Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6702

Bacaan






Pukul 11.00 malam, Puan Aini mendengar deruan enjin kereta dihadapan rumahnya. Dia tahu itu enjin kereta Audi milik Irfan. Dengan pantas dia bangun dari sofa menuju ke pintu utama menyambut kepulangan anak terunanya itu. Rindu benar dia dengan Amsya dipeluknya Amsya sejurus Amsya bersalam dengannya…

Amsya dan Irfan masuk ke dalam rumah, dilihatnya sekeliling. Puan Anis memerhati gelagat dua terunanya itu memerhati dan mencari sesuatu.

“Am tengok apa? Soal si Ibu.

“Kemas ajer rumah ni, lain macam sikit?” Jawabnya sambil memerhati sekeliling.

“Ohhh…ini si Alia yang kemas, tidak boleh duduk diam budak tu ada saja yang mahu dibuatnya. Semua ini dia yang buat susun atur di ruang ni, cantikkan?” Jawab Puan Anis memuji-muji Alia.

“Mana dia ummi?” Tanya Amsya

“Sudah balik, bila ummi bagitahu saja dia tengah hari tadi Am nak balik malam ini, teruslah dia balik. Lagi pun katanya dia nak ke pejabat dulu tadi. Kenapa Am nak jumpa dia ke?”

“Kalau ada tu nak lah kenal juga, nak ucap terima kasih jaga ummi ni. Kau pernah jumpa dia Fan? Soalnya pada Irfan.

“Aku ada datang beberapa kali, tapi tak pernah jumpa. Aku datang jer dia keluar.”Jawab Irfan.

“Esok Am kerja ke?” Soal Puan Anis.

“Tak lagi, lusa kerja”.

“Kalau begitu, esok ummi telefon Lia suruh dia datang. Bolehlah Am kenal dia, Alia tu cantik orangnya”.

“Cantik sangat ke ummi?” Soal Amsya memandang tepat kearah Puan Anis.

“Kalau di mata ummi…budak Alia tu memang cantik. Kalau Am, ummi tak tahulah. Am tu kalau tengok perempuan seksi baru kata cantik. Lia tu bertudung.” Sindiran Puan Anis membuatkan Amsya terdiam.

Amsya dengan senyum simpul melangkah naik ke tingkat atas menuju kebiliknya. Kepenatan membuatkan malam itu Amsya tidur dengan nyenyaknya.

Syafikah melangkah masuk ke HH Holding keseorangan hari ini. Awal-awal lagi Alia datang kerja selalunya Alia akan tunggu Syafikah tapi hari itu dia terus ke pejabatnya tanpa menunggu Syafikah. Banyak kerja yang perlu diselesaikan maklumlah dua minggu dia menangguhkan kerja pejabat yang masih memerlukan keputusannya walaupun kadang-kadang dia datang pejabat namun kerja yang bertambung membuatkan dia tidak senang duduk.

Sedang asyik Alia membuat kerja pintu biliknya diketuk. Terdengar laungan dari dalam menyuruh si pengetuk pintu masuk. Syafikah membuka pintu lalu menuju ke meja Alia di tarik kerusi kemudian diduduknya. Seperti biasa dia membaca laporan harian Alia sepanjang hari itu.

“Bos, hari ini temujanji dengan En.Bakri pukul 2.30petang di sini. Semua odering material untuk projek Sepang telah sampai. Meeting esok dengan semua staff akan diadakan pada pukul 10.00pagi. Itu saja Cik Lia”.

Alia memandang jam Dunhil ditangannya 9.30 pagi.

“Terima Kasih Syaf, siapa ada di site?”

“Nizam” Jawabnya sepatah

“Siapa jaga permit buruh?”

“Aku tak pasti” Jawab Syafikah dengan perlahan. Lia sedang tunduk membaca sesuatu menjeling mata ke atas memandang Syafikah. Syafikah faham dengan jelingan mata bosnya itu. Dia tahu Lia pantang kalau ditanya pasal kerja dijawab begitu.

“Bagitahu Halim siap kereta company aku nak ke site”. Arahnya. Syafikah diam seperti ingin memberitahu sesuatu. Lia mengangkat kepalanya memandang Syafikah.

“Kau kenapa ada yang kena ke? Soalnya. Kecut juga Syafikah dibuatnya. Lia ni poyo-poyo dia pun kalau pasal kerja memang serius macam papanya juga.

“Aku nak bagitahu sesuatu, tapi aku takut kau marah aku” Jawab Syafikah

“Kau ada buat salah ke?” Soal Lia sambil memandang ke arah Syafikah

“Kau marah tak?”

“Kau tak bagitahu lagi mana tahu aku marah ke tak”

“Sebenarnya aku ada hubungi Riz di New York.”

“Hah…Apa masalahnya kenapa pula aku nak marah kau telefon tunung kau. Kau nak cuti pergi sana? mula rindulah tu rasanya Riz tu baru pergi jer. Kau beruntung Syaf dapat lelaki macam Rizul Aman sayang dan cinta kau”.

“Bukan aku nak cuti. Tapi aku hubungi dia pakai telefon pejabat” Jelas Syafikah. Lia tersenyum mendengarnya. Dia faham dengan perasaan temannya itu.

“Aku sebenarnya tak kisah dengan kau Syaf. Tapi apa kata staff lain, nanti mereka kata aku pilih kasih. Aku sudah anggap kau macam kakak sendiri. Beginilah Syaf, kalau kau nak hubungi Riz kau pakai handphone kau, sampai bil kau claim dengan aku. Claim dengan aku bukan dengan office. Tapi jangan kau bergayut hari-hari pula.”

“Betul ke Lia? Syafikah macam tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Betullah, tidak cukup ke gaji kau. Kau nak aku naik gaji ke?”

“Tak juga tapi aku berjimat simpan duit nak kahwin. Boleh juga kau nak naik gaji aku” Jawab Syafikah dengan senyum manis.

“Nantilah aku pertimbangkan. Cepatlah keluar suruh Halim bersiap aku nak keluar”.

“Terima kasih Lia”. Syafikah bangun meninggalkan bilik Alia.

Kereta yang dipandu oleh Halim menuju ke Sepang. Lia memerhati pelan dan laporan kerja ditapak bina sambil mendengar radio yang dipasang. Sambil asyik dia mendengar lagu handphone berdering. Dilihat di skrin ummi Anis dijawabnya pangilan itu.

“Assalamualaikum ummi”

“Waalaikummussalam. Lia di mana ni?”

“Kerja, tapi ada kat luar, ada apa ummi? Saolnya dengan lembut.

“Ummi nak ajak Lia datang rumah ummi petang ini boleh?” Pelawa Puan Anis.

“Insyaallah, nanti Lia pergi tapi lewat sikit ummi” Jelasnya.

Alia terus memutuskan talian setelah Puan Anis menjawab penjelasannya tadi. Kereta yang dipandu Halim tiba di tapak projek Sepang. Alia turun, dia mengenakan topisafetyberjalan masuk ke dalam tapak pembinaan dia mengibas-gibas bajunya…panas. Halim membawa pelan berjalan seiringan dengan Cik Alia. Halim perasan Alia mengibas baju kepanasan.

“Cik Alia, cabin ada aircond” bagitahu Halim. Dia tidak mengendahkan kata-kata Halim.

“Awak panggil Nizam” Arahnya. Halim memangil Nizam kemudian mereka berdua kembali ke arah Alia. Lia memeriksa beberapa berkara yang berkaitan dengan pelan dan pembinaan yang sedang berjalan.

“En. Nizam, pelan engineer mana?” Nizam mengambil dan membukanya kepada Alia. Alia memerhati setiap beam dan footing yang dipasang, dia menghala pandangan ke arah kerja-kerja pilling.

“Engineer ada datang?” Nizam menggeleng.

“Siapkan laporan untuk saya dan bentangkan pada saya dalam mesyuarat pagi esok. Ada terima memo?”

“Ada Cik Lia”

“Permit buruh En.Nizam uruskan. Saya tidak mahu ada masalah dengan pekerja binaan apabila penguatkuasa atau pihak CIDB datang pantau.”

“Baik Cik Lia”,

Alia meninggalkan tapak binaan kemudian kembali semula ke pejabatnya. Selesai sahaja makan tengah hari dan solat zohor seperti mana yang dijanjikan peguam syarikatnya En. Bakri datang. En. Bakri dibawa masuk ke biliknya oleh syafikah, Lia mempelawanya duduk. Syafikah keluar menyambung kerja-kerjanya.

“Alia apa khabar?” Tanya En.Bakri.

“Alhamdulilah”. Jawab Alia. En.Bakri adalah peguam syarikatnya dan merupakan kawan karib En.Helmi.

“Macam mana keadaan Lia dan Arsyraf selepas papa dan mama tiada.? Boleh ke Lia handle syarikat ini sorang-sorang?” Soalnya seperti seorang ayah.

“Setakat ini Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar uncle”

“Alia, ada beberapa dokumen yang perlu uncle baca dan jelaskan kepada Alia. En. Helmi ada membuat wasiat untuk Alia dan Arshraf. Boleh uncle bacakan?”

“Boleh, uncle teruskan”

“Syarikat HH Holding Sdn.Bhd, 60% saham En.Helmi diserahkan kepada Cik Alia. 20% untuk Arshraf dan 20% lagi untuk suami Cik Alia. Manakala AAH Development Sdn.Bhd saham Cik Alia sama banyak dengan En.Arshraf iaitu 50% setiap seorang.” Jelas En.Bakri.

Alia tidak faham dan tidak jelas kenapa saham 20% untuk suaminya. Berkerut dahinya lalu bertanya

“Kenapa saham 20% untuk suami Lia. Sedangkan Lia belum kahwin lagi?”.

“Betul ini wasiat daripada papa Lia. Sesiapa yang menjadi suami Cik Alia berhak mendapat saham 20% dengan syarat Cik Alia sendiri tentukan siapa suami pilihan Cik Alia dan Cik Alia berpuashati dengannya dan dia mencintai Cik Alia sepenuh hati, kerusi bilik En.Helmi untuk suami Cik Alia.” Jelas En,Bakri lagi.

Termenung Alia seketika difikirnya sejenak. “Kenapa papa buat semua ini, apa yang papa nak terangkan kepada aku sebenarnya.

“Kalau Lia kahwin tiba-tiba Lia bercerai bagaimana pula?” Soalnya

“Alia tidak puashati dan suami Alia tidak mencintai Alia, suami Alia belum boleh duduk di atas kerusi itu.” Jelas peguamnya sekali lagi.

Lagi fikirkannya, “wasiat apa papa ni”

“Kenapa adik saya dapat 20% sahaja?”

“Itu uncle tidak boleh jawab Alia” Jawab En. Bakri.

“Kalau saya serahkan 20% saham saya kepada Arshraf boleh ke?”

“Apabila saham itu milik Cik Alia. Cik Alia berhak memberi kepada sesiapa sahaja”

“Kalau begitu serahkan saham milik saya 20% kepada Arshraf” Arah Alia.

“Baiklah. Ada satu lagi wasiat yang perlu saya baca kepada Cik Alia. Tapi wasiat ini boleh dibaca setelah Arshraf tamat pengajiannya. ” Terang En. Bakri lagi. Alia menarik nafas panjang mendengar penjelasan dari peguam syarikatnya.

“Baiklah uncle, ada lagi?” Tanya Alia. En.Bakri menggelengkan kepalanya.

“Satu lagi. papa saya ada FD di Bank CIMB atas AAH Developemnt Sdn.Bhd ada ditangan uncle, boleh uncle terangkan pada Lia.”

“Betul. Nanti uncle jelaskan semuanya kepada Alia sedikit masa lagi.” Jelasnya lagi. Berkerut dahi Alia mendengarnya.

“Kenapa?” Soalnya hairan.

“Itu juga termasuk dalam wasiat En.Helmi”.

“Boleh Lia tahu bila papa buat semua wasiat ni?” Soal Alia seperti seorang pegawai polis.

“Ada yang lama papa Lia buat dan ada yang baru dibuat” Jawabnya

“Paling baru?”

“Kalau tidak silap uncle dua minggu sebelum papa Lia meninggal.Ok, Lia rasanya tidak ada apa lagi uncle beransur dulu.”

Alia mengangguk. En.Bakri bangun dihantar oleh Alia hingga ke pintu biliknya. Petang itu Alia akan ke rumah Puan Anis, dia menoleh jam tangannya hampir pukul 5.00petang. Dia mencapai handbagnya lalu beredar dari biliknya menemui syafikah di luar.

“Syaf, aku pinjam kereta kau. Nah…kau bawa balik kereta aku”. Alia menyerahkan kunci keretanya kepada Syafikah.

“Kau nak pergi mana?” Tanya Syafikah kehairanan kerana setahu dia Lia tak ada temujanji petang ini.

“Aku nak ke Bangi rumah ummi aku” Jawab Lia

“Alahhhh…mentang-mentanglah dia ada ummi sekarang. Habis tu dinner kita malam ini macam mana jadi tak?. Kau janji nak belanja makan ikan bakar. Kau pakai ajerlah kereta kau.

“Kau gila ke…aku bagitahu Puan Anis aku kerja kerani ajer…Dinner malam ni jadilah, aku pergi kejap ajer. Kau tak mahu bergaya dengan kereta aku ke? Bak sini kunci kereta kau.” Syafikah menghulurkan kunci keretanya kepada syafikah

“Lia, kau isi minyak. Kereta aku minyak kurang, kau isi penuh ya” Syafikah membertitahu Alia sambil bermanis muka dan senyum sambil mengangkat kening kepada Alia.

“Haaa…baguslah aku isi penuh minyak kereta kau…Kau isi minyak kereta aku, minyak kereta aku pun kurang juga nanti tak sampai kau kat rumah.” Lia menyerkap Syafikah mengangkat kening kearah Syafikah sambil melangkah meninggalkan Syafikah. Terkejut Syaf dibuatnya…Syafikah melaung dengan kuat…

“Liaaaaa… jaga kau”.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku