DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Bab 33
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2014
* Selamat Membaca :)
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4082

Bacaan






SUSANA beredar sebaik urusannya selesai.

Elman melangkah keluar dari perut kereta sebaik melihat teksi yang dinaiki Susana lenyap dari pandangan mata.

Elman berdiri tegak di hadapan pintu pagar yang masih terbuka itu. Dia perlu mencari jawapan bagi persoalan yang bermain di dalam mindanya. Elman terus mengaturkan langkahnya.

Amy menuju ke muka pintu sebaik loceng rumahnya itu kednegaran. Barangkali Susana berpatah balik. Adalah tu barangnya yang tertinggal. Amy terus membuka pintu. Muka Amy pucat lesu melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu.

“Elman…”

“Apa khabar Amy…” Elman terus melangkah masuk.

“Er… ba…baik.”

“Mana budak tu?”

“Budak mana?”

“You jangan buat tak tahu. I nampak budak tu dengan you san Susana. I ekori Susana hingga ke sini. I juga tahu Susana bawa budak tu ke klinik. Apa hubungan budak tu dengan Susana?”

Amy tersentak. Susana sudah tentu tidak tahu dirinya diekori oleh Elman. Mati dia. Mati!

“Mana budak tu?” Soal Elman kasar

“Elman…”

Elman terus menggeledah rumah Amy. Amy tidak mampu untuk menegah. Tombol pintu bilik yang terakhir dipulas. Budak lelaki yang sedang tidur pulas itu dirapati.

“Apa hubungan budak ni dengan Susana?” Soalnya kasar.

Hampir luruh jantung Amy ditengking sedemikian.

“A… a… anak Susana.” Amy tidak mampu untuk menipu Elman.

“Anak Susana!” Dikerling Amy tajam.

Amy angguk.

“Anak Susana dengan siapa? Cakap!”

Maaf, Susana. Aku terpaksa buka rahsia ni.

“Cakap!” Elman terus mendesak Amy.

“Bu… bu… budak tu anak you.”

“Anak I?”

Amy mengangguk laju.

“You tak tipu I?”

“I tak tipu you, Elman. I berani bersumpah!”

Budak kecil berusia lima tahun ini anak dia? Elman jadi musykil. Bila Susana mengandung? Dia meraup mukanya berkali-kali. Elman perlukan penjelasan untuk kemusykilan di dalam kepalanya. Dia pandang Amy dengan pandangan maha tajam. Amy mesti tahu cerita di sebaliknya.

“Su… Su… Susana kata you tak mahukan anak ni. Susana tak boleh gugurkan kandungan masa tu kerana risiko yang melibatkan nyawa dia. Dia berikan I sejumlah wang untuk menjaganya.” Suara Amy makin gugup.

“Ceritakan pada I semuanya!”

Satu-persatu Amy membuka cerita. Dari A hingga Z. Elman mengepal penumbuk. Bijak Susana mengaburi matanya dengan tipu helah. Rekaan yang isterinya itu sakit kena buatan orang itu adalah palsu semata-mata. Ibu mertuanya juga bersubahat dengan Susana. Kenapa dia begitu bodoh mempercayai cerita rekaan Susana? Sayang dan cintanya pada Susana tidak bertempat. Kerana sayang dan cinta itu juga yang memakan dirinya sendiri. Benar kata orang cinta itu buta. Cinta yang membutakan mata melihat kecantikkan Susana.

Elman mengusap-usap wajah anaknya itu.

Damn it, Susana! Dia merahsiakan kewujudan anaknya dari dia. Susana cukup licik menyembunyikan rahsia.

“I akan ambil anak I.”

“Tapi Elman…”

“I boleh heret you ke tengah bersama Susana sekali tahu! Ingat, jangan you cuba beritahu Susana yang I sudah tahu rahsia dia. I sendiri akan bersemuka dengan dia!” Elman turut memberikan amaran kepada Amy.

Amy sudah tidak mampu menyekat Elman.

“Maafkan aku Susana. Kali ni pandai-pandailah kau menjawab dengan Elman nanti.” Bisik hati kecil Amy.



“ABANG ada anak?” Eleanor seakan tidak percaya berita yang disampaikan oleh Elman.

Elman angguk lemah.

“Abang yakin tu anak abang?”

“Abang yakin.”

“Buat test DNA dulu. El takut tu anak dia dengan lelaki lain. Kita kena berhati-hati.” Eleanor tidak mahu Elman tertipu dengan permainan Susana.

“Abang tak yakin tu anak orang lain. Susana mungkin perempuan yang bermain kayu tiga di belakang abang tetapi dia bukan jenis yang tidur sekatil dengan lelaki.”

Kalau sudah sampai ke tahap ini pun abangnya itu masih sayangkan Susana tak tahulah. Hebat penangan cinta perempuan seorang itu.

“Okay. Jika budak tu betul anak abang. Abang nak buat apa sekarang?”

“Abang akan ambil anak abang. Hal Susana akan abang uruskan dengan dia sendiri. El tak perlu masuk campur.”

“El cuma harap abang buat keputusan yang terbaik untuk abang.” Eleanor menepuk-nepuk bahu abangnya.

“Abang tahu. Jangan beritahu perkara ini pada Weir.”

“El takkan beritahu pada Weir.”

“El… Elena sudah 3 hari tak balik rumah.”

Eleanor sedikit tersentak.

“Dia tak call atau mesej abang?”

Elman menggeleng.

“Abang tak cuba tanya Khir.”

“Khir pun tak tahu. Seminggu-dua baliklah dia. Macam El tak kenal perangai dia.”

Ini lagi seorang yang suka menimbulkan masalah. Busuk-busuk adik kandungnya juga. Eleanor tetap sayangkan Elena Maria.

“Abang kena tegas sikit dengan Elena. Sampai bila dia nak besar kepala macam tu.”

“El pun sama desilnya.” Omel Elman.

“El lain, tak sama dengan Elena.”

Eleanor memeluk tubuh. Elman tersenyum.

“Macam mana kehidupan El selepas bergelar seorang isteri.”

“Emmm… biasa aja.” Eleanor menongkat dagu.

“Biasa aja?”

“Okaylah. Just El tak biasa duduk goyang kaki di rumah. Adik ipar abang tu tak izinkan El bekerja.”

Cemberut muka Eleanor. Bosan juga duduk di rumah. Ada juga dia terfikir untuk melakukan kerja sampingan di dalam online. Contohnya menjual tas tangan wanita.

“Baguslah. Weir tu sudah lebih dari mampu untuk menanggung El. Untuk apa El bekerja lagi.”

“Erm… EL tahu.”

“Tentang syarikat EL tak perlu bimbang. Pandai-pandailah abang uruskan.” Elman tidak mahu Eleanor bersusah hati lagi tentang dia dan syarikat. Weir sudah menunaikan janjinya.

“Abang… abang jangan benarkan Uncle Hisyam take over syarikat. Orang tua tu dari dulu cari peluang nak kuasai syarikat tu.”

“Tak mungkin akan berulang lagi El. Abang dah serik nak mempercayai orang seperti Uncle Hisyam.”

“Tapi dia masuk semula dalam syarikat.” Eleanor merengus kecil.

“El… Uncle Hisyam masih punya syer dalam syarikat.”

“El mahu bekerja semula sebab El mahu perhatikan tindak-tanduk dia. El tak mahu pisang berbuah dua kali.”

“El tak perlu risau. Abang tak biarkan Uncle Hisyam sewenang-wenangnya duduk bebas dalam syarikat.”

“El tak risaukan abang. El risaukan Elena.”

kedua-dua beradik itu saling berpandangan.

“Abang tak rasa Elena sebodoh itu El. Masakan dia mahu lihat syarikat jatuh semula.”

“El tak mengatakan Elena tu bodoh. Dia bijak tetapi ada masanya dia tidak menggunakan kebijaksanaan itu kerana dia selalu bermain dengan emosi.” Komen Eleanor.

“Abang takkan biarkan Elena dipergunakan oleh Uncle Hisyam.”

“Susah sangat abang suruh saja Khir dan Elena kahwin cepat-cepat. Biar Elena jadi macam El, housewife sepenuh masa.”

“Masalahnya sekarang, Elena mahu putuskan pertunangannya dengan Khir.”

“Hah!” Bola mata Eleanor membulat besar.

“Kenapa nak putus? Khir tu dah cukup baik. Elena memang tak tahu nak menghargai!” Desis Eleanor.

Masakan Elena juga mahu jadi seperti Susana? Ingin merampas Weir dari dia.


ELMAN senang hati melihat anaknya tidur lena di atas katil. Panas badan anaknya juga mulai kebah.

Mak Tun muncul di muka pintu membawa semangkuk air dan sehehelai tuala kecil. Tidak diduga sama sekali yang Elman mempunyai seornag anak. Lihat pada wajah si kecil itu sahaja sudah ada irasnya dengan Elman.

“Mak Tun sudah telefon doktor?”

“Sudah.”

“Mak Tun tolong tengok-tengok Ezril. Saya nak ke bawah sekejap.”

“Baik Elman.”

“Emmm… Susana dah balik Mak Tun?”

Mak Tun menggeleng. Mungkin Susana berada di rumah mamanya. Susana memang sering melekat di sana. Bila Susana pulang nanti, dia akan membuat perhitungan dengan isterinya itu. Mencintai wanita tu hanya satu perkara yang sia-sia. Susana tidak akan membalas perasaannya itu.

Elman masuk ke dapur. Dia membuka pintu peti ais dan mencapai botol air mineral di dalamnya.

Sebuah kereta behenti di hadapan pintu pagar banglo dua tingkat itu. Susana melangkah keluar dengan senyuman.

Thanks sebab tumpangkan I.”

Pintu kereta ditutup semula. Kereta tersebut terus bergerak.

“Mak Tun, ambilkan I air!”

“Mak Tun sibuk. You boleh ambil air you sendiri. You ada kaki dan tangan.” Elman muncul di depan mata Susana.

“Ouch, you ada di rumah.” Lagak Susana menjengkelkan.

Susana bingkas bangun menarik tas tangannya.

“I nak naik atas berehat.”

Elman mengekori langkah Susana. Sebaik berada di dalam bilik, pintu bilik itu dikunci. Dia mahukan perbualan privasi bersama isterinya itu.

“You nampak begitu relaks.”

“Elman… I tiada mood nak bertengkar dengan you. I penat.”

“Penat layan jantan lain di belakang I.” Elman menyindir pedas.

“Jaga sikit mulut you, Elman” Susana melenting.

“Itu kenyataannya bukan?”

Mata tajam Elman mencerlung raut wajah Susana.

“So, you tak perlu jadi lelaki dayus lagi. Lepaskan saja I.”

Susana bertentangan mata dengan Elman.

“You memang cukup berani bermain api di belakang I. Dan you cukup bijak menyimpan rahsia dari I. I cintakan you sepenuh hati I tapi you hanya cintakan wang ringgit.”

“I tak biasa hidup susah. I pernah sayang you tapi itulah you tak pandai ambil hati I. Syarikat family you pula jatuh bankrup.”

Elman senyum sinis. Dia sudah lihat wajah sebenar Susana di sebalik topeng.

“Mana tidak tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. You dengan mummy sama saja. Perempuan materealisktik.”

“Katalah apa you nak kata Elman.”

“Oh, I lupa nak maklumkan yang I sudah ambil Ezril dari Amy.”

Ezril ada di banglo ini? Elman sudah tahu pasal Ezril. Amy… kenapa Amy tidak memberitahu dia tentang perkara ini?


WAJAH Susana pucat lesi apabila Elman menyebut nama Ezril. Dia menelan air liur berkali-kali. Elman terus merapati Susana. Susana tidak dapat untuk berundur lagi apabila kakinya tersentuh pada kaki katil.

“You sorokkan Ezril dari I? kenapa?” Elman terus-terusan menyoal Susana.

Elman memaut kedua-dua belah bahu Susana.

“I tanya kenapa?”

Hilang kesabaran Elman terhadap Susana.

“Sebab I tak sukakan budak tu. Kalau bukan kerana melibatkan nyawa I, I takkan melahirkan dia. I memang sengaja menyorokkan dia dari you. Ikutkan hati I ni, I gugurkan kandungan I masa tu.”

“Selama ni you tipu I. You tipu I hidup-hidup. You cakap you tak nak anak. Tapi you sorokkan kandungan you untuk kepentingan you. You ni… you ni memang…” Elman melurut rambutnya ke belakang.

“You nak kata I perempuan keji. Perempuan jahat?” Susana merapatkan wajahnya pada Elman.

“Cakap sajalah Elman. Kalau you nak budak tu, I akan berikan dia pada you. Budak tu pun menyusahkan hidup I. Habiskan duit I. Tapi you perlu bayar harganya pada I.”

“I akan berikan apa yang you inginkan. I akan ceraikan you!”

Susana senyum puas hati. Akhirnya Elman mahu juga melepaskan dia.

“I nak duit dan juga rumah ni. I nak rumah ni ditukarkan atas nama I.”

“You jangan melampau Susana.”

“Kalau you tak penuhi permintaan I, I tidak akan berikan Ezril pada you.”

“You nak peras ugut I?”

Elman tidak akan tunduk pada permintaan Susana yang satu itu.

“You patut bersyukur sebab I akan berikan you duit. Ikutkan hati I yang sedang panas ni, satu sen pun I tak berikan pada you. You tu perempuan curang. Main jantan lain di belakang I. I boleh tunjukkan gambar-gambar you sebagai bukti di makhamah nanti. Biar semua orang buka mata dengan perangai sebenar you.”

Susana senyum sinis.

“You sudah ada duit sekarang. Kenapa you nak simpan banglo tua ni lagi. You boleh beli yang baru.”

“Banglo ni peninggalan arwah orang tua I. Mati pun I takkan berikan pada you!”

So, you tak boleh ambil Ezril. I yang jaga Ezril bukan you. Hak penjagaan Ezril lebih pada I. I boleh cakap yang you tak nak Ezril sejak dalam kandungan I lagi.”

Susana cuba bermain tarik tali dengannya.

“Kalau you nak bawa perkara ini ke court I tak kisah. I akan fight habis-habisan dan kita tengok siapa yang akan menang.” Sinis bicara Elman.

Susana terdiam.

“I boleh dakwa you dengan tuduhan berat Susana. You jangan fikir you saja yang licik.” Elman mencengkam muka Susana.

Susana menepis.

“Baik. You boleh ambil budak tu. You bagi I duit dan ceraikan I. I akan lenyap dari hidup you terus.”

“I akan bagi you duit dan I akan berikan kebebasan pada you. You tunggu apa lagi? Berhambus dari rumah I ini.” Sikap lemah-lembut Elman sebelum ini sudah berubah seratus-peratus.

“Hm!”

Susana merengus.

“You tak perlu risau, barang-barang you akan I ‘export’ ke rumah mummy you.”

Damn you, Elman!”

Susana melangkah keluar. Tidak lagi menoleh ke belakang

Elman menarik nafas panjang. Mungkin ini keputusan yang terbaik baginya.


Last entry



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku