Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(24 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7038

Bacaan






Alia Nasuha bangun seawal enam pagi, kebiasanya hari-hari minggu begini dia dan teman-temannya selalu berjoging. Usai sembahyang subuh dia memakai seluar trek dan baju t-shirt serta sweather nipis dan sehelai kain tuala kecil. Dia keluar dari biliknya kemudian mengetuk bilik sahabat-sahabatnya itu. Dia melaung dari luar bilik teman-temannya.

“Cepatlah sikit, kau orang ni make-up ke apa, nak pergi jogginglah”

“Tunggulah, kita bukan macam kau, tak pakai bedak pun dah nampak cantik” jawab Mimi

“Kau perli aku ke? Mentang-mentanglah aku tak ada kekasih”

“Kau tu bukan tak ada orang nak,, tapi jual mahal” Bidas Syafikah

“Hah…, itulah kau orang tak tahu yang mahal memang susah nak dapat”. Jerit Alia lgi.

“Kau jangan Lia nanti jadi andartu” Kali ini laungan dari Farhana.

“Eh! Aku baru 25tahun, muda lagilah, cepatlah sikit” laungnya kali lebih keras suaranya.

Mereka bertiga keluar dari bilik masing-masing.

“Kau ni poyolah Lia”. Kata Mimi pada Alia.

“Poyo apanya sudahlah jom kita pergi”. Lia terus melangkah menuruni tangga loteng rumahnya diikut teman-teman yang lain.

“Nak pakai kereta siapa ni?” Soal Hana

“Kereta siapa lagi… kereta akulah” jawab Alia

“Nanti kalau pergi dengan kereta kau orang, minyak claim dengan aku juga. Dahlah rumah aku bagi free tak ambil sewa pun”

“Kau tidak apalah Lia, kau kaya. Kau tolong orang kau dapat pahala, amal jariah tahu Lia” Bidas Hana.

“Pandailah kau” Jawabnya selamba

Mereka semua memasuki kereta Alia menghala ke trek jogging di taman wawasan persint 2 Putrajaya. Sesudah memanaskan badan dan mengeluarkan peluh hampir satu jam mereka berehat di tepi tasik Putrajaya.

“Kita nak pergi makan di mana ni?” Soal Syafikah dengan suara kepenatan.

“Ikut suka hati kau oranglah aku bawa jer” Jawab Lia termengah-mengah. Sambil berbual-bual nada handphone Alia berdering. Lia mengeluarkannya dari poket baju sweather, dilihatnya di Skrin tertera nama Zafrul, lalu menjawabnya.

“Hello, Assalamualaikum” Jawabnya dengan suara kepenatan”

“Waalaikummussalam. Lia kat mana?” Soal Zafrul apabila mendengar suara putus-putus Alia kepenatan.

“Baru sudah jogging, kenapa abang?” Tanya Alia

“Patutlah bunyi lelah jer…Lia free tak hari ni?”

“Freelah abang hari-hari minggu ni, tak ada program apa pun. Kenapa?”

“Manalah tahu Lia ada date dengan pakwe?” Jawab Zafrul menguji Alia.

Lia tergelak dengan kata-kata Zafrul, dengan selamba dia menjawab.

“Aduh, bestnya kalau betul Lia ni ada pakwe. Siapalah mahu pada Lia ni bang?”.

“Kalau Lia free abang cadang nak jumpa Lia, boleh ke?”

“Boleh sangatlah, ada apa sebenarnya bang?” Soalnya sedikit ragu jarang sekali Zafrul mengajaknya keluar. Kalau keluar pun pasal kerja.

“Kita bincang bila jumpa nanti. Kita jumpa di Putrajayalah dekat dengan rumah Lia.”

“Ok. Pukul berapa?”

“Pukul 4.00petang, nanti lokasi abang bagitahu kemudian”.

“Ok. Bye”. Lia memutuskan perbualannya dia terfikir sejenak. Pasal pelan RC, ada masalah ke?” bisik hatinya.

“Siapa telefon” Tanya Mimi apabila melihat wajah Alia memikirkan sesuatu.

“Zafrul. Syaf pelan RC untuk projek di Sepang dah siap ke?”

“Eh…, Dah siap ada atas meja kau, kau tak tengok lagi ke? Kenapa?” Jawab Syafikah.

“Zafrul telefon aku nak jumpa petang ini, kau ikut sekali tau. Aku takut ada masalahlah projek tu?”

“Aku rasa tidaklah, mungkin pasal benda lain kot. Kau ni janganlah gelabah sangat”. Jawab Syaf menenangkan bosnya.

Petang itu sebagaimana yang dijanjikan Alia memecut kereta Sonatanya ke tempat yang dinyatakan oleh Zafrul iaitu di Marriott hotel. Tepat jam 4.00petang Lia sampai di lobi hotel dilihatnya Zafrul sedang menunggu. Dia menghampiri Zafrul.

“Hi, Lia” Sapa Zafrul

“Hi, sudah lama abang sampai?”

“Baru saja tidak panas punggung lagi” Gurau Zafrul. Lia dan Syafikah tersenyum.

“Jom kita ke café”. Ajak Zafrul ke café hotel. Zafrul mencari sudut meja yang membolehkan mereka berbincang tanpa gangguan. Dia memilih meja ditepi cermin.

“Ada apa abang Zafrul nak jumpa Lia?” soalnya sejerus melabuhkan punggungnya dikerusi.

“Kita order makanan dulu”.Jawab Zafrul sambil melambai tangan ke arah waiter. Waiter itu menghala ke arah mereka dua keping menu dibawa bersama. Diserahkan satu ke arah Zafrul dan satu lagi kepada Alia. Alia meneliti menu kemudian menunjukkannya kepada Syafikah.

“Lia nak makan apa?” Soal Zafrul

“Lia masih kenyang lagi tidak mahu makan. Lia mahu aiskrim jea, Syaf nak chicken chop dan air lemon tea” bagitahu Alia pada Zafrul sambil menunjuk gambar ais krim yang dia inginkan..

“Bagi… Lamb chop black paper, chicken chop, lemon tea, Jus apple dan aiskrim no.5” pesan Zafrul pada waiter itu. Waiter tadi terus mencatat pesanan dan mengambil menu kemudian berlalu dari situ.

Zafrul memandang tajam ke arah Alia dihadapannya. Lia memang cantik, manis orangnya takkan orang secantik Lia tidak ada kekasih. Omongnya sendirian.

“Lia, abang Zafrul mahu tanya Lia sejujurnya…Lia ni memang tidak ada boyfriend ke?”

“Sejujurnya jugalah Lia jawab, memang Lia tidak ada boyfriend.Kenapa abang Zafrul tanya Lia macam tu? Terkerut dahinya dengan soalan Zafrul.

“Papa abang mahu jodohkan Lia dengan abang. Lia nak tak?” terang Zafrul berterus terang. Terkejut Lia mendengarnya. Dengan pantas dia menjawab.

“Hah!…tak nak lah Lia” Tersentak juga Zafrul membuatkan matanya dijegilkan mendengar jawapan Alia sepantas itu. Manakala Syafikah menoleh kearah Alia dan mengetawakan sabahatnya itu, sudah dia agak itu jawapan Alia.

“Cepatnya jawab tanpa berfikir, Lia tidak sudi jadi isteri abang ke?” Ujar Zafrul sambil merenung tajam kearah Alia.

“Abang saja mahu uji Lia kan?. Bukan Lia tidak tahu yang abang sudah berpunya. Takkan lah Lia nak kahwin dengan abang pula. Kalau Lia kahwin dengan abang… dibuatnya kita ada masalah, dengan siapa pula Lia nak mengadu, siapa nak bagi semangat pada Lia lagi. Lia sudah anggap abang macam abang sendiri, dari kecil lagi kita kenal”.

Terkejut juga Zafrul dengan jawapan Alia. Dia tidak sangka Alia akan jawab terus terang begitu.

“Betul ke apa Lia cakap? Lia tidak sudi jadi isteri abang. Apa abang nak bagitahu papa nanti?”

“Abang jangan risaulah, nanti Lia yang bagitahu papa Shukri” Jawab Lia dengan mulut sedikit dimuncungnya.

“Lia marah abang ke? Kenapa masam jer ni?” Tanyanya lagi apabila melihat Alia rimas ditanya begitu.

“Lia oklah bang, abang terus jerlah dengan kekasih abang tu. Alah, kalau setakat nak bincang pasal ini cakap dalam telefon pun boleh, tak payahlah jumpa. Ingatkan masalah projek tadi”.

“Lia marah bang jumpa Lia, abang minta maaf kalau Lia tidak selesa.?” Jawab Zafrul memujuk.

“Taklah rugi masa abang jer datang jauh-jauh”. Jawab Lia dengan suara perlahan namun agak keras sedikit bunyinya. Zafrul memandang Alia tidak selesa dengan pertanyaan itu.

“Lia nak cari orang yang macam mana jadi suami Lia?” Soal Zafrul selaku abang.

“Alah abang ni…Lia malaslah nak fikir pasal kahwin. Banyak benda lagi Lia perlu fikir. Lia kalau tidak kahwin pun tak apa, Lia mana ada masa nak layan suami. Heeeeeee…tak kuasa.” Jawab Lia sambil mengertak bahu.

Zafrul tersenyum dan menggeleng kepal mendengar penjelasan Lia.

“Lia, memang macam ini encik Zafrul. Pantang sebut pasal kahwin mulalah datang angin kus-kus dia tu. Terang Syafikah faham sangat dengan perangai teman baiknya itu.

Terdiam seketika Zafrul mendengar penjelasan Syafikah. Zafrul sekadar menganggukkan kepala.

Syafikah mula mengenali Alia pertama kali Alia menjejak kaki di HH Holding setahun setengah yang lalu. Apabila papa Lia membeli rumah yang dia tinggal sekarang kepada Alia, Alia mempelawanya tinggal bersama sejak itu mereka menjadi kawan baik. Semua masalah pejabat dan dirinya dikongsikan dengan Syafikah.

Selesai sahaja makan dengan Zafrul, Alia dan Syafikah menuju pulang ke rumah, belum sempat dia sampai ke rumah. Lia bersuara.

“Syaf kau berhenti kejap”

“Ada apa Lia?” Syafikah memandang Lia rauk wajah Lia nampak serabut benar.

“Kenapa semua orang nak cari jodoh untuk aku hah?”

“Sebab dia orang sayang pada kaulah”

“Aku ni kalau nak cari teman lelaki aku mahu orang itu sanggup kahwin dengan aku dengan syaratnya, dia tidak kenal siapa aku”

“Apa lagi kau nak buat ni Lia?” Soal Syaf, dia tahu apa yang ada dalam kepada Alia. Alia ni bukan mudah dijangka.

“Aku nak menyamar jadi kerani. Siapa yang sanggup kahwin dengan kerani, aku terima orang itu”.

“Ehhhh peliklah aku dengan kau ni”

“Aku mahu lepas ini kalau kita jumpa orang yang tidak kenal kita. Kau jadi aku, dan aku jadi kau”.

“Hoiiii….apa kau ni Lia, macam mana pula aku nak berlakon jadi kau...aku tak pandai berlakonlah Lia!!!”. Jerit Syafikah.

“Kau ikut ajerlah…kau sayang aku kan? Aku tahulah apa aku buat. Banyak lagi perkara yang aku perlu settle. Pasal kes papa pun belum mula… bila nak settle pun tak tahu . Projek apartment baru nak start, yang projek hotel Tok Bali aku tidak pergi jenguk lagi.

“Kau ni macam-macamlah Lia, pening aku dengan kau”

“Eh, kau ni kan, sikit-sikit pening. Aku ni jarang pening kepala sebab itu aku boleh jadi CEO. Papa mungkin sudah tahu kot aku ni macam mana, akukan anak dia. Kalau kau mahu tahu Syaf,… ini amanah papa.”

“Amanah…amanah apa?” sedikit terkejut.

“Papa ada pesan pada aku kalau nak cari calon suami, cari yang tidak kenal aku dan boleh kerjasama dengan aku terajui syarikat HH Holding.” Jelas Alia, dia bertanya lagi.

“Syaf. Kau sudah atur kerja-kerja tapak bina di Sepang tu. Aku sudah bagitahu kau kan? projek tu nak start awal bulan. Esok dua haribulan.Lusa kena start dah?”

“Aku sudah settled semua…Lusa jurukur ke tapak bina dengan site clearing sekali dan pasang holding”

“Bagus, cekap kau ni. Nanti lusa kita pergi sana…jom balik”. Syafikah memecut kereta Hyundai Sonata terus ke rumahnya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku