Awak Kat Mana?
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
784

Bacaan






“Mari saya tunjukkan cik Indah fitting room” wanita itu mengerakkan tangannya kehadapan , memberi isyarat agar Indah mengikuti arah tersebut.

“Terima Kasih” balas Indah dengan gembira

“Tina!!! Ada panggilan ni,penting katanya” Tiba-tiba seorang pekerja berlari ke arah mereka.

“Lah panggilan apa?,aku ada kerja ni”balas wanita itu kembali.

“Dia kata anak kau sakit”

“Anak aku?”

“Tak apalah,awak pergilah selesaikan dulu. Saya pergi sendiri. Arah ni kan tadi?” Balas Indah kembali.

“Tak apa ke cik?”

“Tak apa jangan risau”Balas Indah kembali sambil tersenyum

“Nanti Cik Indah jalan terus ,hujung sekali cik belok kiri, sebelah cermin ya. Kat situ fitting roomnya Nanti saya datang balik ya” Jelas perkerja itu, nampak kerisauan diwajahnya.

Dengan segera dia berlari ke arah rakan sekerjanya.

Indah kelihatan gembira melihat baju pertunangannya di tangan, perlahan-lahan dia menyanyi bahagia.

Dari tadi senyuman tidak lepas daripada wajahnya.

Perjalanan menuju ke arah fitting room dihiasi dengan pemandangan bandaraya Johor Bahru yang indah.

“Ok sekarang belok kiri, hah tu pun cermin” bisiknya perlahan dan dengan segera dia masuk ke fitting room lalu mencuba baju persalinan berwarna peach itu.

“Cantikkk..!!! abang Nazim mesti suka” jeritnya perlahan apabila keluar dari fitting room sambil memandang ke arah cermin besar dihadapannya.

Segera dia melangkah menuju ke arah ruangan menunggu sambil sempat mencapai satu flower hand yang sedia ada di atas meja di hadapan cermin.

"Engkau laksana bulan....tinggi diatas kayangan...." Sekali lagi dia menyanyi perlahan. Bahagia menyelubungi dirinya.

Dinding cermin yang memisahkan antara butik tersebut dan dunia luar di pandangnya. Banyak kereta lalu lalang di kawasan itu dalam waktu puncak begini.

Matanya meneliti setiap bangunan dihadapan butik berkenaan sambil dia terus menyanyi bahagia.

Tiba-tiba nyayiannya terhenti, matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat di kenali. Flower hand ditangannya jatuh dari pegangan.

Dia kenal susuk tubuh itu. Sangat kenal. Segera Indah melangkah menuju ke arah pintu keluar berdekatan.

Nafasnya tercungap-cungap, tanpa disedari dia kini sudah berada dihadapan pagar butik. Yang memisahkan dia dan susuk tubuh itu hanyalah sebatang jalan yang sibuk. Ditenung susuk tubuh itu mencari kepastian.

Di lihat susuk tubuh itu mencium wanita muda disisinya. Wajah wanita itu samar-samar dalam penglihatannya.

“Ab…aba..ng…Na…Nazim….” bagaikan tersekat-sekat nafasnya menyebut nama lelaki itu.

Tangannya cuba diraih kehadapan bagai meraih perhatian Nazim, namun gagal. Perlahan air matanya jatuh.

Kelihatan Nazim beredar dari situ tanpa menyedari kehadiran Indah. Perlahan Nazim hilang dari pandangannya bersama wanita itu.

“Abang….” Suaranya bagai enggan keluar.

Perlahan dia melangkah dengan niat mencari Nazim yang sudah hilang dari pandangannya.

“Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin…………….” Bunyi hon kereta yang panjang menyedarkan Indah dari khayal yang panjang.

Entah kenapa rasa sedih lebih menguasai rasa takutnya. Dia kaku disitu melihat kereta itu laju menuju kearahnya.

Seketika kemudian terasa tubuhnya dihentak kuat dan melayang ke udara, lalu jatuh ke atas jalan tar beberapa ketika kemudian.

Semua berlaku dengan cepat. Pandangannya menjadi kelam dan gelap. Matanya tertutup rapat.

Gelap dan senyap. Dia di ruangan yang asing dan tak berdaya.

“Indah…Indah…”sayup suara Nazim kedengaran. Dari tadi dia mencari susuk tubuh itu.

“Abang..”perlahan dia cuba memanggil Nazim. Gelap dan senyap.

Air matanya mengalir perlahan. Hatinya terasa sakit. Sakit yang tak mampu ditahan lagi. Kenapa? Dia tidak pasti.

Kali ini tangisannya semakin kuat.

“Abang…kenapa?.....”panggilnya lagi. Suaranya bagai tersekat sekat. Tangisan yang kuat menghalangnya meneruskan kata-kata.

“Abang..kenapa buat Indah macam ni?” Jeritnya lagi sambil teresak-esak. Dia cuba bangun lagi namun gagal.

“Kenapa!!!!!!!!!!!!” jeritnya memecah kesunyian.

Perlahan padangannya yang dikaburi air mata melihat cahaya, diamati dengan teliti arah cahaya tersebut.

Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia memerhatikan keadaan sekeliling.

Keadaan yang familiar baginya. Dia pasti dia berada didalam biliknya. Diperhatikan dirinya, tubuhnya dibalut pakaian putih indah dan bukannya baju pertunangan berwarna peach.

Indah cuba bangun dari pembaringan, kepalanya terasa berat. Dia cuba menghadam situasi sebenar. Dirasa pipinya, air mata masih bersisa.

Bagaikan layar putih situasi tadi bermain kembali difikirannya, majlis pernikahannya, tok kadi dan Nazim.

Dia dan Nazim selesai di akad nikahkan. Majlis itu disambut gembira kedua-dua keluarga. Dia ingat kembali. Itulah situasi sebenarnya sebelum dia jatuh dan pengsan.

Air matanya kembali menitis, peristiwa kemalangan yang menimpanya dibutik bermain kembali. Dia ingat kembali setiap saat sebelum dia dilanggar. Bagaimana dan kenapa.

“Kenapa?...”soalan yang dia sendiri tak pasti untuk siapa. Dia cuba untuk bangun

“Kenapa macam ni…” lututnya terasa lemah, tubuhnya jatuh terjelepok diatas lantai sendiri.

Tangannya memukul lantai dihadapannya perlahan dan semakin lama semakin laju.

“Kenapa?...kenapa?” bibirnya tidak berhenti bertanya soalan yang dia sendiri pun tak pasti.

Didadanya terbuku rasa yang tak mampu diluah. Tangisannya semakin kuat, memenuhi ruangan biliknya yang kosong.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku