Awak Kat Mana?
Bab 27
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
570

Bacaan






Kedua-dua kakinya bersilang di atas meja kopi itu sambil digoyang-goyangkan ke atas dan ke bawah.

Sekali-sekala kedengaran gelak tawanya memenuhi ruangan itu, tangannya tidak berhenti mencapai popcorn dalam balang kaca besar yang diletakan di tepinya.

Di capai remote televisyen, dipicit-picit butang untuk menambah volume agar dia dapat mendengar rancangan itu dengan lebih jelas lagi.

Tiba-tiba pintu dihadapannya dibuka, seorang wanita lengkap berpakaian baju kurung Pahang masuk dan menghempas pintu dengan kuat.

Senyuman Maira mula hilang sedikit demi sedikit apabila melihat wanita berkenaan.

Matanya kembali menatap screen televisyen dihadapannya itu. Dia membiarkan wanita itu merenungnya tajam.

Lama.

“Kenapa kau tak datang? Kau boleh bersenang lenang dekat sinikan? Aku tak fahamlah dengan kau ni Maira!!”Jerkah wanita dihadapanya itu sambil membaling goodies bag yang dipegang dari tadi ke arah Maira. Wafaa mempersoalkan ketidakhadiran Maira ke majlis Indah untuk kali keduanya berturut-turut.

“Perlu ke aku datang? Semata nak tengok sandiwara dunia huh?” sinis jawapan yang diberikan Maira kepada Wafaa.

Serta-merta mengubah air muka Wafaa. Dia terus merenung tepat ke wajah Maira.

“Apa masalah kau ni hah? Oh ya aku lupa kau tu memang dari dulu memang minat dengan Nazim kan? tapi sayang Nazim tak minat dengan kau. Jeleslah ni? Kau ni memang pathetickan?” gelak Wafaa yang nadanya lebih kepada cubaannya untuk memprovokasi Maira.

Maira memaling wajahnya dari screen televisyen itu , duduknya dibetulkan agar dia dapat merenung wajah Wafaa dengan lebih jelas.

Pelahan dia kemudian berdiri dekat dengan wajah Wafaa sambil berbisik.

“Lagi bagus jadi pathetic daripada jadi manusia hipokrit macam kau” nada suaranya yang perlahan itu menyebabkan Maira memandangnya dari atas ke bawah, keningnya ternaik-naik tanda marah.

“kenapa pandang aku macam tu? takut? marah?”bisik Maira lagi lalu berlalu pergi, serentak itu juga dia membaling remote televisyen yang di genggam dari tadi kearah dinding berhampiran.

Nafas Wafaa turun naik menahan geram, segera dia duduk agar hatinya menjadi sedikit tenang.

“Paannnnggggg….” Kedengaran pintu dihempas dengan kuat dari tingkat atas, menambahkan sakit hatinya.

Dia sudah penat melayan kerenah Maira yang semakin hari semakin melampau. Persandingan kawan sendiri pun dipulaukan.


******************************************************************************************


“ Nadia!!” tangannya melambai-lambai ke arah pelayan wanita bebadan keding itu. Tergesa-gesa Nadia belari-lari menuju ke meja paling hujung di café itu.

“Ya Encik Qayyum” di perhatikan riak wajah Qayyum yang serius itu, bimbang jika dia ada melakukan sebarang kesalahan sehingga dia dipanggil dalam waktu-waktu puncak begini.

“Tolong saya boleh?” Soal Qayyum kembali. Dengan segera Nadia menganggukkan kepalanya tanda setuju.

“Ok pertama tolong saya, minta pada kak Salmi file sale untuk bulan lepas dan bulan ini. Boleh?”

“Boleh..boleh Encik, small the pieces je tu” serentak itu juga dia memetik jarinya tanda mudah sahaja untuk melaksanakan pertolongan itu.

Lega rasanya apabila dia sedar rupa-rupanya Qayyum hanya mahu meminta pertolongannya.

“Bagus, bagus. Ok, pertolongan yang kedua, saya nak tanya..” dahinya berkerut-kerut apabila kata-kata Qayyum terhenti seketika.

“Tanya apa, Encik?” soal Nadia kembali.

“Apa pendapat awak tentang…tentang bercinta dengan bini orang?” Soal Qayyum lalu melemparkan senyuman ke arah Nadia.

Tiba-tiba dia merasakan peluh dingin membasahi dahinya.

Ah sudah Encik Qayyum ni dah jatuh cinta pada dia ke?.

Semakin berkerut-kerut dahinya. Dia cuba mengingat kembali.

Setahu dia semua pekerja wanita di sini semuanya belum berkahwin termasuklah kak Salmi. Jadi secara logiknya dia lah satu-satunya yang sudah berkahwin disitu.

Adakah bini orang yang dimaksudkan Encik Qayyum itu dia?.

Mulutnya terlopong luas apabila memikirkannya. Tak sangka Encik Qayyum menyimpan perasaan padanya. Nadia sudah tersengih-sengih sendirian.

“Eh, saya tanya ni, apa pendapat awak?” Soal Qayyum lagi. Matanya masih menatap wajah Nadia menanti jawapan.

“Pendapat saya, kalau encik dah suka nak buat macam mana. Yelah kalau ikutkan benda ni berdosa encik tapi tak apa kita boleh bincang kalau encik betul-betul jatuh cinta” nyata Nadia lagi, senyumannya semakin lebar sambil jari-jarinya dimain-main.

“Huh??? Kita? Bincang?” soal Qayyum kembali kebingungan dengan pendapat yang diberikan Nadia.

“Eh lain macam benar pendapat awak ni. Dahlah pergi ambil file yang saya minta tadi” pinta Qayyum, lain yang ditanya lain pula dijawab wanita itu.

“Er baik-baik encik” segera Nadia bergerak menuju ke arah hadapan cafe sambil dia menyanyi-nyayi kecil

“Qayyum..” satu suara garau menyapa Qayyum. Segera dia mengalih pandangannya ke arah susuk tubuh tersebut.

“Ayah…”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku