Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6652

Bacaan






Alia Nasuha meneliti beberapa pelan yang berada di atas meja, satu persatu diperiksanya. Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan selepas di Blue Print. Dia memang pantang buat kerja dua kali merugikan kos blue print dan melambatkan kerja. Ada beberapa gambaran yang tidak jelas dalam pelan yang ditelitinya. Dia menekan butang intercom tut…

“Ya Cik Lia” Jawab setiausahanya Syafikah

“Syaf kau panggil Malik masuk”

Selang beberapa minit pintu biliknya di ketuk. Malik masuk terus ke mejanya.

“Duduk Malik” Arahnya. Malik menarik kerusi lalu duduk didepan bosnya itu, dipandang Alia tanpa berkelip. Lia memandangnya memberi satu senyuman manis.

“Pelan ini Malik yang buatkan?” Soal Alia.

“Ya Cik Lia” Jawabnya

“Malik, awak ok ke kalau saya panggil awak Malik atau nak Lia panggil abang Malik”

“Saya tidak kisah Cik Lia nak panggil saya apa, walaupun saya ni lebih tua sikit dari cik Lia” terang Malik.

“Kadang-kadang saya susah juga nak panggil staff-staff yang lain sebab kebanyakkan dari kamu semua lebih tua pada saya. Kan kalau saya panggil nama saja macam tidak hormat pula.”

“Kami semua faham cik Lia. Cik Lia bos kami.”

“Ok kita teruskan, saya sudah teliti pelan ini tapi ada beberapa gambaran yang tidak jelas. Pelan ini merupakan bangunan ubahsuai jadi saya mahu tahu mana dinding yang perlu diroboh dan dinding yang kekal… sebabnya tidak ada dotted line mungkin Malik lupa. Dan satu lagi pelan sanitary juga saya tidak jelas. Saya mahukan pelan asal untuk saya membezakan mana perubahan baru dan mana yang lama. Biasanya kalau pelan ubahsuai pelan infra perlu ke?”

“Baik Cik Lia nanti saya baiki semula, pasal pelan infra itu saya akan checking dulu”

“Saya tengok dalam fail borang CF tidak ada, nanti minta dengan owner. Projek ini sudah refer C&S?

“Sudah Cik Lia”

“Saya mahu tengok report C&S. Kamu ambil semuanya dulu dan baiki semula.”

“Baik Cik Lia terima kasih, saya keluar dulu”. Malik mengambil pelan atas meja Alia lalu keluar dari bilik bosnya. Itulah Lia, pengalaman satu tahun di firm arkitek di UK membuatkan dia lebih berpengalaman. Tiba-tiba intercom biliknya berbunyi dijawabnya.

“Ya Syaf ada apa?”

“Ada dua orang Inspektor Bukit Aman nak jumpa Cik Lia”

“Kenapa, ada apa?” Soal Alia cemas. Jantung mula berdebar.

“Entahlah Lia aku pun tak pasti, katanya nak jumpa kau”

“Suruh dia masuk, kau pun masuk sekali”. Terkejut juga Lia dibuatnya berdebar pun ada kenapa polis Bukit Aman nak jumpa dia.

Syafikah memasuki bilik Alia bersama dua orang Inspektor. Lia bangun menyambut kedatangan pegawai polis itu.

“Cik Alia Nasuha binti Helmi” Soal Salah seorang pegawai itu.

“Ya saya” Jawabnya

“Saya Inspektor Azlan dan ini Inspektor Marzuki”

“Sila duduk” Pelawa Alia kepada dua orang pegawai polis itu. Syafikah berdiri disebelah Alia.

“Ada apa tuan mahu jumpa dengan saya dan apa yang boleh saya bantu?” Tanya Alia dengan penuh hairan. Dua orang Inspektor tadi memandang Syafikah seolah-olah bertanya sesuatu.

“Tak apa dia PA saya, tuan boleh jelaskan kepada saya apa sebenarnya”

“Cik Lia sudah bersedia, saya harap Cik Lia tidak terkejut”

Berdebar juga jantunnya bila mendengar sambil mengangguk kepala dia menjawab “Baiklah tuan, teruskan.”

“Pihak kami telah meneliti kereta yang dipandu oleh En.Helmi… terdapat kesan potongan ditali break kereta Mercedes Brubus milik En. Helmi”. Lia terkejut lalu memandang Syafikah, sedikit sebak mendengarnya, Syafikah mengangguk kepala.

“Jadi, tuan mahu bagitahu saya bahawa kemalangan yang berlaku ke atas kedua ibubapa saya di sabotaj?”

“Ada kemungkinan, En.Helmi ada musuh ke? Soal Inspektor Marzuki. Sebak menyelubungi perasaannya ketika itu. Dia mengeluh panjang.

“Ya, Allah…Setahu saya papa saya tidak ada musuh”

“Adakah Cik Alia Nasuha terus buka kes ni?”

“Ya, sudah tentu saya mahu tahu siapa punya angkara jika betul apa yang dikhabarkan oleh tuan”

“Pihak kami mahukan kerjasama daripada pihak Cik Alia untuk menyiasat kes ini.”

“Baiklah saya setuju bekerjasama dengan pihat tuan. Saya juga akan siasat kes ini”

“Baiklah Cik Alia, Jika ada apa-apa kami datang lagi untuk siasatan selanjutnya. Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama Cik Ali.Kami beransur dulu.”

“Sama-sama” Alia bangun menghantar dua pegawai polis itu ke pintu pejabatnya. Dia kembali semula ke kerusinya. Dia pandang Syafikah dengan seribu pertanyaan.

“Syaf kau duduk dulu” Arahnya.

“Kau tahu apa-apa ke Syaf?”

“Maaf Lia, aku tak tahu apa-apa”

“Kau rasa betul ke papa aku kena sabotaj, tapi angkara siapa?”

“Aku pun tak tahulah Lia” Syafikah terkejut mendengar berita itu.

“Ok, macam ini kau mesti tolong aku dalam kes ini. Aku tidak mahu siapa-siapa tahu termasuk semua staf kita. Aku akan siasat sendiri.”

“Kau nak buat apa Lia?” Soal Syafikah cemas

“Kau janganlah cemas sangat. Aku tahulah apa nak buat, kau tunggu dan ikut arahan aku?”

“Shaf, satu lagi tolong cancel dulu mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga aku bagitahu”

“Baik bos, arahan diterima” Syafikah membuat gaya seorang pegawai polis dengan tabik hormat.

“Sudah…sudah… kau boleh keluar” Arahnya sambil tersenyum ke arah Syafikah.

Malam itu Lia tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih berfikir kata-kata pegawai polis tadi bahawa papa dan mamanya kemalangan disebabkan sabotaj dan ini merupakan kes jenayah bunuh. Direnungnya seketika apa yang harus dia buat.

Dia menolog luaran “Kenapa hari itu papa dan mama mahu balik Terengganu, siapa orang terakhir papa jumpa, di mana kali terakhir papa parking kereta dia?. Ini yang aku mesti cari. Perlu bagitahu Arshraf atau tak. Arshraf perlu tahu”. Dia mengambil telefonya terus mendail nombor adiknya.

“Hello, kak long apa khabar?”

“Alhamdulilah, adik sihat ke?

“Ok. Ada apa long?”

“Along nak bagitahu sesuatu, adik jangan terkejut pula”

“Ok. Apa dia?”

“Tadi ada dua orang pegawai polis datang office bagitahu along bahawa kereta papa ada kesan tali break dipotong” Jelas Alia pada Arshraf.

“Jadi maksud along kemalangan yang berlaku pada papa dan mama dirancang?”

“Yap. Persoalannya siapa punya angkara”.

“So macam mana kak?”

“Nanti kita jumpa kita bincang, tidak boleh cakap dalam telefon ni. Nanti along telefon adik ok tapi adik jangan bagitahu siapa-siapa”.

“Ok. adik faham. Bye”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku