Awak Kat Mana?
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1035

Bacaan






Bab 9

Indah lari-lari anak. Pintu kaca dihadapannya ditolak kuat.

Berhenti seketika. Kelihatan dia cuba membetulkan nafasnya.

‘Ini semua sebab Mamat yang tak berapa nak betul tu. Tak pasal-pasal aku lambat’ sempat lagi dia berbisik didalam hatinya.

Wajahnya berkerut dan berkedut menahan amarah yang masih belum hilang.

Dari jauh kelihatan Maira dan Wafaa berdiri tegak bagai patung dihadapan sebuah kedai pakaian. Jari-jari runcing Wafaa kelihatan menujuk-nujuk pakaian yang di pamer di dalam ruangan kaca. Maira yang sedang khusyuk terpandang ke arah Indah.

“Kenapa kau lambat?” tanya Maira dari jauh tanpa sempat menanti Indah sampai. Tangannya diletak tepat diatas jam tangan yang dipakai.

Sorrylah tadi ada hal yang tak dijangka”

“Ah tiada maaf bagimu, kau tahu tak kaki kita orang ni, dah lenguh pusing satu pasaraya ni” sampuk Wafaa pula.

“Yang kau ni serba hitam dah kenapa?. Berkabung ke apa?”soal Maira sambil memandang Indah dari atas ke bawah.

“Hitamkan menawan. Alah sekali sekala apa salahnya, aku pakai macam orang arab. Aku minta maaf tau sebab lambat, nanti aku cerita kenapa” Jelas Indah lagi, mukanya cuba dicomelkan agar permohonan maafnya diterima.

“Yelah, dah jom kita pegi tengok baju tu. Kau belanjakan?” kali ini Wafaa bertanya, kelihatan dia teruja.

Akhirnya mereka akan memulakan tujuan asal mereka ke pasaraya tersebut iaitu mencari baju untuk bridemaid.

“Eh bila pula aku cakap aku nak belanja?” terlepas tawa dari bibir Indah.

“Kau jangan memain, karang aku patahkan lagi sebelah tangan kau tu baru kau tahu” ugut Wafaa. Dengan segera Indah menyorokkan tangannya dibalik tubuh.

“Ya aku belanja, aku tahu aku salah. First, bagi tahu nak kahwin tiba-tiba, lepas tu tadi datang lambat. Semua aku bayar nanti, tapi… tapi jangan ambil yang mahal-mahal” jari telunjuknya digoyang ke kiri dan ke kanan.

“Kedekut!!” teriak Wafaa, sempat juga dilepaskan sebuah cubitan ke lengan Indah.

“Ini bukan kedekut, ini jimat. Lepas tengok baju ni, korang teman aku pegi tempah kad, tempah photographer semua, boleh?” pinta Indah lagi.

Maira dan Wafaa antara sahabatnya yang masih kekal bersamanya sehingga kini. Mereka bersahabat sejak zaman kolej lagi, bagai belangkas yang tak boleh dipisahkan.

“Nazim mana Nazim?,amboi semua dia suruh kau buat ke?. Dia dah lupa janji dia pada kau masa kau kat hospital dulu?” marah Wafaa pula sehingga kulitnya yang putih itu bertukar merah.

“Biarlah, lagipun kitakan ada temankan Indah ni” sampuk Maira pula yang dari tadi hanya mendiamkan diri, tangannya cuba mengosok-gosok belakang Wafaa tanda agar Wafaa bertenang.

“Sebenarnya, Nazim nak teman aku, tapi aku nak luangkan masa dengan korang sebab aku sayang korang. Terharu tak?” Terang Indah pula, bimbang jika Nazim di label sebagai tidak bertanggungjawab, meninggalkan dia mengurus segala perkara seorang diri pula.

“Yelah nanti dia dah kahwin dia lupakan kitakan Wafaa” Sampuk Maira pula, kelihatan riak mukanya sedih.

“Mana ada aku lupa korang, kahwin ke tidak aku tetap ingat korang. Dah jom kita pergi” ketiga-tiga mereka melangkah seiringan. Kedengaran tawa mereka sekali sekala disebalik keriuhan suasana didalam pasaraya tersebut.


******************************************************************************************


Beg plastik shopping pelbagai warna memenuhi hampir keseluruhan meja kayu bulat itu. Indah, Wafaa dan Maira melepaskan lelah, hampir tidak sedar sudah 3 jam mereka menghabiskan masa didalam pasaraya itu.

Indah menyedut pelahan caramel latte kegemarannya. Sesungguhnya semua list yang ada dalam misi mereka hari ini berjaya diselesaikan. Wafaa yang dari tadi ibarat chatbox sudah diam kepenatan.

“Indah..”.Maira memecah kesunyian. Perlahan Indah mengangkat wajahnya memandang Maira. Bagi Indah perwatakan Maira sedikit aneh hari ini. Dia lebih banyak mendiamkan diri.

“Ya kenapa Maira?” balas Indah

“Aku nak tanya, betul ke kau tak ingat kejadian masa accident hari tu?”

“Kenapa kau tanya aku macam tu? kau pun tahu aku memang tak ingatkan” Wajah Indah mula berkerut-kerut dengan soalan Maira yang tidak dijangka itu.

“Tak adalah aku tanya je, mana tahu kau ada sorok apa-apa ke?”

“Mana kau tahu aku ada sorok apa-apa?” tanya Indah pelik, wajahnya ditelengkan ke kanan ibarat meminta kepastian.

“Jadi betullah kau ada sorok apa-apa?” soalan Indah dijawab Maira kembali dengan soalan membuatkan air muka Indah berubah semakin kepelikan.

Baginya, Maira hari ini memang pelik. Terasa ada sedikit ketegangan dalam perbualan mereka.

Wafaa yang dari tadi memerhatikan perbualan Maira dan Indah menjadi pelik dengan cara kedua-dua sahabatnya itu berbual.

“Apa benda yang korang bualkan ni? aku tak paham ?” pertanyaan Wafaa memecahkan ketegangan yang wujud tanpa Wafaa juga pahami.

Tangan kanannya menyentuh lengan Indah dan tangan kiri menyentuh Maira. Bimbang kalau perbualan itu melarat menjadi lebih tegang.

“Mana ada apa-apa, kita orang ok je ni, lupakan jelah. Sorry buat kau confuse Indah” Balas Maira. 

Perlahan dia bangun lalu menepuk perlahan bahu Indah yang sedang kebingungan.

“Jom kita balik” Satu-persatu beg plastik yang ada diatas meja diambil oleh Maira lalu berlalu keluar dari café tersebut. Indah dan Wafaa masih dalam keadaan binggung.

“Kenapa dengan dia tu?” tanya Wafaa kembali dengan mulut yang terlopong.

Indah hanya mengangkat kedua lengannya tanda tidak tahu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku