Awak Kat Mana?
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
572

Bacaan






“Kenapa kau baru datang?” terpaksa Mukris berbisik kepada Maira, sedang suasana di ruang tamu Encik Farid disurami suasana yang kekok, sambil diselang- seli dengan suara tangisan Puan Irmani yang sedang memeluk erat Indah sambil dikelilingi ahli keluarga yang lain.

“Aku ada hal…”balas Maira ringkas, sekaligus jawapan itu sangat tidak masuk akal bagi Mukris.

“Hal apa yang lagi penting daripada pernikahan kawan baik kau?” bisikan Mukris kali ini kedengaran lebih keras.

“Jangan sibuk boleh tak?”kali ini Maira membutangkan matanya ke arah Mukris, giginya diketap menahan sabar.

Mukris hanya mendegus perlahan tanda geram dengan perangai Maira yang baginya nonsense.

“Nazim, bawa Indah naik atas ya, Indah rehat ya sayang” pelukannya pada Indah dilepaskan , wajah Indah pula diusap perlahan.

“Ya bonda, mari kita naik Indah” suara Nazim antara dengar dan tidak , menarik tangan munggil disisinya agar Indah mengikut langkah kakinya.

“Yang lain bolehlah pergi rehat, esok kita ada hari yang panjang” Encik Farid yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara.

“Baiklah auntie, uncle, kami berdua pun nak minta diri juga ni” balas Mukris sambil bersalaman dengan Encik Farid, Fatah dan adik beradik Indah yang lain, lalu dia bergegas ke arah pintu sambil menarik lengan baju Maira.

“Eh apa ni?” bisik Maira pula sambil mengetap bibirnya.

“Baliklah, takkan kau nak tidur sini”Bisik Mukris kembali sambil meleparkan senyuman kearah yang lain.

Maira mendegus perlahan, dia menuju ke arah Puan Irmani dan bersalaman lalu mengikut langkah Mukris.

“Kau ni memang penyibuk!!”bentak Maira kepada Mukris lalu berlalu dengan segera ke arah keretanya.

“Kau jangan ingat aku tak tahu apa agenda kau!!!” bentak Mukris kembali, lalu mencebik bibirnya tanda menyampah. 

Baginya Maira bukanlah perempuan innocent seperti mana pada pandangan mata sahabat-sahabatnya yang lain.

   ***************************************************************************************.

Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup rapat, Indah merentap tangannya dari gengaman Nazim.

Dia melangkah laju menuju ke arah katil lalu duduk disitu.

Nazim mengerutkan dahinya, otaknya ligat berfikir kenapa Indah begitu sejak dari tadi tapi lidahnya kelu untuk berkata-kata lantas dia melangkah menuju ke arah Indah.

Tidak semena-mena dia melutut dihadapan Indah, wajah Indah yang masih basah dengan air mata itu ditenung dalam.

Dengan keberanian yang tersisa dia cuba memulakan bicara.

“Indah, sayang abang….” Kata-katanya terhenti disitu, dia cuba meraih tangan Indah namun ditepis Indah. Indah masih membisu. Wajahnya dipaling kearah lain.

“Kenapa macam ni, kenapa layan abang macam ni, abang tak faham?”soal Nazim lagi, dia tidak putus asa, tangan Indah diraih kembali.

“Kita baru nikah, dan Indah layan abang macam ni, jelaskan pada abang, apa salah abang?baru abang faham dan betulkan apa yang tak betul”

“Cakaplah sesuatu, Indah…..”suara Nazim tengelam timbul, diam Indah adalah mimpi ngeri buatnya.

Tangan Indah digenggam erat-erat agar kali ini tidak terlepas dari genggaman.

Wajahnya ditundukkan sambil matanya merenung cincin yang disarung ke jari Indah beberapa jam yang lalu.

Itulah cincin penikahan dia dan Indah.

Bukti janji setia antara dia dan Indah untuk hidup bahagia selama-lamanya.

“Nak Indah cakap apa?” terasa berat untuk Nazim mengangkat muka untuk melihat Indah, kerana dia dapat merasakan tenungan Indah yang tajam.

Andai kata renungan itu pisau, pasti dia sudah mati terbunuh serta merta ketika itu.

“Apa je sayang, janji sayang abang tak macam ni” Nazim kebuntuan dengan soalan Indah.

Nazim cuba mengumpul semangat yang tersisa.

“Apa je?...contohnya?”soal Indah lagi, nadanya berlainan, lebih tenang, tiada unsur-unsur yang Indah akan marah.

Takkan semudah itu rajuk Indah hilang?.

“Contohnya...?” soal Nazim kembali, sambil dia memberanikan diri mengangkat muka lalu memandang wajah kesayangannya itu.

“Ya...contoh, bagi contoh yang senang Indah nak cakap” balas Indah sambil tersenyum kepada Nazim, nadanya sudah semakin lembut.

Tetapi Nazim dapat merasakan aura yang pelik dibalik senyuman Indah.

“Abang tak tahu apa yang bermain kat fikiran Indah” jawap Nazim kembali sambil mengerut-kerutkan dahinya. Indah masih melihatnya dengan senyuman.

Dia gagal untuk membaca apa yang berada di fikiran Indah.

“Ok tak apa biar Indah bagi contoh. Contohnya macam apa yang abang buat hari Indah accident?” serentak itu juga jantung Nazim berdegup pantas, matanya terbeliak, wajahnya perlahan-lahan menjadi pucat.

Indah masih tersenyum memandang Nazim.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku