DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2870

Bacaan






“AKU mahu kamu culik gadis dalam gambar ni!” Arah Dato’ Bakri kepada orang suruhannya. Foto tersebut diserahkan kepada lelaki berkepala botak itu.

“Baik Dato’.”

“Pastikan kamu tidak gagal. Tentang upah kamu jangan bimbang. Aku akan bayar bila kerja kamu settle.” Dato’ Bakri menghembuskan asap cerutnya.

“Baik Dato’.” Cantik gadis dalam foto itu. Orang suruhannya itu beredar.

Eleanor Dato’ Ariffin. Kau akan tetap menjadi milik aku. Kau yang paksa aku guna cara kasar. Bibirnya Dato’ Bakri mengulum senyuman lebar. Suka atau tidak, Eleanor akan menjadi isterinya.

Senyuman manis Dato’ Bakri mengundang curiga isterinya Datin Ruhaya. Tambahan pula apabila dia berselisih dengan orang suruahan suaminya itu. Dia perasan dengan perubahan suaminya itu. Lelaki berhidung belang seperti suaminya itu bukan cukup isteri dua. Dia tahu suaminya masih tidak berputus asa dengan gadis bernama Eleanor itu. Sebelum ini, fikirnya gadis itu yang menggoda suaminya. Nyata dia silap menuduh. Gadis itu langsung tidak melayan suaminya.

Datin Ruhaya meletakan gelas berisi air kosong di dada meja. Dia duduk di kerusi itu sambil merenung wajah suaminya yang kian dimamah usia. Ada kekacakan lagi di situ pada pandangan mata seorang isteri.

“You tak balik rumah Salina?”

“Malas.” Jawab Dato’ Bakri pendek.

“Kenapa? Dah bosan?”

“You ni kenapa? Dulu bila I kerap balik ke rumah Sally, you bising-bising.” Dato’ Bakri memandang wajah Datin Ruhaya dengan kerutan.

“Saja tanya. Tak boleh?”

“Urusan I biar I yang handle. You tak perlu ambil tahu. I sudah sediakan segala keperluan untuk you. Tak cukup you boleh mention pada I.”

“You dan cukup berikan I segala-galanya. Cuma…”

“Cuma apa?” Dato’ Bakri bertanya serius.

“You tu tak jalankan tangggungjawab you sebagai seorang suami. You berkahwin ikut nafsu. Pantang nampak perempuan cantik.”

“You nak salahkan I? Cermin muka you dulu.”

“Kalau I teruk, you lagi teruk dari I. I tahu you sudah pasang niat dalam hati you untuk beristeri lagi.”

Datin Ruhaya kian makan hati dengan sikap suaminya. Dato’ Bakri mementingkan diri sendiri. Anak-anak sudah dewasa tetapi suami yang semakin usia semakin menggatal. Rasa malu seakan tidak ada pada diri suaminya itu.

“I mampu. Tiada masalah di situ.”

“You berkahwin kerana nafsu.”

“Pandai pula you nak menasihati I.” Dato’ Bakri menjeling isterinya.

“Kenyataan. Sayangnya gadis yang you gila-gilakan itu tidak sudi, bukan? You fikir semua gadis pandang pada kesenangan saja. Sedarlah gadis tu baya-baya anak kita.” Jelingan berbalas dengan jelingan.

“Apa yang you merepek!”

“Bakri… I sudah masak dengan perangai meroyan you itu. Harta yang you ada itu tak ke mana. You tu makin tua macam I. I rasa you yang patut cermin diri you dulu.” Datin Ruhaya bangun dan berlalu.

Dato’ Bakri merengus kecil.


HAIRIE sudah terpacak di hadapan Eleanor. Eleanor bijak melarikan diri dari dia tetapi tidak kali ini. Dia rindukan wajah dan senyuman manis gadis itu. Eleanor langsung tidak sudi memandang. Marah gadis itu seakan tidak pernah reda.

“El…”

Stop! Jangan rapat dengan I!”

Hairie berhenti melangkah.

“El… masakan tiada peluang untuk I?”

“Tiada peluang kedua untuk you, Hairie.”

“Keras betul hati you. You patut berikan peluang kedua pada I.”

Eleanor memeluk tubuh. Tiada sebarang perasaan lagi dalam hatinya untuk Hairie. Pintu hatinya sudah tertutup buat Hairie. Lukanya tidak terubat dengan kemaafan dari mulut Hairie. Luka itu sudah berparut.

“Jangan ganggu I lagi. I tak mungkin akan menerima you semula.”

“I sayangkan you, El.”

Eleanor tersenyum sinis.

“Sayangkan I tapi percayakan fitnah dari perempuan tu. You fikir I boleh lupakan kata-kata you itu. ‘I sudah jumpa calon isteri yang layak untuk I’.” Eleanor turut mengulangkan ayat Hairie yang cukup menyakitkan hatinya itu.

I’m so sorry. I tahu salah I.”

“Baguslah you sudah tahu mana silap you.”

“El… Kita mulakan semula.” Hairie memujuk lembut.

Sorry… I tak berminat. I sudah maafkan you tapi untuk menjalinkan semula hubungan cinta, tidak sama sekali.” Eleanor melintasi Hairie. Pantas Hairie menangkap lengannya.

Don’t touch me!” Eleanor meradang marah. Dia menampar-nampar tangan Hairie yang mencengkam lengannya.

Please El...”

“Lepaskan tangan you!”

Hairie menggeleng.

“I jerit nanti!”

“Jeritlah. I tak kisah.”

Eleanor tiada cara lain. Dia memukul kepala Hairie dengan tas tangannya. Sebaik Hairie melepaskan cengkamannya, Eleanor berlari masuk ke dalam keretanya. Hairie sudah tidak mampu untuk mengejar Eleanor semula.

Eleanor memasang ear phone pada telinganya sebaik mendengar suara Aleeza di talian. Tiada tempat lain untuk dia mengadu jika bukan dengan Aleeza.

“Hairie… Hairie masih kacau akulah.”

“Kau terserempak dengan dia ke?”

“Kau pun satu tak kejut aku awal.”

“Siapa suruh kau tak mahu bangun. Aku dah kejutkan kau banyak kali. Bukan salahku.”

Dia keletihan menunggu keretanya di bengkel. Sampai ke tumah sewanya pun lewat

malam. Tidak sempat dia memaklumkan kepada abangnya yang dia tidak balik ke sana. Pagi ini baru dia menghantar mesej kepada abangnya. Elman membebel panjang. tadah telinga sajalah.

“Lain kali simbah je aku dengan air kalau aku tak bangun.” Eleanor memberikan saranan pada Aleeza.

“Hahaha... molek sangat. Aku suka cara tu. By the way, apa kisah kau dan Hairie tadi. Dia merayu-rayu nakkan kau balik ye?”

“Tak nak aku. Dia berpeluk sakan dengan perempuan tu nak come back pada aku. Sisa orang tu.”

Aleeza tawa gelihati. Ayat Eleanor memang tak boleh tahan. Dia boleh gambarkan wajah serius Eleanor dengan ayat kelakarnya itu.

“Tak baik kau ni.”

“Aku nampak dengan mata aku sendiri Hairie berasmara dengan perempuan tu dalam bilik pejabat dia. Tak ke sakit hati aku ni. Hebat betul calon isteri dia tu.”

“Eloknya kau panggil tok kadi nikahkan mereka.”

“Tu silap aku. Kalau diaorang nikah memang baguslah sangat. Takder si Hairie kacau hidup aku!”

Sebuah van meluncur laju memintas kereta Eleanor. Eleanor terpaksa membrek cemas kereta apabila van tersebut menyekat laluan keretanya.

“Aleeza, nanti aku call kau balik.” Eleanor terus mematikan tlaian. Dia menarik ear phone dari telinga.

Apa kena dengan van tersebut. Lain macam pula. Eleanor tidak sedap hati. Dia masih duduk di dalam kereta. Jalan tersebut agak sunyi ketika ini. Tiada nampak kereta yang lalu lalang.

Tiga orang lelaki tidak dikenali keluar dari perut van tersebut. Eleanor jadi cuak. Dia membuka tali pinggang keledarnya. Eleanor melangkah keluar dari keretanya dengan segera. Ketia-tiga lelaki lebih pantas menghalang laluannya. Leher Eleanor dipaut dari belakang. Salah-seorangnya menekup mulut Eleanor dengan sehelai sapu tangan. Matanya mula berpinar-pinar.

“Cepat! Bawa dia masuk ke dalam van.” Lelaki berkepala botak itu memberikan arahan.


WEIR terus memecut keretanya. Dia sudah lambat untuk temujanji dengan wakil hartanah yang

diaturkan. Weir mengikut jalan short cut. Kemalangan telah menyebabkan jalan utama yang sering dilaluinya mengalami kesesakan serius. Sebuah lori minyak dan dua buah kereta terbalik atas jalan.

Weir cuba menghubungi wakil hartanah terbabit. Telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Weir melepaskan keluhan berat. Bagaimana dia boleh lupa untuk caj telefon bimbitnya itu.

Weir segera menekan brek kereta sebaik melihat sebuah van melintas di hadapannya. Dia leka dengan dengan telefon bimbit hingga hilang tumpuan pada pemanduan. keretanya terbabas di tepi jalan.

Eleanor yang mula sedarkan diri itu terpisat-pisat membuka mata. Mereka mahu membawa dia ke mana?

“Siapa kamu?” Soalnya keras.

“Lebih kamu duduk baik-baik. Kami tidak akan cederakan kamu.”

“Kalau kamu nak duit, kamu salah culik orang. Aku tiada duit!”

“Kami tak perlukan duit dari kamu.”

Eleanor mengertap bibir. Kalau dia berdiam diri maka nasibnya belum tentu selamat. Dia meluru ke arah pemandu di hadapan.

“Berhenti! Berhenti!”

Tindakan Eleanor telah menyebabkan van tersebut hilang kawalan. Lelaki kepala botak itu menarik tubuh Eleanor. Serentak itu Eleanor melepaskan tendangan pada perut lelaki terbabit. Mereka tidak dapat mengawal tindakan agresifnya. Sebaik van tersebut berhenti di atas jalan, Eleanor mengambil peluang melepaskan diri. Dia berlari sekuat-kuat hatinya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Apabila melihat kelibat manusia di bahu jalan, Eleanor bergegas untuk mendapat bantuan. Eleanor menyentuh bahu lelaki yang sedang menutup but keretanya. lelaki itu berpaling.

“To… tolong…” Dia sudah tidak terdaya. Pandangan matanya menjadi gelap. Dia terjelupuk jatuh di depan lelaki itu.

“El... El..” Weir menampar-nampar perlahan pipi Eleanor.

Eleanor sudah tidak sedarkan diri. Tiada cara lain. Weir mengangkat tubuh Eleanor masuk ke dalam keretanya. Mungkin ada sesuatu yang menimpa gadis itu. Weir menghidupkan

enjin keretanya semula. Sebaik melihat kelibat tiga lelaki yang berlari dari cermin sisi keretanya itu, Weir seakan mengerti apa yang berlaku pada Eleanor. Tanpa berlengah keretanya menyusuri semula dia atas jalan raya terbabit. Weir memecut laju.

Ketiga-tiga lelaki itu sudah tercungap kemengahan sambil memenggang pinggang. Sasaran mereka telah terlepas lari. Apa yang harus mereka adukan kepada boss mereka. Hal itu yang bakal memeningkan kepala mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku