Awak Kat Mana?
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1732

Bacaan






Bab 12

Indah memandang keluar tingkap, terdengar keluhan halus dilepaskan.

Wajah lembutnya nampak gelisah.

Sesekali tangan Indah meraup ke belakang rambut panjang ikal mayangnya yang jatuh menganggu pandangan mata.

Kelihatan di luar bulan penuh yang bersinar cantik.

Minyak yang dituang ke dalam kuali sebentar tadi kelihatan sudah cukup panas, perlahan dimasukkan bahan yang sudah dikisar tadi, di kacau pelahan-lahan.

Butang Cooker hood dihidupkan agar asap yang keluar dapat disedut dan bau tidak tersebar keseluruh rumah.

Perlahan pikirannya melayang lagi. Jedela dihadapannya direnung lama. Hari pernikahannya semakin hampir , ada perkara di dalam pikirannya yang masih belum selesai. Sekali lagi kedengaran keluhan halus dari bibir mungilnya. Lama Indah begitu.

Kedengaran derap kaki seseorang menuju ke arah Indah. Laju.

“Apa yang bau hangit ni Indah?” Suara itu memecahkan lamunan Indah

“Hangit?” Bisik Indah perlahan, deria baunya cuba diaktifkan untuk mengesan mana-mana bau hangit seperti dakwaan suara tadi.

Dahinya berkerut-kerut.

Matanya melilau, sehingga terpandang bahan tumisan Indah yang sudah bertukar warna coklat gelap atau lebih tepat lagi hitam.

Pantas tangan Indah menutup api dapur berkenaan. Cooker hood yang dibukanya tadi juga gagal untuk menghilangkan bau hangit yang wujud.

“Alamak ayah dah hangus, macam mana ni?” Balas Indah gelabah, hampir sahaja ditumpahkan tumisan dalam kuali yang sudah turut berkerak hitam itu. 

Farid memandang anaknya sambil mengelengkan kepalanya. 

Risau hatinya bukan pada masakan yang hangus itu tetapi pada Indah.

“Anak ayah ni kenapa?ayah tengok Indah tak fokus, selalu khayal, temenung sini termenung sana. Indah ada masalah ke?” Soal Farid serious, semenjak kemalangan yang menimpanya, Indah baginya berkelakuan pelik. Tidak seceria selalu.

“Tak adalah Indah ok ayah” ujur Indah pendek sambil tersenyum kecil, tangannya pelahan mengangkat kuali itu ke dalam sinki, dibukan paip agar air berkumpul didalamnya untuk memudahkan kuali itu dicuci.

Bibirnya digigit pelahan memindah rasa gelisah dan bersalah.

“Indah tak bahagia ke?, pernikahan Indah sekejap je lagi.bila tengok indah macam ni ayah risau.Ada apa-apa yang indah nak bagi tahu ayah”

“Betul ayah jangan risau, indah nervous je kot”. Sengih Indah, matanya merenung ayah kesayangannya, perlahan Indah bergerak kehadapan, bahu Farid dipaut sehingga kakinya terpaksa dijingkitkan. Kemudian ditepuk-tepuk bahu Farid pelahan.

“Betul ni? Indah tahu kan Indah segalanya untuk ayah dan bonda, ayah tak nak ada sikit pun kesedihan dalam hidup Indah. Ingat pesan ayah, jangan pendam sorang-sorang takut jadi racun yang berbisa. Akhirnya akan makan diri sendiri. Ingat ayah sentiasa ada disisi Indah” perlahan dia mengusap rambut Indah, sehingga menjadi kusut.

“Indah paham ayah.” Angguk Indah perlahan.

“Indah ingat tak lagu yang ayah cipta untuk Indah tu? Kalau sedih ke , rindu ayah ke, nyanyi lagu tu. Bila Indah nyanyi, Indah faham sedalam mana ayah sayangkan Indah. Tak akan ada lelaki lain yang mampu sayang Indah macam ayah sayangkan Indah.Ingat tu ya” perlahan Farid mengalunkan lagu yang pernah diciptakan buat Indah. Indah menutup mata,mendengar suara serak bahas itu perlahan air matanya menitis, dia tahu dia tak pernah keseorangan kerana Farid sentiasa menyayangi dia lebih dari segala-galanya. Lagu itu dicipta untuknya ketika mereka menghabiskan masa lapang mengira bintang dilangit.

Permataku

Kala bintang terang

Bila masa-masa berlalu

Dikau dewasa ditanganku

Hari-hari bahagia kita

Berulang-ulang di depan mata

Bagaikan mimpi

Kenyataan,Kau akan pergi

Menakutkan aku

Bila malam-malam ini berlalu

Aku bimbang

Kita akan berpisah

Permataku , Indah Kalela

“Kalau paham bagus. Jom kita ajak semua makan luar je.” Pipi Indah dilap perlahan, hidungnya ditarik sehingga Indah menjerit kecil.

Farid tertawa melihat Indah tersenyum begitu. Indah adalah satu-satu puteri anugerah Ilahi kepadanya. Dan dia hargai itu.

“Habis mee ni macam mana?” soal Indah sambil tangannya menunjuk ke arah mee yang masih belum sempat dimasak lagi.

“Macam mana apa? Dah tumisan dia hangus tu,tak dapat diselamatkan. Nasib ayah masuk dapur ni, kalau tak dengan Indah hangus, kita makan luar je” Indah hanya mampu tersengih, sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mereka berjalan seiringan kearah ruang tamu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku