Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8958

Bacaan






Awal pagi lagi Lia sudah bersiap untuk ke pejabat, seperti biasa dia berpakaian kemas gaya seorang koporat. Dia tersenyum melihat wajahnya dicermin diucapnya setiap kali melihat dirinya dicermin “AlLahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.” Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku. Dia memperbetulkan tudung yang dipakainya, usai bersiap Alia mengambil handbagnya lalu turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Mak Tim sedang menyediakan sarapan pagi.

“Mak Tim, Alia pergi dulu ya”

“Alia tak makan dulu ke?” soal Mak Tim seperti anak sendiri.

“Tak apalah nanti Lia makan kat luar, takut jemlah Mak Tim nak sampai ke Putrajaya”.

Alia Nasuha bersalam dan memeluk Mak Tim seperti ibu sendiri seperti selalu dilakukannya.

“Adik kamu dah bangun ke?”

“Dah, tengah bersiap tu”.

Dia melangkah ke pintu utama tombol pintu ditariknya. Tiba-tiba Arshraf memanggilnya

“Along sekejap” Arshraf berlari menuruni anak tangga dengan pantas, cemas.

“Kenapa dik?” Tanya Alia sedikit terkejut.

“Tengok gambar ni” Arshraf menghulur sekeping gambar, gambar itu bertukar tangan.

“Siapa ni?” Balas Alia kehairanan melihat gambar seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

“Entah, Arshraf jumpa dalam bilik papa”

Pak Majid yang baru masuk ke dalam rumah dilihatnya dua beradik itu berpandangan.

“Ada apa ni?” tanya Pak Majid.

“Pak Majid kenal tak perempuan dalam gambar ni?” tanya Alia meminta kepastian.

Pak Majid mengambil gambar itu lalu dilihatnya, dia teringatkan sesuatu. Dia memanggil isterinya. Mak Tim menghala ke arah mereka bertiga.

“Ada apa bang?” soal Mak Tim pada suaminya. Pak Majid menghulur gambar pada isterinya diambil dan dilihatnya. Dia memandang Pak Majid kemudian ke arah dua orang anak buahnya itu.

“Mak Tim kenal ke?” Soal Alia. Mak Tim menggelengkan kepala, diam seketika. Tiba-tiba Mak Tim bersuara.

“Mama kamu pernah tunjuk gambar ni pada kami, katanya itu mak tiri dia”.

“Mama ada mak tiri? Jadi atuk kahwin dualah” soal Arshraf

“Iyalah, mama kamu kata atuk kamu ada seorang anak lelaki tapi mama kamu tak pernah jumpa pun abang tirinya, bapa saudara tiri kamu”. Jelas Mak Tim.

Alia dan Arshraf berpandangan, Arshraf menggangkat bahu. Lia juga berbuat begitu, Alia mengambil semula gambar itu dari Mak Tim. Diserahkan kembali kepada adiknya.

“Simpan balik gambar ni dik” Arahnya.

Alia sekali lagi bersalam dengan Pak Majid dan Mak Tim serta adiknya itu dicium pipi adiknya itu selepas Arshraf bersalam dengannya. Alia terus menekan pedal keretanya meluncur meninggalkan banglo mewah itu seketika. Dia menuju ke pejabatnya di Putrajaya Presint 15.

Melangkah masuk ke pejabatnya dengan ucapan bismilah bagi menguatkan semangat. Langkah pertamanya menuju ke bilik papanya. Terpapar dimuka pintu bilik ‘Pengarah Urusan’ Lia memegang tombol lalu membukanya sayu tak kala melihat ruang legar pejabat papanya yang tersusun rapi dengan buku dan fail-fail di dalam almari kayu jati. Dia mengambil tempat kerusi pengarah urusan dia memejap mata seketika mengimbas kembali kenangan bekerja dengan ayah sendiri, tak kala pertama kali menjejak kaki ke syarikat papanya setahun setengah yang lalu.

“Lia, tak lama lagi Lia akan duduk di kerusi ini mengantikan tempat papa. Papa nak bersara dan memberi peluang kepada anak muda macam Lia menerajui syarikat papa. Lia perlu buktikan pada semua orang anak papa ni boleh berjaya macam papa”.

Itulah kata-kata yang diluahkan oleh papanya sebelum dia mula bekerja di situ. Dia mengingati lagi kata-kata papanya.

“Papa mahu Lia cari seorang suami yang tidak kenal siapa Lia sebenarnya untuk menerajui syarikat papa bersama Lia dan Arshraf”

“Lia mesti bermula dari bawah, nanti papa suruh Syafikah tolong Lia uruskan semuanya. Lia mesti jaga Syafikah baik-baik dia pekerja yang baik dan jujur dah empat tahun dia bekerja di sini dia rajin dan amanah”.

“Assalamualaikum Cik Alia Nasuha, selamat kembali HH Holding Sdn.Bhd”

Lamunan Alia terhenti apabila Syafikah memberi salam dan mengucap selamat datang padanya. Dia tersenyum melihat gadis manis didepannya itu dengan wajah yang ceria selalu.

“Waalaikummussalam, terima kasih Syafikah”.

“Lia, kau ok ke?” tanya Syafikah selaku seorang sahabat

Lia menggangguk. “Aku mesti kuat Syaf, aku nak kau sentiasa ada dengan aku untuk terajui syarikat”.

“InsyaAllah aku akan bantu kau”.

“Jom masuk bilik saya” Arah tuan kepada pekerjanya.

Syafikah mengikut langkah Alia dari belakang menuju ke biliknya. Biliknya tidaklah sebesar bilik papanya, tapi cukup cantik semua tersusun rapi. Ini semua kerja-kerja Syafikah yang melakukannya, betul kata papanya Syafikah pekerja yang rajin dan bertanggungjawab serta komited. Dia menarik kerusinya lalu melabuhkannya Syafikah duduk di depannya.

“Ok Syaf kau teruskan”

Syafikah menjalankan tugasnya sebagai setiausaha dan membaca semua kerja-kerja yang akan dilakukan oleh bosnya itu.

“Cik Lia, saya telah aturkan pertemuan cik Lia dengan Arkitek Shukri pada pukul 3.00 petang di pejabatnya. OD syarikat untuk projek arpartment di Sepang telah diluluskan oleh pihak Public Bank sebanyak 50juta. Kebanyak pelan telah siap hanya menunggu untuk di sign. Semua projek di tapak bina setakat ini berjalan mengikut jadual. Mesyuarat Lembaga Pengarah akan berlangsung pada hari Khamis ini jam sepuluh setengah pagi.”

“Ok,Syaf pukul satu kita keluar pergi lunch kemudian kita terus ke KLCC pejabat arkitek. Satu lagi saya nak semua fail projek ada diatas meja saya dan approval bank”.

“Baik Cik Lia, ada apa-apa lagi?” tanya PAnya.

“Panggil akauntan masuk. Terima kasih Syaf, awak boleh sambung kerja”.

Lia telah menekan butang on laptop papanya dibuka satu persatu fail, di select akaun syarikat. Satu persatu sheet dibuka dia meneliti akaun syarikat sebelum ini tiada satu pun yang mencurigakan. Namun akaun itu hanya di up-date setakat tiga minggu yang lepas sebelum papanya meninggal.

“Kenapa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian papa dan mama” bisik hatinya apabila debaran dijantungnya begitu kencang.

Tuk, tuk, tuk…terdengar biliknya diketuk.

“Masuk” jawabnya sepatah

“Cik Lia panggil saya?” kata Zuraidah, merupakan akauntan syarikatnya.

“Duduk Puan Zuraidah” Arahnya.

“Sudah berapa lama puan Zuraidah bekerja dengan papa Lia?”

“Dah lebih sepuluh tahun”

“Bagus, papa amat percaya pada Puan”

“Terima kasih, Cik Lia tak payah panggil saya puan, panggil saya kak Zura, saya kekoklah cik Lia panggil saya begitu”

Lia tersenyum dan mengangguk kepalanya.

“Kenapa Kak Zura tak up-date akaun ke laptop papa?”

“Kak Zura dah link tak masuk ke? Jawabnya berkerut kening

“Tak, kak zura buat sekali lagi, selepas ini kak Zura kena up-date setiap hari untuk saya”

“Baik Cik Lia, tarikh berapa hari bulan yang tidak masuk”

“Dalam rekod papa setakat 10hb, tapi saya nak juga berapa yang telah dileburkan akaun pelaburan untuk semua projek.”

“Ok Cik Lia, kak Zura akan up-date”

Zuraidah bangun terus keluar dari bilik bosnya. Lia terus meneliti semua fail yang ada dalam laptop papanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku