Awak Kat Mana?
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
527

Bacaan






“Indah…Indahh” jerit Puan Irmani sambil dia berlarian ke arah pintu utama, tergesa-gesa dia cuba untuk memutar tombol pintu itu, pergerakannya terasa lambat.

Sekali sekala tangannya tergelincir dari tombol itu.

Matanya tidak sabar untuk menatap wajah anak kesayangannya itu.

Dengan segera pintu itu dibuka, perlahan-lahan satu susuk tubuh wanita kelihatan.

“Makcik..” Suara wanita itu memadamkan senyuman Puan Irmani dan Encik Farid.

“Maira!!, makcik ingat Indah tadi,marilah masuk” sedaya upaya Puan Irmani menyembunyikan kehampaannya.

“Indah tak ada ke makcik? Maira datang ni nak jumpa Indah” soal Maira yang jelas kebingungan dengan suasana dihadapannya.

“Maira tak tau ke?” soal Encik Farid sambil menyuruh Maira duduk mengunakan gerak tubuhnya.

“Kenapa dengan Indah” wajah Maira sudah berkerut-kerut kebinggungan

“Indah hilang….” Balas Puan Irmani perlahan

“Apa hilang???” wajah Maira berubah serta merta, hadiah yang dipegang dari tadi jatuh ke lantai.

************************************************************************************************

Jam di dashboard sudah menunjukkan jam 9 malam, kereta itu yang pada mulanya meluncur laju tanpa arah tujuan kini menuju ke kediaman Encik Farid dan keluarga .

Sekali-sekala corak pemanduan Fatah diperlahankan agar Nazim dan Mukris boleh memerhatikan keadaan sekeliling.

Mereka membuat keputusan untuk pulang,sebelum memulakan semula pencarian . Dari riak wajah mereka bertiga jelas tepapar bahawa mereka berada dalam keadaan yang sangat letih. Namun perasaan risau mengatasi segalanya, kalau boleh mereka mahu menemui Indah

“Nazim, ni aku nak tanya sikit” tiba-tiba Fatah bersuara, sambil matanya terus menumpukan pada pemanduan.

“Tanyalah along”Terasa lain pula nada Fatah kali ini, Nazim berpaling melihat wajah Fatah dalam kesamaran malam.

Cuba untuk membaca mood abang iparnya itu.

Mukris turut memasang telinga walau matanya melilau melihat sekeliling.

“Kau ada masalah ke dengan Indah ni?” Nada Fatah yang mendatar membuatkan Nazim dengan segera mengelengkan kepala.

Dia sendiri keliru mengapa Indah begitu. Kenapa Indah hilang begitu sahaja.

“Tak ada, kami ok, tak ada benda yang pelik-pelik yang jadi. Sampai sekarang aku tak faham dan masih keliru along” balas Nazim, wajahnya berkerut-kerut sambil cuba mengingat jikalau dia ada melakukan sebarang kesilapan atau ada perkara ganjil yang berlaku menjelang majlis pernikahan dia dan Indah.

“Kalau ada apa-apa bagitahu aku, jangan sorok-sorok. Ingat!!, aku amanahkan Indah pada kau, aku tak expect benda-benda macam ni jadi” dapat dirasakan nada Fatah berunsur tegas dan disebalik itu adalah amaran. Nazim menghela nafasnya, kedengaran berat.

“Aku faham tu, Indah segala-galanya untuk aku, long” tegas Nazim kepada Fatah, dia mahu Fatah tahu bahawa dia insan yang layak menjaga Indah.

“Indah..?” suara Mukris mematikan sesi soal jawab antara Nazim dan Fatah.

Dengan segera Fatah memperlahankan pemanduannya.

Dia dan Nazim cuba mencari kelibat Indah seperti yang disoal Mukris.

“Mana? Soal Nazim, sambil kepalanya kadang memandang ke kiri dan kadang kala ke kanan.

Dengan segera matanya menangkap susuk tubuh Indah yang sedang duduk ditepi pagar rumah mereka.

Fatah menekan brek kereta sekuat hati menyebabkan kereta itu mati serta-merta, manakala Nazim dan Mukris hampir sahaja tercampak ke hadapan.

Nazim tidak kisah lagi , dengan segera dia membuka pintu kereta dan berlari ke arah Indah.

“Indah…Indah” dengan segera tangan kanan dan kirinya menggengam tubuh Indah, wajah Indah yang pucat itu digosok-gosok dengan ibu jarinya.

“Sayang tak apa-apa?” soal Nazim lagi , kali ini tubuh wanita dihadapannya itu terus ditarik ke dalam dakapannya bagaikan enggan melepaskan Indah.

“Kenapa buat abang macam ni sayang”bisik Nazim kepada Indah. Indah diam membeku. Perlahan-lahan dia menolak pelukan Nazim, matanya merenung tajam ke arah biji mata Nazim.

Nazim kebingungan, dia cuba memeluk Indah kembali, tetapi dengan segera Indah berdiri dan menuju ke arah Fatah.

“Adik..adik ok?” Kali ini Fatah memeluk erat Indah, tanpa disangka tubuh indah begetar menahan tangisan. Fatah merenung Nazim meminta penjelasan sambil dia mengemaskan pelukannya.

“Adik, Indah….kenapa ni?” Soalan Fatah dibiarkan tergantung begitu sahaja. Indah hanyut dalam tangisannya. Niat Fatah yang pada mulanya ingin memarahi Indah hilang begitu sahaja.

Nazim berdiri kebingungan dengan reaksi Indah. 

Pelbagai perkara menghantui fikirannya sekarang. 

Soalan demi soalan berlegar-legar tanpa jawapan.

"Indah....."



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku