DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3619

Bacaan






“EL…” Mak Tun menarik lengannya tiba-tiba.

Eleanor terpinga-pinga apabila melihat barang-barang yang terhias atas meja tamu itu. Malahan Mak Tun menunjukkan sepasang baju kurung moden berwarna ungu kepada Eleanor.

“Untuk apa ni Mak Tun?” Tanyanya.

“Untuk majis pertunang El.”

Bola mata Eleanor membulat. Bila pula dia bersetuju untuk bertunang?

“Abang Elman!” Eleanor memekik memanggil abangnya.

“Abang sudah keluar.” Elena Maria muncul di anak tangga.

“Ke mana?”

“Buat persediaan untuk pertunangan Kak El lah. Buat-buat tak tahu pulak.” Elena Maria mencebik. Fikirnya lelaki itu menyukai da rupanya sekadar menganggap dia sebagai kawan.

Eleanor mengertap bibir.

“Untunglah dapat bakal suami jutawan. Jangan pulak tak jadi macma duu. Memalukan keluarga sampai papa mati.” Elena Maria menambah.

“Elena!” Ada saja yang adiknya tidak berpuas hati dengan dia.

Mak Tun segera memaut bahu Eleanor. Kepalanya digelengkan.

Elena Maria melangkah keluar dengan senyuman sinis.

“Jangan dilayan Elena tu?”

Eleanor menghenyakkan punggung atas sofa. Dia menghela nafas panjang. Elena Maria sengaja mahu bertegang urat dengan dia.

“Kenapa saya tak tahu-menahu hal pertunangan ni. Saya tak bersetuju!” agak keras suara Eleanor.

“Mak Tun hanya menurut apa yang disuruh oleh abang kamu. Menurut abang kamu, esok majlis pertunangan kamu akan berlangsung.”

What?”

Eleanor tersentak.

“Abang Elman sudah melampau.” Desis Eleanor. Elman membuat persetujuan dengan membelakangi dia.

“El… tak semua perkara itu tak baik. Mungkin abang kamu sudah fikirkan semasaknya sebelum membuat keputusan. Dia juga mahu lihat kebahagiaan kamu.” Mak Tun mahu anak gadis itu bersangka baik.

“El ada prinsip Mak Tun. El mahu kahwin dengan lelaki yang El cintai. Bukan dengan lelaki yang ada skandal dengan adik dan kakak ipar El.”

Mak Tun juga menyokong pertunangan itu. Eleanor bangn dan meluru meminjak anak tangga. Pintu biliknya dihempas dengan kuat. Tanda protes.

Enjin kereta Elman berderu di luar beranda. Mak Tun menyambut di muka pintu. Barang-barang yang dibawa Elman bertukar tangan.

“El dah balik?”

“Dah.”

“Mana dia?”

“Dalam biliknya.”

“Dia dah tahu?”

Mak Tun angguk perlahan. Reaksi Mak Tun cukup memberikan jawapan pada Elman tentang penerimaan Eleanor.

“Isteri saya mana Mak Tun?”

“Keluar.”

“Elena Maria?”

“Pun keluar.”

Elma tidka bertanya. Dia dudk melihat barang-barnag hantaran yang sudah terhias dengan bunga-bunga berwarna pink dan ungu.Warna kegemaran adiknya.

“Mak Tun ambilkan Elman air.”

Elman hanya mengangguk.


ELEANOR tidak terkata apa-apa apabila rombongan peminangan dari pihak Weir bertandang di rumahnya. Dia juga tidak mahu bercakap dengan abangnya. Jari manisnya sudah tersarung cincin bertakhta pertama putih. Pertunangan hanya tiga minggu kemudian majlis pernikahan akan berlangsung. Majlis pertunangan Eleanor dan Weir cukup sederhana. Seperti majis pertunangan dulu-dulu. Weir tidak hadir bersama. Tiada pelamin terbentang seperti majlis pertunangan sekarang.

Elman perasan wajah Eleanor cukup kelat. Tiada senyuman terpalit di bibir adiknya itu ketika sesi bergambar dengan pihak sebelah lelaki. Elena Maria pula tidak nampak batnag hidung. Adik bongsunya itu ghaib entah ke mana? hanya Khir yang ada bersama.

“Lepas ni takderlah Dato’ Bakri atau si Hairie tu kacau kau.” Bisik Aleeza perlahan.

“Emm…”

“Kot iya pun senyumlah sikit. Ini tidak masam mencuka muka kau.”

“Itu tanda aku tak suka dengan pertunangan ni.”

“Kiranya terpaksalah ni.”

Angguk tidak. Geleng pun tidak.

“El… aku jamin kau tak akan menyesal kahwin dengan pakcik aku. Kau akan bahagia dengan dia.” Sungguh-sungguh betul Aleeza yang mengatakan dia akan bahagia.

Kali ini Eleanor menggeeng-geleng.

“Aku tak yakin.”

“El, jangan terlalu prejudis.”

Aleeza bingkas bangun.

“Kau nak ke mana?” Soal Eleanor.

“Tekak aku kering. Aku nak cari air kejap.”

Tinggal Elenaor sendirian di dalam bilik menghadap barang-barang hantaran dari pihak Weir. 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan. Dia tak prepare apa-apa. Semuanya diuruskan oleh abangnya dan Mak Tun.

Pintu biliknya terkuak. Fikirnya Aleeza sudah kembali tetapi bukan Aleeza yang terpacak depan pintu biliknya itu. Susana!

“Seronok kan bakal jadi siteri jutawan muda.” Susana seakan menyindirnya.

“Seronoklah. Lepas kahwin tak perlu susah-susah bekerja. Duduk rumah goyang kaki. Tapi kesian pada ornag tu yang berputih mata.” Sindiran berbalas dengan sindiran.

“Jangan fikir semudah itu kau akan bahagia, El.” Susana menghalakan jari telunjuknya pada muka Eleanor. Eleanor menepis.

“Kau fikir aku takut.”

“Aku akan buat sampai rumahtangga kau goyah nanti.” Susana memberikan amaran.

“Jadi betullah kau ada skandal dengan my future husband aku tu?”

“Aku akan bercerai dengan abang kau dan my future husband kau tu akan jadi milik aku nanti. Kau fikir dia betul-betul nakkan kau? Dia cuma nak sakitkan hati aku. Kau mungkin tak tahu yang dia tu bekas keksaih aku dulu.”

Meluat pula Eleanor melihat pandangan mata Susana.

“Ouch, tak sangka pula aku dia ex-boyfriend kau. Dah tu kenapa tinggalkan dia dulu?”

Susana tidak membalas.

“Aku tahu sebab dulu dia papa kedana sebab tu kau kahwin dengan abang aku. Bila dia dah kaya kau nak dia semula. Mata duitan kau ya.”

Pedas kata-kata itu.

“Dia masih sayangkan aku. Dia pasti akan cari aku selepas abang kau ceraikan aku. Kau kena bersedia El.”

“Jangan terlalu yakin.”

Eleanor merenung tajam Susana.

Tanpa disedari Elman memasang telinga di luar biik Eleanor. Hancur luluh hatinya. Susana benar-benar punya perhubungan dengan Weir dulu. Bekas kekasih Weir. Adakah dia yang merampas? Atau benar seperti kata Eeanor, isterinya itu hanya memandang kepada kebendaan semata-mata.

Susana, tidak semudah itu aku akan melepaskan kau. Hati kecil Elman berdesis.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku