Awak Kat Mana?
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
385

Bacaan






Habis sepinggan Beriani Gam, semangkuk pudding, semangkuk buah-buahan belum lagi ditambah pula dengan semangkuk marshmallow yang dicurah coklat. Takjub sebentar Qayyum dengan diri sendiri, jarang benar dia makan sebanyak itu seawal ini.

‘Lapar betul aku ni’. Bisik hatinya sambil mengosok perutnya tanda puas hati.

Semenjak tadi hanya dia dan beberapa orang tetamu sahaja yang berada di luar khemah itu, manakala yang lain sudah bersesak di dalam rumah. Katanya pengantin perempuan jatuh pengsan.

Walau pun hatinya meronta-ronta mahu melihat keadaan sebenar, tetapi perasaan malunya sangat menebal memaksanya untuk meneruskan makan tanpa berganjak walau seinci pun. Temenung sebentar dia disitu, kelihatan beberapa orang tetamu sudah beransur pulang, ada juga yang menuju ke arah khemah untuk makan.

Dari kejauhan kelihatan Fatah tergesa-gesa menuju ke arahnya. Hatinya menjadi lega akhirnya wajah yang dinanti dari tadi muncul.

“Aku minta maaf Qayyum,adik aku pengsan pula tadi. Huru-hara sikit hari ni”, terang Fatah tanpa diminta, kelihatannya cuba menarik nafas dalam-dalam sambil tangannya sempat menepuk-nepuk bahu Qayyum.

“eh tak apa, aku ok je ni, adik kau macam mana?ok tak?”

“Dah bawak dia kat bilik dah, kata doktor tekanan darah tak stabil plus penat sangat tu. Consider oklah tu” balas Fatah lagi.

“Alhamdulillah, aku harap adik kau ok je. Jangan risau sangat. Aku pun nak balik dah ni, nak solat jumaat lagi” kini dia pula menepuk-nepuk bahu Fatah.

“Habis kau tak makan dulu?”

“Makan dulu? Aku dah macam biawak komondo makan tak henti-henti tadi, nak gerak pun tak boleh dah ni” penjelasan Qayyum yang di iringgin lakonan semula itu, mengundang deraian tawa Fatah.

“Ok, ok aku benarkan kau balik kalau macam tu” mereka bersalaman , sambil dia dan Qayyum berjalan seiringan menuju pintu pagar besar.

*********************************************************************

Seorang wanita sedang memandang kosong ke arahnya. Tubuh wanita itu terhoyong hayang ke hadapan dan belakang.

Qayyum kebinggungan kerana wanita itu masih berdiri disitu. Di atas jalan!!!!

“Ya Allahhhhh siapa pula tu” Jeritan Qayyum bergema disetiap penjuru kereta.

Sedaya upaya dia cuba menekan break agar kereta itu berhenti dengan segera, jantungnya berdegup laju, peluh dinginnya mula menitis didahi. Terasa masa bagai terhenti, bunyi geseran tayar kereta dan jalan tar kuat kedengaran. Sejurus kemudian kereta BMW merah itu berhenti serta merta beberapa meter daripada tubuh yang jatuh dihadapannya.

Qayyum menarik nafas panjang. Terdiam sebentar dia melihat sekujur tubuh wanita dibaluti baju pengantin berona putih itu.

Tersedar dari lamunan dia segera keluar dari perut kereta, meluru ke arah wanita yang sudah tidak bermaya itu.

Dengan mengunakan jari telunjuknya dia cuba memanggil wanita berkenaan

“Awak….awak….bangun” namun tiada jawapan, Qayyum buntu, dia tak dapat berfikir dengan baik pada ketika itu, apa yang patut dia lakukan , ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi begini.

Matanya melilau memandang sekeliling, tiada satu kelibat kenderaan ataupun manusia yang lalu disitu.

‘Ok bertenang, bertenang, kalau macam ni aku kena hantar dia pergi….pergi… Hospital! Ya hospital’ bisik hati Qayyum, serentak itu juga dia cuba mengangkat wanita itu lalu meletakkannya ditempat duduk penumpang.

Selendang yang menutupi wajah wanita itu dialihkan agar tidak menggangu pernafasannya.

Namun pegerakan Qayyum terhenti seketika sebaik selendang itu dialihkan.

“Macam pernah nampak perempuan ni” wajahnya berkerut-kerut cuba mengingat kembali siapa sebenarnya wanita ini. Ditenung dalam-dalam wajah pucat lesi itu

Dimana dan siapa?. Itu persoalannya.

Sejurus itu juga bunyi hon kereta yang datang dari arah belakang membantutkan usahanya mengingat kembali siapa wanita itu. Segera dia berlalu ke arah tempat duduk pemandu.Pintu ditutup segera.

Kereta itu mula bergerak laju menuju ke hospital, sesekali wajah wanita itu di kerling sambil dia cuba untuk mengingat kembali mencari jawapan dari soalan yang datang bertalu-talu.

Perlahan ingatannya terhadap peristiwa yang berlaku di café, hospital dan shopping complex mula menerjah fikirannya.

“Minah senget….!!!, dia…dia ni minah senget tu”

“Eh minah bangun….bangun..ke…ke..kenapa kau macam ni?” Qayyum cuba menggerakkan lengan Indah sambil suaranya terketar-ketar memanggil Indah dengan panggilan minah.

Sunyi. Tiada sebarang pegerakan balas pun dari Indah

Dia semakin binggung dengan diri sendiri, jantungnya terasa berdenyut kencang.

Pedal minyak ditekan dalam lagi menyebabkan kereta itu meluncur semakin laju kehadapan.

Entah kenapa dia bimbang wanita yang dikenali sebagai minah senget itu mati. Rasa risau menyelinap ke dalam sanubarinya. Suasana sunyi menguasai ruangan kereta itu. Hanya deruan kereta yang laju kedengaran. Tiba-tiba..

“Kenapa laju sangat, kalau nak mati, matilah sorang-sorang”

“Aku laju sebab aku tak nak kau ma….ti…” hampir tercopot jantungnya dari dada apabila dia menyedari wanita itu telah sedar.

“Kau dah sedar, kau dah sedar, Alhamdulillah” balas Qayyum sambil matanya cuba melihat wajah Indah sehinggakan dia terlupa yang dia sedang memandu dalam kelajuan yang tinggi.

“Pandang depannnn, kau tengah bawa kereta!!!” teriak Indah dengan nada yang masih tidak bermaya.

Qayyum segera sedar sitausinya dan fokus ke arah pemanduan. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Lega rasanya bila melihat minah senget telah sedar. Dia tersenggih sendirian mengenangkan kelakuannya tadi.

“Kita nak pergi mana?” Soal pendek Indah menyentak lamunan Qayyum.

“Pergi hospitallah, kau dengan darah-darah tu, pengsan kat tengah jalan..mac…am”

“Aku tak nak” Jawapan Indah yang ringkas itu mematikan bebelan Qayyum serta merta.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku