Cekodok itam vs. cekodok putih!
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 15 Disember 2014
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)
1994

Bacaan






Senyumannya melebar tatkala mendengarkan cerita mamanya.Dia dan cekodok itam memang tak boleh dipisahkan.Tetapi sejak diperkenalkan kepada cekodok putih, Icha macam tak boleh nak berpisah dengan cekodok putih lagi.Pagi petang siang malam dia cuma nakkan cekodok putih.Dia bukannya sengaja nak beralih kasih, tapi apa nak buat.Sedangkan pantai lagikan berubah..inikan pula manusia biasa!

Mama dan papanya naik rimas dengan perangai baru Icha itu.Bimbang dengan perangai anak perempuan tunggal mereka yang serba tak kena pada pandangan mata mereka.Mana tidaknya..tiba-tiba sahaja angau dengan cekodok putih.Tak pernah jemu dengan cekodok putih.Sedangkan mama yang melihat pun rasa muak dan nak termuntah inikan pula papa!

“Icha!”

Icha menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil.Dia cukup kenal dengan susuk tubuh itu. Kelopak matanya membesar.Bagus, lelaki itu menepati janjinya!

“Kau bawa tak apa yang aku nak?”

“Kau ni tak menyabar-nyabarlah Icha!

“Cepatlah.Kau ni terhegeh-hegehlah.macam perempuan!”

“Habis kau tu, gelojoh macam jantan!”

“Kurang-kurangnya kalau aku jadi perempuan pun beruntung ..pandai masak berbanding kau tu jadi jantan..apa yang kau pandai? melalak?”

“Kau ni kannn!!!” Icha menampar-nampar susuk tubuh di depannya itu.

Grrrrrrr! Geram betul! Tak habis-habis nak kutuk dia macam jantan.Suka hati dialah nak jadi macam jantan ke perempuan.Kalau ada pilihan jadi pondan..agaknya elok lagi dia pilih untuk jadi pondan!

“Eii sakitlah.Kau ni..tak padan dengan perempuan.Kau makan apa ha? makan besi ke?”

‘Sakit betul penangan Icha.Baru kena penampar dekat badan.Kalau kena tampar dekat muka.. pengsan aku agaknya!’

“Mananye..cekodok aku?”

“Iyelah,nah ambik ni.Makanlah sepuas-puas hati kau!”

“Hahahhahahahah!!”

Icha ketawa.Bukan main suka.Keseronokannya mengalahkan keseronokan dapat laki.Eh, penah rasa ke macammana seronoknya berlaki?

Cekodok itu disumbat ke dalam mulutnya.Sedap! habis satu, dicapainya satu lagi.Habis satu, disumbatnya lagi.Puas betul dapat makan cekodok putih banyak-banyak macam ni!

Uhukkk!!uhhukkkkkkkkkkkk!!

Icha menampar-nampar dada.Tak puas dengan itu, baju budak lelaki itu ditarikya.Kusss semangat. Terperanjat beruk.Ingatkan dah nak mati tadi!

Pappp!!Pappp!!Papp!! ditampar-tampar pula lengan budak lelaki itu.

“Air..airrrr!” Icha mengetuk-ngetuk dada.

“Itulah, gelojoh sangat.Kan dah tercekik!” Gerutu budak lelaki di hadapannya itu.

“Nah!” Dia menghulur botol air mineral.

Air itu terus diteguknya.Tak puas.Satu kali lagi.Ah, lega..! Nasiblah cekodok tak lekat dekat leher. Kalau tak, dia suruh Si Zaidi itu korek balik !

“Kau ni kalau kau makan macam tu depan mak mertua kau, esok lusa mesti kena cerai!”

“Sedap mulut kau aje kan?”

“Hahha..tapi kau ni ada mak mertua ke? siapalah yang nakkan kau? aku rasa mesti laki pun takut nak dekat dengan kau sebab konfius kau ni jantan ke perempuan?”

“Kau nampak selipar jepun aku ni, tak?” Icha menanggalkan selipar jepun miliknya lalu dihayun-hayunkan di depan muka Zaidi.

“Eh, janganlah Icha!” Zaidi mengelak.

“Hah, kau ulang lagi apa yang kau cakap tadi?”

* * * * * * * * * *

Suatu masa dulu...

Petang damai nan indah.Semua sedang leka menonton televisyen sebelum satu suara kecil meminta sesuatu.

“Mama..mama..Icha nak cekodok!”

Zulaikha tersenyum.Punyalah banyak makanan yang terhidang di depan mata, cekodok juga yang dipinta anak kecil itu.Dia mengeleng kepala.

“Mama dah masak banyak kuih ni.Ada pisang goreng dengan keropok lekor ni makanlah apa yang ada je..okey?” Pujuknya.

“Ala tak nak..Icha nak cekodok jugak!”

“Icha..dengar cakap mama tu sayang.Makan sajalah apa yang ada tu.Nanti siapa yang nak makan banyak-banyak tu tak habis.Membazir!”Pujuk Papa Icha pula.

“Ala..Icha nak cekodok jugak.Nak cekodok jugak.Icha nak Cekodok itam yang macam Opah selalu buat tu!” Rengek anak kecil itu lagi.

“Cekodok itam?” Papa hairan.Apa cekodok itam tu? cekodok hangus ke?

“Cekodok pisanglah tu!” Mama mencelah.

“Papa cakap makan apa yang ada!” Papa Icha suda meninggi suara.

Uwaaaaa!!Uwaaaaaa!!

“Hish..abang ni pun, janganlah marah budak tu!” Zulaikha bangun memujuk anaknya.

“Dah,jangan nangis.Mama buatkan cekodok itam untuk Icha, ye?”

Senyumannya melebar.Dia dan cekodok itam memang tak boleh dipisahkan.Sejak Opah memperkenalkan Icha kepada cekodok itam, hari-hari dia mahukan cekodok itam.

* * * * * * * * * *

Kringggggggggggggg!!Krinnggggggggggggg!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba.Budak-budak lelaki bertolak-tolakan hendak membeli makanan.Budak perempuan pun apa kurangnya.

“Apa kau makan tu?” Icha terjenguk-jenguk dalam Tupperware hijau milik Zaidi.

“Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Kau makanlah makanan kau tu!” Zaidi cepat-cepat menutup bekalannya.

“Eleh.Kedekut!” Perli Icha.

“Apa kedekut-kedekut ,hah?”

“Yelah, kau tu kedekut.Aji Bakhil! Ejek Icha lagi.

Zaidi sudah berkira-kira hendak bangun apabila tiba-tiba Icha merampas tupperwarehijau miliknya.

‘Hah? habislah aku!’

“Hahahah..hahahahahaaaa!! cekodok? Cekodok ikan bilis ?” Icha ketawa berdekah-dekah.

Icha menyumbat mulutnya dengan cekodok ikan bilis milik Zaidi.Cekodok bersaiz sederhana besar itu nyaris-nyaris membuatkannya tercekik! Muat-muat mulutnya sahaja.

‘Dasar penyamun!’

Zaidi menjeling.Tak padan dengan perempuan.Perangai macam jantan!Ketawa berdekah-dekah.Ini kalau mak mertua tengok terus masuk ICU!

“Sedaplah cekodok kau.Siapa buatkan ni?”

“Ini aku punyalah! Kau nak, buatlah sendiri!” Zaidi bangkit dari kerusi nya.

Lama-lama dia pandang muka Si Icha itu boleh makan hati berulam jantunglah jawabnya. Kalau tak berhati-hati, silap-silap haribulan masuk IJN kerana serangan jantung pula!

* * * * * * * * * *

Icha menceduk tepung gandum ke dalam mangkuk.Satu sudu, dua sudu.. eh, nak letak berapa sudu sebenarnya? Alah, hentam sahajalah.Ikan bilis, garam,dan bawang besar. Minyak masak untuk menggoreng.Okey, mula-mula Icha campur tepung gandum dengan air, masukkan ikan bilis dan bawang besar dengan garam.

“Eleh, senang saja pun.Budak tadika pun boleh buat cekodok putih ni!” Icha tersengih-sengih seorang diri.

Icha mula mengacau adunan sambil menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu dalam ipod yang dipasangnya.Tak seronok pula.Kuatkan lagi.Barulah puas nak melalak!

"Cause I am your lady

And you are my man

Whenever you reach for me

I'll do all that I can

Lost is how I'm feeling lying in your arms

When the world outside's too

Much to take

That all ends when I'm with you.."

Lirik lagu Celin Deon bertajuk ‘Cause I’am your lady‘ dialunkan mengikut rentak. Syahdu dan penuh penghayatan! Membayangkan dia sedang memegang mikrofon di atas pentas sambil disaksikan ribuan penonton.Senduk pun jadilah buat mikrofon.

“Icha!”

Suara itu nyaris-nyaris membuatkan senduk ditangannya terjatuh ke lantai.Apalah jerit-jerit panggil orang.Mujurlah senduk yang jatuh..kalau jantung Icha yang jatuh ,tercampak macam mana? Jenuh pula nak kutip masukkan balik dekat tempatnya.Mata Icha menangkap kelibat seseorang.

“Apa Icha buat ni!” Mama terjerit besar.

Patutlah perangai Icha macam jantan.Baru Icha tahu daripada mana Icha mewarisi perangai ini. Mata mama membulat besar.Macam bola golf.Mulut mama pula terlopong, macam baru lepas tengok silap mata! Sambil bercekak pinggang, mama menghampiri Icha yang sedang sibuk mengodek-godek adunan cekodok putih dalam mangkuk besar.

“Icha buat cekodoklah!” tanpa teragak-agak Icha menjawab.

“Cekodok apa macam ni?” Mama menjenguk dalam mangkuk bulat besar itu.

‘Tepung berterabur atas lantai, bawang potong punyalah besar, siap dengan kulit-kulitnya tak dibuang habis, ikan bilis tak kopek dengan tahi-tahinya dimasukkan? Macammanalah anak dara aku ni memasak?’ Mama hampir-hampir pengsan !

“Cekodok ikan bilis!” Icha tersengih membariskan deretan giginya yang tak berapa nak bersih.

“Icha..cubalah buat kerja tu senonoh sikit!” Tegur Mama Icha.

“Kenapa pulak, ma?” Icha termangu-mangu sendiri.

“Tengok ! siapa ada selera nak makan makanan macam ni? Bawang tu tak buang kulit, tepung dengan air tu kena betul sukatannya.Lebih tepung, cekodok jadi keras.Kurang tepung nanti cair. Ikan bilis tu, kopek dulu buang tahinya.Tercekik mak mertua makan nanti!” Perli mama.

“Susahnya! Icha dah tak nak buatlah!”

Icha keluar dari dapur.Lecehlah nak buat cekodok putih.Baik tengok tv sahaja.Icha melabuhkan punggung ke atas sofa di ruang tamu.Ditekannya alat kawalan jauh.Layan cerita telenovela dekat tv lagi baik.Jiwang sekejap.

“Icha! Kemas balik barang-barang dekat dapur ni!” Panggil Mama Icha.

“Alah, malaslah ma.Ma jelah tolong kemaskan!” Icha bersandar malas sambil kakinya disilangkan. Dia mengoyang-goyangkan kaki.

‘Tak bestlah duduk macam ni!’ Dia meniarap pula di depan tv.Kakinya di angkat ke atas sambil dihayun-hayun.

Papp!

‘Alamak terkena mama pula!’

“Anak dara apa macam ni? Icha..cuba duduk elok-elok.Nampak di orang karang malulah.Senonoh sikit..awak tu dah besar panjang bukannya budak kecil lagi!” Membebel lagi.

“Kalau perangai macam ini tak siapa hendak buat bini! Mak mertua pun lari.”

Icha mengerak-gerakkan bibir mengajuk percakapan mama.Itu tak kena, ini tak kena. Takkanlah Icha nak kena jadi perempuan melayu terakhir pula? Bila berjalan kena kepit-kepit, bila duduk kena sempit-sempit, bila baring tak boleh bergolek-golek.Aduh, mama..Icha tak mau jadi ‘plastik’ !

“Icha dengar tak, apa yang mama cakap ni?” Leteran mama bersambung-sambung pula.

“Iye..Icha dengarlah ni mama..”

“Kalau dengar, kenapa tak duduk elok-elok lagi? Tu pergi kemas balik barang-barang yang Icha sepahkan dekat dapur sana tu..!”

“Kejaplah mama..” Jawab Icha.

“Kejap,kejap.. sampai ke sudahlah macam tu! belajarlah memasak Icha..kamu tu dah boleh jadi bini orang, bukan bini lagi dah..kalau kawen dah beranak pinak dah.Jadi mak orang dah patutnya!”

Macam bertih jagung! Tak henti-henti bebelnya.Mama ni agaknya suka sangat makan bertih jagung.Itulah pasal mulut mama sekarang ini asyik membebel sahaja dua puluh empat jam ,lima kali sehari!

* * * * * * * * * *

Icha bengang.Suka-suka hati sahaja mama hendak pilihkannya calon suami.Tak pasal-pasal hari ini dia ditunangkan.Entah dengan siapa-siapa! Dengan anak kawan baik mama konon..

“Hah, mana satu tunangnya Si Icha?” Tanya Mama Icha sambil matanya melilau memandang para hadirin yang datang.

“Ooh, ada dekat luar tu.Segan katanya hendak masuk!”

“Alah..apa yang nak disegankan.Tak lama lagikan nak jadi suami isteri dah!” Bersinar-sinar wajah Mama Icha.Mana tidaknya, sekian lama ditunggu-tunggu jodoh anaknya itu.Hari ini termakbul juga doanya hendak mendapat menantu!

Zaidi terjenguk-jenguk di sebalik pintu pagar.Nak masuk ke tak nak? Kalau tak masuk, nanti apa pula yang mak bapa Si Icha tu cakap.Kalau masuk, nanti Si Icha tu pelangkung kepalanya.Habislah rambut baru ala-ala Ronaldo yang dia baru gunting dekat Saloon.Terbang lima puluh ringgit duitnya! Tak pasal-pasal nanti kena dua puluh jahitan dekat hospital.Si Icha tu, urat dawai tulang besi!

“Eddy..marilah masuk.Bakal mertua nak jumpa tu!” Wani memanggil adiknya masuk.

“Seganlah kakak!”

“Hishh..kau ni tak habis-habis dengan perangai penyegan kau tu.Macam mana nak kawen?”

“Eddy takutlah dengan perempuan tu, nanti dia serang Eddy macammana?”

“Eh kau ni Eddy, kau perempuan ke jantan? Takut sangat dengan perempuan tu kenapa? Bukannya dia boleh telan kau pun!”

“Kakak tak kenal dia tu..bolehlah kakak cakap macam tu.Kalau kakak kenal dia tahulah kakak macammana perangainya!”

“Apa pulak akak tak kenal? Tadi akak dah kenal.Manis je, sopan akak tengok!”

Manis? Sopan? Biar betul akak aku ni? Dia tak tengok lagi perempuan tu pasang kuda-kuda.. tahulah langit tu tinggi ke rendah nanti! Sekali kena karate dengan pempuan tu boleh putus urat-urat kentut! Silap-silap putus urat nadi!

“Dahlah Eddy..kalau perempuan tu perempuan jugaklah.Tak payahlah kamu nak takut sangat dengan dia tu!” Sergah kakaknya.

Mama dan papa Icha sudah tersenyum sesama sendiri.Masing-masing tak sabar-sabar lagi hendak menengok rupa tunang Si Icha itu.Segak ke orangnya, baik ke budi bahasanya. Berbunga-bunga hati.Ada juga yang hendakkan anaknya Si tomboy itu.Ingatkan Si Icha tak berjodoh sampai ke tua.Mujurlah ada yang sudi dengannya.

“Inilah dia..tunang Si Icha tu!”

“Haaaaaaa...??”

Mama dan papa terlopong.Ini rupanya?

* * * * * * * * * *

Berkelentang-kelentung bunyi pinggan mangkuk di dapur.Entah apalah yang dibuat oleh isterinya itu.Bising betul.Takkanlah bersilat dalam dapur? Surat khabar yang dibacanya dilipat lalu diletakkan di atas meja kopi.Dia memanjangkan kepala.Melihat kalau-kalau ada apa yang tak kena di dapur.

“Awak bersilat ke, memasak dekat dapur tu?” Tegurnya

“Masaklah bang!”

“Bunyi macam berkungfu je tu?”

“Ada-ada je abang nil ah! Apa kata abang tolong saya dekat dapur ni..ada jugak faedahnya!”

“Alah..saya nak baca surat khabar ni.”

‘Lain macam sahaja bunyi bini aku ni.Apa dibuatnya tu? Takkanlah memasak bunyi macam tu? ke practice kungfu? Baik aku pergi tengok.Karang habis pulak periuk belanga melayang. Jenuhlah hendak membelikan yang baru.Kalau pakai duit dia tak apa juga.Ni karang semuanya duit aku!’

“Yang..!” Panggil Zaidi.

“Oi mak pocott engkau!” Icha melatah.Terkejut.

“Apa yang awak masak ni ,yang? Macam-macam bunyi abang dengar dekat sana tu. Berkelentang-kelentung.Macam orang berperang!”

“Ni hah! dah siap pun..” Icha menolak pinggan ke hadapan suaminya.

“Cekodok?”

“Yelah..favourite kita.. Cekodok itam dengan cekodok putih!”

“Haaah.Yang itam tu awak..yang putih tu saya!”

“Awak cakap saya itam?”

“Itam manis..sungguh pun itam kupandang manis!”

“Banyaklah abang punya itam! Saya yang putih..awak tu yang itam cakap kita pulak!”

Zaidi hanya tersengih mengenangkan perangai isterinya itu.Memang tak pernah hendak mengalah!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku