Dialah Yang Sebenarnya
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
234

Bacaan






SEDANG sibuk dia meneliti laporan projek yang bakal dijalankan, telefonnya berdering kuat laju tangannya mencapai telefon bimbitnya dan alangkah terkejut dia melihat nama yang menelefonnya ketika ini. Laju jantung Farhan berdegup untuk menjawab panggilan telefon.

Selepas menekan butang jawab, dia diam untuk mendengar suara pemanggil dan.. “Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Farhan Hakimi?” suara yang sangat dirindui merdu sekali mendengarnya.

“Hello?? Tak ada orang ke nak jawab?” suara Yani kedengaran geram dengan Farhan yang masih lagi senyap.

Farhan dengan gugup menjawab, “hh..el..lo, Sara? Sara kan? Sara..”

“Hah ada suara pun. Oh by the way, jangan panggil I “Sara”, boleh tak? Tak suka! Kita bukannya ada apa-apa lagi!” jawab Yani dengan tegas.

Farhan terdiam lagi, jujur dia tidak tahu apa yang perlu dia respon ketika ini kerana dia sungguh gembira apabila Yani menelefonnya dan malu dengan dirinya kini. Sepatutnya dia yang membuat panggilan dahulu bukan Yani.

“Aduhai! Diam lagi. Okay, macam ni lah, I telefon ni nak bagitahu yang I nak jumpa you petang ni lepas kerja, boleh tak? Jumpa I di restoran Indah dekat dengan ofis you. Setuju? Ada banyak benda kita kena bincang sekarang ni.”

“Chawan? Petang ni? Okay, I tunggu you dekat situ ke you nak I amik you?” jawab Farhan.

“Eh, tak perlu. I datang sendiri. Jumpa petang. Bye.” Laju Yani berkata.

Sejurus panggilan diputuskannya, Yani menghenyakkan dirinya dikerusi dan menghembus nafas lega. Lega kerana dia berjaya menelefon dan bercakap dengan lelaki yang tidak mahu lagi dia bercakap walaupun hatinya sakit tapi dia perlu mengetahui apa, kenapa, bila dan mengapa dia buat begini.

Manakala, Farhan masih lagi termangu selepas mendengar suara Yani, hatinya bercampur baur, gembira, seronok, sedih dan risau apa yang akan terjadi petang ini. Jam sudah menunjukan 4 petang, lagi satu jam 30 minit waktu kerjanya akan habis. Hatinya kian berdebar.

Sedang sibuk Yani membuat kerja, dia teringat yang dia masih lagi belum memberitahu abangnya yang malam ni dia akan pulang lewat sikit. Laju tangannya mendail nombor abangnya.

“Assalamualaikum, abang. Ehem, busy ke?”

“Waalaikumussalam, adikku. Tak busy pun, kejap lagi nak balik dah pun, telefon abang buat apa?” tanya Amsyar dengan nada yang pelik.

“Eh, telefon pun tak boleh? Yela, yela orang nak inform abang, orang petang ni balik lewat sikit. Ada hal sikit. Nanti bagitau mama eh, abang.” Jawab Yani.

“Dah agak dah. Telefon mesti ada benda. Nak pergi mana? Jumpa siapa? Buat apa? Berapa lama?” Bertubi-tubi Amsyar menyoal Yani.

“Amboi! Banyaknya soalan. Macam kena soal siasat ni. Yani nak jumpa orang lah, ada hal sikit. Nanti balik Yani cerita eh. Okay, bye abang!”

Belum sempat Amsyar menjawab, Yani sudah pun meletakkan telefon dek kerana malas nak melayan pertanyaan abangnya lagi. Sudahlah lagi 15 minit dia harus keluar menuju ke Bangsar berjumpa lagi mahu menambahkan lagi ketidak keruan hatinya lagi.

TEPAT jam 6 petang, Yani sampai di restoran Indah. Sedar akan kelewatannya dek kerana hatinya berbelah bagi untuk berjumpa Farhan. Bukan mudah dirinya untuk berjumpa dengan lelaki yang dulunya dia sayang tapi kini hatinya kosong hanya ada kemarahan. Walaupun begitu, Yani kuatkan dirinya dan bergerak ke restoran Indah.

Hampir 20 minit dia menunggu kelibat Yani masih lagi tidak muncul. Farhan kerap merenung jam, debaran dihatinya sukar untuk diungkapkan lagi hatinya risau jika Yani mengambil keputusan untuk tidak mahu berjumpa dengannya.

Sedang leka melihat telfon bimbitnya, suara seseorang yang dikenali kedengaran.

“Assalamualaikum.” Ucap Yani penuh yakin dan tegas.

Farhan mengangkat kepalanya dan melihat wanita yang ditunggu-tunggunya tiba dan berada dihadapannya sehingga lupa untuk menjawab salam dan menjemputnya duduk menyebakan Yani bersuara memerlinya.

“Salam tak jawab lepas tu tenung-tenung anak dara orang. Tak malu ke?” Laju Yani duduk selepas memerlinya.

Difikiran Yani, Farhan akan menjawab tetapi senyuman yang cukup manis Farhan berikan padanya. Hampir sahaja hatinya cair, lantas dia mengingatkan kembali apa yang terjadi antara mereka.

“Sorry, Sara. I cuma..gembira sangat jumpa you. Sebab tuh, I..I tergugup sekejap tadi. Sara, apa khabar? Sihat?” Suara Farhan kedengaran gembira sekali di telinga Yani.

“Alhamdulillah, sihat. Okay lah, I tak minat nak bertukar khabar semua. Apa kata kita terus ke tujuan I nak jumpa you hari ini, boleh?”

Farhan membetulkan duduknya, bersedia untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan Yani.

“Alright. Kalau itu yang diminta Sara, I ada disini untuk mendengar apa yang you nak sampaikan pada I tapi sebelum tu, Sara order lah air dulu. Hilangkan dahaga, sejukkan sikit hati Sara yang tengah membara tuh. Panas dia I boleh rasa tau.” Usik Farhan.

Cit. Dalam keadaan macam ni pun sempat nak kenakan aku! Tadi kemain nampak macam gundah gulana sangat! Bisik Yani perlahan. Lalu, memanggil pelayan untuk order minumannya.

“Dah order. Puas dah?”

Farhan tersenyum lagi sambil menjawab, “Baru okay. Sara kata nak bincang tadi. Nak bincang apa?”

Yani menjeling matanya keatas, menyampah dengan Farhan.

“Kenapa you tiba-tiba jadi tunang I eh? Dulu you buang I sekarang nak ambil balik ke?” Kata-kata Yani menembak tepat pada hati Farhan. Terkedu dia.

Seraya menghela nafas, Farhan cuba mencari jawapan yang baik untuk Yani.

“I tau salah I dulu. Minta putus tanpa beri sebab pada you. Bukan I..” Kata-kata Farhan terhenti apabila pelayan membawa minuman Yani.

Belum sempat Farhan menyambung kata-katanya, Yani memintas.

“Sekejap. Kalau 4 tahun dulu I tak faham kenapa you tinggalkan I apatah lagi sekarang I tak faham kenapa you nak I jadi isteri you. Boleh jawab pertanyaan I sekarang?”

Farhan mengangguk tanda dia faham apa yang tersirat dihati Yani. Dia memandang Yani, hatinya kian rasa bersalah dengan apa yang dilakukan dulu. Wajah Yani tampak tenang tapi didalam hatinya itu yang Farhan tidak tahu.

“Masa kita belajar dulu, you busy sangat dan kita sangat kurang berkomunikasi walaupun kita sekampus menyebabkan I rasa lama-kelamaan hati I kosong, tiada rasa pada you lagi. Ditambahkan pula waktu itu, I mulai rapat dengan seseorang yang sekelas dengan I.”

Farhan memandang Yani, melihat jika dia mahu memarahinya selepas apa yang dikatakan tadi. Tetapi Yani hanya memandang dengan wajah yang tenang dan menunggu dirinya untuk meneruskan kata-katanya.

“I ingat lepas I tinggalkan you. I akan rasa tenang, gembira tak ada rasa serabut tapi I silap. Yang ada pada I selepas itu, hanya lah kesedihan dan…I..rasa I perlukan you dalam hidup I, Sara. Bukan orang lain. Sebab tuh, I buat keputusan meminang you, Sara.” Sambung Farhan.

Hatinya kini rasa benar-benar lega selepas meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini dan cuma dia harus berhadapan mendengar kata-kata daripada Yani sendiri.

Yani masih lagi diam. Termangu selepas mendengar apa yang disampaikan Farhan sebentar tadi. Separuh hatinya rasa sakit teramat, separuh hatinya rasa kosong. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan dan lakukan sekarang.

“Sara.” panggil Farhan perlahan selepas melihat Yani mendiamkan diri merenung airnya. Hati Farhan sungguh rasa tak tenang ketika ini.

Terkejut Yani mendengar suara Farhan walaupun perlahan tapi cukup kuat digelengang telinganya. Selepas menimbangkan apa yang harus dikatakan, Yani mengambil sedikit nafas dan menghembus untuk memberi sedikit ketenangan dihatinya.

“Jujur, I tak tau apa yang harus katakan.” Yani memandang Farhan sebelum menyambung kata-katanya.

“Hati I pedih selepas mendengarnya. Alasan yang paling susah nak I hadamkan bukan I tak cari masa untuk berkomunikasi dan berjumpa dengan you. I cari dan beri juga masa I untuk you. Tapi bila fikirkan apa yang you katakana tadi, ‘berkawan rapat dengan seseorang’. I faham.”

“Apa yang you faham, Sara? Jangan biar tergantung, Sara.” Laju Farhan berkata.

“I faham hati you dah berubah lah, Farhan Hakimi. Apa lagi. Aduhai.”

“Oh…” Hanya itu terkeluar daripada mulut Farhan. Tersenyum Yani mendengarnya.

“Oh? Kenapa oh? Jadi, I rasakan apa kata, you batalkan semua ni. Bukannya beri makna pun. Entah-entah you masih lagi dengan dia kot.”

“NO!” Bentak Farhan. Bulat mata Yani memandang Farhan.

“Hello!! Apahal pulak, NO?” Tanya Yani.

“ NO! I tak akan batalkan Yani. No way! I sayang you, Sara!”

“Yang sayang I, you bukan I. I tak ada rasa pun.” Selamba Yani menjawabnya.

Mengeluh Farhan mendengarnya.

“Macam ni lah, I bagi penyelesaian yang paling mudah. Kita batalkan semua ni and kita berkawan je. Berkawan apa salahnya kan. You tak sakit hati, I pun tak sakit hati. Okay, tak?” Yani memberi cadangan pada Farhan.

“Serious, Sara? Itu yang you fikirkan?”

“Dah tuh? Apa lagi?”

“No! I tak nak batalkan. Kalau you tak nak kahwin sekarang, tak apa kita mulakan semula dengan berkawan sekarang, lupakan kejap status kita dua. Okay?” Farhan pula memberi cadangan yang bernas pada pemikirannya.

I tak faham lah. Kenapa kita kena teruskan hubungan ni, kalau salah seorangnya tak ada hati?” Perlahan suara Yani berkata.

“Kita cuba, Sara. Please. Kita mula dengan berkawan. I tau susah tapi kita cuba, boleh?”

Yani memandang dengan wajah yang kurang pasti. Hatinya berbolak balik. Sejujurnya hatinya memang tiada langsung pada Farhan. Patut atau tidak dia menerima cadangan ini? Berkawan boleh lah tapi untuk ada perasaan lebih dari tu, dia kurang pasti.

Farhan masih menunggu dengan sabar kata putus daripada Yani. Dia tidak mahu memaksa tapi dia juga tidak mahu hubungan ini putus.

“Baiklah. Kita berkawan. Berkawan sahaja. Tak nak lebih. Okay?”

Yani bersuara bersetuju dengan cadangannya tetapi perkara yang terakhir disebut itu agak sukar diterimanya. Farhan pula termangu. Apakah harus menerima atau sebaliknya. Selepas berfikir, akhirnya dia bersetuju dengan Yani.

Yani tersenyum gembira. Terasa kemenengan berpihak pada dirinya. Akan tetapi, pada Farhan dia hanya bersetuju kerana tidak mahu Yani terasa beban. Dalam diam, dia sudah merencanakan apa yang harus dia lakukan untuk memenangi hati Sara.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku