Tuhan, Jagakan Dia
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2014
AKU bukan manusia yang mengimpikan kesempurnaan, Tapi seseorang yang boleh menyempurnakan ketidaksempurnaan, menjadi pelengkap kepada kekurangan, kerana manusia saling memerlukan.. saling melengkapkan.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1477

Bacaan






DAMIA Aqila mula berasa kecil hati.Sampai hati Fahmi Khairi tidak datang untuk membantu.Sekurang-kurangnya, apa salahnya dia datang melawatnya.Sekejap pun tidak apa, sebelum dia bergelar isteri esok pagi.Sekejap lagi,dia akan diarak untuk menjalankan upacara Mandi Bunga.Lama Damia Aqila bertinggung dagu di muka jendela.Orang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.

“Azam,psst..Zam!!” Panggil Damia Aqila.

Azam menoleh, menceri-cari kelibat pemilik suara yang menyeru namanya.Suasana bising yang kedengaran di sekeliling membataskan pendengarannya.Dia cuba mengamati dari mana datangnya suara yang memanggil-manggil namanya.Puas dia memasang telinga, barulah dia terperasankan Damia Aqila yang sedang mengintai di sebalik daun tingkap bilik tidurnya.

“Ada kau nampak Fahmi?” Tanya Damia Aqila.

“Tak ada pula.” Azam menjungkit bahu.Dia juga hairan.Sewaktu dia datang ke rumah Fahmi Khairi tadi, pintu dan tingkap rumahnya terkunci.Fikirnya, tentulah Fahmi Khairi sekeluarga tiada di rumah kerana pergi merewang di rumah Damia Aqila.

“Bukankah kau selalu ada dengan dia?”

“Tapi hari ni lain.Aku pun tak nampak batang hidungnya!” Balas Azam.

“Kau fikir, dia ke mana?” Damia Aqila semakin curiga.

“Entahlah, Damia.Aku sendiri pun tak tahu.” Azam berterus- terang.

Damia Aqila semakin gelisah.Dia bimbang seandainya sesuatu terjadi kepada Fahmi Khairi.Sudah berkali-kali dia cuba untuk mencarinya namun jelas sekali Fahmi Khairi memang tidak berada di situ.Tetamu yang datang ke rumahnya untuk merewang sudah semakin ramai.Malah, anak-beranak Tok Ketua juga berkumpul di rumahnya untuk membantu persiapan majlisnya.

“Macam mana Meera? dapat tak kau cari Fahmi?” Damia Aqila bertanya sebaik sahaja terlihatkan Ameera terjengul di muka pintu biliknya.

Ameera tersentak.Kepalanya digeleng pantas.

“Ke mana Fahmi ni, aku risaulah.Rasa macam tak sedap hati..” Adu Damia Aqila bersama keluhan kecil.

Ibu saudaranya, Mak Teh Izah yang sedang sibuk menyiapkan bunga telur bersama jiran-jiran di ruang tamu menjeling ke arahnya.Kemudian dia menyambung kembali kerja-kerja membuat gubahan hantarannya.Mak Teh Izah pelik melihat kedua-dua sahabat itu yang nampak gelisah tak tentu arah.Entah apa kenanya.

“Aku harap tak ada perkara buruk yang menimpanya.” Bisik Damia Aqila perlahan.

“Insyallah,tak ada apa-apa.Kau tu janganlah fikir yang bukan-bukan pula..” Pujuk Ameera.

Damia Aqila mengeluh berat.Tiada ucapan yang lahir dari bibirnya.Dia buntu dan gelisah.Kata-kata terakhir Fahmi Khairi sewaktu mereka bertemu sebelum ini seolah menghantuinya.Siapa yang tidak bimbang memikirkannya?



“DAMIA,betul kau nak kahwin?”

“Ye, Fahmi.”

“Mereka paksa kau, kan?” Fahmi Khairi begitu yakin, perkahwinan itu bukanlah di atas kerelaan Damia Aqila.

“Apa boleh aku buat? aku hidup menumpang belas kasihan orang, Fahmi.Siapalah aku untuk membantah.” Akhirnya Damia Aqila membuka mulut.

“Kau tak boleh perjudikan masa depan kau pada tangan orang lain.Kau kena buat keputusan sendiri.Demi untuk kebahagiaan kau sendiri, Damia.” Fahmi Khairi merasa tidak puas hati.

“Tapi, aku tak berhak nak membantah.Mereka sudah banyak berbudi pada aku, Fahmi.” Damia Aqila menyatakan duduk perkara yang sebenar.

“Walaupun terpaksa korbankan perasaan kau, masa depan kau, kebebasan kau?”

“Aku tak dapat nak buat apa-apa lagi.”

“Kita lari.Aku akan tolong kau.” Usul Fahmi Khairi.

“Tak boleh ,Fahmi.Aku tak mahu malukan Mak Teh Izah dan Pak Teh Mat.” Damia Aqila cuba menimbangkan cadangan Fahmi Khairi itu dengan waras.

“Aku tak boleh terima semua ni, Damia.Aku tak sanggup nak tengok kau kahwin dengan orang yang kau tak suka.Aku lebih rela mati dari lihat kau menderita!” Fahmi Khairi menuturkannya dengan penuh emosi.

Damia Aqila hanya memandang dari jauh tubuh Fahmi Khairi yang semakin mengecil dari pandangan matanya.Fahmi Khairi pergi dengan penuh kebencian,penuh kemarahan dan kekecewaan.Jelas terpacar di wajah rasa ketidakpuasan hatinya dengan keputusan Damia Aqila itu.Fahmi Khairi benar-benar rasa terpukul dengan perkhabaran itu.

Ameera menghampiri sahabatnya.Jelas sekali Damia Aqila sedang risau waktu itu.Wajahnya asyik berkerut-kerut sejak tadi.Ameera mula dipagut rasa simpati.Perlahan-lahan tangan sahabatnya itu dicapai. Damia Aqila tersedar dari lamunannya.

“Sudahlah, Damia.Aku percaya, Fahmi tu takkan apa-apa.Dia dah besar panjang dan pandai jaga dirinya.Mungkin dia perlukan ruang untuk tenangkan fikirannya.Kita doakan yang baik-baik untuk dia,ya?”

Dia menggangguk perlahan.

“Fahmi ada jumpa aku semalam.Dia beritahu aku,dia tak suka aku kahwin dengan pilihan Mak Teh Izah dan Pak Teh Mat.” Damia Aqila menerangkan punca kegelisahan yang melanda jiwanya.

“Dia cakap macam tu?” Ameera jelas terkejut.Dia seolah tidak percaya mendengar kata-kata Damia Aqila itu.

Damia Aqila menggangguk lagi.Dia kelihatan tidak bermaya.

“Macam mana kalau tiba-tiba dia buat perangai waktu majlis kau nanti? apa kau nak buat?” Ameera mula risau.

Dia sebenarnya tidak suka mengandaikan perkara sebegitu akan terjadi kepada Damia Aqila.Tetapi jelas sekali Fahmi Khairi tidak bersetuju Damia Aqila berkahwin dengan lelaki pilihan ibubapa saudaranya itu.Kini, Fahmi Khairi ghaib tiba-tiba.Apakah tandanya? mungkinkah dalam diam Fahmi Khairi merancang sesuatu?

Hishh..tak mungkinlah.Fahmi Khairi itu sudah dikenalinya sejak kecil.Fahmi Khairi takkan berbuat begitu! bisik hati kecil Damia Aqila.Dia benar-benar yakin Fahmi Khairi takkan tergamak melakukan perkara seperti itu.

Tiba-tiba terdengar Ameera mengeluh.Mungkin dia merasa bersalah kerana telah bercakap perkara yang bukan-bukan.Dia sepatutnya menenangkan Damia Aqila, bukan menambahkan kegelisahannya!

“Kau tak tanya Mak Cik Kinah dan Pak Cik Latif ?” Ameera tiba-tiba teringatkan kedua orang tua Fahmi Khairi.Mungkin mereka berdua ada jawapan ke mana perginya anak teruna mereka itu.

“Belum.” Balas Damia Aqila lemah.

“Tak apa.Biar aku sahaja yang pergi bertanya pada Mak Cik Kinah.Kau berehatlah.” Ameera menyelak langsir pintu bilik Damia Aqila.Dia meminta izin untuk diberi laluan daripada orang-orang tua yang sedang sibuk merewang di tengah rumah.Dia menunduk sedikit, menunjukkan kesopanan di hadapan orang tua.Langkah perlahan diatur penuh hati-hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku