Dan Mentari Esok Masih Bersinar
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 29 Oktober 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
11

Bacaan






“Mira,kau rasa baju yang aku pakai ni suitabletak?” tanya Nas Aqila, pada suatu petang, di biliknya.

“Maksudkau, dinner tu?”

“Yalah.”Nas Aqila menggayakan baju kurung moden berwarna biru laut itu di hadapan AmiraHazwani.

“Mmm…I think you should wear this dress.Sesuai,” ujar Amira Hazwani, lagaknya seolah-olah pereka fesyen yangprofesional. Nas Aqila tersenyum. Di ruang matanya, terbayang dirinya memakaibaju kurung tersebut pada majlis makan malam Hari Keluarga Institut Midas, yangbakal berlangsung empat hari lagi.

“Hei!Melamun lagi.” Amira Hazwani menegur sambil menepuk bahu teman baiknya itu. NasAqila tersentak lalu tersenyum.

 

Dipejabat Hal Ehwal Pelajar pada waktu yang sama…

“Man,kau pergi dinner party tu tak?” tanyaBadrul Hisham.

“Pergi.Kenapa?” sahut Zulazman.

“Takdela. Eh! Kau bawak kereta ke motor?”

“Bawakkereta. Kau tanya-tanya ni, nak tumpang ke?”

“Nilahyang aku tengah tunggu ni!”

“Patutlahberia sangat bertanya itu ini.” Zulazman menampar bahagian belakang tubuhBadrul Hisham. Lantas mereka berdua tertawa.

“Eh!Nanti wakil Badan Pelajar datang sekalikan.” Ujar Zulazman.

“Haah. Kenapa pulak?”

“Akutanya je.”

“Toksahmimpi la…” Kata-kata Badrul Hisham itu disambul Zulazman dengan senyuman yangpenuh erti.

 

“Manabas ni? Tak datang-datang. Ni dah pukul sepuluh.” Gumam Nas Aqila sendiri.Kerisauan menyelubungi fikirannya. Para tetamu pada majlis makan malam ituberansur pulang. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Aeroback berwarna maroon berhenti di hadapannya. Hati NasAqila berdebar-debar kencang. Siapakah dia? Pertanyaan itu berlegar di ruangingatannya.

“Nakbalik?” Tanpa disedari, Nas Aqila mengangguk pada jejaka di hadapannya kini;Zulazman.

“Marisaya hantarkan.” Nas Aqila teragak-agak. Pintu kereta sudah dibuka. Sepertibermimpi, Nas Aqila membenamkan dirinya ke dalam kereta itu dan ia pun memecutpergi.

 

“Dahsampai,” Zulazman seakan berbisik. Nas Aqila tersentak. Rasa malu menyelinap kewajahnya.

“Err…err…” Lidah Zulazman seolah-olah kelu untuk berkata-kata. Pintu kereta dibuka.

“NasAqila!” Panggilan itu membuatkan Nas Aqila tidak jadi keluar dari kereta.Lantas berpaling. Masing-masing terpaku tanpa suara.

“Maafkansaya!” Perkataan itu keluar serentak dari Nas Aqila dan Zulazman. Nas Aqilatunduk sambil tersenyum.

“Maafkansaya. Tak sepatutnya saya berkasar dengan awak tempoh hari.” Zulazmanmemulakan.

“Sayajuga minta maaf. Saya harus maklum bahawa Encik Zulazman lebih arif dari saya.”Sesudah Nas Aqila mengeluarkan kata-kata lalu bingkas keluar dari perut keretaitu.

“NasAqila!” Langkah Nas Aqila terhenti lagi.

“Panggilsaya Man. Panggilan encik tu terlalu formal.” Nas Aqila tersenyum.

“Terima kasih, Abang Man,” ujar Nas Aqila. Suara itumenusuk lembut ke telinga Zulazman. Dan Zulazman pun memandu pergi denganseribu keriangan di hati.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku