Musim Sejuta Warna
SINOPSIS
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Oktober 2014
Novel ini mempunyai 2 musim. Musim pertama menceritakan kehidupan watak-watak ketika di kampus dan latar masa adalah sekitar 1999/2000. Musim 2 adalah ketika keadaan semasa. Semoga anda terhibur membacanya. Terima kasih - Rin Azrina
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
877

Bacaan






Musim Sejuta Warna

Tidak ada lelaki dan perempuan yang hanya boleh jadi kawan baik


Nalia Airani hanya memendam rasa. Dalam diam senior berkarisma, penuh wibawa telah menawan hati remajanya. Lelaki bernama Muzairi itu membuatkan Nalia Airani sukar membuka hatinya pada insan lain. Cerita hanya diluah pada Shamrin; teman sekuliah, pendengar setia dan amat mengambil berat tentang dirinya.

“Apa tak salahkah Sham, kalau aku yang memulakan,aku ni perempuan..” Nalia mengulangi soalannya bila melihat Shamrin senyum terus-terusan.

“Kalau aku ada secret admirer secantik engkau, aku tak fikir lama, confirm aku terima”

Pertemuan semula Nalia Airani dengan Muzairi memutikkan semula perasaan yang terpendam sekian lama. DiTakdirkan Ilahi, Nalia Airani juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia Airani dan Muzairi.

“Biarlah jarak dan masa memisahkan kita, Nalia. Mungkin untuk masa ini, perpisahan itu lebih baik untuk kita”

Antara cinta dan persahabatan, Nalia Airani berada di persimpangan. Muzairi lelaki yang dicintai sedangkan Shamrin sahabat baik yang amat memahami. Dalam kekalutan, salah seorang harus mengundur diri. Mungkin menyayangi dari kejauhan itu lebih baik daripada kita terus bertentang mata dan kecewa.

“Muz, satu hari nanti kau akan tahu. Betapa susah dan sakitnya membenci insan yang kau cintai sepenuh hati”

Rin Azrina©








Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku