Ingat-ingat Lupa
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 November 2012
NURUL Amira terpaksa bertatih untuk memulakan hidup baru akibat tragedi yang meragut semua yang dia miliki.
Penilaian Purata:
(18 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6476

Bacaan







Nurul Amira dan Chombi sama-sama sedang mengemaskan bilik mesyuarat di tingkat 5. Tengahari tadi berlangsungnya jamuan makan-makan untuk meraikan harijadi staff bagi bulan ini. Itulah yang selalu dilakukan oleh pihak pengurusan untuk menghargai staff mereka.

“Seronok ya Mira, orang kerja pejabat ni. Siap hari jadi pun diraikan oleh majikan. Kita ni haram nak dapat semua ni,” omel Chombi sambil tangannya lincah membersihkan meja yang sepah dengan sisa makanan.

“Nak buat macam mana Chombi, kita ni tak berpelajaran. Kerja macam ni aje yang sesuai untuk kita.”

“Tulah. Menyesal gak aku. Masa sekolah dulu tak belajaq betoi-betoi. Lani jadi cleaner aje. Hummm…..”

Nurul Amira tersenyum mendengar rungutan Chombi. Terdetik jugak dihatinya sejauh mana pendidikannya dulu sebelum dia hilang ingatan. Adakah memang dia tak berpelajaran tinggi sama seperti sekarang ini. Atau dia mempunyai kehidupan yang lebih terjamin. Aaaa…..sukar untuk memikirkannya.

“Mira, Chombi.”

Pantas Nurul Amira dan Chombi menoleh memandang arah suara yang memanggil mereka berdua.

“Ya Cik Niza.” Sahut Chombi.

“Kat pantry ada lebihan makanan. Kamu berdua bawaklah balik. Kek pun ada. Saya simpan dalam peti sejuk. Balik nanti bawalah balik ke rumah ya.”

“Alhamdulillah. Jimat duit untuk malam ni, Cik Niza.” Chombi mengucap syukur dengan rezeki yang diterima.

“Terima kasih, cik Niza,” ucap Nurul Amira pula.

“Dah rezeki. Kamu berdua sambunglah balik buat kerja. Saya pergi dulu,” ujar Niza sebelum kembali ke meja kerjanya semula.

Chombi dan Nurul Amira kembali menyambung kerja yang tergendala tadi. Mereka perlu menyiapkan semua kerja secepat mungkin sebab takut kalau bilik ini diperlukan untuk bermesyuarat selepas ini.


Sedang mereka menunggu bas baru Nurul Amira menyedari dia tertinggal makanan yang disimpan oleh Niza tengahari tadi.

“Alamak Kak Kiah. Mira terlupa nak ambik kek dalam peti sejuk yang Cik Niza simpankan untuk kita.”

“Laaa…..macam mana boleh terlupa ni. Bas kejap lagi nak sampai ni.”

“Tulah kak. Makanan lain dah ambil tadi. Kek tu sebab simpan dalam peti sejuk terlupa pulak. Mmm…..macam nilah,akak balik dulu. Saya pergi ambil kek tu kejap. Tak sedap hati pulak tak ambik makanan yang orang dah bagi kita.”

“Boleh ke Mira balik sendiri ni?” Risau pulak Kak Kiah nak meninggalkan Nurul Amira balik seorang diri.

“Boleh. Bukan tak biasa Mira naik bas seorang diri. Akak baliklah dulu kalau bas dah sampai. Mira pergi dulu. Assalammualaikum.”

Tanpa menunggu lama Nurul Amira terus melangkah semula menuju ke bangunan Mutiara Holding. Butang lift ditekan dan terus melangkah masuk ke dalam lift sebaik pintu lift terbuka. Butang tingkat 5 ditekan.

Nurul Amira mengatur langkah menuju ke pantry sebaik keluar dari lift. Peti sejuk dibuka dan bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat beberapa potong kek masih tersimpan kemas didalam peti sejuk. Setelah mengambil 3 potong kek, Nurul Amira menutup pintu peti sejuk. Dia mula mengatur langkah untuk ke lobby lift.

Namun langkahnya terhenti bila telinganya mendengar suara orang mengaduh kesakitan dari arah bilik photocopy.

“Aduh….” Eziwan menarik tangannya. Tangannya mulai dibasahi darah. Niat untuk membetulkan mesin photocopy yang tiba-tiba tersangkut menyebabkan tangannya terluka terkena besi yang tajam. Dia tak perasan tadi.

“Kenapa Encik Eziwan?” Tiba-tiba Nurul Amira muncul entah dari mana.

Tanpa menunggu jawapan Nurul Amira terus saja menerpa kearah Eziwan yang sudah berkerut mukanya.

“Ya ALLAH, darah.” Nurul Amira terkejut bila melihat darah ditapak tangan kiri Eziwan.

“Tolong ambilkan plaster Mira.” Pinta Eziwan menahan sakit.

“Berdarah ni. Mana boleh bubuh plaster aje. Kita kena bersihkan dulu luka ni lepas tu baru letak plaster. Mari.”

Tanpa membantah Eziwan hanya mengekori saja langkah Nurul Amira. Setelah mereka sampai dipantry Nurul Amira pantas membasuhkan tangannya dengan sabun sebelum merawat luka Eziwan. Setelah itu perlahan-lahan luka Eziwan dicuci dengan penuh berhati-hati agar kuman tidak masuk ke tempat luka. Kemudian dikeringkan perlahan-lahan luka itu dengan tisu. Selepas itu barulah diletakkan plaster ditempat yang luka.

Sepanjang rawatan itu Eziwan tidak bersuara. Diperhatikan setiap pergerakkan Nurul Amira. Sentuhan tangan Nurul Amira amat lembut. Sentuhan persis Khyrulhydza.

“Encik Eziwan masih rasa sakit ke?. Kalau masih rasa sakit lebih baik pergi klinik. Takut luka tu dalam,” kata Nurul Amira tanpa menyedari dirinya menjadi perhatian.

“Encik Eziwan.” Nurul Amira mengangkat kepalanya sedikit ke atas bila pertanyaannya tidak bersahut.

“Awak macam doktor,” kata Eziwan seraya mata mereka berlaga.

Kening Nurul Amira berkerut. “Rawat macam ni pun dah dipanggil doktor ke Encik Eziwan?” tanya Nurul Amira lucu.

“Cara awak tu persis doktor.”

Nurul Amira tergelak. Tangannya menyimpan semula plaster yang tak dipakai ke dalam kotak first Aid.

“Kenapa awak gelak?.”

“Encik Eziwan lah. Rawat luka sikit macam ni siapa tak tahu. Encik Eziwan ni luculah.” Nurul Amira masih mentertawakan kelucuan Eziwan.

Eziwan turut tersenyum segaris. Dia kembali terbawa-bawa dengan kenangan Khyrulhydza. Dia sendiri tak tahu kenapa setiap kali dia bersama dengan Nurul Amira, dia pasti akan teringat pada Khyrulhydza. Mungkin sebab wajah mereka berdua hampir sama.

“Mmmm….Encik Eziwan, baik Encik pergi klinik untuk dapatkan rawatan lanjut. Saya takut luka tu mungkin dalam,” usul Nurul Amira sebaik menyimpan first Aid kembali ke tempat asalnya.

“Luka sikit aje ni. Beberapa hari baiklah.” Jawab Eziwan perlahan. Dia melihat semula tangannya yang dibalut oleh Nurul Amira. Kemas balutannya.

“Kalau macam tu saya balik dululah Encik Eziwan.”

“Saya hantarkan balik.” Eziwan menawarkan dirinya untuk menghantar Nurul Amira.

“Tak susahkan Encik Eziwan ke?.”

“Saya yang dah susahkan Mira. Please biar saya yang hantar awak balik. Sebagai balasan atas pertolongan awak ni,” ujar Eziwan sambil menunjukkan tangannya yang berbalut.

Nurul Amira serba-salah. Takut ada cakap-cakap belakang yang kurang elok nanti. Tak pasal-pasal cik Linda membencinya. Semua orang di Mutiara Holding mengetahui Eziwan adalah tunang pada cik Linda. Tak ada siapa berani nak tackle Eziwan termasuklah dirinya. ‘Ha, ada hati nak tackle tunang orang. Sedarlah sikit, awak tu mana sepadan dengan Eziwan yang hensem tu.’ Hati Nurul Amira mengejek diri sendiri.

“Mira, tak perlu fikir-fikir lagi. Jom saya hantarkan awak balik.” Eziwan sudah mula melangkah.

Dalam keadaan yang masih serba-salah kaki Nurul Amira turut melangkah mengekori langkah kaki Eziwan. Suasana sepi sehinggalah di dalam kereta Perdana milik Eziwan. Jalan yang sedikit sesak membuatkan perjalanan mereka sedikit tidak lancar. Eziwan menoleh memandang Nurul Amira yang leka memandang keluar tingkap kereta.

“Mira tinggal kat mana?.” Eziwan memulakan perbualan.

“Errrr…..flat DBKL, Bangsar encik Eziwan.”

“Ooo…..tinggal dengan siapa?” Eziwan terus menyoal sambil matanya ditumpukan pada pemanduan.

“Dengan kak Kiah,” jawab Nurul Amira yang sudah menoleh memandang Eziwan. Namun pandangan itu hanya buat seketika. Dia kembali memandang keluar semula. Nurul Amira sendiri tak tahu kenapa dia akan sentiasa berdebar setiap kali memandang wajah Eziwan. Malah dia dapat merasakan yang dia pernah bertemu dengan Eziwan sebelum ini. Namun dia tidak mampu mengingati di mana mereka pernah bertemu.

Tapi itu semua mungkin mustahil kerana dia hanya bertemu buat pertama kali dengan Eziwan sewaktu dia bekerja di Mutiara Holding. Mungkin mainan perasaannya saja.

“Kenapa gelisah aje ni?.”

“Ha?.”

Eziwan tersenyum bila memandang wajah blur Nurul Amira. ‘Ya ALLAH, pandangan itu persis Khyrulhydza.’ Hati Eziwan berdetik. ‘Siapa kau yang sebenarnya Nurul Amira?. Adakah kau Khyrulhydza ku?. Tidak!. Ekhi dah mati. Dia dah mati.’ Eziwan berlawan dengan perasaannnya sendiri.

“Encik Eziwan tanya apa tadi?” soal Nurul Amira bila tiba-tiba Eziwan senyap.

“Aaaaa…..tak. Tak ada apa-apa.” Eziwan mengelengkan kepala sambil menekan butang radio. Sepanjang perjalanan menghantar Nurul Amira, mereka ditemani dengan alunan lagu dari stesen radio HOT FM.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku