DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2508

Bacaan






“WAH, hebat anak saudara uncle. Uncle tak sangka Elman dapat bekerjsama dengan Pacific Holdings’” Kelat riak muka Elman melihat bapa saudaranya, Dato’ Hisyam berada di bilik pejabatnya. Dia cuba mengaris senyuman nipis.

Dato’ Hisyam merangkul tubuhnya dan menepuk-nepuk bahu anak saudaranya itu. Bangga dengan hasil usaha Elman kerana berjaya menyelamatkan Mentari Construction dari jatuh bankrup.

“Bila uncle pulang dari holiday?”

“Kelmarin. Auntie kamu sampai tak menang tangan bershoppingdi paris. Kamu tahulah auntie kamu tu, mana pakai barang-barang branddari tempatan.”

Elman hanya tersenyum. Masa syarikat tengah susah langsung tidak tunjuk muka. Bila dia membuat panggilan telefon tidak berbalas. Itu baru saudara sendiri. Belum lagi teman-teman rapat yang bergelak tawa bersama pabila menangis sendirian. Saat itu baru dia tahu yang mana kawan, yang mana saudara.

Uncle apa khabar?” Sekadar berbasa-basi.

“Baik. Uncle cukup terkejut bila mendapat tahu Mentari Construction bekerjsama dengan syarikat gergasi seperti Pacific Holdings. Uncle sendiri tidak mendapat kepercayaan dari Pacific Holdings dengan mudah.” Ingin juga dia tahu cerita di sebaliknya.

“Rezeki Mentari Holdings uncle. Selama ini pun Mentari Holdings tidak pernah mengecewakan pihak pemaju. Mentari Holdings tidak akan jatuh jika tiada orang dalam yang mengkhianati.” Kata-kata Elman seakan ada maksud yang tersirat.

“Hahahaha… biasalah Elman. Di mana-mana pun ada orang iri hati dalam dunia perniagaan ni. Yang lemah akan menjadi mangsa pada yang kuat.”

“Soal lemah atau kuat tak penting pada saya. Kejujuran uncle. Kejujuran itu yang utama. Kita meniaga ni mencari rezeki yang halal untuk family.”

“Kamu semakin matang Elman. Kamu sudah seperti arwah papa kamu. Bagus-bagus!” Sekali lagi bahu Elman ditepuk.

“Apa tujuan uncle ke Mentari Holdings?”

“Kamu marah pada uncle? Uncle bukan tidak mahu membantu kamu. Uncle mahu kamu rasa susah dan senang dalam business ni. Dari situ kamu akan dapat belajar dan menimba pengalaman. Jangan terlalu bergantung pada orang lain.”

“Oh, macam itu rupanya.” Elman menjongketkan kening. Dia bukan lagi budak kecil yang boleh dibohongi. Orang seperti Dato’ Hisyam ini harus diambil langkah berjaga-jaga. Kata orang gunting dalam lipatan.

“Kebetulan uncle ada di sini, kita lunch bersama sambil berbual-bual.”

“Elok sangatlah tu. Ada banyak perkara uncle ingin tanya kamu tentang Pacific Holdings.”

Elman tidak mungkin akan membiarkan Dato’ Hisyam mengambil kesempatan ke atas Mentari Construction. Sikap Dato’ Hisyam jauh berbeza dari arwah papanya. Dato’ Hisyam lebih agresif dan tamak. Lelaki itu sanggup menggunakan taktik kotor untuk keuntungan berlipat kali ganda.


MATANYA tidak salah pandang. Itu Eleanor dan Aleeza. Siapa pula lelaki cina yang bersama mereka itu? Weir mengecilkan bola matanya.

“Weir…” Suara lunak manja di talian merimaskan Weir tetapi dia masih melayan dengan ramah mesranya. Weir sedang brebual di telefon bimbitnya bersama Susana.

“I akan cuba. Tapi apa kata husband you nanti, Sue”

“Takper. It’s okay. Tahu-tahulah I kelentong dia.” Tawa kecil Susana kedengaran.

“Nakal you ni.”

Husband I tu bukannya pedulikan I. Dia asyik sibuk dengan urusan bisnes dia. Lagi-lagi bila syarikat dia dapat bekerjasama dengan you. You’re the best Weir. Menyesal I dulu.”

Menyesal tiada gunanya Susana. Kau yang mempermainkan cinta aku dulu. Sekarang kau akan dapat pembalasannya.

Really you menyesal?”

Really dear. I bukannya nak kahwin sangat dengan Elman. Mummy I yang paksa I. I tak mahulah jadi anak derhaka.”

Kau fikir aku akan percayakan kata-kata kau, Susana. Tak semudah itu akan temakan dengan kata-kata. Kau dengan mummy kau sama saja.

“I sudah lupakan cerita lama. Janji you bahagia.”

“I tak bahagia.”

Tak bahagia? Alasan yang tidak logik pada Weir. Dia akan terus bermain dengan Susana. Dia ingin lihat sejauh mana perempuan itu berlakon.

“Kasihan pada you. Husband you memang tidak pandai menghargai you.”

Thanks Weir. You sudi dengar luahan hati I.”

“Walau kita tiada jodoh, I sudi menjadi kawan you. Klien I sudah sampai, lain kali kita berbual lagi. Bye…”

“Bye-bye…”

Cukup manja Susana. Dia tidak sedar agaknya yang dia isteri orang. Weir sengaja berbohong pada Susana. Bukan kliennya yang sampai tetapi dia sedang memerhatikan gelagat Eleanor yang tidak jauh dari meja makannya itu. Adik ipar Susana itu yang lebih mencuit perhatiannya.Ada baiknya dia pergi bertegur sapa dengan gadis itu. Weir bangun dan mengaturkan langkah penuh gaya menghampiri Eleanor dan dua teman semejanya itu.

“Assalamualaikum… Rancak berbual?”

“Waalaikumusalam.” Eleanor mengangkat wajahnya. Tawanya terus mati sebaik melihat wajah Weir yang sedang tersengih itu.

Jumpa mamat ini lagi.

“Tak suka jumpa saya?”

“Eh, taklah suka sangat dapat jumpa awak lagi.”

Dalam lagi Eleanor mengutuk sakan.

“Hi, I’m Cheng. You rakan El juga?”

“Hi… maybe yes or no. You kena tanya yang tuan empunya badan.”

Cheng mengalihkan lirikan matanya pada wajah Eleanor.

“Kawan gitu-gitu je. Dia ni uncleAleeza.”

“Kawan gitu-gitu?”

“Lebih kurang macam kejap kawan, kejap tak kawan.” Weir duduk tanpa dijemput di sebelah Cheng.

“I tak tahu pula, ada kejap kawan, kejap tak kawan ni. Nama you?”

“Weir Zafril.”

Mereka berjabat tangan.

“Aleeza… uncleyou begitu muda dan handsome.”

“Itulah, nasib baik my uncle kalau tidak sudah lama I mengorat jadikan boyfriend I.” Aleeza berseloroh.

Cheng perasan lirikan mata Weir tidak lari dari menatap raut wajah milik Eleanor. Dari mata turun ke hati. Cheng boleh mengagak Weir sukakan Eleanor.

“Kalau begitu, you adalah peluang El.”

Tersedak Eleanor yang sednag menghirup kuah mihun sup itu. Kelam-kabut dia minumannya.

Me?” Dia menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya.

Yes, youlah.”

Not my taste.” Depan-depan dia menyatakan Weir bukan lelaki idamannya.

Too bad.” Cheng menepuk-nepuk bahu Weir.

“Lelaki macam mana yang menjadi taste awak?” Weir menyoal sambil menyilangkan tnagan ke tubuh.

Taste saya? saya suka yang perut boroi, berkumis, rambut kerinting bukan yang berkulit agak gelap dan rambut acak-acak. Handsome bukan taste saya.”

“Eh, aku tak tahu pulak kau suka lelaki boroi.” Aleeza berbisik ke telingan Eleanor.

“Aku tipu ajelah. Yang kau percaya, kenapa?”

“Ops!”

Tangan Aleeza menekup mulutnya. Dia perasan kelibat Dato’ Bakri bersama Yuhana. Eleanor juga perasan Dato’ Bakri bersama Yuhana. Bukan main lagi romantiknya. Siap memeluk pinggang ramping Yuhana. Dia buat tidak endah dengan jelingan Dato’ Bakri.

“Boss you memang banyak skandal El.” Cheng menggelengkan kepala perlahan.

“Itu bukan urusan I.”

“Mujur saja tiada skandar dengan awak.” Weir mencelah.

“Saya tak berminat skandar dengan lelaki dah berusia.”

“Ouch, Saya rasa boss awak tu ada ciri-ciri lelaki idaman awak kan? Boroi dan berkumis.”

Terjegil biji mata Eleanor.

“Saya tak kacau husbandorang. Saya cari lelaki bujang. B.u.j.a.n.g.”

“Saya memang ada peluanglah. Hahaha…” Weir mengusap-sap dagunya.


“APA hubungan you dengan Cheng?” Dato’ Bakri menyoalnya keras. Jelas api cemburu dilihat pada mata Dato’ Bakri.

Just friend.” Jawab Eleanor. Malas dia mahu melayan kerenah Dato’ Bakri yang tidak tentu arah itu.

“Bukan main rapat you dengan dia?”

“Itu urusan I. Kalau Dato’ tiada apa-apa urusan pasal kerja dengan I, I nak buat kerja I.” Eleanor bangun. Dato’ Bakri menahan laluan.

And Weir Zafril pula?”

“Kenalan saja.”

“You jangan main-mainkan I, El.”

“I sudah muak dengan soalan-soalan mengarut Dato’. I bebas nak berkawan dengan siapa. Dato’ tiada hak untuk mengahlangnya.”

Please El... I betul-betul cintakan you. I dengan Yuhana tiada apa-apa hubungan. Just suka-suka.”

Sudah berkepit ke hulur hilir, boleh kata suka-suka saja. Apa jenis manusialah Dato’ Bakri ni.

“Urusan Dato dan Yuhana bukan masalah I. Dato’… I sudah katakan I tak boleh terima Dato!”

“Apa kurangnya I.”

“Itu bukan masalahnya Dato’. Please… jangan paksa I.”

“El..” Dato’ Bakri cuba memengang kedua-dua belah bahu Eleanor tetapi pantas Eleanor mengundur ke belakang. Eleanoh mengacukan pen di tnagannya.

“Dato’ dekat, I tikam Dato’ dengan pen ni.. Atau I jerit agar semua staf tahu perangai Dato’ yang sebenar.” Ugut Eleanor.

Dato’ Bakri membuka laluan. Laju Eleanor melangkah keluar dari bilik Dato’ Bakri. Dia menarik nafas panjang. Dia sudah tidak dapat bersabar dengan sikap Dato’ Bakri. Beg tangnanya terus disandarkan pada bahu. Eleanor tahu tindakannya itu tidak wajar. Hati sedangnya sakit. Teguran dari teman-teman sekerjanya tidak dilayan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku