DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3087

Bacaan






“AWAK memandu boleh tahan juga lajunya.” Weir mengomen.

“Bila saya perlahan, awak cakap macam kura-kura. Bila saya laju, awak bising juga.” Gerutu Eleanor.

“Awak ni garang. Dalam menangis pun awak garang.”

Eleanor tersentak. Weir pernah melihat Eleanor menangis di dalam kereta. Keretanya betul-betul bersebelahan dengan kereta gadis itu. Siap kena tengking lagi. Dia tidak menduga sama sekali yang pertemua antara mereka bukan setakat itu.

“Bila saya menangis depan awak?”

“Saya ulang ayat ni. ‘Tak pernah tengok perempuan menangis ke?’”

Bulat mata Eleanor membulat besar. Mukanya memerah. Malu tak terkata. Rupanya awal-awal lagi sudah ada bibit pertemuan antara mereka.

Eleanor terus membisu sehingga sampai di vila milik Weir. Terpesona mata Eleanor melihat vila yang indah itu. Sejuk mata memandang tumbuhan-tumbuhan hijau pada persekitaran vila tersebut.

“Terima kasih.”

“Sama-sama!”

“Eh, nak ke mana tu?” Weir menyoal sebaik melilhat Eleanor sudah mengaturkan langkahnya.

“Nak baliklah. Masakan saya nak tidur rumah awak pulak. Tak pasal-pasal kena cekup nanti.”

Weir ketawa kecil.

“Awak nak balik naik apa?”

“Teksilah!”

“Mana ada teksi di kawasan ni. Awak tunggu di luar ni sebentar.” Weir melangkah masuk.

Eleanor mencebik. sambil memeluk tubuh. Seketika kemudian, Weir kembali bersama seorang lelaki berusia dalam pertengahan 40-an. Siapa pula agaknya lelaki itu?

“Saya dan Abang Sudin akan hantar awak pulang.”

“Tak perlulah. Saya boleh cari teksi sendiri.”

“Keselamatan awak lebih penting. Ingat, jenayah boleh berlaku di mana-mana saja walau

kawasan itu dikatakan kawasan selamat. Saya bertanggungjawab pada keselamatan awak.” Suara Weir dengan nada yang agak keras. Dia tidak akan membiarkan Eleanor pulang sendirian.

“Okay-okaylah.”

Sebenarnya dia takut juga pulang bersendirian lewat malam begini. Egonya saja yang tinggi. Dalam hati kecut. Pemandu teksi pun tidak boleh dipercayai. Lebih baik buang ego dan mendengar nasihat.

Senang hati Weir kerana Eleanor mahu mengalah. Perempuan seorang ini, boleh tahan juga keras kepalanya.

“Awak ada driver kenapa tak call driver ambik awak dan hantar awak ke klinik?” Eleanor menjeling Weir tajam.

I forget?”

Forget? Awak sengaja nak buli saya kan?”

Abang Sudin yang sedang memandu itu tersenyum-senyum mendengar Weir bertegang urat dengan gadis yang duduk di belakang itu.

“Buli awak?” Weir ketawa. “Tiada makna saya mahu membuli awak. Awak yang salah kerana awak sepak kaki saya.”

“Saya sepak kaki awak sebab saya geram.” Eleanor langsung tidak berselindung.

“Awak ni bila diam, diam terus. Bila sudah buka mulut macam bertih jagung awak bercakap.”

Raut wajah Eleanor mula berubah. Dia bukan jenis perempuan yang pandai cover ayu. Ada ketikanya dia akan bercakap lepas.

“Abang Sudin… rumah saya nombor dua dari kiri.” Ujar Eleanor sebaik mereka sudah berada di kawasan kediaman banglo-banglo mewah itu.

Abang Sudin menurunkan Eleanor betul-betul di hadapan pintu pagar. Eleanor melangkah keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada Abang Sudin. Dia langsung tidak mahu memandang wajah Weir.

Marah benar Eleanor dengan dia. Eleanor memalingkan kepala sebaik melihat kereta tersebut hilang dari pandangan matanya. Eleanor melepaskan keluhan berat.

Eleanor masuk ke dalam bilik tidur. Dia mencapai foto keluarganya dan duduk di birai katil. Dia merindui papa dan mamanya. Mama meninggal dunia ketika usianya mencecah 15 tahun. Dia orang pertama yang membantah keras apabila pakcik dan makciknya mahu papa mengahwini wanita lain sebagai pengganti mama. Fikirnya waktu itu, papa akan mengikut saranan pakcik dan makcik. Nyata cinta papa begitu setia pada arwah mama. Papa membesarkan mereka sendirian.

Hubungan dia dengan papa semakin bergolak apabila usianya meningkat dewasa. Dia kuat memberontak dan mahu papa menghormati keputusannya. Rajuk hatinya berpanjangan hingga dia tidak mahu pulang ke Malaysia setelah tamat pelajaran di UK. Jauh di sudut hati, dia amat menyayangi papanya. Hanya kata rindu dan sayang itu tidak terucap di bibir seperti papa.


ELEANOR masuk semula ke pejabat seperti biasa. Notis sebulan yang diberikan bukannya lama. Pejam celik, pejam celik sudah cukup satu bulan. Hati Eleanor panas melihat mejanya yang berselerak. Dia tahu kerja siapa. Jelingannya di halakan pada meja Yuhana. Yuhana tersenyum sinis. Yuhana memang selalu perasaan dirinya cantik dan bagus sangat. Kenapalah Hairie boleh terjebak dengan perempuan seorang ini. Kalau perempuan yang baik-baik tidaklah Eleanor ambil kisah. Yuhana pun ada hati dengan Dato’ Bakri. Rosaklah sistem rumah tangga Dato’ Bakri jika Dato’ Bakri mengahwini perempuan sewel tu.

Orang lelaki ni, cakap saja cinta separuh mati, cinta setulus hati tetapi buat skandal di belakang juga. Dato’ Bakri dan Hairie sama saja. Jenis lelaki tak boleh dipercayai. Belum panas punggung lagi, interkom di mejanya sudah berbunyi. iapa lagi yang menaggil jika bukan Dato’ Bakri. Malas-malas Eleanor bangun dari tempat duduknya.

Pintu bilik Dato’ Bakri diketuk perlahan. Kemudian Eleanor memulas tombol pintu sebaik diarahkan masuk. Dia yakin Dato’ Bakri ingin berjumpa dengannya kerana surat perletakkan jawatan tersebut.

“Duduk, El..”

Dato’ Bakri bangun dari tempat duduknya. Dia merapati Eleanor. Gadis itu ditenung lama. Terubat sedikit rindunya di hati. Eleanor tidak selesa dengan renung mata Dato’ Bakri. Dato’ Bakri masih berharap agaknya yang lamarannya itu akan diterima.

“I tak boleh terima surat perletakkan jawatan you. I rasa you tiada masalah dengan kerja you itu.” Dato’ Bakri memulakan bicara setelah Eleanor hanya membatukan diri.

“Maaf Dato’ Keputusan I adalah nekad. I harap Dato’ faham.”

“El… jangan campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi.”

“I rasa Dato’ yang mencampuri urusan kerja dengan urusan peribadi dan perasaan Dato’. Dato’ berikan I harta segunung everest pun I tetap tidak akan menerima lamaran Dato’. I ke sini untuk bekerja bukan untuk menggatal. Tidak terlintas soal hati dan perasaan dengan Dato’. I hormati Dato’ sebagai majikan I.” Eleanor menjelaskan dengan panjang lebar.

But, hati I sudah jatuh cinta pada you El. I berjanji yang I akan berlaku pada you dan isteri-isteri I.” Dato’ Bakri seakan tidak mahu berputus asa.

Lelah Eleanor dengan lelaki yang tidak faham bahasa ini. Kalau dia sudah tidak mahu kenapa perlu dipaksa-paksa. Dan dia cukup benci dengan orang yang suka memaksa begini.

“I tidak akan berganjak dari keputusan I.”

“Jangan sampai I gunakan cara kasar pada you, El. I sudah cukup berlembut dengan you!”

Dato’ Bakri sudah makin melampau. Hilang rasa hormat Eleanor pada majikannya itu. Orang hanya mengata tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Wajahnya cantik itu anugerah dari Tuhan. Dia bangga dengan kecantikan wajahnya tetapi dia tidak bongkak dan tidak mempergunakan kecantikan untuk menarik perhatian lelaki seperti Dato’ Bakri.

“Maaf Dato’… I rasa Dato’ yang bertepuk sebelah tangan. I tidak pernah memberikan apa-apa harapan pada Dato’. I tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Dato’ melakukan ‘sesuatu’ pada I. Anda jangan merendah-rendahkan martabat kaum perempuan seperti I. Bukan semua perempuan akan cair dengan duit Dato’.”

Jangan Dato’ Bakri fikir semua perempuan akan terpesona dengan wang ringgit. Eleanor tidak ‘batak’ dengan kekayaan Dato’ Bakri itu. Dan dia bukan jenis perempuan yang kebulurkan suami orang. Dia masih rasa simpati pada isteri-isteri Dato’ Bakri.

“Lebih baik Dato’ mencari janda anak yang ramai yang susah di luar sana untuk dijadikan isteri. Lagi afdal Dato’ menolong kaum perempuan yang kesusahan.” Eleanor menambah.

Terkedu Dato’ Bakri. Hilang bicaranya untuk membidas.


ELEANOR masih tidak boleh menarik nafas lega. Dia tahu Dato’ Bakri tidak akan berputus asa dengan mudah. Kata-kata tidak cukup mematikan niat Dato’ Bakri Eleanor perlu lebih berhati-hati. Jika tersalah langkah dia akan terjerat dengan lelaki itu.

“Hari itu, you tiada di pejabat. Hari ini I datang baharu nampak muka you.”

Kus semangat! Eleanor mengurut dada. Dia cukup terkejut disergah sebegitu rupa.

Mr. Cheng… you mengejutkan I.”

Lelaki cina itu ketawa. Dia memang gemar menyergah gadis cantik itu.

I miss you.” Ucapnya seperti biasa.

“Banyak mana rindu you pada I?”

“Sebanyak bintang di langit.”

“Mr. Cheng… sekarang waktu siang mana ada bintang.” Eleanor tersenyum manis. Lelaki cina ini selalu menyenangkan hati dia.

“Hahaha…”

“You nak jumpa dengan my boss?”

Cheng menganggukkan kepalanya.

“Sebentar, I mentionpada dia dulu.” Eleanor menekan butang intercom.

“El… jika you free lunch nanti I nak ajak keluar bersama. Ajak teman you, Aleeza sekali.”

Bisik Cheng perlahan.

“I akan message you.”

Cheng berlalu sebaik Eleanor mengatakan Dato’ Bakri sudah sedia menunggu di bilik mesyuarat.

Yuhana mengerling Eleanor dengan pandangan tidak puas hati.


ELMAN perasan lirikan mata Elena Maria tidak lagi dari menatap raut lelaki yang berada di hadapan mereka itu. Hatinya kurang enak dengan tingkah adik bongsunya itu. Elena Maria sudah bertunang. Tidak manis jika Elena Maria terpikat dengan lelaki lain sedangkan usia pertunangannya dengan Khir sudah menjangkau 2 tahun. Khir ingin mempercepatkan perkahwinan mereka tetapi adiknya itu yang asyik bertangguh-tangguh. Elman tidak mahu kehadiran Weir akan merosakkan perhubunngan Elena Maria dengan Khir. Seboleh-bolehnya dia

cuba menyekat Elena Maria dari merapati Weir.

Weir pula seakan menunjukkan reaksi positif pada Elena Maria. Itu yang menambah kebimbangan dalam hati Elman. Weir tidak tahu yang adiknya itu sudah bertunang.

“El akan bekerja di Mentari Construction awal bulan depan.”

“Apa mimpi Kak El nak bekerja di Mentari Construction? Bukan ke dia happydengan life dia sekarang?”

“Dia mencari pengalam di luar sana.Lagi pun jika di masuk bekerja ke syarikat, dia lebih banyak membantu abang nanti.”

“Huh, membantu or bakal menimbulkan masalah.”

And you… membantu sangat ke?”

“Sekurang-kurangnya Elena masih juga ada membantu abang di sini.”

Elman melirik senyuman sinis di hujung bibir. Masuk lewat pulang awal. Datang pejabat sekadar duduk dan buat bising pada staf.

“Satu lagi, abang tak suka Elena terlalu rapat dengan Weir. Jaga perhubungan Elena. Jangan pasal Weir hubungan Elena dan Khir ada masalah. Ingat sikit yang awak tu sudah bertunang.” Peringatan diberikan kepada Elena Maria.

“Kalau Elena terjatuh cinta pun apa salahnya? Bertunang saja pun. Jadi tak salah jika Elena terpikat dengan orang lain.”

“Elena!”

Khir seorang lelaki yang baik. Elena Maria patut menghargainya. Dulu, bukan main Elena Maria mendesak arwah papa menerima lamaran Khir.Arwah papa menurut kehendak adiknya itu. Apa pun yang terjadi dia tidak akan mempersetujui pertunangan antara Khir dan adiknya itu diputuskan. Dia tidak mahu Elena Maria menyesal.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku