DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 27
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3015

Bacaan






WALAU apa yang berlaku dia tetap tidak akan meneruskan pernikahan ini. Dia tidak pernah bersetuju. Kenapa mesti memaksa dia? Sanggup Elman bersetuju dengan pernikahan ini walau sudah tahu apa yang terlindung di sebalik kebaikan lelaki itu. Weir bukan lelaki yang baik. Dia bencikan Weir. Kain cadar itu sudah diikat dengan kemas. Dia sudah memanjat jendela. Ketukan pintu bertalu-talu tidak diendahkan. Pintu biliknya sudah dikunci dari dalam. Kain cadar itu dipegangnya dengan kuat.

Eleanor terasa pinggangnya dipaut. Dia menoleh ke bawah. Riak wajahnya terus berubah. Bibirnya terketap-ketap menahan geram.

“Awak fikir awak boleh lari dari saya.” Weir yang segak berbaju melayu putih itu tersengih.

“Lepaskan saya!”

“Saya tidak akan lepaskan awak.”

“Lepaskan saya! Saya sudah kata yang saya tidak mahu bernikah dengan awak! Tak faham ke?”

Weir menurunkan Eleanor. Kaki Eleanor menjejak tanah tetapi pergelangan tangannya kemas dalam genggaman Weir.

“Saya sudah katakan yang saya tidak akan lepaskan awak. Awak akan bernikah dengan saya juga walau awak tak suka.” Weir mengulang kata-katanya.

“Saya tak nak!” Eleanor tetap berkeras menolak. Mukanya dipalingkan dari menatapa wajah Weir.

“Jangan buat perangai, okay.”

“Lepaslah!” Eleanor meronta-ronta.

Macam mana plan melarikan diri dia tak menjadi?

Weir tidak mempedulikan rontaan Eleanor. Dia terus mengheret gadis itu masuk mengikut pintu belakang banglo terbabit.

“Lepaskan saya!” Eleanor masih melawan.

“Kalau awak terjerit-jerit, semua tetamu akan dengar jeritan awak. Yang malu familyawak.” Weir cuba mengingatkan Eleanor.

Eleanor mendengus kecil.

“Kenapa ni?” Aleeza muncul bersama Mak Pah. Mereka agak terkejut melihat Eleanor bersama Weir. Majlis akad nikah akan berlangsung sekejap sahaja lagi.

“Apa El buat di sini? Kecoh mak andam ketuk pintu bilik El, El tak buka pintu.” Suara Mak Pah.

“Kami main nyorok-nyorok Mak Pah.” Weir menjawab seraya tersenyum

Bercantum kening Mak Pah.

Aleeza kerling Eleanor tajam. Dia sudah mula agak apa yang berlaku. Patutlah beria-ia Eleanor mahu dia tidak menemaninya. Ada niat mahu melarikan diri. Aleeza memaut lengan Eleanor.

“Lepas ni kau tak boleh lari dari tatapan mata aku lagi sampai kau selesai nikah dengan uncleaku.” Aleeza berbisik.

“Majlis nak bermula tu, Encik Weir tak patut berada di sini.”

“Ya-ya…” Weir beredar. Dia sempat mengenyitkan mata pada Eleanor. Gadis itu mencebik.



ALHAMDULILLAH… segalanya berjalan dengan lancar. Eleanor Dato’ Ariffin sudah sah menjadi isteri kepada Weir Zafril. Weir menyarungkan cincin pada jari manis Eleanor. Kemudian dia mengucup dahi isterinya itu. Eleanor mencium tangan Weir.

Wajah Eleanor masih keruh. Senyumannya palsu sekadar mahu menjaga hati semua orang. Hati sendiri yang terluka.

Jurugambar tidak henti-henti melancarkan serangan cahaya pada lensa ke arah Weir dan Eleanor. Rimas pula Eleanor bila Weir asyik berkepit di sisinya. Hatinya bertambah meluat apabila Weir menunjukkan sikap ‘keromantisan’ di hadapan kamera.

Congrats El. Berputih mata Dato’ Bakri.” Ucap Yuhana.

Thanks. You bila lagi?”

“I belum sampai seru lagi.”

Cemburu juga Yuhana melihat Eleanor bersama Weir. Bukan calang-calang orang lelaki yang menjadi suami Eleanor itu. Dia pernah mencuba tetapi tidak dilayan.

Weir memeriksa telefon bimbit setelah menyedari ada mesej yang masuk. Mesej dan ucapan dari Helena.

Selamat pengantin baru, Weir. Sorry… I tak dapat hadir ke majlis pernikahan you. I tak kuat kerana cinta I pada you masih utuh di hati I. Sampaikan salam I pada isteri you.

Helena…

PENGUMUMAN pesawat ke Paris telah diumum. Helena bangun dari duduknya. Dia menghela nafas panjang.

“Papa harap anak papa temui apa yang dicari.”

Helena memeluk tubuh papanya.

Take carepapa and thanks.”

Tan Siri Rashidi mengusap-usap belakang anak gadis itu. Dia tidak menghadiri majlis pernikahan Weir kerana menemani anaknya di lapangan kapal terbang. Helena memilih tarikh pernikahan Weir untuk berangkat ke Paris.

“Hubungi papa bila sampai di sana nanti.”

“Baik papa.”

Helena menarik bagasinya.

Helena melangkah bersama deraian air mata.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku