Dialah Yang Sebenarnya
Bab 8 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
304

Bacaan






Paaap! Bisa sungguh pukulan di bahunya. Ini tak lain tak bukan, ibunya sendiri. Terus dicebikkan muka, tanda merajuk dengan ibunya.

Datin Badariah bersuara, “Yang anak Mummy termenung kat luar sejuk-sejuk ni kenapa? Tak payah nak mencebik sangat, awak tu dah besar.”

“Alah, Mummy nak bermanja sikit pun tak boleh ke? Bukan selalu pun. Tak ada apa lah, Mummy saja ambil angin luar,” jawab Farhan pada Datin Badariah.

Datin Badariah hanya mengangguk mendengar jawapan anaknya. Hati tua ni cukup risau dengan keadaan anaknya sejak kebelakangan ni, termenung sana, termenung sini.

“Farhan, dah call nombor Yani? Mummy ada bagikan?” teringat nombor yang diberi pada Farhan, teringin juga dia tahu, adakah mereka berdua sudah berkomunikasi diantara satu sama lain.

Farhan garukan kepala, teringat nombor diberi oleh ibunya, hatinya takut sekali hendak buat panggilan pada nombor itu. Farhan hanya memberi jawapan, “Belum, Mummy.”

“Ya Allah, Farhan! Apa kena dengan Farhan ni? Sampai bila nak macam ni, Farhan? Beranikan lah diri tu sikit, awak beria-ia nak Mummy Daddy merisik dan bertunang dengan Yani, sekarang Mummy Daddy dah buat, sekarang ni Mummy tak minta banyak Farhan, telefon lah dia, jangan berteka-teki lagi. Awak tu lelaki, be brave, Farhan Hakimi.” Panjang bebelan ibunya. Dia hanya mengangguk, mengiakan apa yang ibunya perkatakan.

Ibunya bersuara lagi sebelum bergerak masuk ke rumah, “By this week, Farhan, Mummy nak awak contact Yani, kalau tak, Mummy batalkan semua ni.”

Lantas Farhan bersuara, sejurus mendengar ugutan ibunya, “ No, Mummy! Jangan! I will contact her by this week. I promise. Just don’t do to me, Mummy. I love her very much.”

Puas hati Datin Badariah mendengar jawapan anaknya. Kalau tak diugut, entah bila nak bertindak. Cuma hati kecilnya juga berdebar dengan respon daripada Yani apabila tahu tentang Farhan. Adakah dia akan menerima atau sebaliknya. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Dan sebagai ibu, dia akan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku