Awak Kat Mana?
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
594

Bacaan






Kilat sabung-menyambung , sekali sekala cahaya biru menyinari kamar itu dari luar.

Dapat dilihat bayang-bayang pokok yang ditiup angin membuai-buai, melambai-lambai.

Jam lonceng di atas meja sebelah kanan katilnya itu menunjukan tepat pukul 12.30 pagi.

Entah kenapa malam ini tekaknya terasa haus benar. Selalu dia tidak pernah lupa membawa sekali sebotol air sebagai bekalannya, tetapi tidak hari ini.

Dipaksa dirinya untuk bangkit daripada katil, lalu tanganya mencapai cermin mata besar berbingkai bulat itu agar penglihatan lebih jelas.

Diraba-raba dinding sambil dia menuju ke arah pintu bilik kerana keadaan yang malap , dengan segera dia melangkah keluar arah dapur yang terletak tidak jauh daripada biliknya.

Suasana gelap gelita menyelubungi dapur berkenaan, malas rasanya dia membuka lampu, lantas segera dia mencapai gelas ditempat biasa dan terus ke peti sejuk untuk mengambil air masak yang baru disimpan siang tadi.

Namun langkahnya terhenti seketika apabila dalam kesamaran malam dia melihat satu kelibat hitam diruang tamu.

Dapat dirasakan bulu-bulu romanya tegak berdiri, peluh dingin mula membasahi dahinya.

Dengan segera dia meletakkan gelas diatas meja, lalu menuju ke arah belakang pintu dapur dan mencapai penyapu buruk yang sentiasa diletakkan disitu.

Antara takut dan berani perlahan-lahan dia menlangkah ke arah lembaga itu sambil menjengket-jengketkan kakinya.

Manakala bibirnya cuba untuk membaca beberapa ayat, namun segalanya serba tak kena, ingatannya gagal berfungsi dengan baik. 

Ayat-ayat yang dibaca tunggang langgang semuanya.

Dalam kesamaran malam dilihat lembaga itu sedang mundar mandir kekiri-kekanan.

Dengan keberanian yang masih bersisa dia mengangkat penyapu itu ke atas kepalanya dan dengan mengunakan kedua belah tangannya, dia memukul lembaga dihadapannya itu sekuat tenaga sambil menjerit.

“Hantuuu…..hantuuu…..jembalangg…syaitan…!!!!” teriak Nek Jah kuat lalu tangannya tidak henti-henti memukul lembaga hitam sambil memejam mata serapat-rapatnya.

“Aduh apa ni???apa ni?? Sakitlahh!!!! ” jeritan lembaga itu mengejutkan Nek Jah, dengan segera dia membuka matanya luas-luas, serentak itu juga penyapu yang di gunakan tadi dicampak jauh.

“Ya Allah!!!, Qayyumm!!!!” Nek Jah hanya mampu meletakkan kedua-dua tangannya dibibirnya yang ternganga itu, apabila menyedari lembaga yang dipukul bertalu-talu itu rupa-rupanya anak majikannya.

Qayyum mengerang kesakitan, tangannya sibuk mengosok-gosok lengannya yang sakit dipukul penyapu cabuk Nek Jah. 

Kuat juga tenaga orang tua dihadapannya itu, separuh mati dia dikerjakan oleh Nek Jah.

“Nek jahh!!!! Ni sayalah Qayyum” jelas Qayyum sambil memandang Nek Jah tajam, Nek Jah sudah tersengih-sengih melihat Qayyum mengerang kesakitan.

“Maaflah Nek Jah tak segaja. Apa yang encik buat kat sini tengah gelap-gelap ni?” dengan segera Nek Jah berlari ke arah suis lampu, habis semua suis ditekannya kerana gelabah. Secara tidak langsung keseluruhan ruangan itu disinari cahaya dari pelbagai sudut.

“Salah ke saya duduk kat sini?daripada saya duduk kat luar rumah” wajahnya bagai ingin menangis kerana diperlakukan Nek Jah begitu.

Tidak semena-mena Nek Jah ketawa melihat telatah Qayyum.

“Memanglah tak salah, tapi tengok apa yang jadi?. Nek Jah ingatkan hantu ke apa tadi, nasib kena pukul dengan penyapu, kalau dengan pisau macam mana?”

“Ish Nek Jah ni ada je jawapannya tau” balas Qayyum sambil kakinya melangkah ke arah sofa.

“Encik tu buat apa duduk dalam gelap, bukalah lampu”

“Saya tak boleh tidur, tak tahu nak buat apa, tu yang jalan-jalan kat sini”

“Kenapa sampai tak boleh tidur tu, nak Nek Jah buatkan air ke?” soal Nek Jah kembali, pelik dia melihat Qayyum yang kelihatan berserabut.

“Entahlah, tak apa saya tak haus” geleng Qayyum sambil tangan kirinya menongkat dagu.

“Kalau gitu Nek Jah nak masuk dululah, encik jangan duduk dalam gelap lagi ya”

“Nek Jah kejap, duduklah dulu” Qayyum memandang Nek Jah sambil menepuk-nepuk sofa disebelahnya tanda agar Nek Jah duduk disitu. Sejak dia kecil Nek Jahlah yang menjaganya, sehinggakan bila ayahnya bernikah dengan mama , Nek Jahlah yang banyak memujuk Qayyum supaya menerima kehadiran mama seadaanya.

“Tapi Nek Jah dah mengatuk sangat ni encik” balas Nek Jah sambil mengenyit-genyit mata seolah-olah sukar untuk dibuka.

“Kejap je saya nak tanya sikit” rayu Qayyum kembali.

“Yelah, encik nak tanya Nek Jah tentang apa malam-malam buta ni?” Nek Jah akhirnya mengalah dengan pujuk rayu Qayyum dengan segera melangkah kearah sofa sambil menunggu Qayyum menuturkan kata-kata seterusnya.

“Ok sekarang cuba Nek Jah cerita kat saya, apa tu cinta?” nyata Qayyum, dia kelihatan tidak sabar untuk mendengar jawapan daripada Nek Jah.

“Ha??? Ci…cin…ta??” hampir tersedak Nek Jah dibuatnya, Malam-malam buta begini ditanya pula tentang cinta . Cukup membuatkan kepala Nek Jah berpinar.

“Haah cinta, apa yang Nek Jah faham tentang cinta” balas Qayyum kembali sambil mengaru-garu kepalanya.

Terkebil-kebil Nek Jah memandang Qayyum.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku