Ustazah..Mu tunggu kupinang!
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 03 Disember 2014
Penilaian Purata:
(29 orang telah menilai karya ini)
4137

Bacaan






Kringggggg!!!kringggg!!!

Bunyi jam loceng di sisi katil bingit menyakitkan telinga.Menyampah betul! Aku kalihkan kepala ke kiri.

Kringggggg!!Kringgg!!

Hishh..memekak betullah jam ni.Kacau betul! Aku nak tidur pun tak senang! Sekali lagi aku berkalih.Kali ini ke sebelah kanan pula.

Bukkk!

Aku telungkupkan muka bawah bantal busuk aku yang dah enam bulan tak berbasuh.Fuhh.. sedapnya dapat tidur lama-lama macam ini.Nikmatnya..

“Alamakkkk..!”

Baru aku teringat.Hari ini hari Isnin.Hari ini hari permulaan.Penentuan antara hidup dan mati aku.Habislah aku kalau terlewat.Tak boleh jadi..memang tak boleh jadi ni!

“Shu..kenapa tak kejutkan akak?” Bengang.Takkanlah tak boleh tolong senior.Junior mesti kena tolong senior!

“Kenapa kak? Selalukan akak bangun lambat?” Tercengang muka mek Shuhaida memandangku.

Alah..,cakap pun tak guna.Bukannya boleh tolong jawabkan kertas Business Management aku pun sekejap lagi!

“Akak ada exam Business Management hari ni!” Aku kelam kabut mencapai tuala mandi, dan alatan mandian terus berkejaran ke bilik mandi.

Zashhh!! Sepantas kilat berlari.

“Eh, dah siap mandi kak? cepatnya?”

Aku tahu mek Shuhaida mesti rasa pelik.Selalunya aku kalau mandi tak sah kalau tak cukupkan dua jam! mestilah..nak feeling-feeling macam dekat sauna bagai..nak buat facial treatment lagi..mandi lulur..mana nak cukup sejamkan?

Emergency case..nak kena cepat!”

“Oooo..!” Panjang muncung mek Shuhaida.Matanya tak lepas-lepas memandang gerak-geri aku yang nampak canggung.Semua serba tak kena.Baju belum disterika, tudung lagilah..nampaknya pakai tudung ekspress sajalah.Nak lilit-lilit? gerenti tak sempat! Silap-silap haribulan leher aku yang terbelit.

Puas membelek baju dalam almari..akhirnya baju kurung moden dengan padanan pario menjadi pilihanku.Cun!

Good luck ,kak!” Laung mek Shuhaida dari tingkap bilik kami di tingkat dua.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Stesen bas dipenuhi dengan para pelajar yang menunggu bas.Masing-masing hendak pergi menjawab exam.Nampaknya..macam tak muat bas sahaja sekejap lagi ni.

“Wak..dah pukul berapa?” Tanya seseorang yang sedang berdiri di sebelahku.

Eh..ber’wak-wak’ pula.Muka aku ni agak-agaknya ada iras-iras wak jawa ke? Wak Kartono agaknya?

“Hm..lapan empat puluh lima!” Jawabku acuh tak acuh.

“Hishh..lambat betul ni.Bas tak sampai-sampai lagi.Exam nak start pukul Sembilan.Dekat setengah jam dah tunggu!” Budak perempuan itu merungut.

Nak buat macam mana..adatlah kalau dah guna public transport..Aku cuma mampu tersenyum. Nak komen lebih-lebih karang macam tak kena gaya pula.Aku pun baru je sampai.Tak panas punggung pun lagi duduk.

“Hah!” Aku terjerit.

Semua mata di pondok bas kini memandangku.Alamak! buat malu saja..Cepat-cepat aku menerkup mulut.Habislah..empat puluh lima minit lagi sebelum exam bemula.Aku pula masih tercongok menunggu bas yang tak sampai-sampai.Baik aku telefon Farah dulu.Manalah tahu kalau-kalau Farah pun belum sampai..boleh aku minta Farah tumpangkan aku dengan skuter dia yang serba pink tu!

“Farah! Kau kat mana ni? hah, dah ada depan dewan peperiksaan? apa? dah ramai berkumpul depan dewan?”

Cuak! kalau bas tak sampai-sampai juga lagi nampaknya aku kena ambil tindakkan..kalau tidak.. lambatlah aku masuk dewan peperiksaan!

“Nak jalan kaki tak?” Tanya budak perempuan tadi yang berdiri di sebelahku.

“Jalan kaki? Fakulti mana?”

“Saya Fakulti Sumber Manusia.” Jawabnya.

“Hah..elok sangatlah tu..tak jauh dari fakulti aku.Jomlah!”

Tanpa berfikir panjang..cadangan budak itu aku terima bulat-bulat.Sekurang-kurangnya Fakulti kami tak jauh sangat pun dari tempat tunggu bas tadi.Lagi pun, ada jalan pintas.Elok juga kalau gunakan jalan pintas daripada nak tunggu bas yang tak turun-turun dari langit tu!

Uishh..Kuatnya angin..kalau lama-lama boleh terbang dengan aku-aku sekali.Dahlah aku ini kurus keding macam papan lapis..sekali angin tiup..boleh terlambung-lambung.

“Oii makkkk!” 

Nyaris-nyaris pario aku nak terlucut..mak aiii..memalukan betul.Tadi dekat kolej aku sudah ikat ketat-ketat rasanya.Nasib baik tak terlondeh..tak pasal-pasal saja buat free show dekat tengah-tengah jalan macam ni..malu tu oiiii!

Cepat-cepat aku sambut kain yang nak terlucut.

“Hehehe..selamatt.!!” Budak perempuan itu tersengih kepadaku.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tujuh minit sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan berjaya juga aku sampai,itu pun dengan saki baki kudrat yang ada.Mujur tak terlewat.Elok sahaja aku datang dekat-dekat dengan Farah..alamakkk!! tali wedges aku putus!

“Farah..macam mana ni? takkan aku nak jalan dalam dewan peperiksaan kaki ayam kot?”

“Isk..macam mana boleh kasut kau putus waktu-waktu macam ni pulak?”

“Manalah aku tahu benda ni nak jadi!”

“Ish..macam –macamlah kau ni!”

“Alamak Farah..aku nak terkencinglah! mana tandas hah?”

“Tandas? tu dekat surau belakang dewan tu!”

“Eh, Aku dah tak tahan nak terkucil ni..aku pergi dulu tau?”

“Cepat sikit.Nak masuk dewan dah ni!”

Terkedek-kedek aku berjalan ke surau dengan kasut yang tercabut tali..terpaksalah mengesot sikit-sikit.Nak cover line konon..

Hah! nasib baik! murah rezeki aku..Selamat..Selipar tandas itu kusarungkan.Wedges aku yang dah ‘uzur’ itu kini tersadai di rak kasut surau.Wedges berganti selipar tandas? bersyukurlah ada selipar tandas ni.Tapi..pakai vogue macam ni..dengan baju kurung moden, pario, tudung ekspress ayu ala-ala wanita melayu terakhir akhirnya..terpaksa sarungkan selipar tandas? Mana pergi kasut ala-ala Cinderella? macam mana nak jadi wanita melayu terakhir ni! aduhh..rosak..rosak!

“Hai Leesa? mana kasut lawa tadi?” Sindir Allan.

“Syhh..diamlah kau Allan!”

“Eii..apa dah jadi ni Leessa? selipar jamban kau rembat?” Tegur Farah kuat.Tak agak-agak! memalukan saja!

Terasa wajahku sudah bertukar kemerah-merahan.Mana tidaknya.Suara Farah yang kuat itu macam suara itik Nila! bertempik macam nak bercerita pada semua budak-budak lain yang ada di situ.Malulah aku!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Peperiksaan berjalan dengan lancar.Lega! Selepas semua pelajar dibenarkan pulang..sekali lagi aku buntu.Macam mana aku nak balik kalau kasut aku dah hilang? Wedges aku yang tersadai dekat surau tadi ternyata dah..hilang! Siapa pula yang ambil? jangan-jangan sudah dikutip pekerja pembersihan lalu dibuang? alahai apalah nasib badan..

“Farah! tumpangkan aku balik.Aku tak ada kasut ni..”

Cemas.Takkanlah aku kena balik naik bas berkaki ayam? oh..tidak!!

“Okey!” Nasib baiklah Farah setuju nak hantar aku balik naik skuter pink dia..kalau tidak baliklah aku dengan berkaki ayam.

Baju cantik-cantik, macam wanita melayu terakhir, siap feeling-feeling tepi pantai lagi dengan pario aku..tapi fail bab kasut.Selipar tandas tu jugalah yang akhirnya jadi penyelamat aku.Kalau tak..kaki ayamlah masuk dewan peperiksaan.Stail baru!

Vroooomm..vrommm!!

Farah menekan minyak.Skuter pink panther Farah pun mengaum.

“Eh, sekejap.Aku nak pergi pulangkan selipar jamban ni kat surau balik.Nanti tak berkat pulak ambil harta orang!” Aku berpatah balik.

Farah memberhentikan skuter betul-betul depan surau.Lepas aku letakkan balik selipar jamban itu di raknya aku pun berjalan melenggang-lenggok dengan berkaki ayam naik skuter Farah.

Vromm..vrommmmm!! Sekali lagi skuter Farah mengaum.

Aku pun naik atas skuter.Duduk ala-ala wanita melayu terakhir dengan tak berkasut.Noktah.Kaki ayam! dan pario aku pun beralun-alun ditiup angin bak di tepian pantai.Mulalah..feeling-feeling lagi ada dekat tepi pantai.

“Leesa!” Laung Allan yang ditemani rakan-rakannya yang lain.

“Woii..naik skuter kaki ayam!” Joe menegur.

“Bye!” Sengaja aku alunkan suaraku dengan lenggok gedik.Selamba.

“Topi keledar mana woii?” Tanya Allan sambil mengisyaratkan dengan tangannya.

Emergency case ! dimaafkan!” Laungku pula.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Elok-elok sahaja sampai disimpang tiga,Farah memperlahankan skuternya.Apa yang tak kena?

“Kenapa Farah?”

“Tu..depan tu ada polis peronda.Nanti kena saman sebab kau tak pakai topi keledar!”

“Ala Farah.Kau tak kesian kat aku ke Farah..Aku kaki ayam ni.Nanti kalau dia tahan kita biar aku je jawab..tapi aku gerenti dia tak saman.Kita kat dalam je pun bukan nak keluar universiti.Nak balik kolej.Cakap je dengan dia.”

“Kalau dia tahan jugak macam mana?”

“Kalau tahan jugak kita pecutlah..ada bran?”

“Redah je okey?” Farah cuba mendapatkan kepastian.

“Redah je..tak ada apalah..”

Vroommm..Vroommm!!!

Dummmm!!

Aduhh..sakitnya kepala aku...apa yang dah jadi ni?

“Farah! bangunlah Farah!”

“Ni semua kau punya pasallah.Cabut konon..nak redah je.Tengok.Sudahnya kita jugak tersungkur.”

Jatuh! tak pasal-pasal aku dengan Farah Accident.Terlepas daripada tahanan dan kena saman tapi..tak terlepas daripada hukuman.Hukum karma.Percuma saja..berbaloi-baloi!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Minggu itu mama tiba-tiba sahaja menelefon suruh aku balik rumah.Cuti semester dah tak lama ..kenapa nak kena balik pula? Kepala aku mulalah berfikir yang bukan-bukan.Mama..macamlah aku tak kenal.Ada-ada sahaja rancangannya.Apa pun..dia tetap mama!

“Assalamualaikum mama!”

“Waalaikummussalam..hah inilah dia anak saya yang saya ceritakan tu, Rosnah!”

Tiba-tiba sahaja mama terus meluru kepadaku di muka pintu.Tubuhku dipaut lalu mama mendorongku berjalan bersama-sama dengannya.

“Err..tapi..” Kata-kata mama tiba-tiba ternoktah di situ.

“Pstt..Suria..kenapa tiba-tiba Suria pakai macam ni?” Ternyata mama terkejut dengan penampilan baruku itu.Mata mama membulat seolah sebiji bola golf.Memang mama takkan percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.

“Manisnya..sopan sungguh orangnya.” Puji kawan mama yang bernama Rosnah itu.

“Marilah duduk dekat mak cik ni,Suria.” Kawan mama sudah berganjak sedikit untuk memberikan ruang tempat duduk di sofa bersebelahan dengannya.

Aku hanya menurut.Wajah wanita di hadapanku itu aku perhatikan.Wajah keibuan.Tapi.. ada sesuatu di situ.Mukanya ada iras-iras..?

“Eh, lambat betul pula Si Allan ni.Mana perginya tak sampai-sampai lagi ni!” Kawan mama yang bernama Rosnah itu menyebut Allan? Allan mana pula agaknya.Kenapa namanya macam biasa sahaja aku dengar? macam..eh takkanlah!

“Assalamualaikummm!” Satu suara menerjah gegendang telinga.

“Waalaikumsalam..hah masuklah Allan.Sudah sampai pun kamu.” Mama beria-ia menyambut tetamu yang datang di muka pintu.Amboi bukan main ramah lagi mama.

“Kenalkan..inilah dia anak untie.Namanya Suriana.Di rumah ni kami panggil Suria saja.”

Gulp!

Jantung aku dah berbunyi dup dap dup dap!

“Hah, Suria..ini anak untie Rosnah.Namanya Ruslan.Tapi dipanggil Allan.”

“Err..mama.Boleh Suria cakap dengan mama kejap tak?” Aku cepat-cepat menarik mama ke dapur.

“Apa mama buat ni?”

“Suria tu yang buat apa sebenarnya.Apa benda semua ni? Suria berlakon ke apa ni dengan kain tutup muka ni, dengan jubah ni semua..apa ni Suria?” Mama sudah memicit-micit kepala.

“Suria buat macam ni ada sebab!”

“Sebab apa Leesa Suriana? Jangan nak buang tabiat pulak.Kalau Suria betul-betul nak pakai macam ni tak apa.Tapi kalau Suria sengaja nak permainkan agama mama tak benarkan!” Mama nampak betul-betul marah.

“Ma..dengar dulu ma.Suria buat macam ni bersebab!” Aku selak penutup muka yang aku pakai.

Calar balar! Kemudian aku selak pula lengan jubbah yang kupakai.

“Kenapa badan kamu penuh luka ni.Ni..muka ni macam mana boleh jadi macam ni.Ya, Allah Suria..apa lagilah yang dah kamu buat ni Suria? pening kepala mama!”

“Suria accident dekat kolej.Jatuh skuter dengan Farah.Tu sebab Suria tak nak balik.Tapi mama paksa Suria balik jugak.”Akhirnya aku ceritakan segalanya pada mama.

“Dah..jom keluar.Kamu pergilah berborak dengan Allan tu.Mama nak siapkan air untuk tetamu.”

Allan? macam sudah tak ada orang lain hendak diperkenalkan pada aku.Allan tu hari-hari aku jumpa dekat Fakulti.Mujurlah bukan sekelas dengan aku.Tapi selalu jugak terserempak dengan dia tu.

“ Err..Assalamualaikum,ustazah” Tegur Allan malu-malu.Wajahnya merona merah.

Ustazah dia panggil aku? gila ke apa Si Allan ni? Opss..iyelah aku lupa.Memanglah Si Allan panggil aku ustazah kalau dah tengok aku punyalah sopan macam ni dengan jubah hitam siap berpurdah bagai! Aku terkekek-kekek ketawa dalam hati.Nasib kaulah Allan.Biar aku kenakan engkau cukup-cukup.

“Waalaikummussale’..lamo doh ko.. mu kene’ mek?” Biar aku uji mamat ni guna dialek Kelantan.

“Err..taklah.Baru lagi.Itu pun umi saya yang beria-ia ajak saya jumpa dengan mak ustazah.”

“Oo..lagu tu.Mu ni blajo mano?”

“Saya belajar dekat universiti dalam negara je.Er..ustazah pulak?”

“Kaherah.Mesir!” Aku berbohong.

“Wah..jauh tu ustazah.”

Ceh..mamat ni percaya pulak.Apa ke bodoh sangat dia ni? Aku ketawa terbahak-bahak dalam hati.

“Jurusan apa?”

Alamak! jurusan apa aku nak cakap ni? matilah aku! Ahh..hentam sahajalah.Bukannya dia tahu pun.

“Er..ulummuddin!”

“Hah? tak pernah dengar pulak saya..”

“Err..”

“Ooo..mungkin ustazah maksudkan Usulluddin!”

“Hah.iyo.Betullah tu Usulluddin..uhukk..uhukk!” Aku terbatuk-batuk.Nasib baik tak bocor rahsia!


“Apa yang dibualkan di luar tu..Suria..Allan? Mari masuk minum dulu !” Panggil mama.

“Mama..untie, Allan.Suria mintak diri dulu ya nak naik ke atas. Nak solat Asar dulu..”

“Iyalah..silakan!”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Suria..!”

“Ya, mama.”

“Mama nak tanya sikit ni.”

“Apa dia ma?”

“Macam mana dengan kamu dan Allan siang tadi?”

“Macam mana apa ma?”

“Iyelah..kamu suka tak si Allan tu.Untie Rosnah tu berkenan sangat dengan kamu.”

“Allan mama? Ala ma..tak ada ke orang lain..jangan mama nak cakap yang mama..?”

“Mama pun berkenan tengok budak tu..”

“Oh..pleaselah mama! Suria tak..”

Tiba-tiba sahaja telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

‘Ustazah..mu tunggu kupinang!’

Aku gigit jari.Biar betul???



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku