Dialah Yang Sebenarnya
Bab 10 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
261

Bacaan






Sebaik sahaja membuka pintu rumahnya, Puan Fazilah menegurnya bertanya, mengapa lewat dia pulang kerumah. Yani hanya menjawab berjumpa dan meminta izin untuk naik kebilik untuk membersihkan diri. Sejujurnya hati Yani masih rawan lagi dengan apa yang dipersetujui dengan Farhan petang tadi.

“Betul ke tindakan aku ni? Aku nak berbincang dengan dia untuk membatalkan perkahwinan tapi aku pula yang terkena. Bencinya!” Bebel Yani sendirian.

Segala apa yang dirancang, apa yang dibayangkan di kotak pemikirannya sendiri semua hancur musnah. Bagaikan hilang kata-kata apabila berdepan dengan Farhan. Lelaki yang dulu tinggalkannya sekarang mahukannya kembali.

Apa ke pelik punya manusia. Gila agaknya. Yani bermonolog sendirian. Aku pula yang gila cakap sorang diri dalam bilik ni. Ish. Baik aku bersihkan diri, solat dan rehatkan diri daripada bercakap sorang macam ni bukannya dapat.

Farhan pulang kerumah dengan rasa gembira sehingga Datin Badariah menegurnya.

“Gembira nampak? Ada apa-apa ke? Jumpa girlfriend baru ke?” Perli Datin Badariah.

“Apa mummy ni. Girlfriend apanya. Salah ke Farhan nak gembira hari ni?” Rajuk Farhan.

“Eh nak merajuk pula. Awak tu tak adanya nak gembira secara tiba-tiba macam bukan mummy tak kenal dengan anak mummy sendiri. Jadi, baik bagitau mummy apa dia yang buat Farhan gembira hari ni?”

“Ala, mummy ni tak boleh betul rahsia dengan mummy. Okaylah, sebenarnya hari ni Farhan jumpa Sara, bakal menantu mummy.” Tersengih Farhan bila menyebutnya.

“Sara? Siapa Sara? Sara mana pula ni?” tanya Datin Badariah dengan nada mengusik.

“Ya Allah, mummy Sara tu Yani lah. Farhan kan panggil Yani tuh Sara. Dulukan Farhan dah bagitahu mummy. Sampai hati mummy..”

“Mummy usik sikit pun tak boleh. Mummy tau lah. Jadi, Sara dah setuju ke nak kahwin dengan kamu, Farhan?”

“hmm..mummy..Susahlah nak cakap.” Farhan mengeluh risau memikirkan hal itu.

“Itu mummy tak nak dengar. Farhan kena cari jalan macam mana nak pikat hati Sara balik. Yang pasti, mummy tak nak masuk campur dalam hal ni.”

Farhan mengangguk mendengar apa Datin Badariah katakan. Tau lah dia harus memikirkan cara-cara untuk memikat hati Sara kembali. Nak berkawan kan? Okay, kita berkawan tapi dalam masa yang sama, I akan pikat hati you balik, Sara macam mana you jatuh cinta dengan I dulu I akan raihkannya kembali. Farhan memberi semangat pada dirinya sendiri dan senyum sendirian sehingga tidak perasan Datin Badariah sudah berlalu kebilik.

Dibilik, Farhan masih lagi termenung, tersenyum memikirkan pertemuan mereka petang tadi walaupun tidak banyak riaksi daripada Yani, hatinya tetap gembira. Lalu tangannya mencapai handphone mencari nama Yani di whatsapp. Hati Farhan berbelah bagi untuk memberi mesej atau tidak.

Hampir 10 minit, akhirnya Farhan memberanikan diri menaip mesej, “Selamat malam, Sara. Semoga Sara tetap sudi berkawan dengan I. I akan tetap menunggu diri you, Sara.” Puas menilik mesej yang ditaip terus menekan butang hantar. Dek kerana berdebar, Farhan menetapkan telefonnya dalam mod senyap dan berlalu ke bilik air.

Yani yang sedang leka membaca tersentak sedikit apabila telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dicapai telefon melihat siapa gerangan pemberi mesej dan lama Yani terkaku melihat mesej yang diberi. Tanpa Yani sedar, dia mengukir senyuman.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku