Awak Kat Mana?
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
819

Bacaan






Bab 8

Bunyi piano alunan musik your voice nyayian Ai Kawashima, memecahkan kesunyian Café yang agak klasik reka bentuknya itu. 

Sesuai dengan jiwa yang memenuhi ruangan tersebut. Santai. Namun kelihatan seorang pelayan berpeluh-peluh sambil memandang kearah seorang lelaki.

“Kenapa tak ada?” Soal Qayyum serius.

Matanya merenung tepat pada wajah perempuan dihadapannya itu. Kulit muka perempuan itu seolah-olah berubah warna, andai kata ditoreh pisau kemungkinan tiada setitik darah pun yang keluar.

“Maafkan saya encik, apa yang encik pesan tu memang tak ada” perlahan sahaja jawapan yang diberikan. Tangan kanannya kelihatan meramas-ramas apron putih yang dipakai bagai cuba memindahkan rasa.

“saya tak kira, saya hendak juga. Ada atau tiada itu bukan masalah saya. Benda tu dah tulis dalam menu, maksudnya ada” jarinya mengetuk-getuk meja, seolah-olah meminta kepastian.

“Tapi encik, stok Chocolate memang tak ada sekarang. Encik nak cuba menu yang lain tak?” suaranya cuba dimaniskan, perempuan itu cuba mengingat kembali pesanan-pesanan bosnya dalam menghadapi pelangan sebegini.

“Kalau tak ada, belilah. Apa yang saya tahu, saya nak minuman tu. Susah sangat ke?” Nada suara Qayyum yang semakin tinggi menyebabkan perempuan itu tersentak, badannya bagaikan tertarik kebelakang.

“Ma…maafkan saya encik, esok baru stoknya sampai”

“Saya nak hari ini, bukan esok. Panggil manager awak sekarang” bentak Qayyum.

Dari jauh kelihatan seseorang memerhatikan adegan yang dicipta Qayyum. Perempuan berjubah dan bertudung hitam itu mendekati mereka perlahan-lahan. Cermin mata hitam yang menutupi mata bundarnya diturunkan.

“Encik…maaflah kalau saya menyampuk ya,rasanya tak elok encik layan adik ni macam itu” suaranya cuba dilembutkan semampu mungkin.

“Eh, awak siapa? Manager ke kat sini, saya tak nampak awak macam manager kat sini”

“Saya bukan manager, tapi saya ni menegur atas dasar kemanusiaan” perempuan itu semakin mendekati meja mereka.

“Kemanusiaan? Ada ke saya pukul dia? Saya rasa saya layan dia ok saja” kali ini Qayyum berdiri, hatinya tiba-tiba menjadi panas bila perempuan itu menyebut tentang kemanusiaan. Seolah-olah dia manusia yang kejam.

“Encik marah dia depan semua customer, saya rasa itu tak elok” jelas perempuan berjubah itu lagi, tetap tenang walaupun wajah Qayyum seolah-olah mahu memakannya. Mata Qayyum merenung wajah perempuan didepannya lama, seolah-olah cuba mengingati sesuatu.

“Aku rasa aku kenal kau ni…kau perempuan yang kat hospital tu kan?” herdik Qayyum kuat sambil jari telunjuknya menunjuk kearah wajah perempuan itu. Kelihatan perempuan itu hanya tersenyum sinis.

“Budi bahasa awak, dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubahkan encik Mamat. Menyakitkan mata saya sahaja macam jerebu ” provok Indah lagi, kali ini cermin mata yang dibuka tadi dipakai semula.

“Kau!!!....apa masalah kau dengan aku ha?. Lagi satu nama aku bukan Mamat ya!” teriak Qayyum seolah-olah gagal mengawal kemarahan dalam dirinya. Bunyi piano semakin kuat sehingga membinggitkan telinga Qayyum menambahkan hangat dihatinya.

“Hei boleh diam tak?” teriak Qayyum lagi sambil memandang kearah lelaki yang sedang bermain piano itu.

Bunyi piano itu berhenti dengan tiba-tiba.

Serentak dengan itu lelaki tersebut bangun dan berjalan ke arah mereka.

“Maafkan saya encik, ada apa-apa masalah ke?” Soal lelaki itu lembut kepada Qayyum.

“Kau ni siapa pula?”

“Saya pemilik café ni" jelas lelaki tersebut sambil tersenyum.

"Boleh saya bantu encik?" Soalnya kembali.

Qayyum terdiam.

“Mesti tentang Chocolate tadi kan, saya rasa elok encik datang balik esok, saya akan buatkan encik hot Chocolate yang paling sedap” senyum lelaki itu sinis.

“Korang semua ni dah gila” teriak Qayyum, dengan wajahnya yang merah padam menahan rasa marah dan malu.

Dengan laju dia segera meninggalkan café tersebut.

Dalam hatinya memaki hamun ketiga-tiga makhluk Allah itu.

Indah berpandangan antara lelaki tersebut dan perempuan pelayan yang ada dihadapannya.

“Maafkan saya ya cik, kadang-kadang kita memang akan terima pelangan macam tu. Maaf sebab menganggu ketenangan cik. Hari ni, coffee cik adik yang manis ni, saya belanja” jelas lelaki yang mengaku dirinya pemilik café tersebut. Perlahan dia meninggalkan Indah terpinga-pinga.

Kelihatan pelayan tadi tersenyum lega.


****************************************************************************************


Suasana di Libro Café agak tenang petang ini. Pelangan pun tidak seramai selalu.

Hot Chocolate itu diteguk pelahan. Qayyum menarik nafas dalam-dalam.

Kelihatan Fatah tergelak-gelak di atas sofa merah menyala itu. Cerita Qayyum tadi memang benar-benar mengelikan hatinya. Hampir terjatuh dia dari sofa tersebut.

“Yang kau pergi buat onar kat café orang tu kenapa?” soal Fatah kepada Qayyum, yang menahan marah dihadapannya.

“Kau ni nak tenangkan aku ke,makin nak naikkan darah aku?” marah Qayyum kembali. Baginya perangai Fatah sama sahaja dengan perempuan bercermin mata hitam yang ditemui tadi.

“Betul apa aku cakap. Dah jelas memang salah kau kan, tak kan aku nak sebelahkan kau. Aku ni kawan yang baik. Sebab tu kalau kau salah aku tegur” nyata Fatah sambil mendabik dadanya.

“Ya aku paham, aku tahu aku salah” keluh Qayyum.

“Lain kali jangan buat café orang macam café sendiri. Kau kan ada café sendiri. Kat sini kau nak minum apa, minumlah banyak-banyak. Lagi satu kalau ada masalah janganlah marah orang yang tak bersalah” leter Fatah lagi. Tak ubah seperti nenek pada pandangan Qayyum.

“kau tak dengar ke, kan aku dah minta maaf”

“Minta maaf dengan aku buat apa? Bukan kau buat salah dengan aku” tanya Fatah lagi.

“Yang aku tak paham kenapa aku kena jumpa minah tu?. Dia panggil aku Mamat dari kat hospital lagi. Tak puas hati betul aku” entah kenapa dihadapannya bagaikan wayang, seolah-olah mengulang tayang semula pertengkaran antara dia dan juga perempuan berkaca mata hitam itu.

“Tu namanya jodoh, tidak ke mana. Faham?”

“Aku tak rasa tu jodoh. Perempuan tu memang cari hal dengan aku. Tengoklah apa nasib dia, kalau aku jumpa dia lagi nanti” nyata Qayyum seolah-olah menahan geram. Sekali lagi wajah perempuan berkaca mata itu muncul. Kali ini seoalah-olah sedang menari mengejeknya.

“Dah cepat cerita apa masalah kau, aku datang sini redah jem, sebab nak dengar masalah kau tu lah” suara Fatah sekali lagi mematikan lamunan Qayyum.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku