Dialah Yang Sebenarnya
Bab 8 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
200

Bacaan






Gambar Ilyani Kaisara yang tersenyum disisinya, suatu ketika dahulu ketika belajar. Wanita yang berjaya membuat hatiku terpaut padanya, akan tetapi aku juga yang menghancurkan hatinya. Kenapa aku teruk sangat dahulu?

Empat Tahun Dulu

Ahhhh! Aku tak boleh dengan Sara lagi. Aku harus minta putus! Apa nak jadi, jadilah. Farhan kelihatan duduk bersendirian dibangku sedang memikirkan bagaimana harus dia minta putus dengan Sara, hatinya tidak lagi boleh terima dia dalam hidupnya, kerana hatinya sudah tiada rasa sayang pada Sara lagi.

Sedang khusyuk berfikir, suara dari seseorang yang sangat dikenalinya menegur, “Hai, sayang! Termenung je dari tadi Sara perhati. Rindu Sara ke?’ ujar Yani yang tersenyum riang.

Farhan hanya memandang dengan wajah kurang senang pada Yani. Hatinya rasa meluat secara tak rasa bila mendengar suara lunak Yani.

“Sara, ada benda penting yang saya nak cakap dengan awak sekarang,” Farhan bersuara dengan nada serius.

Yani memandang pelik pada Farhan, “Farhan, kenapa nak serius sangat suara? Nak bincang apa? Sara ada dekat sini, bagitahu lah apa yang awak nak cakap, luahkan pada Sara ye,” jawab Yani yang risau melihatkan Farhan.

Fikir Yani, adakah Farhan ada masalah? Masalah keluarga ke? Kawan ke? Kewangan ke? Atau! Sebenarnya Farhan ni tengah gelabah nak fikir cara nak melamar aku ke? Sebab tuh lah dia kelihatan risau seminggu dua ni? Kalau itu, alangkah gembiranya hati aku ni! Lebih-lebih lagi, ini adalah tahun terakhir mereka berdua belajar. Tersengih Yani sendirian memikirkan perakara itu, terlupa sebentar Farhan berada didepan matanya.

Sedang asyik berkhayal, nada suara Farhan mengembalikan dirinya didunia nyata. “Sara. Sejujurnya..saya..” terasa susah untuk Farhan bersuara dan Yani masih tenang menunggun kata-kata dari Farhan.

Farhan menarik nafas dan kembali bersuara, “Sara. Sejujurnya, saya tak mampu nak teruskan hubungan ini lagi,” sejurus mendengar kata-kata Farhan berubah terus wajah Yani

Lain yang difikir, lain pula yang didengarnya. Yani benar-benar kehilangan kata-kata, bila terdengar apa yang dikatakan oleh Farhan. Hatinya menjadi sakit teramat, namun, air matanya tidak mampu mengalir, hanya nafas sahaja naik turun menahan kemarahan dihatinya.

Dia harus tenangkan dirinya sebelum berkata-kata. Tidak mahu dilihat bagaikan dia pula yang tergedik-gedik hendak pada dia. Seharusnya dia kuat. Ketika ini, dia hanya mahu mendengar alasan Farhan dahulu sebelum dia bersuara.

Farhan terasa gelisah melihat Yani yang masih diam seribu bahasa, hanya pernafasannya kelihatan tidak teratur, dan ketika ini, dia hanya menuggu ledakan marah daripada Yani. Tetapi apabila hampir sepuluh minit tiada kata-kata daripada Yani, Farhan tidak boleh tahan lagi dan dia akan mula bersuara.

“Sara, kenapa awak senyap?” Farhan bertanya. Yani kelihatan memandangnya dengan tersenyum sinis.

“Dah tuh, sekarang ni nak suruh I cakap apa ye? Apa yang mahu you dengar daripada I? Jadi, I syorkan you terangkan sahaja alasan you sekarang,” cadang Yani, sungguh dia tidak tahu bagaimana dia boleh berkata begitu dalam keadaan sebegini.

Tergamam Farhan mendengar suara Yani yang begitu tenang tetapi dengan nada yang tegas, bagaikan tiada rasa sedih langsung dengan apa yang dikatakannya.

“Baiklah. Saya tiada hati pada awak lagi. Langsung tak ada. Bila dengar suara awak tadi, hati saya rasa menyampah. Jadi, ada apa yang awak nak cakap pada saya?” Farhan membalas untuk menambahkan lagi kesakitan hati Yani. Jujur hatinya gembira dengan keadaan sekarang, tidak perlu lagi fikirkan pasal Yani lagi.

Yani tergelak bila mendengarnya, hanya dengan cara ini, Farhan akan tahu, sedikit pun dia tidak kisah, walaupun, jujur hatinya terlampua sedih. Lelaki yang dia sayang, seluruh keluarga sudah mengenalinya tapi ini dia dapat?

“I see. Baguslah. Kalau macam itu, tak perlu kita berjumpa lagi. I anggap hari ni adalah last day I akan nampak muka you and dengar suara you. Tolong jangan lagi macam dalam hidup, jangan sesekali berani tegur I, andai kita terserempak dimana-mana pun. Selamat berbahagia, Farhan Hakimi. Assalamualaikum.” Jawab Yani dengan jelas dan tenang tapi dengan nada yang tegas.

Baru hendak mengorak langkah dari situ, Yani berpusing kembali dan berkata, “Terima kasih pernah muncul dalam hidup I, tapi mulai hari ini, I akan lupakan segala apa-apa yang berkaitan dengan you kecuali perkara ini, I akan ingat sampai bila-bila! Selamat tinggal, Farhan.” Farhan benar-benar terpukul dengan kata-kata Yani dan tiada apa yang boleh dia katakan lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku