Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7589

Bacaan






Danial Amsya memasukkan beberapa helai pakaian yang masih tertinggal ke dalam bagasinya. Hari ini dia akan terbang ke Itali selama dua minggu. Usai sahaja mengemas dia terus turun ke tingkat bawah bersama bagasinya. Sebelum turun dia menghubungi Tengku Umairah. Line disambung, tersenyum manis Tengku Umairah melihat diskrin telefon bimbitnya tertera ‘sayangku Amsya’ lalu dijawabnya.

“Hello sayang”

“Hello sayang, abang mahu bagitahu sekarang abang sudah nak bertolak ke Itali dua minggu. Sayang jaga diri tau”.

“Abang ke sana jangan pula nak menggatal dengan mana-mana perempuan mat salleh. Kalau Mairah dapat tahu siap abang” Ugutnya dengan manja.

“Mana ada, Umairah sorang dalam hati abang, jangan risaulah, abang sayang Umairah.” Pujuk manja Amsya pada Tengku Umairah.

“Abang, kita jumpa di airportlah. Umairah tunggu abang di sana?”

“Tak payahlah, kita jumpa nanti abang balik dua minggu lagi, nanti abang telefon sayang bila sampai di sana”. Ujar Amsya. Dia tidak mahu umminya terserempak dengan Tengku Umairah,takut lain pula jadinya.

“Oklah bang…bye…mmmmut” satu cium terdengar dari Tengku Umairah untuk Amsya.

“Bye sayang” Amysa mengakhiri perbualan.

Puan Anis menunggu Amsya diruang tamu rumahnya sambil melirik kearah jam dinding 9.00malam. Dia memandang anak terunanya itu menuruni tangga.

“Amsya sudah siap ke?”

“Sudah ummi”

“Jomlah kita pergi, nanti tertinggal flight pula”

“Nanti kejap ummi. Irfan belum sampai lagi”

“Am janji dengan Irfan ke? Tidak bagitahu ummi pun?” Tanya Puan Anis sambil memandang Amsya disebelahnya.

“Iya, Amsya janji dengan dia, Am tidak beranilah nak suruh ummi bawa kereta jauh-jauh. Ada apa-apa susah pula.” Terangnya sambil memegang lengan Puan Anis.

Sambil mereka berbual-bual terdengar deruan engine kereta diluar halaman rumah mereka..

“Hah, panjang umur sudah sampai pun. Jom ummi” Amsya mengajak ummi kesayangannya itu. Dia memasukkan bagasinya ke dalam kereta Irfan, kemudian dia dan umminya masuki kereta. Kereta Audi milik Irfan meluncur laju ke KLIA.

“Ummi, lusa ummi ada temujanji dengan doktor kena pergi hospital. Amsya minta tolong Irfan hantar boleh?”

“Tak payahlah ummi boleh pandu kereta sendiri bukan jauh pun Bangi dengan hospital Putrajaya tu. Tak payah nak susah-susahkan Irfan.”

“Boleh ke Auntie pergi sorang? saya boleh tolong hantarkan.” Jelas Irfan.

“Tak payahlah kamukan kerja, Auntie boleh pergi sendiri” Tegasnya.

“Baiklah kalau ummi sudah cakap begitu tapi ummi hati-hati sikit”.

Perjalanan mengambil masa selama setengah jam dari Bangi ke KLIA. Sesampainya mereka di sana Irfan mencari parkingberpusing dua kali mencari parkingsemua penuh akhirnya ada sebuah kereta keluar dia terus memasuki petak parking sejerus kereta itu beredar. Mereka keluar dan menghantar Amsya sehingga ke pintu berlepas Antarabangsa.

“Ummi, Amsya masuk dulu ya?” Ujarnya memandang tajam kearah umminya sambil tersenyum.

“Ya, jaga diri baik-baik Am” pesan Puan Anis untuk anak kesayangannya itu. Amsya bersalam dan memeluk umminya dibalas dengan ciuman dipipi oleh si ibu. Dia juga bersalam dengan Irfan.

“Irfan tolong tengok-tengokkan ummi ya, kalau ada apa-apa bagitahu aku”

“Ya, aku tahu kau jangan risaulah, nanti aku jenguk selalu ummi kau”

“Terima kasih Fan. Aku masuk dulu, bye ummi” Amsya melangkah masuk ke ruang pelepasan antarangsa sempat pula dia melambai tangan ke arah umminya satu fly kiss diberikan kepada umminya. Selepas bayangan Amsya hilang dari pandangan. Irfan mengajak Puan Anis balik.

“Jom, Auntie kita balik” Mereka melangkah meninggalkan KLIA. Irfan menghantar Puan Anis ke rumahnya di Bangi.

Dua hari sudah Amsya meninggalkan umminya. Malam itu hujan renyai-renyai Puan Anis mengambil ubatnya didapur dan sebotol air mineral untuk dibawa ke biliknya. Dia merasa kurang sihat dia mengambil telefon bimbitnya diletakkan di atas meja tepi katil. Risau kalau-kalau apa terjadi padanya dia akan segera hubungi Irfan atau hospital. Dia merebahkan badannya untuk tidur.

Alia dan teman-temannya sedang menonton filem aksi dan cinta yang dibintangi oleh Angelina Jolie. Jarum jam diangka sebelas malam Mimi dan Farhana sudah masuk bilik hanya Lia dan Syaf masih lagi menonton. Terdengar guapan dari Syafikah.

“Lia, aku masuk tidur dululah” kata Syafikah lalu bangun menuju ke biliknya.

“Temanlah aku, best cerita ni” Jawabnya sambil memandang Syafikah dengan matanya dikelip-kelip kearah Syafikah.

“Nanti besok kalau lambat kau marah aku Lia” Jawab Syafikah mengerut dahi mukanya dimasamkan.

“Dah pergilah, aku boleh tengok sorang” Jawab Alia sedikit merajuk.

“Kau tu kalau tidur lambat, nanti kau bangun lambat. Tidurlah Lia” Lauh Syaf pada Lia. Alia menjuih bibirnya.

Pagi keesokakan harinya Puan Anis bangun dari tidur terus ke bilik air membersihkan badannya kemudian dia bersolat subuh. Hari ini temujanjinya dengan doktor pukul 9.00pagi. Dia sudah bercadang mahu ke hospital pukul lapan 8.30. Sebelum itu dia menyediakan sarapan untuk dirinya.

Syafikah telah bersiap untuk ke pejabat, hari ini seperti yang dijanjikan dia dan Lia akan ke tapak projek di sepang. Temannya Mimi dan Farhana sudah ke pejabat. Dilihat jam tangannya 8.30pagi.

“Mana si Lia ni tak turun lagi…Lia..Lia” Jerit Syafikah dari tingkat bawah tapi tidak disahut oleh Lia. Dia naik semula ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Lia, pintu bilik tidak dibuka. Dia mengambil keputusan masuk sahaja ke dalam bilik Lia, dia memulas tombol pintu tidak berkunci dilihatnya Lia masih tidur tapi sudah berpakaian lengkap untuk ke pejabat. Dia mengejut Alia dengan suara yang kuat.

“Lia, bangun dah lewat ni, kenapa kau tidur semula” Alia tersedar apabila Syafikah menggoncang bahunya.

“Pukul berapa sekarang ni?”

“Lapan setengah, cepatlah kau tidur lewat semalam kan?”

“Bukan lewat sangat pun, pukul dua jer” Jawabnya selamba

“Ehhh..kau ni Lia, harapkan kau ni majikan aku jer, kalau tak aku dah tinggal kau”

“Iyalah-iyalah aku basuh muka kejap.” Alia bangun menuju ke bilik air membasuh muka selepas itu mengambil bag dan telefon bimbitnya.

“Jom, kita pergi sekarang.” Ajaknya.

Alia Nasuha memecut keretanya ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen dan pelan untuk di bawa ke tapak projek. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

“Syaf, kita tak payah pergi office lah, kau hubungi site supervisor Nizam dan Halim bawa pelan ke sana. Kau hubungi dia orang, kita tunggu di sana”.

Syafikah mengikut sahaja arahan yang di berikan oleh Alia. Dia menghubungi dua rakan sekerjanya itu. Alia memperlahankan keretanya apabila lampu kuning menyala dia terus memberhentikan keretanya sejurus lampu merah menyala gear di tukar ke N. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu. Degummm…keretanya dilanggar, Alia terkejut. Muka nya terus berubah pucat jantungnya berdegup laju.

“Hah…Syaf siapa langgar kereta akuuuu?” Jerit Alia. Tanpa berlengah dia dengan cepat keluar dari keretanya menuju ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang wanita dalam kereta yang melanggarnya dalam keadaan sakit. Dia cepat membuka pintu kereta wanita itu untuk menolong, dengan jelas Alia nampak wanita itu payah untuk bernafas kemungkinan terkena heart attack. Dia memegang wanita itu tetapi keadaan menjadi bertambah cemas apabila deruan nafas wanita itu semakin kuat.

“Sya cepat Syaf” Laung Alia dengan kuat mujur dia masih mampu mengawal akal fikirannya, dalam kedaan begini macam-macam boleh berlaku, dengan laju Syafikah keluar dari kereta

“Kenapa Lia?”

“Syaf, auntie ni kena serangan jantung. Cepat kau alihkan kereta ke tepi. Kunci kereta tu kemudian kau bawa kereta ni kita pergi ke hospital” Arah Alia dengan cemas.

Syafikah mengalihkan kereta Alia, kemudian kembali ke kereta tadi. Alia memapah wanita itu dan meletaknya dibahagian belakang.

“Kau bawa kereta ni Syaf, kita ke hospital…cepat Syaf” Arahnya lagi dengan cemas.

“Auntie sabar ya saya bawa auntie ke hospital…Syaf kau masuk ke kecemasan terus..cepat sikit Syaf.”. Arah Alia cemas melihat keadaaan wanita itu yang sukar bernafas. Syarifah membawa kereta dengan laju dia menekan butang emergency…

Nafas wanita itu sudah terputus-putus Lia cuba menenangkan wanita itu dengan mengosok bahagian dada yang sakit. Syaf memberhentikan kereta di depan pintu kecemasan dia keluar mendapatkan jururawat. Selang beberapa saat dua orang jururawat keluar berlari dengan membawa tracher menuju ke arahnya, dia mengeluarkan wanita itu dua jururawat tadi membaringkan wanita itu ke atas tracher dan diberi bantuan penafasan. Lia mengikut jururawat itu yang menolak wanita itu ke bilik kecemasan. Syafikah mengalihkan kereta ke tempat parking.

Alia mundar-mandir diluar bilik rawatan. Syafikah berhenti dihadapannya dengan termengah-mengah kelelahan kerana berlari, dia menghulurkan bag wanita itu kepada Alia. Alia mengambilnya dicarinya kad pengenalan diri. Terus dia membuat pendaftaran. Tercatat nama di kad pengenalan wanita tersebut Nor Anis binti Abdullah beralamat di Bangi. Dia menyelongkar bag wanita mencari makluman keluarga wanita itu untuk dihubungi. Tapi tidak ada apa yang dijumpainya.

“Syaf kau balik pejabat urus apa yang patut, kau bawa kereta makcik tu dulu. Kau hubungi siapa-siapa ambil kereta aku hantar workshop”. Syafikah meninggalkan Alia sendirian di hospital.

Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan mencari pewaris Nor Anis. Dia bangun.

“Ya saya, doktor bagaimana dengan Puan Anis?’Soalnya cemas

“Tenang Cik, Puan Anis dalam keadaan stabil”

“Boleh saya jumpa dia”

“Boleh tapi jangan banyak bercakap, keadaannya masih lemah”

“Terima kasih doktor”. Lia masuk ke dalam bilik rawatan dia melihat Puan Anis dalam keadaan lemah dan separuh sedar. Dia memegang tangan wanita itu, pegangan tangan Alia dibalas Puan Anis. Puan Anis mengukir senyum kepada Alia, Lia membalasnya. Lia melihat bibir Puan Anis bergerak mungkin ingin memberitahu sesuatu. Lia mendekatkan telinganya.

“Terima kasih nak” itu ucapan yang didengarnya. Lia senyum dan mengangguk kepalanya.

“Auntie rehat dulu, jangan banyak cakap” Nasihat Lia pada Puan Anis.

Satu jam Alia berada dalam bilik wad Puan Anis. Dia ingin bertanya Puan Anis siapa yang perlu dihubungi untuk memberitahu keadaan Puan Anis. Dia menunggu keadaan Puan Anis tenang sedikit, baru dia bertanya. Lia mengusap dahi puan Anis perlahan-lahan sambil senyum ke arah Puan Anis. Lia perlahan-lahan bersuara.

“Auntie, Saya Alia Nasuha” Lia memperkenalkan dirinya. Puan Anis senyum padanya

“Boleh saya hubungi keluarga auntie? saya nak bagitahu yang auntie berada di sini. Siapa boleh saya hubungi?” lembut bicaranya dengan Puan Anis. Puan Anis membuka penutup oksigen dimulutnya.

“Anak auntie” Jawab Puan Anis dengan perlahan tapi masih boleh didengar oleh Alia.

“Auntie ada no dia?” Balas Alia lagi.

“Tengok dalam telefon auntie” . Lia mencari telefon puan Anis sekali lagi dalam bagnya tapi tidak ada.

“Handphone auntie tak ada dalam bag” Lia memberitahu.

“Cuba tengok dalam kereta?”.

Lia menghubungi Syafikah. Line telefon bersambung.

“Hello. Syaf, kau tolong tengok handpone auntie dalam kereta kalau ada kau bawa ke mari”

“Baik Lia”.

“Auntie, suami auntie ada?” Soalnya lembut. Puan Anis menggelengkan kepala. Lia mengangguknya faham dengan maksud Puan Anis.

“Anak auntie kerja dimana?”

“Dia kerja dengan petronas, tapi sekarang dia berada di Itali out station” Terang Puan Anis pada Alia.

“Oh, berapa lama?”

“Dua minggu, dia baru pergi dua hari lepas” Terang Puan Anis pada Alia

“Lia tunggu kawan Lia, tadi dia pakai kereta auntie ke pejabat sekejap. Mungkin handphone auntie ada dalam kereta. Sekarang dia on the way”. Jelasnya kepada Puan Anis.

Beberap minit Alis menunggu Syafikah, tiba-tiba telefon bimbit Alia berdering…

“Hello Lia, kau di mana?” Soal Syafikah.

“Dalam wad tadilah”

Selang beberapa minit kemudian pintu wad dibuka, Syafikah melangkah masuk memberi handphone Puan Anis pada Alia. Alia memperkenalkan Syafikah pada Puan Anis. Lia meminta izin membuka telefon bimbit milik puan Anis.

“Lia aku balik office dulu nanti petang aku datang” Kata Syafikah.

“Ok” Jawabnya sepatah.

“Aunty, siapa nama anak aunty?”

“Danial Amsya bin Zulkarnian. Alia cari my son” Lia mencari nama yang diberitahu Puan Anis. Dia mengambil telefonnya menyalin nombor telefon Danial Amsya di handphonenya. Dia terus menelefon Amsya Line terputus mungkin signal dalam bilik itu kurang jelas mungkin kerana pangilan luar Negara. Lia meminta diri untuk keluar mencari signal. Lia mencuba sekali lagi kali ini line di sambung ring…ring…ring.

Amsya melihat nombor diskrin telefonnya line dari Malaysia. Dia menjawabnya

“Hello” Jawab Amysa

Lia membalas “Hello. Ini En. Danial Amsya bin Zulkarnain?”

“Iya saya, awak siapa?” Soal Amsya

“Saya Alia. Maaf En. Amsya saya nak bagitahu sesuatu tapi encik jangan terkejut” Tiba-tiba jantung Amsya berdebar.

“Ok, apa dia?”

“Puan Anis Abdullah, ibu En. Amsya?” Semakin kencang debaran didadanya.

“Puan Anis sekarang berada di hospital Putrajaya, pagi tadi dia mengalami serangan jantung.

“Macam mana keadaan ummi saya sekarang?” cemas pertanya Amsya

“Tenang En. Amsya, keadaannya stabil”.

Lega rasanya apabila perempuan yang menghubunginya itu menyatakan keadaan umminya stabil.

“Tak apa En. Amsya saya akan tolong En.Amsya jaga puan Anis. Saya diberitahu oleh Puan Anis En.Amsya out station dua minggu di Itali”

“Terima kasih kerana sudi menjaga ummi saya. Siapa nama awak tadi?” Tanya Amsya sekali lagi.

“Nama saya Alia”

“Cik atau puan?”

“Cik” Jawabnya sepatah

“Terima kasih sekali lagi cik Alia tolong sampaikan salam pada ummi saya”. Ucapnya. Mengakhiri perbualan.

Alia masuk semula ke wad. Dia mendekati puan Anis.

“Auntie, En.Amsya kirim salam” Puan Anis menganggukkan kepala.

“Auntie, saya sudah janji dengan anak auntie yang saya akan jaga auntie sepanjang ketiadaan dia”

“Terima kasih Alia, tak menyusahkan Alia ke?”

Lia menarik kerusi yang berada di tepi katil Puan Anis lalu duduk mengadap Puan Anis.

“Tak. Tak menyusahkan pun”. Jawabnya sambil senyum kearah Puan Anis. Mengingatkan Alia pada mamanya.

“Alia kerja ke?” soal Puan Anis

“Kerja aunti”

“Kerja apa?”

Alamak apa aku nak jawab ni…memikirkan jawapan yang perlu dia berikan.

“Saya kerja kerani saja auntie” Jawab Lia sambil senyum memandang Puan Anis. Puan Anis membalas senyuman Alia.

“Alia nak teman auntie, mak tak marah ke?” Soalnya dengan manja.

Lia sekali lagi tersenyum dengan pertanyaan itu, dia merenung wajah Puan Anis meningatnya kepada mama yang telah pergi menemui Ilahi sebulan setengah yang lalu.

“Mama dan papa Lia sudah tidak ada auntie” Jawabnya kedengaran sayu.

“Jadi Lia anak yatim piatulah? sudah lama ibubapa Lia meninggal?”

Sebak Lia mendengarnya dikala itu, ini jugalah kali pertama dia mendengar orang memanggil dia anak yatim piatu.

“Baru saja auntie, sebulan lebih” Tiba-tiba sahaja hiba perasaannya ketika itu.

“Ya Allah baru sangat. Kenapa?”

“Kemalangan” Jawab Lia dengan sayu, airmatanya mula menitis dipipi gebunya. Puan Anis yang memerhatinya rasa bersalah dengan pertanyaan itu.

“Maafkan auntie Lia, auntie tidak berniat menyingung perasaan Lia”

“Eh, tidak adalah auntie, jangan rasa bersalah…Lia ok.” Jawabnya sambil mengesat airmata yang mengalir dipipinya.

Alia sebagaimana yang dijanjikan telah menjaga Puan Anis dari tidur di hospital sehinggalah Puan Anis dibenarkan keluar dan Alia masih menjaganya hingga ke rumah. Semua kerja di pejabat diserahkan seketika pada Syafikah dan staf-staf yang lain dia hanya memantaunya beberapa jam sahaja bila ke pejabat. Semua laporan kerja Syafikah akan memberikan kepadanya setiap hari. Dia menjaga Puan Anis seperti ibunya sendiri memasak dan mengemas rumah. Semakin hari hubungan Alia dengan Puan Anis mula mesra bagai seorang anak dan ibu. Terubat hati Alia yang sepi takkala merindui mama dan papanya.

Dirumah Puan Anis, Alia tidur sebilik denagan Puan Anis dia menemani Puan Anis setiap malam. Diberinya ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor. Satu malam ketika Alia sedang membuat kerja-kerja pejabat dalam laptopnya Puan Anis memanggilnya. Alia Nasuha menghampiri Puan Anis.

“Auntie mahukan apa-apa ke?” Soalnya didepan Puan Anis

“Lia buat apa tu, asyik aje auntie tengok.” Ujar Puan Anis.

“Lia buat kerja pejabat sikit, bila siap Lia email” Jawabnya dengan manja.

“Boleh auntie tanya Lia?” sambil merenung kearah gadis ayu didepannya itu.

“Boleh, apa dia auntie? Soalnya kembali.

“Lia sudah ada buah hati, boyfriend?” Tanya Puan Anis dengan senyum cukup tanda tanya. Alia memandangnya dengan senyum manis sambil mengelengkan kepala terus menjawab.

“Lia tidak ada kekasih auntie. Siapalah mahukan Lia ni?” Dengan lembut dan perlahan Alia menjawab seolah meminta simpati.

“Betul ke gadis secantik dan sebaik Lia tidak ada kekasih atau Lia memilih sangat tak?” Puan Anis cuba menduga Alia.

“Ish…Tidaklah aunti, Lia tidak memilih cuma susah sikit mahu pilih lelaki yang sesuai dengan Lia.” Jawabnya dengan perlahan sambil senyum melerek kearah Puan Anis.

“Memilihlah tu namanya?”

“Tak jugak, mungkin belum jumpa yang sesuai”. Alia menjawab kali ini terdengar gelak tawa dari Alia.

Sudah dua minggu Alia berada di rumah Puan Anis. Hari ini seperti biasa Lia ke pasaraya membeli bahan mentah untuk dimasak. Ketika dia sedang memasak dia terdengar kerusi makan ditarik dia berpaling dilihatnya Puan Anis sedang duduk memandangnya. Dia menghampiri Puan Anis lalu bertanya.

“Auntie, kenapa turun ni, kalau auntie mahukan apa-apa panggil aje Lia” Layan Alia Nasuha pada Puan Anis seperti ibu sendiri.

“Bosan juga auntie duduk dalam bilik tu sorang-sorang”

Lia senyum dan tergelak sedikit. Puan Anis memandang gadis manis itu dengan senyum sambil memegang tangan Alia.

“Lia semalam anak auntie ada hubungi auntie, katanya dia akan sampai malam ini”

“Oh, kalau macam itu, bolehlah Lia balik hari ini. Esok Lia kena kerja” Balasnya dengan lembut.

“Kesian Lia kena ambil cuti jaga auntie”

“Tak mengapa Lia sudah anggap auntie macam ibu sendiri”

“Kalau macam itu, Lia jangan panggil aunti panggil saja ummi”

“Betul ke ni auntie, Lia boleh panggil auntie…ummi” soal Lia. Teruja dia, tiba-tiba saja dia teringatkan mama dia. Puan Anis mengangguk.Lia tersenyum manis.

“Bos Lia tidak marah ke cuti lama-lama?” Tanya Puan Anis

“Tak, bos Lia baik ummi. Lia kan pergi kerja, masa pergi tu Lia siapkanlah kerja. Malam-malam sambil teman ummi Lia buat kerja. Bila siap Lia hantar melalui email. Ummi nak makan sekarang ke? Lia sudah siap masak.”

“Boleh juga” Jawab puan Anis sambil memerhati gerak-geri Lia yang lincah didapur. Lia menghidangkan lauk-pauk yang dimasaknya.

“Ummi, Lia minta maaflah kalau masakkan Lia tidak sedap.Lia tak pandai masak sangat” Lia merendahkan dirinya.

“Apa pula tidak sedap. Sedap Lia masak.” Puji Puan Anis.

“Masa mama ada dulu Lia selalu tolong mama masak. Tapi tidaklah sehebat mama. Nanti boleh tak ummi ajar Lia masak?”

“Boleh, kalau macam itu Lia kena datang sini selalulah.”

“Insyaallah. Tapi ummi dalam seminggu dua ni, Lia tak boleh datang kerap ke rumah ummi, Lia mungkin sibuk.”

“Ummi makan dulu. Lia naik atas kemas barang sikit”

“Lia nak balik sekarang ke? Tak nak kenal anak ummi?”

“Ya ummi. Lain kalilah, nanti Lia datang lagi.” Pujuknya.

Lia masuk ke bilik Puan Anis untuk mengemas barangnya. Sepanjang dia berada di rumah Puan Anis dia hanya tidur sebilik dengan Puan Anis. Bilik lain tidak pernah dibukanya. Lima belas minit kemudian Lia turun dengan bag pakaiannya.

“Ummi, Lia kena bergerak sekarang. Lia kena pergi office dulu, ada kerja kena siap. Kalau ada apa-apa ummi telefon saja Lia. Insyaallah Lia datang”.

Lia bersalaman dengan Puan Anis. Dipeluknya Puan Anis erat-erat, terasa sebak pun ada dia nak meninggalkan Puan Anis. Begitu juga yang dirasa oleh Puan Anis. Lia memasuki kereta Myvi milik Syafikah dipandunya menghala ke HH Holding Sdn.Bhd.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku