Awak Kat Mana?
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2028

Bacaan






“Bibik!!!” Jerit Puan Irmani.

“Ya puan…” kelihatan bibik Mesah berlari-lari anak menuju ke arah ruang tamu. 

Tangannya yang basah di lap-lap di apron kuning yang dipakainya.

“Bibik tolong saya boleh?” kehadiran bibik Mesah ibarat kilat itu mengundang tawa Puan Irmani.

“Tolong apa puan?”

“Tolong saya, tengokkan Indah di atas, dia sudah bangun atau belum. Boleh?” arahan Puan Irmani diterima dengan senyuman.

“Bisa puan bisa, saya ke atas sekarang”

“Tak apa auntie, Nazim boleh pergi tengokkan” sampuk Nazim pula, sudah bersedia untuk bangun, namun perbuatannya itu di halang oleh Encik Farid.

“Tak payah, bibik kan ada. Lagipun ayah ada benda nak cakap dengan Nazim. Lagi satu, kenapa panggil auntie. Kan Nazim sekarang dah jadi suami Indah” Balas Encik Farid sambil diikuti dengan derai tawa Puan Irmani, Fatah dan adik beradik Indah yang lain.

“Betul kata ayah tu, panggil bonda je lepas ni” Puan Irmani memandang Nazim lembut.

“Err baik bonda, ayah”

“Kau ni pun, tak payahlah risaukan si Indah tu, doktor pun dah cakap dia tak ada apa-apa. Tekanan darah dia tak stabil je. Biar dia rehat”. Giliran Fatah pula berceramah kepadanya. 

Nazim memandang Fatah yang tersengih-sengih ibarat kerang busuk ibarat mengejeknya, hampir sahaja telerai tawanya. Pandangan itu berpindah kepada susuk tubuh ayah mertuanya. Lelaki berusia separuh abad itu kelihatan segak berbaju melayu.

"Ayah nak cakap apa?" 

“Macam ni, ayah cuma nak Nazim tahu, Indah satu-satunya anak perempuan yang ayah ada. Ayah harap Nazim jaga dia macam nyawa Nazim sendiri. Kalau nanti satu hari Nazim dah tak suka dia……” kata-kata Encik Farid terhenti seketika, nadanya tiba-tiba berubah. Dia cuba mengawal perasaannya. Wajah Puan Irmani dipandang mencari kekuatan untuk meneruskan kata-kata. 

“Ayah harap Nazim tetap jaga dia dan kalau rasa tak mampu nak teruskan harap Nazim dapat pulangkan dia secara baik pada ayah”. Entah kenapa hatinya terasa sayu melepaskan permata hatinya pada lelaki yang kini sah bergelar suami Indah. Nazim menundukan wajahnya. Hatinya juga diselubungi rasa yang pelbagai. Ya dia memang terlalu cintakan Indah. Kini Indah miliknya.

“Puan!! Puan!! Mbak Indah ngak ada!! ngak ada” Kelihatan bibik Mesah tergesa-gesa turun dari tingkat dua rumah itu. Peluh membasahi wajahnya.

Mereka yang berada diruang tamu dengan segera berdiri dari tempat duduk masing-masing.

“Tak ada?”Jerit Nazim dan Fatah serentak itu mereka berlari kearah tangga menuju tingkat dua.

“Ya Allah…Indah” Kelihatan Puan Irmani terduduk. Wajahnya mengambarkan kerisauan.


*****************************************************************************************


Kepalanya diangkat perlahan, terasa berat. Esakannya masih bersisa.

Diperhatikan keliling bilik. Dengan kudrat yang sedikit, bersusah payah di paksa dirinya untuk bangun dari lantai itu.

Matanya memandang duit lima puluh ringgit Malaysia yang ditinggalkan diatas meja soleknya semalam.

Sepantas itu juga dia mencapai duit itu, pin dan sehelai selendang putih lalu ditutup rambutnya yang mengurai.

Perlahan ditolak daun pintu biliknya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling.

Dengan langkah yang lemah dia menuruni tangga dihadapannya.

Nasibnya baik kerana tangga itu membelakangi ruang tamu rumah besar tersebut, dan terus menuju kearah dapur.

Diperhatikan sekeliling dapur, kelihatan pintu dapur terbuka luas.

Perlahan Indah mengatur langkahnya, matanya menangkap kelibat bibik Mesah sedang memegang bungkusan sampah menuju ke hadapan rumah.

Indah terus berjalan ke pagar belakang yang tidak berkunci. Fikirannya ketika itu bercelaru, dia gagal berfikir dengan betul.

Bukit dihadapannya itu ditenung lama. Curam dan berliku.

Dia juga kurang pasti bagaimana untuk dia menuruni bukit berkenaan dengan pakaian pengantin ini.

Tapi dia pasti dia tak boleh ada disini. Dia perlu pergi, namun hanya ini sahaja jalan yang ada untuk ke jalan besar bawah bukit berkenaan.

Dengan berhati-hati dia cuba menuruni bukit itu, kepalanya yang masih berdenyut menjadikan fokusnya kadang kala terganggu.

Sesekali hampir sahaja dia tergelincir, kerana selipar yang dipakai agak licin. Nasib Indah baik kerana masih ada pokok-pokok kecil yang boleh menahan dirinya dari jatuh.

Dia berhenti seketika, dipandang tangannya yang sudah berdarah terkena duri. Dipejamkan mata untuk mengumpul kembali semangatnya.

“Lagi beberapa meter sahaja Indah, kau boleh..”bisik Indah pada dirinya sendiri.

Akhirnya setelah memaksa diri Indah sampai di jalan besar. Tanganya mengelap peluh yang menitis didahi.

Perlahan dia mengatur langkah dengan niat melintas jalan itu, kedengaran bunyi kenderaan dari jauh, kepalanya ditoleh kearah kiri. 

Dilihat sebuah kereta sedang menuju kearahnya. Dia ingin segera melintas tapi kepalanya mula berdenyut kuat, cuaca yang semakin panas menyebabkan kehendak mindanya gagal diikuti tubuh badan yang lemah.

Penglihatannya semakin kabur lalu sejurus itu Indah jatuh di atas jalan besar itu.

Dari jauh kedengaran bunyi brek yang kuat datang dari arah kenderaan tersebut.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku