Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6309

Bacaan






Alia memandu kereta Myvi milik Syafikah ke pasaraya membeli sedikit buah tangan untuk Puan Anis. Dia juga sempat singgah ke kedai kek secret resepi membeli kek kegemaran Puan Anis. Sesudah membelinya dia terus ke rumah Puan Anis.

Puan Anis melihat jam dinding rumahnya hampir pukul 6.00petang. Amsya baru menuruni tangga dari tingkat atas melihat umminya sesekali memandang ke luar rumah. Dia mengambil tempat di sofa menunggu tetamu yang dijanjikan oleh umminya itu. Mahu juga dia kenal dengan gadis yang sanggup menjaga umminya itu.

“Tidak sampai lagi ke anak baru ummi?, tak sabar sangatlah tu nak jumpa si Alia?” Perli Amsya pada umminya.

“Belum lagi, katanya lambat sikit tadi. Ummi tak sabar nak kenalkan pada Amsya” Jawab umminya membalas sindiran anaknya itu.

Tiba-tiba derungan enjin kereta dihalaman rumahnya dimatikan. Alia turun mengambil barangan yang dibelinya lalu melangkah ke pintu depan rumah Puan Anis. Pintu rumah dibuka, Amsya terdengar suara gadis memberi salam. Amsya menunggu gadis itu masuk tiba-tiba jantungnya berdegup kencang, entah mengapa.

“Assalamualaikum”

“Waalaikummussalam” Jawab Puan Anis sambil bersalam dengan Alia dipeluknya gadis itu. Puan Anis terus mempelawa Alia masuk. Alia melangkah masuk ke dalam rumah, alangkah terkejutnya Amsya apabila melihat gadis yang baru memasuki rumahnya terpaku dia seketika, hatinya berkata.

“Ini gadis yang aku jumpa, yang selalu ada dalam hati aku.Gadis yang ditolak oleh Umairah tempoh hari…Ya Allah, benarkah benar apa yang aku lihat ini…diakah yang Engkau hantar untuk menjaga ummi aku” semakin berdegup jantungnya dikala itu.

Puan Anis mempelawa Alia duduk kemudian memanggil Amsya yang sedang memerhati Alia tanpa berkelip.

“Am, mari sini ummi kenalkan, inilah Alia. Lia ini anak ummi Danial Amsya.” Puan Anis memperkenalkan mereka berdua.

Alia memandang Amsya dengan sekilas pandang dan senyuman bersahaja sambil menggangguk. Amsya masih memandang gadis yang berada didepannya dari atas ke bawah. Alia pula menghulurkan buah tangan kepada Puan Anis.

“Ummi, ini ada sedikit buah tangan” Kata Alia bag plastik itu bertukar tangan. Amsya tidak terperasan dengan ucapan pertama yang dipanggil Alia pada ibunya, pandangannya hanya tertumpu pada wajah ayu Alia. Sambil senyum pada Alia, Puan Anis bersuara.

“Lia duduk dulu ummi ke dapur”. Lia mengangguk. Alia melabuhkan dirinya disofa tanpa menghiraukan Amsya yang ada disitu. Amsya masih merenung Alia dengan renungan yang tajam hatinya berbisik.

“Cantik budak Alia ni manis, baik pula tu, putih juga. Tapi Tengku Umairah lagi putih tapi Alia ni lebih cantik dari Tengku Umairah. Hah, aku sudah berpaling arah ke? Aduh! Si Alia ni sudah berpunya ke?” Alia perasan yang dirinya diperhatikan oleh Amsya, kali ini hatinya pula bersuara.

“Eh,.. En,Amsya kenapa pula tengok aku. Kalau kau bukan anak Puan Anis, sudah lama aku korek mata kau tu.” Suasana sepi itu memecah sunyi apabila Amsya bersuara.

“Cik Alia, terima kasih kerana sudi menjaga ummi saya”

Tanpa berpandang Alia menjawab “Sama-sama, perkara kecil jer”

“Perkara kecil Cik Alia cakap. Susah tau nak cari orang tidak dikenali menjaga orang yang tidak dikenali juga”

“Tak mengaapa, saya sudah anggap Puan Anis macam mak saya sendiri”

“Cik Alia kerja dimana?” Soal Amsya lagi.

“Putrajaya” Jawab Alia bersahaja.Malas mahu memberi respond yang lebih.

“Kerja apa?”

“Kerani” Alia sudah menunjukkan reaksinya tidak senang dengan sikap Amsya yang peramah itu jari-jemarinya sudah digerakkan.

“Gorverment?” Tanya Amsya sambil memerhati dengan tajam kearah Alia.

“Kerja swasta” jawabnya kali ini suara agak keras sedikit. Amsya yang sedang memerhatinya itu perasan yang Alia kurang selesa berbual dengannya. Amsya melihat pakaian yang dipakai oleh Alia memang bergaya, elligent seperti orang koporat diperhatinya rantai, jam tangan, bag tangan yang dipakai oleh Alia semuanya berjenama. Bisik hatinya.”Bergaya sungguh kerani ini”

“Boleh Cik Alia cerita pada saya bagaimana ummi saya kena heart attack?” Pintanya supaya Alia melayan perbualannya.

“Saya kurang pasti. Semasa saya memberhentikan kereta di traffic light tiba-tiba kereta saya dilanggar dari belakang, saya turun tengok dapati ummi En,Amsya dalam keadaan sukar bernafas dalam kereta. Saya buka pintu kereta lalu mengeluarkan dia pindah ke bahagian belakang kereta tenangkan Puan Anis, Kawan saya bawa kereta ummi awak ke hospital. Itu sajalah” Ceritanya kepada Amsya.

“Habis kereta awak macam mana?”

“Pecah lampu dan bumper remuk sikit” Jawan Lia.

“Berapa saya perlu bayar pada Cik Alia?” Tanya dengan sambil senyum kearah Alia tapi sayang Alia tidak memandangnya.

“Tak payah bayar saya sudah baiki” Jawab Alia. Sambil ralik mereka berbual Puan Anis muncul membawa dulang berisi satu jag jus orange dan kuih. Alia memandang ke arah Puan Anis lalu bersuara.

“Ummiiii…ummi buat apa ni?”Soalnya suaranya manja dikuatkan sedikit,sambil bangun melangkah kearah Puan Anis dan mengambil dulang itu dari tangan Puan Anis.

“Ummi… buat susah-susah saja”.

Terkejut Amsya mendengarnya bukan kerana suara Alia yang sedikit kuat tapi panggilan Alia pada umminya. Hatinya berkata lagi “Dapat anak perempuanlah pula ummi aku ni”.

Alia meletakkan dulang keatas meja kemudian menuangkan air ke dalam gelas dihulurkan kepada Amsya. Tindakan bersahaja Alia membuatkan Amsya memerhatikan gerak-gerinya, Hatinya berkata lagi “Aku tuan rumah atau dia?”. Amsya tersenyum.

“Tidak susahnya Lia. Lia makan malam rumah ummi malam ini kita masak sama-sama?” Cadang Puan Anis.

“Maaf ummi, tidak boleh. Lia sudah janji dengan kawan-kawan nak belanja mereka makan ikan bakar”. Pantas dijawab oleh Alia.

“Sedapnya makan ikan bakar” Balas Puan Anis.

“Ummi belum masakkan, apa kata ummi pergi makan dengan Lia” Ajak si Alia.

Puan Anis memandang Amsya. Mata mereka berpandangan.

“Boleh ke kita pergi Am?” Soal Puan Anis pada Amsya.

“Alia ajak ummi sorang jer” Jawabnya selamba.

“En. Amsya sekalilah” Pelawanya bersahaja. Amsya mengangguk tanda setuju.

“Kalau macam itu, Lia balik dululah ummi nanti kita jumpa malam ini.”

“Apa kata Lia sembahyang saja di sini, kita boleh pergi sama-sama” Cadang Puan Anis.

“Lia nak balik mandi, solat dan tukar pakaian dulu ummi, sudah melekit rasanya badan ni tidak selesalah” Jawab Alia.

“Lia mandi dan sembahyang saja kat sini. Ada baju pink dan seluar putih Lia dalam bilik ummi Lia tertinggal.”

“Iya ke ummi?” Terkejut juga Lia mendengarnya. Alia tidak dapat menolak ajakkan Puan Anis. Dia tersenyum.

“Kalau begitu Lia bagitahu kawan-kawan Lia dululah ummi” Jawab Alia.

Alia bangun kemudian keluar ke halaman rumah menelefon Syafikah. Talian bersambung, sambil menunggu jawapan dari sahabatnya itu dia terpandang motor Ducati yang berada di halaman rumah Puan Anis. Dia berjalan kearah motor itu. Terdengar suara Syafikah menjawab panggilannya.

“Hello Lia”

“Syaf, aku ada rumah di rumah Puan Anis, aku mandi dan solat maghrib di sini. Kau bagitahu yang lain kita jumpa di restoran ikan bakar kau bawa kereta aku. Satu lagi anak Puan Anis ikut sekali, pesan pada Hana dan Mimi jangan cakap apa-apa pasal aku.” Terang Alia panjang lebar.

“Baik, kita jumpa di sana” Kata Syafikah.

Amsya memerhati Alia dari dalam rumah sedang menelefon sambil Alia memerhati dan memegang motornya. Dia keluar ke halaman…

“Alia suka dengan motor tu” Soal Amsya dari belakang membuatkan Alia terkejut.

Alia hanya menggeleng kepala dan menjawab “Tengok saja”

“Nak try ke? Tanya Amsya lagi. Alia hanya menggelengkan kepada sekali lagi.

“Saya masuk dulu” kata Alia lalu melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Amsya terkanting-kanting. Apabila Alia lalu didepannya diperhatinya Alia dari jarak yang dekat alangkah cantik dan wanginya si Alia bisik hati Amsya. Alia naik ke tingkat atas menuju ke bilik Puan Anis. Mata Amsya masih tertumpu pada Alia hatinya bersuara.

“Eh..budak ni sombongnya.Sepatah ditanya sepatah dijawab…mungkin dia malu dengan aku kot” Amsya membuat andaiannya sendiri. Dia tersengih sendirian juga melangkah masuk ke dalam rumahnya terus memanjat tangga ke tingkat atas sambil memerhati Alia memasuki bilik umminya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku