaling telefonnya dek terkejut melihat wajah tunangnya. Apa..apa..apa semua ni? Kenapa dia? Kenapa, Farhan Hakimi yang menjadi tunangnya! Ya Allah! Patutlah wajah Auntie Badariah tu macam aku kenal. Apa semua ni! Tak mungkin dia! Argh!!! Suara jeritan Yani kedengaran di seluruh rumah. Berlari abangnya menuju kebilik adiknya.

“Adik!! Kenapa? Apa yang terjadi? Ada apa-apa ke dalam bilik ni? Ada lipas ke?” Keliling Amsyar berjalan yang mencari-cari apa-apa yang ada dalam bilik adiknya. Yani ni, kalau nampak lipas yang jauh jarak dari dia, menjeritnya memang satu rumah boleh dengar.

“Abang! Bukan lipas lah..Tak ada lipas pun. Abang cari-cari dia pun, abang pun takut juga kan..Karang abang yang lari dulu bila nampak lipas kan..” Sempat lagi Yani mengusik abangnya, walaupun hatinya cukup terkejut dengan apa yang terjadi sekarang ni.

“Citt! Sempat eh Yani kenakan abang. Habis tu dah jerit satu rumah boleh dengar ni, dah kenapa? Kalau bukan lipas apa lagi?” Tanya abangnya yang kelihatan bingung.

“Abang.” Tenang Yani tenang.

Amsyar mengjungkit sedikit keningnya, bila Yani memanggil, namun, dia tidak berkata-kata apa, memberi sedikit ruang untuk adiknya menenangkan dirinya.

“Abang, remember the guy, I told you when I was study in Melaka? The guy name, Farhan? Do you remember?” tanya Yani pada abangnya.

“Oh. Farhan. Lelaki yang pernah buat Yani terluka hati sampai bawak lari pergi London tuh? Kan? Kenapa dengan dia?” soal Amsyar.

“Dia..rupanya tunang Yani, abang. Tunang Yani, abang! Serious, abang betul-betul tak tau ke? Mama, Papa tak bagitahu abang, siapa tunang Yani ke?” Wajahnya abang berubah terus. Terpinga-pinga sebentar Amsyar.

“Biar betul, Yani? Confirm ke dia? Entah-entah salah orang ke? Tak! Abang tak tau langsung, Yani. Percayalah, abang memang tak tau menahu langsung perihal siapa gerangan tunang adik, sebab bila abang tanya mama, mama kata tunang Yani minta rahsiakan semua. Jadi, abang malas nak ambil pusing sangat. Serious, Yani! Abang tak tau langsung!” Bersungguh-sungguh abangnya mempertahankan dirinya.

Tergelak Yani melihat abangnya begitu. “Abang, relax lah, Yani bukannya marah abang kea pa, Yani bertanya sahaja. Cuma, entahlah, susah Yani nak hadam semua ni abang. Bila tengok gambar dia kat whatsapp, Yani terus terkejut, itu yang menjerit. Tak apalah, biar yani fikir apa yang Yani patut buat eh abang.”

“Betul ni? Nak abang tolong apa-apa tak? Jumpa mamat tuh ke? Tanya dia, kenapa buat macam ni semua. Nak?” Tersenyum Yani melihat abangnya. Bersyukur Yani ada abang yang sentiasa ada disisi adiknya.

“Tak apa, abang, I’m okay! Apa-apa Yani minta tolong abang, okay? Dah abang pergi main game sana, Yani nak baca buku!”

“Amboi halau nampak?”

“Bukan halau lah, betul lah, adik nak membaca lah. Nak lupakan kejap.” Tersengih-sengih Yani memandang abang kesayangannya.

“Yela, adik. Dah kacau orang main game, lepas tu halau pulak. Ish ish. Haa, pergilah baca buku. Abang keluar, apa-apa, whatsapp abang, jangan jerit. Terperanjat!” Terkekeh-kekeh Yani gelakkan abangnya.

“Padan muka. Kira seri lah kan, tadi kenakan adik, sekarang abang pulak.” Perli Yani sambil menjelirkan lidah, lantas menutup pintu bilik sebelum dicubit abangnya.

Hatinya agak lega sedikit bila bercakap dengan abangnya, walaupun hakikatnya, masalah ini belum selesai lagi. Sungguh dia tidak mengerti, mengapa Farhan perlu buat begini? Apa tidak cukupkah dia menyakiti hati aku? Banyak persoalan belum terjawab tapi ini bukan masanya lagi. Lebih aku rehat, tenangkan diri dengan membaca sebentar, lepas itu, baru fikir, apa tindakan seterusnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku