Awak Kat Mana?
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1706

Bacaan






Lipstik merah tender berkod 4203 moisture rich dengan laju ditenyek ke bibir mungilnya, tudung chiffon kuning lembut dibetulkan agar molek terletak diwajah bersih itu. Setelah puas hati dengan penampilannya setempek flying kiss dihala ke cermin yang memantul semula kearahnya, secara tidak langsung mengambarkan kegembiraan hati.

“Cepat…..cepat!!!” dari tingkat bawah kedengaran suara wanita yang agak berumur menjerit-jerit.

Tergopoh-gopoh gadis itu berlari-lari anak menuruni anak tangga rumah dua tingkat di atas bukit itu.

“Indah!!!! Cepat!!!” jerit wanita itu lagi.

“Ya bonda, Indah turun ni” Indah semakin melajukan langkahnya tidak mahu suara bonda kesayangannya itu semakin membinggitkan cuping telinga. Bukan Indah tidak hafal cara bondanya, pantang kalau terlambat seminit mulalah suara serparnonya keluar.

“Indah tahu kan kita dah janji dengan Sally dari Butik Kencana tu,nak tengok baju tunang Indah, jadi kenapa lambat!” Leter bondanya lagi.

“Bonda , bukan Sally lah ,nama betul dia kan Salman” Indah melentikkan badannya ,sambil bibirnya mencebik. Indah gadis manja itu anak kesayangan Puan Irmani dan suaminya. Satu-satunya puteri dalam keluarga mereka. Teletah gadis itu jarang sekali menyakitkan hati.

“Budak ni memang terkedek-kedek bonda, macam mana nak jadi bini orang, kesian dekat Nazim dapat Indah ni jadi bini. Kalau Alonglah tak mahu isteri macam dia” sampuk abang sulung Indah, Fatah yang dari tadi sibuk menyuap sandwich ke mulutnya. Sepantas kilat juga sebijik bantal dilemparkan Indah tepat ke kepala abang sulungnya.

“Aduh!! Sakitlah. Bonda tengok Indah ni, along cuti tau tak semata-mata nak hantar bonda dengan Indah, macam ni dia layan along” kata Fatah dengan nada yang sedih, sambil tangannya mengosok-gosok kepalanya yang kununnya sakit.

“Hari ni kan hari sabtu,cuti apanya” Indah memeluk erat lengan kanan bonda, agar bonda turut sama bersetuju dengan pendapatnya.

“Yelah cuti dari jumpa kekasih alonglah, cutilah juga tu” kali ini Fatah pula memeluk erat lengan kiri bondanya seolah-olah mahu merebut bonda dari Indah.

“Sebenarnya Indah boleh je pergi sendiri, along tu yang sibuk nak hantar, bukan Indah minta pun, bukan Indah tak reti drive, bukan Indah budak kecik, bukan..bukan..bukan” kali ini bibir merahnya dicebik , namun tidak langsung menghilangkan kecantikkan gadis berkulit kuning langsat itu

“Ishh dahlah cepat kita dah lambat ni,kalau nak tunggu kamu berdua habis bertekak pening bonda nanti, ni baru dua orang belum lagi masuk yang lagi dua teruna tu. Kesian Sally tunggu kita” Puan Irmani melepaskan pelukan kedua-dua anak kesayangannya itu sambil mencubit kedua-dua pipi mereka. Walaupun kedua-dua permata hatinya ini sudah menjangkau usia 20-an tetapi mereka masih terlalu manja dengannya sehinggakan suami Puan Irmani sering kali menegur agar dia tidak terlalu memanjakan anak-anak mereka.

“Nama dia Salmanlah bonda!!” Indah kembali mencebik kemudian berlalu ke kereta diikuti dengan hilai tawa Fatah.

Butik Kencana milik Sally terletak di tengah-tengah kesesakan bandaraya Johor Bahru. Bangunan dua tingkat itu dicat dengan warna hitam dan putih mengambarkan keunggulan dan keanggunan. Dipenuhi dengan pelbagai busana ala-ala muslimah yang kebanyakannya disulam indah, hasil rekaan esklusif pemiliknya. Lampu-lampu neon memancar disetiap sudut butik mencantikkan lagi busana yang di peragakan hampir setiap penjuru. Kelihatan susuk tubuh tinggi lampai dengan gaya jalan persis supermodel melangkah ke arah Indah, Puan Irmani dan Fatah.

“Auntie ,sampai pun. Puas Sally tunggu tau” dengan suara garau yang cuba dilunakkan Sally menyapa mereka sambil tangannya digerak kekanan kekiri seolah-olah sedang menari.

“Sorrylah Sally si Indah ni lambat sangat siap, biasalah orang mudakan” entah kenapa Puan Irmani pun terikut ikut gaya Sally, sehingga menerbitkan senyuman dibibir Indah dan Fatah. Mereka di bawa ke satu ruangan seolah-olah ruangan menunggu, yang dihiasi oleh sofa kuning berona keemasan.

“Ok tak pe you all duduklah dulu, nanti Sally bawakan baju yang Sally reka khas untuk e-day Indah ya” kata Sally sambil matanya sempat dikenyitkan pada Fatah. Membuatkan Fatah hampir jatuh ketika cuba melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Dekat manalah bonda kenal mamat ni,ishh bukan-bukan saja bonda ni” Fatah bukan sahaja cuba membetulkan duduknya malah cuba menormalkan kembali degup jantungnya yang berdenyut laju dan terasa terancam sebentar tadi.

“Sally tu designer terbaik tau kat JB ni, kawan bonda yang perkenalkan, Indah kan satu-satunya puteri bonda, mestilah bonda nak yang terbaik untuk Indah, Fatah pun kalau jadi kawin dengan kekasih hati Fatah tu, bonda buat macam ni juga, so jangan jealous dengan Indah .” Terang bonda beria-ria sambil sempat memerli anak sulungnya yang kerap kali bertukar kekasih.

“Betul tu, bonda kan sayang Indah, biarlah Salman tu yang design baju Indah, nanti dia boleh design baju nikah dengan baju sanding sekali, abang Nazim mesti suka” balas Indah sambil matanya melihat-lihat busana disekelilingnya. Kelemahan Indah ialah melihat sesuatu yang cantik sehingga dia gagal berfikir dengan betul, disebabkan fakta itulah bantuan bondanya amat diperlukan.

Nazim pula terlalu sibuk untuk menemaninya. Kerjayanya sebagai seorang pengurus disebuah syarikat antarabangsa menyulitkannya untuk meluangkan masa bersama Indah.

Namun Indah sudah biasa dengan waktu kerja Nazim yang tidak mengira masa, apa yang penting bagi Indah kesetiaan dan cinta Nazim hanya untuk dirinya seorang. Hati Indah berbunga-bunga apabila hubungan cinta antara dia dan Nazim selama 4 tahun akhirnya hampir ke jinjang pelamin dan mendapat restu keluarga. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Walaupun hanya majlis pertunangan namun itulah impian setiap gadis sepertinya, ia merupakan langkah pertama ke perhubungan yang halal.

“Taa daaa, cantik tak Indah? Warna kesukaan you tau I guna, warna peachdisulami dengan mutiara asli dari Sabah” kemunculan Sally mematikan lamunan Indah, bersama dengan busana yang direka khas mengikut bentuk tubuh Indah. Terpegun seketika Indah membayangkan dia mengenakan busana itu, inilah pengalaman pertamanya.

“wahh cantiknya, tak sangka you boleh terjemahkan gambaran I pada you hari tu” balas Indah sambil matanya masih memandang busana bertahta mutiara itu, senyuman lebar terukir dibibirnya.

“Kalau Nazim ada ni mesti dia suka” sampuk bonda sambil membelek baju pertunangan yang bakal dikenakan oleh Indah.

“Abang Nazim ada kerjalah bonda,tak pe Indah try, nanti bonda boleh amik gambar Indah ya, boleh Indah Whatsapp abang” kata Indah sambil mengambil busana dari tangan Sally lalu tersengih. Dalam masa yang sama Sally meminta pekerjanya menunjukkan Indah arah ke fitting room.

“Suka betul auntie tengok Indah senyum melebar tadi, pandai Sally design, halus dan berseni saja, nanti bolehlah auntie perkenalkan Sally pada kawan-kawan auntie, anak-anak auntie ni pun ramai lagi yang tak kahwin. Si Fatah ni pun entah bila nak kahwinnya” sampuk Puan Irmani.

“Tak delah pandai sangat bonda…eh tersasul pulak saya hahaha, tak delah pandai sangat auntie, jadi anak bujang auntie ni singlelah lagi ya” gelak Sally garau sambil mengambil tempat di sebelah Fatah dan melentok-lentokkan kepalanya.Fatah terpisat-pisat cuba melarikan diri.

“Entahlah tak tahu nak cakap anak auntie sorang ni, kejap ada kejap tak de calon. Pening dibuatnya” luah Puan Irmani sedih

“Kenapalah Indah ni lama sangat!, pakai baju je pun, rimas pula along duduk sini, boleh along tunggu kat luar tak?” Mata Fatah berkedip-kedip, dengan cepat dia bangun cuba melarikan diri dari Sally yang nampaknya semakin miang.

“Haah tulah kenapa lama sangat Indah ni dah lebih 15 minit dah bonda rasa ni” Puan Irmani mula bangun kerana hatinya tiba-tiba menjadi tidak tenteram. Matanya mula melilau kearah fitting room. Tidak semena-mena tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar bangunan Butik Kencana. Beberapa orang pekerja butik berlari-lari kearah Sally, Puan Irmani dan Fatah.

“Apa yang dah jadi ni?” tanya Sally yang kelihatan cemas.

“Kat luar….kat luar…” tergagap-gagap pekerja berbaju hitam untuk meneruskan ayat.

“Ada apa kat luar, apa yang jadi?” teriak Sally kembali.

“Apa yang dah jadi??!” Puan Irmani semakin tidak keruan, entah perasaan apa yang melandanya sekarang.

“Cik tadi tu…tudung kuning….kat luar…accident” jelas pekerja itu yang masih tak mampu berkata-kata.

“Ya Allah!!!......Indah, anak aku, Indah” terketar-ketar langkah Puan Irmani menuju kearah pintu. Fatah sudah berlari keluar ke arah Indah. Kelihatan orang ramai sudah berkerumun, larian Fatah semakin laju apabila matanya terpandang darah pekat yang mengalir dari tubuh seseorang yang sangat disayangi malah terdampar dijalan tar itu.

“Indah…..”perlahan Fatah memandang tubuh Indah, lututnya terasa lemah, dia terduduk disisi Indah, busana peach yang dikenakan indah sudah berlumuran darah, kepala Indah yang bermandi darah diletakkan di ribanya.

“Indah......Indah………Indah………” Suara Fatah tengelam timbul kepalanya digeleng kekiri-kekanan. Air mata mengalir deras dipipinya. Kelihatan Puan Irmani sudah terduduk disisi Indah.

“Indah……adik!!!!! Kenapa kau kat sini dik!!!” teriak Fatah kuat apabila melihat Indah bernafas perlahan. Tagisannya sudah bertukar menjadi raungan kedengaran bunyi ambulans dari kejauhan. Suasana menjadi hening seketika.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku