Tuhan, Jagakan Dia
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2014
AKU bukan manusia yang mengimpikan kesempurnaan, Tapi seseorang yang boleh menyempurnakan ketidaksempurnaan, menjadi pelengkap kepada kekurangan, kerana manusia saling memerlukan.. saling melengkapkan.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1487

Bacaan






FAHMI Khairi melibas-libas parangnya ke batang Pokok Pisang di kebun milik Bapanya.Tingkahnya tak ubah seperti orang gila.Habis ditebasnya batang Pisang itu. Tidak puas dengan itu, batang Tebu di hujung kebun pula dikerjakannya.Fahmi Khairi seolah histeria.Fikirannya benar-benar kacau dengan berita yang baru sahaja diterima olehnya.Berita itu benar-benar telah mengganggunya, memandu fikiran di luar sedarnya.

Dia benar-benar kecewa.Namun bila dikenang- kenang, apalah nilainya kecewa bagi seorang remaja hingusan sepertinya.Fahmi Khairi meraung dengan sekuat-kuat hatinya. Melepaskan segala kemarahan yang semakin beraja di sanubarinya.Raungannya bergema di segenap tanah kebun yang sekangkang kera itu.Menakutkan ungas-unggas yang berterbangan, menggentarkan sang penghuni rimba berhampiran.

Tiba-tiba sahaja dia seperti hendak menangis sekuat hatinya.Dia mahu melalak semahu-mahunya.Tiada lagi perasaan malu yang menyelubunginya.Di kebun ini waktu ini,kelelakiannya seolah ditelanjangkan di hadapan ungas-ungas yang berterbangan, cengkerik yang bersahutan,dan serangga hutan yang berkeliaran.Air mata kelelakiannya mengalir membasahi wajah.

Dia menangis! Itulah pertama kali Fahmi Khairi menitiskan air matanya kerana seorang perempuan.Dia melempar pandangannya ke pondok tempat dia dan Damia Aqila sering bergurau senda bersama.Pondok itu dibina ayahnya untuk dijadikan tempat berteduh dan berehat setelah penat berkebun.Di situ jugalah tempat mereka berbual bersama-sama seisi keluarga.

Kepulangan ayahnya dari rumah ibubapa saudara Damia Aqila membawa berita yang benar-benar memeranjatkannya.Perkhabaran itu meruntun sebaknya, membakar jiwanya, langsung mengguris hati lelakinya.Tak pernah Fahmi Khairi merasa sakit hati sebegitu.Sakitnya bagai ditoreh-toreh,bagai dirobek-robek isinya.Fahmi Khairi akhirnya kalah dalam pertarungan perasaannya.

“Arghhh!” Jeritan Fahmi Khairi berkumandang lagi.Dia menjerit sekuat hatinya.

Melepaskan segala bebanan perasaannya.

Fahmi Khairi berlari sekuat-kuat hati.Ke mana arahnya, dia sendiri pun tidak pasti. Dibiarkannya langkah kaki berlari mengikut gerak hati.Dia sudah tidak peduli.Fahmi Khairi ingin lari.Lari daripada segala rasa yang merantai diri.Lari daripada segala duka yang mula bertapak di hati.Lari daripada derita yang mula menyeksa diri.

Pupp!! tiada lagi jeritan dan raungan Fahmi Khairi.Riak-riak air di permukaan mula tenang.Gelombang besar yang tadinya muncul kini hilang..


ANGIN malam bertiup lembut sepoi bahasa.Warna jingga kemerah-merahan masih samar-samar kelihatan di dada langit menandakan tirai malam baharu sahaja berlabuh. Cahaya bulan bersinar terang seolah turut sama bergembira meraikan hari yang bakal tiba.Damia Aqila tersipu malu apabila sesekali dia disakat oleh rakan-rakannya malam itu.Hanya tinggal kurang sehari sahaja lagi sebelum hari bahagianya.Debaran di hatinya semakin sukar diungkap dengan kata-kata.

Suasana meriah mula melatari rumah papan milik Pak Teh Mat.Kehadiran jiran tetangga tambah menceriakan suasana.Sesekali terdengar derai tawa Pak Teh Mat bersama dengan ipar duainya.Mak Teh Izah juga tidak kurang hebatnya.Biarpun tidak menang tangan melayan kerenah saudara-mara yang berkunjung, mulutnya tak henti-henti bercerita itu dan ini.Gubahan hantaran,dan persiapan persandingan semuanya telah lengkap tersedia.

Kurang sehari sahaja lagi, Damia Aqila akan dinikahkan di rumah ini. Damia Aqila akan menjadi milik Idzhar Effendy.Lelaki yang dalam diam telah berjaya mencuri hati kedua ibu dan bapa saudaranya.Damia Aqila mengelamun lagi, entah mengapa dia seolah tidak ada perasaan hendak bergelar isteri.Hendak tak hendak, dia takkan dapat berpatah lagi.

Selepas ini,secara automatiknya tanggungjawab kedua ibu bapa saudaranya akan diambil alih oleh seseorang yang bergelar suami.

“Amboi-amboi..jauhnya mengelamun.Rindukan encik abang ke?” Rakannya yang bernama Ameera itu sempat mengusik sebelum melabuhkan punggung di sisinya.

“Eh,mana ada.” Cepat-cepat pula gurauan itu ditepisnya.

“Eleh,tak payah nak malu-malulah.Kalau betul rindukan cik abang pun apa salahnya. Sabarlah Damia oii..bertahun boleh tunggu takkanlah sehari pun dah tak tertahan?” Ameera mengekek ketawa.

“Amboi-amboi..Anak dara seorang ni,gatalnya!” Giliran jirannya,Kak Su Fidah pula ketawa.Dikutilnya peha Ameera perlahan.

“Alah,Kak Su ni..bergurau pun tak boleh!” Ameera mencemik.Dia berpura-pura merajuk, minta dipujuk.

“Hahaha..!” Giliran Damia Aqila pula ketawa menyeringai.

“Mesti seronokkan,kahwin?” Rakannya yang bernama Fatimah Syrah tiba-tiba sahaja mencelah.

“Seronok,apa yang seronoknya?” Damia Aqila kembali bertanya.

“Mestilah seronok,lepas ni Kak Damia kita ni makan berteman,tidur bersama,mandi pun berdua..tak adalah mengigau sorang-sorang lagi.Tak ke begitu Kak Su Fidahnya?” Ameera menyakat lagi.

“Ha,yang itu Kak Su setuju sangatlah.” Kak Su Fidah pun nampaknya tidak mahu kalah.Tentang hal sakat-menyakat orang,serah sahaja kepadanya.

“Hahahaha!!” Lantas terdetik tawa semuanya.Ameera cuba menahan tawanya, namun terlerai jua.Saat itu juga mulalah kedengaran suara ibu saudaranya, Mak Teh Izah menegur .

“Eh,anak dara di dalam tu..tak elok mengilai ketawa malam-malam begini.Tak manis di dengar oleh orang!”

“Syyhhhhh!” Damia Aqila mengisyaratkan jari telunjuknya ke bibir.Matanya pula membuntang memandang tiga dara pingitan itu.

Lantas masing-masing yang turut berada bersamanya di dalam bilik itu terkedu,lalu tersipu malu sesama sendiri..

“Comellah.Kak Damia buat mata macam tu.Macam mata panda.Kikiki..!” Fatimah Syrah menggiat lagi.

Kemeriahan jelas terasa di dalam rumah papan itu.Masing-masing begitu teruja dengan majlis yang bakal tiba.Al-maklumlah,sudah lama tidak ada majlis perkahwinan diadakan di dalam kampung itu.Damia Aqila membuang pandangannya ke luar rumah. Dia melihat semua penduduk kampung bekerjasama membantu persiapan majlisnya. Seronok pula dia melihat Pak Mail, Tok Ketua, Tok Imam Masjid dan Pak Teh Mat bergurau senda.

Para pemuda sibuk mendirikan khemah.Anak-anak gadis dan para wanita menyiapkan gubahan dan hiasan pelamin.Golongan tua sibuk berbincang tentang adat dan upacara sambutan.Kanak-kanak pula berlari berkejaran menambah kemeriahan. Damia Aqila sebenarnya sedang mencari sesuatu.Sejak tadi dia tidak nampak kelibat Fahmi Khairi sedangkan orang tuanya,Mak Cik Kinah dan Pak Cik Latif ada di situ.

Ke mana agaknya Si Fahmi Khairi? takkanlah dia tak datang menolong? selalunya pantang ada kenduri-kendara dalam kampung mereka, dialah orang pertama sekali yang senang hendak nampak batang hidungnya.Tapi bila tiba kenduri sahabat sendiri, dia menghilang pula? Damia menjenguk ke luar tingkap biliknya.Fahmi Khairi memang tiada!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku