Awak Kat Mana?
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
532

Bacaan






Mereka berdua melangkah perlahan ke arah stesen teksi yang terletak lebih kurang 50 meter daripada tempat Qayyum menghentikan keretanya.

Tidak seorang pun dari mereka yang bersuara. Indah hanya memandang kosong ke arah jalan. Manakala Qayyum pula sekali sekala mencuri pandang Indah.

Tangannya pula tidak henti begerak, kadang mengaru kepalanya yang tidak gatal, kadang membetulkan jam tangannya yang sudah betul berada ditempatnya.

“Tak apa kau boleh tinggalkan aku kat sini” pinta Indah memecahkan kesunyian , secara tidak langsung menghentikan langkah Qayyum

“Tak apa aku boleh tunggu kau sampai kau naik teksi” balas Qayyum pula. Selang beberapa saat kemudian sebuah teksi berhenti dihadapan mereka. Qayyum menundukkan wajahnya agar dia dapat melihat wajah pemandu tersebut.

Hatinya yakin meninggalkan Indah kepada pemandu itu.

“Assalamualaikum pakcik, boleh hantarkan kawan saya tempat yang dia nak tuju, dan nak minta tolong pakcik pastikan dia masuk rumah ya baru pakcik gerak.”

“Waalaikumusalam nak, owh boleh-boleh anak jangan risaulah” jawab pakcik berkopiah itu sambil meleparkan senyuman kepada Qayyum. Qayyum tersenyum dan mengangkat kepalanya memandang Indah.

“Naiklah, jaga diri kau baik-baik, kalau ada masalah jangan lari-lari lagi, ok?”

“Ok” balas Indah sambil tersenyum kepada Qayyum, sambil itu jaket yang dipakai dibuka, dan diserahkan kembali kepada Qayyum.

“Nah jaket kau”

“Tak apalah kau simpan je baju tu, aku tak pakai dah” Balas Qayyum, berbohong untuk kali yang keberapa hari ini dia pun kurang pasti.

“Betul ni?” Tanya Indah ingin mendapatkan kepastian. Ditenung jaket hitam itu kemudian dia merenung wajah Qayyum semula.

Qayyum memberikan anggukan ringan kepada Indah sambil memandang ke arah jaket hitam itu kembali.

“Ya betul pergilah sebelum aku tukar fikiran, bye” Qayyum berpaling dan berlalu, jiwanya berkecamuk, terasa berat melepaskan Indah pergi,apa yang dia rasa sekarang dia hanya mahu Indah terus berada disisinya, tapi siapalah dia hendak menghalang Indah pergi. Isteri orang pula tu.

Dia bukanlah siapa-siapa.

“Tunggu”indah memanggilnya, dengan segera Qayyum memalingkan tubuhnya sehingga dia hampir hilang keseimbangan badan.

“Tentang pertolongan kau tadi, terima kasih” sambung Indah lagi sambil mengukir senyuman.

“Terima kasih diterima” nyata Qayyum kembali sambil tersenyum tawar atau lebih tepat lagi pahit, pantas dia berpaling, lalu menghela nafasnya.

“Tunggu” panggil Indah lagi.sepantas kilat juga Qayyum berpaling lagi dan mengangkat keningnya kepada Indah. Indah diam.

“Ya?” tanya Qayyum lagi setelah melihat Indah hanya memandang ke arahnya tanpa suara.

Indah tersenyum dan mengelengkan kepalanya tanda tiada apa yang ingin diperkatakan lagi.

Qayyum hanya memandang Indah masuk ke dalam perut teksi lalu berlalu pergi. Matanya tidak lepas dari teksi itu sehingga hilang dari pandangannya.

Matanya terkebil-kebil menahan rasa perlahan dia berbisik

“It nice to knowing you, Minah….”


**********************************************************************************************


“Kita nak tunggu sampai bila ni?kita buat report polis ya?” Puan Irmani sudah buntu, sudah lebih 10 jam Indah hilang tanpa dikesan.

Pening dia memikirkan apa yang terjadi pada anak perempuan kesayangannya itu.

“Sabar sayang, budak-budak tu tengah cari Indah, kita tak boleh buat report selagi tak 24 jam” Encik Farid menghampiri isterinya, perlahan-lahan digosok belakang tubuh isterinya agar Puan Irmani bertenang.

“Tapi sampai bila?” soalnya lagi , kini air mata sudah terbit dibibir matanya entah untuk kali keberapa. Fikirannya terlalu kusut, Indah tak sihat, dan tiada dihadapan matanya sekarang.

Indah hilang tanpa dikesan.

Majlis persandingan yang akan berlangsung esok bukan lagi masalah sekarang tetapi keberadaan Indah menjadi prarioriti utamanya.

Encik Farid menarik nafas panjang, kerisauannya tidak kalah hebatnya dengan kerisauan Puan Irmani, tapi dia cuba sedaya upaya mengawal perasaan itu.

Hari sudah malam dan berita tentang Indah masih tiada.

Sekali sekala , fikirannya melayang memikirkan perubahan Indah yang berlaku semenjak dua menjak ini.

Tetapi apabila ditanya Indah hanya menidakkan dan sentiasa menegaskan bahawa tiada apa-apa yang perlu dirisaukan Encik Farid. Dapat dirasakan bahawa ada yang tidak kena dengan Indah, dengan perkahwinan ini.

“Assalamualaikum….”kedengaran suara wanita memberi salam dari luar kediaman agam itu. Encik Farid dan Puan Irmani saling memandang antara satu sama lain.

“Indah…!!!???” ujur mereka serentak.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku