DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(22 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2958

Bacaan






“BAGI I masa. I akan jelaskan semua bayaran tu.”

Talian terputus. Pihak pemiutang seakan tidak bagi muka. Elman benar-benar menemui jalan buntu.

Elman menghempaskan fail di atas meja. Dia melurutkan rambutnya ke belakang kemudian berkali-kali meraup mukanya. Otaknya sedang kusut. Syarikat sedang mengalami masalah bebanan hutang yang serius. Eleanor sudah duduk berasingan. Elena Maria pula, selalu pulang lewat malam. Dia sudah letih dengan kerenah Elena Maria yang tidak mahu mendengar nasihat.

Elman menutup lap-topnya kemudian dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Panggilan telefon dari isterinya, Susana tadi seperti ada kecemasan berlaku di rumah. Elman sempat berpesan kepada setiausahanya yang tidak mungkin kembali semula ke pejabat.

Susana meluru ke arah Elman sebaik suaminya itu keluar dari perut kereta. Wajah cemas Susana merisaukan hati Elman seakan ada perkara yang tidak baik berlaku.

“Sayang, sport car I.”

Elman menghela nafas panjang.

Sport car you kena tarik.”

Susana mengganggukkan kepalanya.

“You nak ke mana-mana I akan hantarkan you. Biarlah sport car tu ditarik.”

Susana mencebik sambil menyilangkan tangan ke dada dengan muka semakin masam. Malulah dia pada teman-temannya nanti. Perbelanjaan tersekat, kereta ditarik, apa lagi yang tinggal? Silap haribulan banglo ini juga akan dilelong.

Elman duduk di sebelah Susana lalu mengusap-usap bahu isterinya itu. Dia tahu Susana sedang marah dan isterinya itu tidak biasa hidup dalam kesusahan begini.

“Sayang… I sedang berusaha sedaya mungkin. Sabar sikit ya.” Elman memujuk.

“I sudah penat mahu bersabar.” Susana bangkit lalu memijak anak tangga masuk ke bilik tidur mereka.

Elman memicit-micit kepalanya. Ada ketikanya sikap Susana melemaskan dia. Susana seakan tidak mahu mengerti masalah yang dia hadapi. Apa guna isteri jelita jika mementingkan diri sendiri. Dia sendiri tidak pasti lagi setakat mana kasih sayang Susana terhadapnya. Dia mula menyedari perubahan pada isterinya itu.

“Airnya encik.”

“Terima kasih Mak Tun.”

Orang gaji yang dipanggil Mak Tun itu berlalu ke dapur. Gaji Mak tun pun sudah tertunggak 3 bulan. Mak Tun tidak pula bising-bising meminta wang gajinya. Hati budi Mak Tun sudah dikenali. Mak Tun sudah lama bekerja dengan keluarganya. Mak Tun yang mengasuhnya dari kecil.

PLEASE ElLet’s me explain!”

“Hairie, I sudah tidak percayakan you!” Eleanor memalingkan mukanya. Eleanor mengaturkan langkahnya laju. Hairie sudah mengejar dari belakang.

“El! Bagilah I peluang!”

“Lelaki semuanya sama. Liar!”

“El… please, dengar dulu apa I nak cakap!”

Eleanor segera meloloskan tubuh ke dalam Honda Fit (Jazz) berwarna kuning miliknya. Dia bosan diburu lelaki meroyan seperti Hairie. Lepas putuskan hubungan, merayu-rayu untuk berdamai semula. Inilah jantan, lepas puas enjoy dengan perempuan lain, cari kita semula. Konon-kononnya dipermainkan perempuan tu. Perempuan tu saja nak balas dendam. Alasan sudah lapuk bagi Eleanor kerana perempuan yang merampas Hairie dari dia memang dia cukup kenal sangat. Siapa lagi kalau bukan Yuhana tu. Dia cukup tidak faham dengan peel minah seorang ini. Kenapalah Yuhana suka sangat mengacau teman-teman lelaki dia. Apa motif perempuan itu agaknya?

Eleanor tidak menunggu lama. Keretanya terus bergerak dari tempat parkir. Hairie tidak sempat untuk menahan. Jelas riak hampa dan kecewa pada wajah Hairie. Kenapa dia mudah sangat termakan dengan kata-kata Yuhana? Eleanor tu nampak saja seperti seorang yang dingin, tetapi bila bercinta memang serius.

Aku takkan menangis kerana lelaki lagi. Eleanor memengang erat stereng keretanya. Boleh dikatakan dia cukup serius dalam perhubungannya dengan Hairie. Hati perempuannya terhiris dengan kata-kata perpisahan dari mulut Hairie. ‘Kita break, I sudah jumpa gadis yang layak untuk I jadikan isteri.’ Senang melafazkan kalimah cinta dan senang mengungkap kata-kata perpisahan. Ucapkan I love you bagai nak rak dengan dia, tapi dalam pada masa yang sama bermadu kasih dengan Yuhana di belakang dia. Entah ayat apa yang perempuan tu jampi serapah sampai begitu mudah Hairie lupakan dia. Sampai hati Hairie mengkhianti cinta tulusnya.

Shit! Shit! Shit! Kenapa air mata ni mahu mengalir juga? Eleanor memarahi diri sendiri. Kau boleh jumpa lelaki yang lebih hebat dari Hairie. Come on El… kau sendiri pernah cakap, kumbang bukan seekor. Banyak lagi kumbang yang berbaris di belakang menunggu balasan cinta kau.

Eleanor mengalihkan wajahnya ke sisi. Bulat bola matanya melihat seorang lelaki memerhatikan gelagatnya itu. Dia tidak perasan ada kereta lain di sisi keretanya.

“Apa tengok-tengok! Tak pernah tengok perempuan menangis ke?” Eleanor menaikan cermin keretanya.

Sebaik lampu isyarat bertukar hijau, Eleanor terus memecut keretanya. Dia membuka cd dari penyanyi yang diminatinya. Lagu-lagu nyanyian Liza Hanim bergema dalam kereta bersama suara tangisan Eleanor.

Eleanor melangkah ke pejabat dengan wajah suram. Tiada senyuman manis menghiasi bibirnya seperti selalu. Dia menghenyakkan punggung di kerusi lalu mencapai buku catatan untuk memeriksa jadual Dato’ Bakri. Tiada temujanji penting untuk lelaki itu. Eleanor menarik nafas panjang. Dia memulakan hidup baru dan mencari pekerjaan. Dia tidak menduga yang diterima bekerja di syarikat ini. Seorang yang berkelulusan engineering bekerja sebagai setiausaha.

“El…” Dato’ Bakri sudah muncul di hadapan mejanya.

Sorry Dato’, I lewat masuk ofis.” Eleanor cuba semanis mungkin mengukir senyuman. Matilah dia kena marah dengan orang tua ni.

“Kenapa you lunch tak tunggu I?” Tajam mata Dato’ Bakri mengerling Eleanor. Pandangan mata yang membuatkan Eleanor tidak selesa. Orang tua miang ni kalau naik angin boleh tahan juga gerunnya.

Fikirnya tadi Dato’ Bakri marahkan dia lewat masuk ke pejabat. Dia silap membuat terkaan.

“I ada hal emergency tadi. Next time kita boleh lunch bersama.” Eleanor mengukir senyuman kelat. Next timelah sangat. Dia sering mencari alasan untuk mengelak keluar bersama orang tua miang itu. Tak larat dia menghadap masalah dengan kedua-dua isteri Dato’ Bakri. Kalau menyerang bukannya main siasat kes terlebih dahulu.

“Pastikan next time you lunch dengan I.” Keras bunyinya.

Dato’ Bakri seperti melampau pula. Peduli apa dia mahu keluar makan bersama siapa? Dia bukan isteri Dato’ Bakri. Lelaki itu yang gila bayang sendiri. Staf-staf yang lain mula memandang ke arah dia. Mereka memang tahu Dato’ Bakri sukakan Eleanor hingga mencetuskan kontroversi di dalam syarikat. Calon isteri ketiga Dato’ Bakri. Loya anak tekak Eleanor digelar begitu.

“El, masuk ke pejabat I sekejap. Ada hal yang ingin I bualkan dengan you.”

“Baik, Dato’.”

Eleanor mencapai buku nota dan pen.

ELEANOR menongkat dagu. Dia hempaskan tas tangannya atas meja. Orang tua miang keladi. Ada hati nak jadi aku isteri nombor tiga dia! Dia fikir senang nak tundukkan aku? Orang tua tu memang bermimpi di siang harilah. Eleanor memaki hamun dalam hati.

“Kenapa kau hangin satu badan ni, perempuan?” Aleeza menegurnya.

“Aku sedang sakit hati segala hati.” Eleanor mendengus.

Aleeza tergelak kecil. Dia pandang muka cemberut Eleanor. Kalau bukan pasal Dato’ Bakri mesti pasal Hairie. Dua lelaki itu sahaja yang menyusahkan hidup sahabatnya itu.

“Serius bunyinya. Siapa yang sedang menyakitkan hati segala hati kau tu. Hairie or orang tua miang tu.”

“Kau tahu orang tua miang tu melamar aku jadi wife dia nombor tiga.” Eleanor menunjukkan angka tiga dengan jarinya.

Tawa Aleeza mati.

“Kau, biar betul?”

I’m serious! Aku tak kemaruklah nak jadi wife nombor tiga dia.” Eleanor merengus kasar.

“Geli anak tekak aku dengar orang tua miang tu melamar kau. Kau pun satu. Layankan sangat orang tua tu.”

Eleanor mengertap bibir. Ada benarnya kata-kata Aleeza itu. Dia layan Dato’ Bakri pun sebab lelaki itu boss dia. Layanan biasa seorang pekerja tidak lebih dari itu.

Rambut ikalnya dikibas ke belakang. Kali ini Aleeza mengulum senyuman. Siapa yang tidak terpikat dengan sahabatnya itu. Kulit putih melepak. Cantik dengan alis kening yang asli melentik. Tambahan pula, Eleanor agak seksi orangnya. Adakalanya dia iri hati dengan kecantikkan milik Eleanor.

“Aku ingat nak resign.”

“Kau kerja di situ baru tiga bulan. Agak-agaklah nak resign.”

“Tak kuasa aku dah menghadap muka orang tua miang tu. Silap haribulan aku yang jadi gila. Aku pun dah bosan kena attack dengan kedua-dua isteri Dato’ Bakri.”

“Suka hati kaulah. So,pada citerkau dengan mamat sorang tu?” Dia mahu juga tahu perkembangan hubungan cinta Eleanor dengan Hairie.

“You meansHairie?”

“Siapa lagi kalau bukan dia atau kau ada main cinta dengan kerabat tengku pulak?”

Eleanor menguis-guis hujung rambutnya.

“Entahlah.” Suara seperti orang tidak bermaya.

“Kau dah break-up dengan Hairie ke? Kenapa aku tak tahu.”

“Aku tak nak cerita pasal Hairie lagi.”

“Okay-okay.” Aleeza mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia dapat merasakan angin Eleanor tidak baik.

Aleeza mengintai jam di tangan. Keningnya bertaut rapat. “Jarum jam aku tak bergerak. Pukul berapa sekarang?”

“Pukul enam petang. Kenapa?”

Gosh. Aku lupa nak menjemput Fifi di airport.”

“Fifi?”

“Sepupu aku.”

Kelam-kabut Aleeza menarik tangan Eleanor. Eleanor tidak sempat menghabiskan minuman yang masih tinggal separuh itu.

Aleeza mengheretnya sekali ke lapangan terbang. Eleanor menurutkan saja langkah Aleeza. Janji Aleeza penuhkan tangki minyak keretanya seperti yang dijanjikan. Mata Aleeza meliar mencari kelibat sepupunya. Sepupunya itu boleh tahan kuat merajuknya. Anak manja katakan. Dia pula jenis yang tidak pandai dalam soal pujuk-memujuk ini. Kalau sepupunya itu sudah beredar menaiki teksi pulang ke rumah memang masak dia dibebel oleh Mak Langnya nanti.

Fifi pun satu. Bukannya tidak tahu nombor telefon dia. Mengapa tidak menghubungi

dia jika sudah sampai di lapangan terbang. Menyusahkan betul anak manja Mak Langnya itu.

Aleeza menjerit kecil sebaik bahunya disentuh dari belakang. Mujur saja dia tidak melatah. Aleeza memalingkan tubuhnya.

“Fifi!”

Fifi ketawa geli hati. Eleanor sekadar menggelengkan kepala. Matanya terpaku pada lelaki kacak berkaca mata hitam yang berdiri di sebelah Fifi itu. Fifi memaut lengan sasa lelaki di sebelahnya itu. Nampak begitu mesra. Barangkali kekasih hati.

“Fifi balik dengan uncle Weir.”

Uncle? Telinga dia tidak silap dengar rasanya. Muda dan kacak begini sudah bergelar pakcik. Eleanor tersenyum sendiri. Salah telahannya sebentar tadi. Apa yang ingin dihairankan sangat. Umur belasan tahun pun sudah ada yang bergelar datuk mahupun nenek.

“Tapi Mak Lang…”

“Tak apa. Uncle sudah call Mama Fifi tadi.” Lelaki yang dipanggil Uncle Weir itu memintas kata-kata Aleeza.

Aleeza mencemik muka. Fifi menjuihkan bibir. Dia tidak suka sebenarnya Aleeza menjemputnya di lapangan terbang. Dia memang sengaja tidak menghubungi Aleeza sebaliknya menghubungi pakciknya itu.

Fifi sempat mengerling pada Eleanor. Hatinya berdetik cemas melihat teman Aleeza yang cantik itu.

Unclekita pulang sekarang.” Terus saja dia mengajak UncleWeirnya itu pulang. Tangannya langsung tidak lepas dari memaut lengan lelaki itu.

Gelagat Fifi menjengkelkan hati Aleeza. Nampak sangat mengada-ngadanya. Sudah besar panjang begini masih berperangai keanak-anakkan. Tiada rasa segan dan malu dikhalyak ramai.

Lelaki dipanggil Uncle Weir itu menanggalkan kaca mata hitamnya. Mata jernih berwarna hazel itu merenung Eleanor atas dan bawah.

“Saya seperti pernah tengok awak.” Ujarnya.

Eleanor tersenyum tawar. Pernah tengok dia? Rasanya mereka tidak pernah terserempak di mana-mana. Biasalah ayat lelaki hendak mengayat.

Uncle Weir…” Fifi sudah merengek.

Sorry, lain kali kita bertemu, kita berkenalan.”

Berkenalan? Dia tidak mengharapkan ada pertemuan lagi antara mereka?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku