Dialah Yang Sebenarnya
Bab 10 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
276

Bacaan






“Selamat pagi, intan belian payung! Bangun!!” Suara Amsyar menggegarkan bilik Yani dipagi hari yang sejuk lagi mendamaikan hati.

Yani menggeliat apabila mendengar suara abangnya menjerit ditelinganya. Dibuka mata perlahan-lahan melihat wajah Amsyar sangat dekat dengan mukanya lalu dengan spontan, Yani menolak wajah abangnya.

“Apa abang ni. Kejut pagi-pagi. Orang sedap mimpi ni. Ish!” Bebel Yani sambil memejamkan mata.

“Bangunlah adik! Dah pukul 12 tengahari. Anak dara apa bangun lambat. Si Farhan kalau tau ni pun dah cabut lari lah.” Pipi Yani dicubit-cubit Amsyar dengan geram.

“Hah! 12 tengahari? Ya Allah, biar betul abang!” Segera Yani mencapai telefon sambil menggosokan mata melihat jam. Amsyar kelihatan tersengih-sengih melihat Yani.

“12 tengahari apa bendanya! Baru pukul 8 pagi! Gila annoying abang ni!” Dicapai bantal lalu dibaling pada Amsyar.

Yani dan Amsyar mulai bergusti sesame sendiri sehingga Puan Fazilah masuk kebilik menepuk kedua-dua anaknya.

“Ya Allah! Dah kenapa dengan korang berdua ni? Macam budak-budak ni. Ish! Elok sangat lah tuh, sedarlah umur dah pertengahan 20-an. Apa nak jadi ni. Amsyar! Yani!” Bebelan panjang daripada Puan Fazilah pada anak-anaknya.

Amsyar dan Yani hanya menayang sengihan sahaja selepas disergah Puan Fazilah.

“Mama, abang yang mulakan dulu. Kejut orang cakap dah pukul 12 tengahari. Dah tu siap cubit pipi Yani mama,” laju Yani memeluk Puan Fazilah sambil mengadu.

“Eeeeii, menggediknya adik ni. Dia yang mulakan gusti dengan Amsyar, ma. Gedik!” Balas Amsyar.

“Sudah-sudah! Pening mama dengan korang ni lah. Amsyar tadi kata nak bersenam, pergilah bersenam. Yani dah bangun ni pergilah siap-siap pergi pasar, mama ingat nak masak nasi ayam hari ni.” Arah Puan Fazilah pada dua orang anaknya.

“Alaa, mama kenapa Yani sorang je kena pergi pasar? Abanglah patut teman Yani sekali. Pergi bersenam buat apa.” Bebel Yani.

“Sudah sebelum bergaduh lagi, Yani pergi ajak abang teman. Tak kuasa mama nak layan korang dua ni. Mama nak pergi dapur lagi bagus. Ada faedah lagi.”

“Eeii, abang tak nak abang nak pergi bersenam.” Balas Amsyar.

“Alaaa, abang. Abang hensem hari ni, temanla adik. Nanti adik belanja roti canai.” Yani memujuk abangnya.

“Ish! Jomlah!”

“Yes! Sayang abang sangat!” Sorak Yani gembira.

Selesai membeli barang-barang dapur, Yani dan Amsyar menuju ke restoran mamak perkenakan roti canai yang terkenal dikawasan rumah mereka. Selepas membuat pesanan makanan masing-masing, Yani bersuara pada abangnya.

“Abang, semalam..adik jumpa Farhan.” Amsyar terkejut mendengar kata dari mulut Yani.

“Jumpa Farhan? Sorang? Kenapa? Kenapa pergi tak ajak abang?” Tanya Amsyar dengan rasa kurang senang.

“Adik yang telefon dia dulu ajak jumpa. Bukan tak nak ajar abang tapi adik..nak dengar penjelasan daripada dia. Sorry, abang.” Jawab Yani dengan rasa bersalah kerana tidak memberitahu abangnya terlebih dahulu.

“Tak adalah, abang bukan apa abang risau, hari tuh, Yani sendiri cakap Yani marah, terluka dengan dia. Mestilah abang terkejut bila Yani pergi sorang. So, dia cakap apa pada Yani? Dia ada marah Yani ke?”

“Tak lah abang, okay je. Tak ada marah pun. Cuma dia kata dia tak nak putuskan ikatan ni. Dia tetap nak teruskan juga walaupun Yani dah cakap Yani sudi berkawan dengan dia tanpa perlu adanya ikatan ni.” Terang Yani pada abangnya yang mendengar dengan penuh khusyuk.

“Abang tak tau nak ulas apa sebenarnya. Cuma apa yang boleh cakap pada Yani, teguhkan hati Yani, observe cara dia bercakap, perbuatannya baru Yani buat keputusan. Abang tak nak Yani terluka lagi dikemudian hari.” Yani hanya mengangguk mengiyakan apa yang disampaikan Amsyar.

Walaupun Amsyar sangat ligat mengusik adiknya, Yani tapi jauh disudut hatinya, Yani adalah satu-satu adik yang paling dia sayang sekali. Dia tidak mahu adiknya terluka dalam diam lagi sehingga dia sendiri tidak tahu. Amsyar tekad apa-apa pun dia akan dahulukan adiknya dahulu sebelum diri dia.

“Oh ye, lagi satu. Abang tak nak Yani sorokkan apa-apa lagi daripada abang. Satu pun tak boleh. Bagitahu semuanya pada abang. Setuju?” Amsyar memberi kata putus pada adiknya.

“Okay! Adik setuju!”

Tersenyum Yani dengan abangnya. Leka berborak dengan abangnya, telefon Yani berbunyi. Melihatkan nama dan mesej yang tertera ditelefon, membuatkan dia terdiam sejenak.

Mesej yang berbunyi, “Selamat pagi, sayang. Semoga Sara sayang akan membuka hati sayang pada I.”

Lalu Yani membalas dengan rasa geram, “Jangan panggil I Sara dan Sayang! Annoying tau tak! I bukan sayang you pun!”

Puas hati Yani membalas mesej Farhan. Padan muka!

Tak sampai seminit mesej masuk lagi.

“I akan buat you jatuh sayang, jatuh cinta bergolek-golek dengan I, Ilyani Kaisara.”

Tak reti bahasa agaknya mamat ni. Siap bagi emoji love bagai. Ei! Tak malu! Menyampah. Sudahlah tak ingin aku nak balas mesej kau. Ditutup telefonnya dan kembali menjamah makanannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku