Tuhan, Jagakan Dia
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2014
AKU bukan manusia yang mengimpikan kesempurnaan, Tapi seseorang yang boleh menyempurnakan ketidaksempurnaan, menjadi pelengkap kepada kekurangan, kerana manusia saling memerlukan.. saling melengkapkan.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1009

Bacaan






MASIH tidak terlampau awal dan tidak pula terlalu lewat dia sampai.Lisa Adlina mencari termpat yang dimaksudkan.MED.@Marche’ restaurants kini berada di hadapan mata.Perlahan dia melangkah masuk sambil mencari-cari clientnya dengan ekor matanya.Kelihatan lelaki itu yang sedang duduk di sebuah meja berhampiran mengangkat tangan kepadanya.

Lelaki itu segak mengenakan sut hitam serba lengkap dengan tali leher.Tiba-tiba sahaja Lisa Adlina merasa segan dengan penampilannya yang serba ringkas.Hanya mengenakan dress polos berwarna biru laut tanpa lengan dan sengaja dia memadankannya dengan jaket untuk melindungi lengan yang terdedah.

“Emm, dah lama sampai?”

“Baru lagi, tapi kalau untuk you, lama mana pun I sanggup tunggu..” Lelaki itu sudah tersenyum nakal.

“Jadi, ada hal apa yang hendak kita bincangkan di sini?” Lisa Adlina langsung tak mahu ambil pusing dengan kata-kata lelaki itu.Mata Lisa Adlina melingas ke sekeliling. Terdapat banyak pasangan lain selain daripada mereka di situ.

“Selamat hari jadi..” Sejambak bunga Ros berwarna Merah dihadiahkan kepadanya. Terasa merah padam seluruh wajahnya saat itu.

So, you ask me to come here, just for this?” Lisa Adlina benar-benar naik angin.Dia membuang masa memandu dan menghadap kesesakan jalan raya selama dua jam dari pejabatnya untuk ke restoran ini, semata-mata untuk menerima ucapan hari lahir dari lelaki itu?

Perbualan mereka terhenti tatkala pelayan datang untuk mendapatkan pesanan makanan.Lelaki itu memesan Double chicken consomme’ and wild mushroom ravioli, manakala Lisa Adlina memilih set menu Wood oven baked tiger prawns,black cumin and mango salsa serta Rose water granite untuk minuman.Lelaki itu turut memesan Hazelnut and orange cake dengan mascarpone caramel cream sebagai pencuci mulut.

“Tak.I ada something untuk you..” Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.Sebuah kotak baldu kecil berwarna Biru berbentuk hati berada di hadapannya.

“Bukalah..” Pintanya.

Dengan hati yang berbelah-bahagi, Lisa Adlina membuka kotak kecil itu.Kosong.Dia terperangkap!

“Hahaha!!” Lelaki bernama Haikal itu sudah mentertawakannya.Lisa Adlina mencemik.

Now, give me your hand.” Haikal meminta.

No.” Balas Lisa Adlina sambil berpaling ke arah lain.

Come on,laa..takkan macam tu pun you nak merajuk?.” Haikal ketawa mengejek.

“Mana ada I merajuk..” Lisa Adlina berusaha menyembunyikan rasa hati.Dia tidak suka dipermain-mainkan seperti itu sebenarnya.

“Okey,kalau tak merajuk ,give me your hand, now..”Pujuk Haikal lagi.

Lisa Adlina melakukan seperti yang dipinta oleh lelaki itu.Sebentuk cincin emas putih bertahtakan tiga butir berlian tersarung dijari manisnya.Ketika Lisa Adlina cuba menarik tangan, Haikal telah melamarnya.Lisa Adlina terkejut dengan tindakannya itu.

“Kenapa ni?” Soal Lisa Adlina.Dia tidak suka Haikal bergurau sebegitu.

I nak melamar you untuk jadi suri hidup I.” Haikal berterus-terang.

You ni dah gila agaknya!” Lisa Adlin bingkas bangun meninggalkan lelaki itu.

Haikal diam termagu-magu.Langsung tak disangka begitu pula reaksi Lisa Adlina terhadap lamarannya.Mungkin juga dia tergesa-gesa.Tetapi dia langsung tak bermaksud hendak mempermainkan Lisa Adlina.Dia benar-benar ingin memperisterikannya.Sejak pertemuan pertama lagi, hati Haikal sudah terpaut kepada Lisa Adlina.

Lisa Adlina bengang.Suka-suka hati sahaja mamat jambu itu melamarnya.Tak sampai setahun pun kenal, ada hati hendak memperisterikannya, konon.Jangan-jangan ada udang disebalik batu? Lisa Adlina bergegas keluar dari MED.@Marche’ restaurants tanpa menoleh ke belakang lagi dan tiba-tiba dia terlanggar sesuatu..

“Err..sorry!” Ucapnya.

“Lisa.Lisa Adlina, kan?”

Terdengar seseorang menyebut namanya.Lisa Adlina kembali berpaling, menoleh kepada orang yang memanggil namanya.Dia seperti kenal akan susuk tubuh dan raut wajah itu.Dia cuba mengingat-ngingat sesuatu.

“Sherry, kan?” Ucapnya.Kalau tak silap memang dialah yang bernama Sherry.

“Aaah.Betullah tu.” Balas Sherry.Senyumannya melebar.

“Lah,bila balik Malaysia?” Lisa Adlina bertanya.Setahunya Sherry menetap di luar negara.

“Err, dah dekat dua tahun dah dekat Malaysia.” Jawab Sherry bersahaja.

“Oh, ye ke? Nanti senang-senang datanglah ke rumah.” Lisa Adlina ajak-ajak Ayam.

“Tengoklah nanti.Sekarang ni, I tengah sibuk sikit.You nak cepat ke ni,tergesa-gesa sahaja nampaknya?” Sherry hairan melihat Lisa Adlina berjalan laju,macam dikejar hantu.

Lisa Adlina menjengah ke dalam restoran.Dia nampak kelibat Haikal masih duduk di situ.Merenungnya dari jauh.Tak jadi dia hendak bersembang lama-lama.

“Err..yelah Sherry.I ada meeting ni,nak cepat.” Bohong Lisa Adlina.Dia berpura-pura mengerling pada jam di tangannya.

“Oh,kalau macam itu tak apalah.Cepatlah pergi,nanti terlewat pula.” Ucap sherry.

“Jumpa lagi nanti ya?”

Sherry hanya tersenyum melihat Lisa Adlina melambai kepadanya.Sejak dia pulang ke Malaysia, baru kali ini dia terserempak dengan adik perempuan Idzhar Effendy itu.Tak sangka,seluas-luas bumi Malaysia di sini juga mereka ketemu.Kaca mata hitam yang dipakai ditanggalkannya.Sherry berjalan masuk ke dalam MED.@Marche’ restaurants dengan lenggok penuh gaya.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku