Awak Kat Mana?
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
421

Bacaan






Dinding dibelakang katil Queen itu dipasang tirai putih bermula dari siling hingga mencecah lantai, dengan jarak yang sekata sekuntum bunga ros merah dipinkan dari atas hingga kebawah sehingga tidak terkira jumlahnya.

Beberapa jambak bunga lily putih segar yang diletakkan didalam balang kaca besar pula mengapit kedua-dua sisi katil.

Cahaya daripada standing lamp yang moden dipenjuru yang lain sudah cukup bagi menyerlahkan suasana romantik kamar itu.

Kelihatan juga dulang-dulang hantaran yang disusun kemas diatas lantai kamar.

Namun suasana yang sewajarnya romantik itu terasa tegang.

Segala bunga-bunga yang menghiasinya juga gagal mengubah mood pada ketika itu.

Masa dirasa bagai terhenti

“Jawablah…”mata Indah masih tidak melepaskan pandangan dari wajah Nazim. Dapat dilihat raut wajah Nazim berubah, dapat juga Indah lihat bagaimana Nazim berusaha semampu yang boleh untuk mengawal riak mukanya agar tetap tenang.

“Kenapa diam?”tanya Indah lagi kerana tiada sebarang jawapan ataupun bunyi yang didengar dari mulut Nazim.

“Abang pergi kerjalah sayang, kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?” jawapan Nazim memecah kebisuannya tadi.

Tangannya cuba meraih pipi Indah, namun dengan segera Indah bangun dan mengangkat kedua-dua tangan selari dengan dagu tanda agar Nazim tidak menyentuh dia.

“Masa hari kejadian abang ada dekat dengan Indah, abang tahukan?!!!”bentak Indah

“In…Indah dah ingat tentang kemalangan tu?” dengan segera Nazim bangun dan menuju ke arah Indah.

“Jadi abang masih tak nak mengaku yang abang ada dekat dengan Indah masa kemalangan walaupun masa kemalangan tu abang tak sedar orang yang accident tu kekasih abang sendiri, tapi lepas tu mesti abang tahukan? Jadi persoalan yang pertama kenapa abang rahsiakan dari Indah” nada kemarahan Indah sudah tidak dapat dikawal tahapnya menyebabkan Nazim segera menutup mulut Indah.

“Janganlah jerit-jerit macam ni sayang, dah malam ni, kalau bonda dan ayah dengar macam mana?” bisik Nazim ke telinga Indah.

“Lagi bagus kalau diaorang dengar” dengan kasar Indah menolak tangan Nazim dari mulutnya.

“Sayang jangan macam ni”

“Jawab soalan Indah abang, jangan nak belit-belit, soalan tu senang je. Ya atau tidak? Dan kenapa?”

Nazim terduduk dibirai katil, wajahnya diruap dari atas kebawah, dia menarik nafas dalam-dalam.

“Ya sayang, abang ada kat sana, kenapa abang tak bagi tahu Indah, sebab masa tu Indah keliru, abang tak nak Indah makin serabut, dengan keadaan Indah masa tu yang tak berapa sihat. Abang minta maaf sebab rahsiakan dari Indah” jawapan yang panjang lebar dari Nazim itu masih belum memuaskan hatinya lagi.

Indah berjalan menghampiri Nazim.

“Jadi kalau abang tahu, mesti abang tahu Indah nampak apakan?” untuk kali kedua Indah tersenyum sinis kearah Nazim.

Nazim melepaskan nafas berat buat kali kedua, dipandang dalam ke arah wajah Indah.

“Sayang, cukuplah tu. Indah penatkan kita rehat ya. Jangan kusutkan hal ni lagi”

“Abang cakap Indah kusutkan lagi keadaan? Abang ni kelakarlah. Tadi abang juga cakap suruh buat abang faham barulah boleh betulkan apa yang tak betul” hampir tertawa Indah dibuatnya melihat reaksi Nazim.

Dia perlukan jawapan bukan penafian atau makin membiarkan dia dalam persoalan.

Sementara itu, kedua-dua tapak tangan Nazim menutup wajahnya, terdengar seperti dia mengeluh untuk kali yang keberapa.

“Siapa perempuan yang abang cium tu?” soal Indah kembali. Dengan segera Nazim mengangkat wajahnya. Dia diam. Lama.

“Perempuan yang abang cium tu Shena…” matanya memandang Indah. Indah senyum kembali.

“Tak kan lah Indah tak kenal Shena? Nonsense!!” Nazim berdiri dan menghampiri Indah, kedua belah tangannya memegang bahu Indah.

Matanya memandang tepat dalam mata Indah.

“Ya sayang, perempuan tu Shena, adik abang. Kalau Indah tak percaya kita tanya Shena ya esok” tutur Nazim lembut dan seolah-olah memujuk.

“Sayang tak baik tuduh melulu macam ni, esok sayang tanya sendiri dengan Shena ya. Indah ni hari pertama kita nikah tau. Kita tak boleh macam ni. Sepatutnya Indah percaya pada abang bukan sangsi macam ni” terang Nazim lagi. Indah memandangnya kosong.

‘Patut ke aku percaya pada dia?,Apa patut aku buat? Arggghhh buntu!!!’ bentak hati Indah.


***********************************************************************************************


“Masih kurang rasaku,mencintai hatimu, ingin aku jadi terbaik bagimu….” Sekuat hati dia menyanyikan lagu Dato’ Siti Nurhaliza itu, agar matanya luas terbuka. 

Hari ini Datin Jasmine perlu begerak awal , kerana dia perlu memenuhi temujanjinya di Kuala Lumpur sebelum tengah hari ini.

Kapal terbang yang dijangka berlepas tepat jam 7.30 pagi, hanya itu pilihan yang dia ada agar dia sampai tepat pada waktunya. Jam ditangan sudah menunjukan pukul 6.00 pagi.

Dengan berhati-hati dia menuruni anak tangga, tidak semena-mena satu lembaga muncul dihadapannya.

Mata Datin Jasmine terkebil-kebil memandang lembaga itu, sesaat kemudian dia menjerit dengan lantangnya menyebabkan Nek Jah belarian menuju ke arah tangga ibarat tidak cukup tanah.

“Mama!!, ni Qayyum…” Untuk kali kedua dia terpaksa melalui situasi yang sama.

“Ya Allah!!!, kau dah kenapa? Mata kau ni kenapa macam ni? Lebam ni? Kau gaduh ke? Dah macam hantu mama tengok” bebel Datin Jasmine sambil membelek-belek wajah Qayyum. 

Bawah matanya tidak ubah seperti panda, hitam dan tidak bermaya.

“Mana ada, Qayyum tak tidur, dahlah nak pergi tidur ni” balas Qayyum kembali lalu dia meminta Datin Jasmine untuk memberi lalu kepadanya. Dengan pantas dia berlalu naik.

“Hei jangan terus tidur!!! Solat dulu!!!” teriak Datin Jasmine lagi. Dia kemudian segera menuruni anak tangga menuju kearah Nek Jah.

“Aaaaaaaaaaaaaaahhhh…” kali kedua dia menjerit, habis terpelanting beg tangan Gucci yang dibimbit dari tadi. Figura dihadapanya lebih menyeramkan dari tadi.

“Saya pun tak tidur datin” jawab Nek Jah mendatar.

“Kenapa??” soal Datin Jasmine kembali cuba mengumpul semangatnya yang hilang.

“Entah anak datin tu, habis dipaksanya saya cerita kisah cinta saya, terpaksalah saya cerita” Jelas Nek Jah secara ringkas sambil dia beberapa kali menguap menahan ngatuk.

“Hah? Qayyum??? Cinta?” Datin Jasmine mengaru kepalanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku