Awak Kat Mana?
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1065

Bacaan






“Ishh mana ni?” mata bulatnya bergerak dari atas ke bawah, kotak-kotak yang di susun teratur dialihkan kalau-kalau ada yang dicari. Bibirnya sudah mencebik tanda sebal didalam hati.

“Semalam aku tengok ada lagi” bisiknya perlahan. Tangannya yang berbalut dan bersimen menyulitkan sedikit pegerakannya. Akhirnya misi pencariannya diakhiri dengan bertawaf keliling ruangan kecil itu beberapa kali.

“Akak cari apa sebenarnya ni?” soal seorang remaja lelaki yang dari tadi memerhatikan tindak tanduk gadis itu.

“Susu coklat HL, semalam ada, hari ni dah tak da pula” balas Indah sambil menjuihkan bibirnya ke arah peti sejuk yang menempatkan pelbagai jenis air minuman.

“Tulah kenapa akak tak beli semalam,kan dah habis” tergelak pemuda itu kerana sangkanya Indah mencari barangan peribadi yang tercicir. Kemudian dengan tergesa-gesa dia kembali ke kaunter bayaran, bersusah payah dia cuba mengeluarkan kotak yang tersimpan dibawah kaunter tersebut.

“Nah untuk akak, ni stok akhir, saya ambil tadi,ingat nak minum” sekotak susu coklat HL kecil diserahkan kepada Indah, sejurus kemudian mekar senyuman diwajah pucatnya.

“Betul ni untuk akak?tak menyesal?” Indah cuba mencari kepastian. Keningnya diangkat meminta kepastian.

“Betul, dah rezeki akak amiklah” balas pemuda tersebut.

“Terima kasih, baik betul awak” balas Indah bahagia sambil sekeping not bernilai lima ringgit diserahkan kepada pemuda tadi.

Tangan kirinya laju mencapai straw yang tersedia ditepi kaunter. Kotak susu coklat tersebut dibuka dengan berhati-hati agar tidak setitik susu pun yang jatuh. Setelah menerima baki duit daripada pemuda itu langkahnya diatur pelahan-lahan menuju ke arah lift. 

Walaupun kedai 24 jam dipenjuru hospital ini kecil dan sempit tidak ubah seperti kotak, namun pelbagai barangan keperluan pesakit ada dijual di dalamnya malah sudah beberapa hari sejak dia boleh bergerak dan sihat sedikit, kedai itu menjadi destinasi wajib Indah setiap hari.

Hatinya berbunga riang, sejak mencelikkan mata pagi tadi, dia benar-benar menginginkan susu coklat kegemaranya itu sebagai sarapan untuk pagi ini, walaupun pihak hospital sudah menyediakan milo panas dan roti telur sebagai sarapan.

Bibirnya dirapatkan ke arah straw yang baru dimasukkan ke dalam kotak, hatinya berbisik membaca bismillah. Memanglah tidak manis minum sambil berdiri, malah itu bukanlah amalannya, namun hari ini entah kenapa hatinya berkeras ingin merasa susu tersebut.

Tiba-tiba sebatang tubuh dari arah bertentangan melanggar bahu Indah, menyebabkan kotak susu coklat yang hampir disedut itu jatuh membasahi wajah dan juga baju Indah. Akibat dari gagal mengimbangi badannya Indah jatuh terduduk dan menumpahkan sisa susu coklat itu ke lantai. Dia bagaikan kebingungan. Kelihatan susuk tubuh yang melanggarnya tadi berdiri tegak menghadapnya.

“Mata awak letak kat lutut ke?” tanya susuk tubuh tersebut dengan lantang, menyebabkan Indah yang tadinya kebingungan bertambah bingung.

“Bukan aku ke yang patut tanya soalan tu kat dia” soalnya perlahan kepada diri sendiri. Bersusah payah dia cuba untuk berdiri kembali. Kelihatan orang-orang disekeliling terpegun seketika melihat situasi tersebut.

“Hei aku tanya ni mata letak kat mana?” soal lelaki tersebut dan kali ini lebih tegas, tangannya berusaha membersihkan baju t-shirt yang turut terkena sisa susu coklat tersebut.

“Awak yang langgar sayakan? Mata awaklah yang letak kat lutut!” jawab Indah lembut tapi tegas. Hatinya terasa panas diperlakukan lelaki itu begitu, sudahlah dibiarkan Indah terkial-kial untuk bangun. Ternyata lelaki spesis ini gemar membuli wanita insan yang lemah.

“Sekarang ni awak yang langgar saya, jadi awaklah yang tak guna mata tu betul-betul” batah lelaki bert-shirt putih itu kembali seolah-olah Indahlah yang bersalah.

“Encik Mamat, dengar sini ya, awak yang langgar saya,saya jalan elok je dekat tepi ni, memang ni jalan saya,awak tu entah datang dari mana tergesa-gesa langgar saya. Sampai saya dah terduduk atas lantai macam ni. Lepas tu awak tengok jelah saya kat bawah ni? Tak da hati nak tolong ke?” bentak Indah yang sudah semakin geram dengan tingkah lelaki tersebut sehingga mengelarnya Encik Mamat sesuka hatinya tanpa mengetahui nama sebernar lelaki tersebut. Kelihatan wajah lelaki tersebut merah padam, perlahan dia berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Hei….hei….aku tak habis cakap lagi…hei mamat!!!!! Siapa nak ganti air aku ni?? Tolonglah aku bangun” Jerit Indah sebal apabila dia ditinggalkan terduduk dilantai begitu sahaja. Seorang wanita yang agak berumur meluru kearah Indah, tangannya dihulurkan agar mudah untuk Indah bangun.

“Adik tak apa-apa?” tanya wanita itu dengan wajah yang risau setelah Indah berdiri didepannya.

“Tak pa akak saya ok. Lelaki tak guna, mesti siapa jadi bini dia menyesal kahwin dengan orang macam tu” cebik Indah sambil dia terkial-kial membersihkan wajahnya yang kotor itu.

“Tak baik adik cakap macam tu,nanti tiba-tiba adik yang kahwin dengan dia pula” nasihat wanita itu sambil tergelak kecik melihat telatah Indah sambil itu tangannya menghulurkan tisu untuk Indah.

“Eiii siapa nak kahwin dengan lelaki macam tu? Tak nak saya” tisu yang dihulurkan dicapai. Ucapan terima kasih diberikan kepada wanita berhati mulia tadi. Tidak seperti lelaki senget yang di gelar En Mamat yang melemparkan kata sesuka hati, malah meninggalkan dirinya begitu sahaja. Apabila membayangkan wajah bengis lelaki tersebut hatinya membengkak kembali. Butang lift itu ditekan berkali-kali mengambarkan kemarahannya yang belum reda.

“Muka je elok, perangai macam cipanzi” cebik Indah sebelum dia hilang ditelan lift.

*************

Qayyum mempercepatkan langkahnya, hatinya berdarah. Tanganya cuba untuk membersihkan kotoran pada baju Polo kesayanganya itu. Nafasnya dihembus kasar. Gadis tersebut benar-benar menambah garam di luka hatinya.

Awal pagi semasa dalam perjalanan ke hospital dia disaman kerana tidak memakai tali pinggang dan tambahan pula dia sudah terlambat 30 minit untuk bertemu Doktor Samad seperti yang sudah dijanjikan. Tidak menepati janji bukanlah caranya. Masih terbayang wajah gadis itu memarahinya sambil duduk di lantai hospital.

Pada awalnya hatinya lembut ingin membantu gadis tersebut apabila melihat dia terkial-kial ingin bangun apatah lagi tangan kanannya berbalut dan bersimen. Namun apabila gadis itu mempersoalkan siapa yang melanggar siapa. Hatinya tiba-tiba sakit dan membiarkan hasratnya terkubur, lalu berlalu meninggalkan gadis bertudung hitam itu.

Ya sejujurnya diakui dia yang bersalah. Memang dia yang bersalah tetapi entah mengapa egonya mengatasi segalanya. Masih terniang bagaimana gadis tersebut memanggilnya Encik Mamat. Semakin sebal hatinya, segalanya serba tidak kena, entah dimana silapnya.

“Suka hati dia panggil nama aku Mamat, tak comersial langsung” bisiknya perlahan.

Tangannya mengelap kembali kotoran pada baju tersebut, padahal dia pasti yang kotoran itu tidak mudah untuk dihilangkan. Nafasnya dihembus lagi. Kakinya berhenti disebuah meja khas bertulis pendaftaran. Kad kecik berwarna biru diserahkan kepada seorang jururawat.

“Saya ada appointment dengan Doktor Samad, tapi terlambat 30 minit dari waktu yang ditetapkan” Jelas Qayyum.

“Encik sila duduk dahulu, sebentar lagi nama encik akan dipanggil” balas jururawat tersebut sebelum berlalu ke dalam bilik Doktor Samad.

Matanya memerhatikan beberapa orang menanti nama mereka dipanggil, kelihatan beberapa bahagian dipisahkan berdasarkan nama doktor. Seolah-olah sebuah klinik kecil yang disusun secara berturutan. Bahagian tersebut hanya dipisahkan oleh dinding kaca. Terdapat pelbagai gelagat manusia dan bangsa menanti giliran mereka.

Hari ini laporan keseluruhan kesihatannya akan dikeluarkan dan dijelaskan oleh Doktor Samad. Mungkin sebab itulah hatinya berdebar-debar dan tidak tentu hala, ditambah pula dengan pelbagai kejadian yang berlaku sekali gus merentap moodnya pagi ini.

Hatinya masih tidak keruan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku