Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8790

Bacaan






Puan Anis sibuk di dapur menyiapkan sarapan pagi untuk anak tunggalnya Danial Amsya. Dia tahu Amsya suka sangat bersarapan dengan roti bakar dan telur masak separuh. Bau roti bakar telah menusuk kerongga hidungnya. Dia tahu ummi sedang menyediakan sarapan untuknya. Dia menuruni anak tangga menuju ke ruang dining yang sudah terhidang sarapan di atas meja makan marmar lapan kerusi, di tariknya kerusi lalu melabuhkan punggungnya cepat benar tangannya mencapai roti bakar yang telah disapu mentega ke mulutnya.

“Amsya baca bismilah dulu” tegur puan Anis.

“Dah bacalah ummi”

“Hari ni kamu kerja ke?” soal umminya.

“Taklah ummi tiga hari cuti semalam baru balik outstation itulah semalam terus datang sini, kalau kerja Amsya balik Damansara aje lah”.

“Ummi ada nak pergi mana-mana ke hari ni? boleh Amsya bawa”

“Tak pergi mana-mana pun”

“Apa kata tengah hari ni ummi tak payah masak kita makan kat luar jer?”

“Boleh juga dah lama anak ummi ni tak belanja ummi” jawab si ibu menyindir.

Amsya tersenyum dengan sindiran ibunya, memang dah lama dia tidak keluar dengan umminya, asyik sibuk dengan kerja sahaja tidak pun sibuk dengan kekasih hatinya Tengku Umairah.

“Bulan ni ummi dah pergi hospital check jantung ummi tu?” soalnya dengan tertib.

“Dah, doktor kata ummi sihat. Kenapa Amsya risau?”

“Eh, ummi ni mestilah risau Amsya sayang ummi”

“Kalau sayang ummi kamu kahwin ada juga orang boleh jaga ummi kalau kamu tak ada”

Amsya tersenyum apa lagi terbayanglah wajah kekasihnya itu, rindu pula dia pada Tengku Umairah dah seminggu tak jumpa buah hatinya semalam baru balik outstation di Kertih.

“Kamu masih berkawan lagi ke dengan budak….siapa nama dia? Soal ummi

“Tengku Umairah” jawabnya selamba

“Ummi tak berapa berkenan dengan Umairah tu, nama cantik tuan pun cantik yang ummi tak suka pakaian dia tu.Kadang-kadang tak cukup kain, tak cukup benang terbelah sini terdedah sini. Eh! Tak ada orang lain ke Amsya? Malulah ummi nak jadikan menantu macam tu”. Omong Puan Anis pada anak tunggalnya itu. Berdesing juga telinga Amsya dibuatnya.

“Habis ummi nak yang macam mana?”

“Yang bertudung, sopan santun hormat orang tua, hormat kamu bila kahwin nanti. Ini tidak belum kahwin lagi kamu dah dikontrolnya. Jantung ummi boleh terhenti kalau kamu kahwin juga dengan dia.” Makin merah telinga Amsya mendengar kata-kata umminya.

“Aduh, macam mana ni aku sayang dia. Ummi pula tak suka” bicara hatinya.

“Nak mudah lagi kamu cari orang yang tak kerja, bukan kamu tak mampu pun nak tanggung isteri kamu nanti. Kamu tu kerja Oil and Gas di Petronas gaji beribu-ribu”.

Alia dan Ashraf sampai di rumah peninggalan arwah papa dan mamanya di Punchong. Pintu pagar automatik terbuka dia terus menekan minyak kereta Hyundainya ke perkarangan banglo mewah dua tingkat dilengkapi dengan kolam renang tersadar dua buah kereta Hurrier dan BMW X6 milik papanya di garage. Satu ruang parking untuk Merdeces Brabuss kosong dia teringat kereta itu dipandu papa sebelum berlanggar dengan sebuah lori balak menyebabkan dia kehilangan dua insan yang dikasihinya. Berlinangan airmatanya mengenang peristiwa itu, Ashraf disebelahnya mengosok bahu kakaknya kemudian memegang erat tangan kakaknya, dia tahu beban berat yang terpaksa ditanggung oleh kakaknya itu.

Mereka keluar dari kereta, dua insan yang dianggap seperti ibubapanya sendiri sudah tercegak di pintu utama rumahnya menyambut mereka. Alia terus berlari anak mendapatkan Mak Tim dan Pak Majid mereka bersalaman dan berpelukkan. Terasa pilu dan sedih menyelubungi mereka semua. Mak Tim dan Pak Majid membawa mereka masuk ke dalam rumah, di perhati setiap ruang rumahnya terpandang gambar arwah tergantung didinding dan kerusi yang selalu didiami papanya airmata dua beradik itu sekali lagi mengalir dipipi sunyi hiba seketika hanya tangisan didengari.

“Sabar nak, ini ujian Allah. Allah lebih sayangkan mereka, doakan mereka aman di sana”. Pujuk Pak Majid menenangkan mereka. Airmata dikesatnya Alia mengukir senyum pada Pak Majid dan Mak Tim, faham benar mereka apa yang terjadi pada keluarga majikannya. Alia dan Ashraf diangap macam anak sendiri dijaga dari kecil lagi.

Mak Tim telah menyediakan makan malam untuk mereka semua. Alia dan Ashraf memandang dua kerusi makan yang menjadi tempat kebiasaan ibubapanya direnung kerusi itu lama-lama terbayang wajah mama dan papanya terdengar gelak tawa mereka. Teringat usikkan papa mencuit hati dek kala mereka makan bersama, papanya seorang periang dan selalu buat mereka ketawa bila bersama. Suasana memecah sunyi apabila Alia bersuara

“Pak Majid dan Mak Tim tinggal saja kat sini”

“Kamu berdua pula macam mana?” soal Pak Majid

“Macam biasalah, along akan tinggal di rumah along dan Ashraf akan kembali menyambung pelajarannya, esok along dah mula kerja, Ashraf pun nak balik asrama esok.”

“Pak Majid jangan risau belanja abang Hairi di Egypt, along akan uruskan seperti biasa”.

“Terima kasih along, Arshraf kamu sekeluarga memang baik. Tak tahulah macam mana nak balas jasa baik kamu semua”.

“Pak Majid, Mak Tim kita kan satu keluarga, ini juga mungkin jasa-jasa Pak Majid dan Mak Tim yang berkhidmat dengan papa dari Arshraf belum lahir lagi. Abang Hairi tu abang kami satu susuan lagi”. Balas Arshraf.

Pak Majid dan Mak Tim bersenyum bangga dengan anak buahnya itu. Walaupun dibesarkan dari keluarga yang mewah tapi ibubapanya berjaya mendidik mereka menjadi anak-anak yang baik.

“Esok Arshraf nak Pak Majid hantarkan ke UIA?”

“Tak payah Pak Majid, Arshraf akan bawa kereta BMW, kereta Herrier tu Pak Majid pakailah nak pergi ke mana-mana”. Terang Alia Nasuha.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku