DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5473

Bacaan






CONGRATS Encik Elman. I hope you berikan yang terbaik kepada Pacific Holdings.”

“Insya-Allah… Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada Mentari Construction.”

Elman sudah boleh menarik nafas lega. Malah Weir turut akan membantu mengatasi masalah kewangan di dalam syarikatnya. Pada Elman, Weir seorang yang bermurah hati. Dia terhutang budi dengan lelaki itu. Elman tidak tahu muslihat di sebalik kebaikan yang dipamerkan oleh Weir. Ada topeng berselindung di situ.

Elena Maria mencuri pandang ke arah Weir. Hatinya tertarik dengan lelaki itu. Lupa seketika pada wajah tunangnya. Weir menyedari yang dirinya menjadi perhatian Elena Maria. Anak bongsu kepada arwah Dato’ Ariffin.

“Saya ingin menjemput Encik Elman sekeluarga ke majlis ulang tahun Pacific Holdings.”

Weir merapati mejanya dan menetan butang interkom.

“Zarina, bawakan kad jemputan majlis bilik pejabat saya.”

“Baik Encik Weir.”

“Terima kasih kerana menjemput saya sekeluarga.”

“Jangan tak hadir.” Weir menepuk-nepuk bahu Elman.

Elman meminta diri setelah salinan dokumen kontrak telah diberikan oleh pihak Pacific Holding. Saat menjejakkan kaki semula di Mentari Construction, Dahlie memaklumkan kedatangan Puan Marlia. Wanita itu menunggu di bilik pejabat Elman.

Kerjasama antara Mentari Construction dengan Pacific Holdings mengundang rasa tidak puas hati Puan Marlia yang selama ini ingin menggabungkan Mentari Construction dengan syarikat miliknya. Puan Marlia berkecil hati tanpa memikirkan masalah kewangan Mentari Construction yang meruncing. Elman tidak berani untuk mengambil risiko. Dia memang tidak dapat memenuhi syarat tersebut. Lagi pun sememangnya dia tahu yang Puan Marlia berkenankan Eleanor menjadi menantunya. Mukhriz itu bukannya boleh dipakai sangat dan sering menimbulkan masalah. Baru-baru ini muka terpapar di dada majalah hiburan dengan perempuan-perempuan mengelilinginya. Model katakan.

“Elman, kamu kecewakan auntie.” Puan Marlia membuka mulut sebaik Elman

melangkah masuk.

“Maafkan saya, auntie.”

“Kamu sendiri tahu yang arwah papa kamu mahu menggabungkan syarikat auntiedengan Mentari Construction. Masakan syarat begitu kecil tidak dapat kamu penuhi. Kamu boleh paksa El.”

“Saya tahu tetapi saya tak boleh memperjudikan masa depan El tanpa kerelaan dia. Auntie sendiri tahu perangai El macam mana?” Adik keduanya itu keras kepala dan degil. Suka membuat keputusan sendiri dan bertindak adakalanya mengikut perasaan tapi Elman tahu Eleanor seornag yang penyayang. Jika tidak Eleanor tidak akan pulang semula ke Malaysia.

“Kamu tidak berkeras dengan El. Kamu terlalu lembut hati.”

Auntie… sekalipun saya berkeras, El tetap tidak akan setuju. Malah saya juga tahu Mukhriz tidak bersetuju dengan usul auntie itu.” Elman tetap berlembut walau nada suara Puan Marlia itu keras bunyinya.

“Soal Mukhriz auntietahulah nak handle.”

Auntie… walau pun auntie memberikan masa pada saya, masa yang auntie berikan itu tidak menunggu Mentari Construction. Saya perlu merebut peluang yang ada. Pacific Holdings antara syarikat gergasi yang berdiri kukuh.”

Puan marlian terdiam sebentar. Dia akui syarikat miliknya tidak standing dengan Pacific Holdings.

“Tiada apa-apa lagi yang auntie ingin perkatakan pada kamu. Good luck. Auntie pulang dulu.”

Elman menghantar Puan Marlia hingga ke muka pintu utama Mentari Construction. Sebaik Puan Marlia hilang dari pandangan mata barulah Elena Maria munculkan diri.

“Kalau dari awal-awal Kak El terima usul perkahwinan tu kita tidak menghadapi masalah seteruk ini. Maybe selepas ini hubungan kita dengan auntieMarlia akan menjadi dingin.”

“Soal kahwin bukan perkara enteng. Masalah kita sudah ada penyelesaiannya. Abang bukan jenis yang suka memaksa.” Elman kerling Elena Maria tajam.

“Eleh, abang lebih sayangkan Kak El dari Elena. Sama saja macam arwah papa.” Cebik Elena Maria. Sakit betul hatinya.

“Elena!”

Elena Maria meninggalkan Elman sendirian. Elena Maria melekapkan telefon bimbit di-

telinga sebaik menerima panggilan dari tunangnya, Rethwan.

I on the way ni.”

MUMMY, Sue tiada duit sekarang ni. Kami sedang susah.” Susana sedang berbicara dengan ibunya di luar. Dia langung tidak menyedari kehadiran Eleanor. Eleanor tidak sengaja mahu mencuri dengar perbualan tersebut.

“Takkan sikit pun tiada. Menantu mummy tu banyak duit. Diakan sayangkan kau. Apa yang kau nak dia beri.”

Mummy… keadaan dulu tak sampai macam sekarang. Syarikat tengah ada problem. Sport car Sue pun sudah kena tarik.”

“Hm. kau tunggu apa lagi. Minta cerai dari Elman cari jantan lain yang boleh bagi kau duit.”

“Sue pun fikir begitu tapi bukan senang Abang Elman mahu lepaskan Sue.” Susana meminta-mintal rambutnya sambil duduk di buaian.

Tersentak Eleanor mendengarnya. Susana tidaklah sebaik yang disangka. Perempuan plastik. Masa senang kau manjai bila susah kau nak tinggalkan.

“Apa susahnya. Kau desak saja dia. tidak pun cari jantan lain tunjuk depan dia. Mesti dia akan lepaskan kau." Puan Rokiah memberikan cadangan kepada anak perempuannya.

“Okay juga usul mummy tu.”

“Pastikan kamu sudah ada calon lain.”

“Ada mummy tapi belum declare lagi. Bagi Sue masa sedikit.”

Bayangan wajah Weir serta-merta berada dalam fikiran Eleanor. Calon paling layak menggantikan tempat abangnya.

“Ehem-ehem…” Eleanor berdeham kecil.

Lekas-lekas Susana menamatkan perbualan dengan ibunya.

Mummy kita sambung cerita lain kali. Bye.” Susana mematikan talian telefonnya. Gusar juga hatinya jika Eleanor mendengar perbualan antara dia dengan ibunya.

“Apa khabar Kak Sue.” Eleanor mendakap tubuh kakak iparnya itu.

“Baik. Kenapa nak datang tak call dulu. Mana kereta El?”

My car masuk workshop. So, El datang naik cab saja.”

“El sihat?”

“Alhamdulillah… sihat. El nak bermalam sehari dua kat sini.”

“Baguslah. Mesti Abang Elman suka El datang. Lama El tak menjenguk kami.”

“El busydengan job.”

Eleanor tahu kemesraan yang ditunjukkan oleh Susana hanya lakonan semata-mata. Perempuan plasti. Senyumannya pun plastik.

“El…” Mak Tun muncul di muka pintu.

“Mak Tun…” El meluru memeluk tubuh Mak Tun. Kedua-dua belah pipi Mak Tun dikucup. Mak Tun sudah menjadi sebahagian dalam keluarganya. Eleanor tidak pernah menganggap Mak Tun sebagai orang luar.

“Bila sampai?”

“Baru saja. El rindukan masakan Mak Tun terutamanya gulai tempoyak ikan patin.”

“El pun nak nampak kurus. Kalau Mak Tun masak, kena makan lebih.”

Alright. Janji ada gulai tempoyak ikan patin.”

Susana tidak suka melihat kemesraan Eleanor dengan orang gaji tua itu. Orang gaji sepatutnya dilayan seperti orang gaji. Eleanor menjijing beg pakainnya masuk ke dalam bersama Mak Tun.

“Ada orang gaji baru?” Bisik Eleanor pada telinga Mak Tun.

“Arti namanya. Dia orang gaji khusus untuk Puan Susana.”

Kening Eleanor bertatut. Amboi, ada orang gaji khusus untuk melayan kakak iparnya itu. Demand lebih nampak. Sedikit demi sedikit rupa sebenar Susana sudah nampak di mata Eleanor.

Eleanor menarik Mak Tun masuk ke bilik tidur sekali. Dia tersenyum melihat bilik tidurnya masih tersusun kemas sama sewaktu dia tinggalkan bilik itu.

“Mak Tun duduk.”

Eleanor menekan bahu Mak Tun agar duduk di birai katilnya itu. Dia membuka beg pakaiannya. Dua pasang kain batik dan sehelai tudung labuh yang masih berbalut kemas di dalam plastik dihulurkan kepada Mak Tun.

“El…” Mak Tun terharu dengan pemberian Eleanor.

“Untuk Mak Tun.”

“Terima kasih El... kalau Mak Tun tegur El jangan marah ya.”

Eleanor labuhkan punggung di sebelah Mak Tun sambil memeluk bahu wanita itu.

“El tak marah. Janji!” El mengangkat sebelah tangan seperti orang sedang berikrar.

“Kalau boleh mata Mak Tun ni tak mahulah tengok El pakai seksi-seksi sangat.” Mak Tun menegur lembut. Perlahan-lahan dia cuba membentuk gadis itu. Dia tahu Eleanor ada masanya mendengar teguran.

Eleanor tersenyum.

“Okay. Lepas ni El tak pakai skirtpendek-pendek dan seluar ketat-ketat. Perut El sudah berkeroncong ni. Meh, El tolong Mak Tun di dapur.”

“Boleh belajar masak-memasak dengan Mak Tun.”

“Lecehlah memasak ni.”

“El tu perempuan. Kenalah tahu memasak. Ini basuh beras pun orang putih kata failed.”

“Amboi, Mak Tun dah pandai main speaking orang putih.”

Rancak Eleanor dan Mak Tun berbual hingga sampai ke dapur. Rimas Susana mendengarnya. Dia sengaja menguatkan volume siaran televisyen yang ditonton. Susana lebih senang panggung di depan kaca televisyen dari menguruskan hal-hal rumah tangan. Jari-jari halusnya tidak boleh membuat kerja-kerja berat.

HATI Elman sedikit terkilan melihat Susana yang hanya duduk goyang kaki tanpa mempedulikan dia yang pulang dari pejabat. Layanan Susana tidak lagi seperti awal perkahwinan mereka dulu. kedinginan Susana dirasai oleh Elman. Elman hanya menyimpannya dalam hati. Mungkin Susana marahkan dia kerana membiarkan kereta sportnya ditarik. Bayang Elena Maria tidak kelihatan di rumah. Elman menghela nafas panjang. Elena Maria makan di luar bersama tunang dia agaknya.

Banglo ini sunyi sepi. Tiada gelak tawa Eleanor yang suka menyakat dia dan Mak Tun. Tiada gelak tawa anak kecil. Susana masih tidak bersedia memberikan dia zuriat. Lima tahun, lima tahun sudah berlalu masakan Susana masih belum memikirkan soal Zuriat. Umur mereka sudah berada di hadapannya dengan angka 3.

Elman bersandar lesu di sofa. Malas dia mahu menyapa isterinya yang sednag leka menonton rancangan di kaca televisyen itu. Kali ini, dia biarkan saja rajuk Susana tanpa dipujuk. Eleanor memijak anak tangga perlahan-lahan. Dia ingin memberikan kejutan kepada Elman. Elman tidak tahu yang dia berada di sini.

“Kesiannya Abang El…” Eleanor memeluk Elman dari belakang.

Mendengar suara lunak di belakangnya membuatkan Elman memalingkan kepala.

“El!” Bibirnya mengukir senyuman. Hilang rasa sengal-sengal di bada melihat senyuman manis Eleanor.

Surprise!”

“Bila datang? Lama El tak jenguk abang.”

“El sampai petang tadi. El cuti panjang sekarang.”

Cuti panjang. Lain macam pula bunyinya.

“El jadi penanam anggur semula.” Elman meneka. Dia mencuit hidung adiknya itu.

“Bakal. El nak cari kerja lain.”

“Kerja saja dengan abang. Urusan syarikat.”

Pantas Eleanor menggeleng.

“Abang… El nak berbicara sikit dengan abang di bilik bacaan.”

“Hal apa tu. Penting?”

“Penting jugalah.”

“Baiklah.”

Elman bangun dan menuruti langkah adiknya ke bilik bacaan arwah papa mereka. Eleanor menutup pintu setelah memastikan keadaan benar-benar selamat. Dia tidak mahu perbualan mereka dicuri dengar oleh Susana.

“El tahu abang letih. Tengok wajah pun El rasa kesian dengan abang kerana bertungkus-lumus untuk syarikat.”

“Kalau dah tahu kenapa tak mahu tolong abang?”

“El suka berdikari sendiri. El mahu mencari pengalaman di luar dulu. Pada El, Experience it’s important.”

“Apa hal yang El inginkan bincangkan dengan abang.”

“El dapat tahu Mentari Contruction bekerjasama dengan Pacific Holdings. Malah mereka memberikan bayaran 50% wang pendahuluan kepada Mentari Construction sebelum projek berjalan. Abang tahu Pacific Holdings milik siapa?”

“Sudah tentulah abang tahu milik siapa. Pacific Holdings milik Weir Zafril.”

“Abang… Weir Zafril tu licik. Pasti ada sebab dia membantu Mentari Construction. Masakan dengan mudah dia berikan kontrak pada kita.” Syak-wasangka Eleanor begitu kuat

dengan niat Weir membantu Mentari Construction. Senang betul Weir memberikan kontrak projek hotel yang memakan belanja jutaan ringgit itu.

“El memang mudah mengesyaki orang tanpa selidik dulu. Abang lihat tiada apa-apa muslihat di sebalik kontrak yang diberikan.”

“Abang… El ada buat risikkan dengan company-company yang sering merebut tender dengan Pacific Holdings. Ada yang kata Pacific main politik wang untuk dapatkan projek.”

“Sejak bila tukar profesion jadi penyiasat ni?” Elman mengerling adiknya.

“El serius okay.”

“El, abang terpaksa ambil risiko ini untuk kepentingan syarikat. Jika ada muslihat terselindung seperti yang El fikirkan, abang akan bertanggungjawab sepenuhnya.”

Eleanor menggenggam jari-jemari kasar abangnya.

“El janji. El akan bantu abang bila El sudah bersedia. El takkan lepas orang-orang yang cuba sakiti abang.” Bicara Eleanor seakan ada maksud yang tersirat di situ. Dia masih tidak membuka tentang Susana kepada Elman.

Elman mengusap-usap wajah adiknya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku