Awak Kat Mana?
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1355

Bacaan






Bab 3

I can love you better
You can count on me forever
I’ll be sure to make you smile
Go that extra mile
I’m keep you dancing make it all worth while
I can love you better
You can count on me forever
I just wanna be your lover
I don’t want no other
Soon as I’m around
Your body gon't discover
I can love you better
I can love you better

Lagu nyayian Faydee yang bertajuk luv you better itu berkumandang memenuhi ruangan Libro Cafe

Cafe berkonsepkan ala-ala library cafe itu sudah berkurang pengujungnya berbanding tadi. Yang kelihatan hanya beberapa orang pekerja yang sedang berkemas-kemas dan bersiap untuk menutup cafe tersebut.

Ada juga yang menyusun semula buku-buku yang sudah dibaca pelangan ke rak-rak buku yang terdapat disetiap penjuru kedai, setiap rak setinggi dinding itu dilengkapi dengan tangga khas untuk pelangan dan pekerja mengambil buku yang berada di rak bahagian atas.

Suasana santai dapat dirasai sejurus memasuki Libro Cafe.

Kelihatan seorang permuda sedang khusyuk membaca novel bertajuk The Wedding hasil tulisan Julie Garwood. Kaki kanannya yang diletak diatas lutut kiri digoyangkan ke atas dan ke bawah mengikut rentak lagu yang agak rancak itu.

Kedengaran derap bunyi kasut tumit tinggi menghampirinya, kepalanya diangkat untuk melihat siapa yang datang dan menganggu ketenangannya.

“eh!…eh!…” wanita berkasut tumit tinggi itu bersuara sambil bibirnya digigit-gigit tanda geram, tangannya laju memukul lelaki terbabit dengan mengunakan handbag bling-bling yang berkilau-kilau apabila sekali sekala lampu neon menyapanya. 

Pekerja yang tadinya tekun melakukan tugas terkesima dengan adegan yang berlaku didepan mata mereka.

“Ishh sakitlah, apa dia?” lelaki itu cuba sedaya mungkin mengelak pukulan padu yang datang dari handbag bling blingtersebut. Tanganya terkapai-kapai. Buku yang dipegang tadi terlepas.

“Kenapa kau kat sini?” tanya wanita itu lagi, nafasnya tercungap-cungap kerana semua tenaga digunakan untuk memukul sebentar tadi. Rambutnya yang diset khas sudah mengerbang tak ubah ibarat hantu kak limah.

“Suka hati I lah nak ada kat mana pun” ujur lelaki itu yang kini sudah berdiri tegak didepan wanita itu.

“Patutnya kau kat hospital sekarang ni, pergi balik sekarang!” jerit wanita itu lagi.

“Yang you nak risau pasal I ni kenapa, I ok je lah, nanti I baliklah”

“I?, you?, kau ni dah buang tabiat ke?,panggil mama lah” matanya dibesarkan memandang lelaki dihadapanya itu. Kecik ,besar sahaja fizikal lelaki itu dilihatnya, terasa ingin dicubit-cubit tetapi lelaki itu bukan lagi budak kecik yang berusia 10 tahun seperti ketika kali pertama mereka bertemu.

“Ok fine, mama yang cantik lagi baik hati, mak uda terbaik semesta alam,lepas ni saya balik hospital. Puas hati?” lelaki itu berkata sambil mengatur langkahnya meninggalkan wanita yang baru saja dipanggil mama itu terkulat-kulat mengetap bibirnya geram.

“Qayyum…..!!!!!!!!!” jeritnya kembali sekuat hati.


********

Sejam sebelum

“Dia jatuh pengsan semalam dekat Libro Cafe dia tu” terang Datin Jasmine kepada Fatah. Pemuda tinggi lampai di depannya itu berkerut kerut dahi.

“Sejak bila pula Qayyum buka cafe auntie?, dia tak da bagi tahu Fatah pun” soal Fatah kebingungan. Qayyum sahabat baiknya sejak dari sekolah menengah lagi. Tapi pesonaliti lelaki itu memang sukar ditafsir kadang-kadang ceria, kadang-kadang pendiam, kadang-kadang tak betul. Siapa yang tak kenal Qayyum anak Datuk Karim, malahan dia menjadi kegilaan gadis-gadis. Cuma sikap dinginya menyebabkan bilangan sahabat yang lekat boleh dibilang dengan jari.

“Dia tak de bagitahu Fatah? budak tu memang bertuah. Baru lagi dia buka cafe tu, auntie rasa tak sampai seminggu” jelas Datin Jasmine sambil membetulkan rambut ikal mayang yang jatuh menutup pandangannya

“Kalau macam tu bolehlah Fatah ikut auntie jenguk dia kejap” kata Fatah sambil tangannya mempersilakan Datin Jasmine melangkah dahulu.

“Oklah kalau macam tu, auntie pun takut nak masuk hospital sorang-sorang malam-malam ni “ balas Datin Jasmine sambil tersengih. Butang lift ditekan berkali-kali oleh jari runcingnya. Datin Jasmine yang dikenali memang sejak dari dulu vogue mengalahkan anak dara. 

Sekali imbas kadang-kala wajahnya saling tak tumpah seperti artis popular fazura. Mungkin itulah sebab utama yang menyebabkan Datuk Irsyad memilih Datin Jasmine sebagai isterinya setelah perkhawinan pertamanya bersama ibu Qayyum gagal ditengah jalan.

“Fatah dah lama tak datang rumahkan?, uncle pun mesti rindu dekat Fatah, bila-bila Fatah ada masa datanglah ya” suara Datin Jasmine memecah kesunyian mereka didalam lift.

“Fatah sibuklah auntie, tengok macam sekarang adik pulak accident. Huru hara kejap hidup. Oh ya, cakap pasal uncle, uncle dekat mana?”

“Uncle tu busy sentiasa, malas auntie nak pikir nanti buat tambah kedut auntie je, sekarang ni dia dekat China ada urusan bisnes katanya” balas Datin Jasmine, kini mereka sudah tiba didepan sebuah wad VIP bernombor 613. Pintu kayu dihadapannya ditolak perlahan.

“Qayyum…?” nama Qayyum dipanggil kerana katil yang ada dihadapan mereka sekarang kosong tanpa penghuni.

“Mana Qayyum ni?” bilik itu di periksa setiap sudut, Datin Jasmine semakin gelabah, dia kemudian berlari keluar mencari jururawat yang bertugas ketika itu. Sekelip mata keadaan di dalam bilik VIP itu menjadi kecoh kerana pesakitnya menghilangkan diri. Fatah kebingungan.


*******

Pintu kereta dihadapnya itu tiba-tiba dibuka menghalang langkahnya. Qayyum mendegus geram.

“Masuk…”ujur Datin Jasmine, Qayyum merenung wajah wanita itu yang ketika itu berada di tempat duduk pemandu.

“Masuk, mama hantar” tegas Datin Jasmine lagi. Kali ini Qayyum terpaksa akur. Seolah-olah sudah penat untuk bertekak. Pintu kereta ditutup kuat tanda protes. Datin Jasmine menarik nafas sedalam mungkin, tanda kecewa.

“Mama dah cuba sebaik mungkin nak jadi mama yang baik pada Qayyum. Ya mungkin ada kekurangan sana sini. Tapi Qayyum masih tak nampakkan usaha mama?” Qayyum masih diam membisu.

“Beza umur kita ni memang 12 tahun je, mama tahu tu, tapi mama ikhlas tau jadi mak Qayyum. Walaupun mama ni macam ni. Tak patutkan lari dari hospital macam ni, buat orang risau. Diri sendiri pun tak sihat betul lagi, pasal café tu tahulah mama nak uruskan macam mana. Tak percaya kan mama ke?” air matanya mengalir perlahan.

“Janganlah degil, Qayyum pun dah besarkan, mama tak suka nak paksa-paksa orang ni” sambungnya lagi, kali ini tangisannya semakin kuat.

“Please mama, stop it,you nampak buruk kalau menagis” ujur Qayyum pelahan, kali ini dia pula menarik nafas sedalam yang boleh.

“What?? Kau kata aku buruk?aku yang cantik ni kau kata buruk?” tiba-tiba tagisan Datin Jasmine terhenti. Hatinya semakin membengkak. Entah mengapa setiap perkataan yang keluar dari mulut Qayyum tak pernah gagal menyakitkan hatinya. Wajahnya di hadap kehadapan. Gear kereta terus ditukar kepada D, minyak ditekan sekuat yang boleh melambangkan kemarahannya. Qayyum disebelah kembali menarik nafas dan mengeleng-gelengkan kepala.

“Mama ni nak hantar Qayyum pergi hospital ke nak hantar pergi mati?” luahnya kecewa

“Haah jom kita mati sama-sama!” minyak ditekan lagi. Pening Qayyum dengan sikap Datin Jasmine yang berubah sekelip mata. Matanya dipejamkan kerana malas melayan kerenah Datin Jasmine. 

Namun didalam hati kecilnya berdoa agar dipanjangkan usia.

"Ya ALLAH panjangkanlah umurku,aku tak kahwin lagi. Amin"



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku