Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7219

Bacaan






Selepas sahaja sembahyang maghrib Amsya segera ke Putrajaya sempat rasanya sampai di sana pukul 8.30malam dengan menunggang motor Ducatinya itu.

Alia keluar dari bilik airnya selepas membersihkan diri dan bersolat.Malas rasanya dia mahu keluar dengan Amsya entah apa pentingnya pun tidak tahu. Malam itu Alia Nasuha mengenakan pakaian yang simple dia menyarungkan baju t-shirt, seluar jeans dan baju jaket jeans serta tudung shawl yang dipakainya menampakkan penampilannya bersahaja tetapi tetap cantik dan menawan dengan wajahnya disolek nipis.

Pintu biliknya diketuk…tut..tut…tut.Alia tahu siapa yang mengetuknya lalu menjawabnya.

“Masuklah Syaf, pintu tak kunci pun”. Syafikah memulas tombol lalu membukanya.

“Kau sudah siap ke?” Tanya Syafikah.

“Sudah. Syaf kau rasa kenapa ya En.Amsya nak jumpa aku? Malas rasanya aku nak pergi.” Tanya Alia menoleh kearah Syafikah.

“Manalah aku tahu. Kita pergi jerlah mana tahu memang ada hal penting dia nak bincang dengan kau” Balas Syafikah. Alia merenung kearah Syafikah dengan keluhan

“Jomlah kita pergi” Ajak Alia. Dia melangkah keluar dari biliknya sempat dia menutup lampu dan pintu biliknya. Sebelum dia dan Syafikah membuka pintu rumah mereka Alia bersuara lagi.

“Syaf pakai kereta kau, aku bawa” Arahnya dengan wajahnya sedikit dimucungkan, kurang bersemangat dia mahu berjumpa dengan Amsya.

Syafikah mengambil kunci kereta yang tergantung ditempat penyimpanan kunci. Alia terus memecut kereta Myvi milik Syafikah ke Sangri-La Hotel. Dia membuka radio kereta kemudian volumn dikuatkan sedikit apabila mendengar lagu berjudul “Lelaki’ yang dipopularkan oleh Anuar Zain. Syafikah ikut mendendangkan lagu itu. Lia melirik kearah Syafikah sedang menyanyi.

“Seronak kau apa hal? Ini mesti kau hubungi Riz, puashatilah dapat bercakap dengan buah hati”.

“Iyalah, terubat rindu aku” Jawab Syafikah tersenyum manis.

Sekali lagi Syafikah berkata. “Lia, kau perasan tak yang En.Amsya tu kacak tau, handsome lagi, bergaya, kerja pun wow Oil & Gas Petronas.”

“Huh. Apa cerita kau ni, seronak cerita pasal Rizul tiba-tiba pula cakap pasal mamat Amsya tu. Kau dah mula nak berpaling arah ke?.” Omong Alia menjeling lagi kearah Syafikah.

“Mana ada aku sayang Rizlah takkannya aku curang dengan dia” Balas Syafikah menafikan soalan Alia.

“Mujur kau jawab macam tu kalau tak besok kau tahulah nasib kau”

“Kenapa pula?” Soal Syafikah berkerut dahinya kehairanan

“Malam ini juga aku info kat Rizul” Ancam Alia sambil tersengih mengangkat keningnya. Terdiam seketika Syafikah dibuat Alia.

Lim belas minit perjalanan mereka sampai di hotel Sangri-La. Selepas sahaja dia parking kereta, mereka berdua berjalan masuk ke hotel bertaraf lima bintang itu. Dicarinya kelibat Amsya tidak kelihatan. Mereka berpandangan, tahu bahawa Amsya tidak sampai lagi mereka terus ke lobi menunggun Amsya di situ.

Amsya menukatkan motornya diparking yang disediakan. Dia turun dari motornya. Dia dapat merasakan degupan jantungnya yang kuat untuk berjumpa Alia, gadis yang telah mencuri hatinya kini. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya bagi melegakan keresahan yang dialaminya, langkahnya terus menghala ke pintu hotel diperhati sekeliling matanya tertumpu kepada arah dua wanita yang berada di sofa lobi. Dengan langkah yang yakin dia menghampiri mereka.

Lima minit menungggu akhirnya kelibat Amsya kelihatan menuju ke aranya.

“Assalamualaikum. Sudah lama tunggu?” Amsya memberi salam dan bertanya sejerus sampai dihadapan mereka berdua, matanya memerhati kearah Alia kemudian kearah Syafikah. Amsya tersenyum kedua-dua cantik.

Salam Amsya disambut oleh mereka berdua. Alia menjawab kemudian terus bertanya.

“Baru saja. Ada apa En.Amsya nak jumpa saya?” Sekali lagi Amsya tersenyum melirik kearah Alia. Syafikah memerhati Alia dahinya dikerut.

“Saya akan bagitahu Cik Alia sekejap lagi. Jom kita pergi makan dulu”. Jawab Amsya lalu beredar dari situ.Alia dan Syafikah berpandangan sekali lagi tanpa bersuara mereka mengikut Amysa ke café hotel. Amysa mempelawa mereka duduk apabila sampai sahaja dicafe meja empat segi tepat yang dibawa oleh pelayan hotel. Alia menarik kerusi lalu duduk, Syafikah pula disebelah kanannya, manakala Amsya mengambil tempat berhadapan dengan Alia.

Pelayan tadi terus meletakkan menu dihadapan mereka Amsya mengambilnya. Alia memerhati sekeliling café hotel yang cantik dan indah itu.

“Cik Alia dan cik Syafikah mahu makan apa?” Soal Amsya sambil beralih pandang kepada mereka berdua.

Dengan selamba Alia menjawab. “Ikut sajalah”

Amsya telah memesan tiga pingan nasi, siakap tiga rasa, tomyam campur, udang goreng gajus dan sayur kalian dan minuman jus orange. Selesai sahaja mengambil ordering pelayan itu terus beredar. Amsya sekali lagi memerhati dua gadis didepannya kini dia memerhati Alia dengan berpakaian simple tapi gayanya sepadan dengan dirinya. Dia juga memerhati i-pad berjenama Apple dan telefon bimbit Alia Sumsung Galaxy dan purse unggu berjenama Bonia. yang ada diatas meja sebelah kiri Alia. Kemudia dia mengalihkan pandangannya kearah Syafikah yang meriba handbagnya.

Suasana seketika sepi itu membuatkan Alia memandang Amsya yang ada didepannya dengan tajam sambil berkerut dahi dia terus bertanya.

“En. Amsya, kenapa nak jumpa saya?”.

Soalan Alia tidak dijawab. Amsya menarik nafas sedalamnya kemudian melepaskanya perlahan-lahan sembil senyum kearah Syafikah lalu bertanya.

“Syafikah sudah berpunya ke?”

“Dah saya sudah bertunang” Jawab Syafikah dengan jujur dan lembut.

Alia mendengar pertanya itu menggelengkan kepalanya, sudah mula datang sikap poyonya. Lalu menyosal Amysa “Kenapa En. Amsya berkenan ke?

Amsya senyum kearah Alia. Alia berkata lagi “Sayang…En.Amsya sudah terlambat”

Syafikah mencubit lengan Alia apabila Alia berkata begitu. Alia memandang Syafikah.

Dia mengadu “Sakitlah, kau kenapa?”

Amsya masih berfikir bagaimana dia mahu memulakan bicaranya dan apa reaksi Alia nanti. Sambil tangannya menukatkan muka sambil matanya melirik tajam kearah Alia. Alia membalas pandangan En. Amsya. Sikap poyanya sudah mula mengila disoalnya Amsya dengan lagak poyonya.

“En.Amsya ni kenapa? Awak nak apa sebenarnya? Kenapa tengok saya? Kalau En.Amsya ni bukan anak Puan Anis saya tidak datang sini tau.” Terkejut juga Amsya mendengarnya. Dengan perlahan mengkontrol sikap machonya dia menjawab.

“Cik Alia marah ke? Tidak boleh ke saya tengok Cik Alia, cantik.Nantilah kita bincang lepas makan.”

“Mahu saya tidak marah, saya tidak sukalah En.Amsya. Kalau tidak ada hal penting saya balik ajerlah” mendengar kata-kata Alia, Syafikah terus menyampuk dengan agak keras.

“Lia, nantilah biar En.Amsya cakap dulu. En.Amsya maaflah Lia. Lia memang macam ini tapi dia baik sebenarnya” Bela Syafikah pada Alia Nasuha. Alia memandang Syafikah dengan tajam sambil mengerutkan dahinya. Amsya memerhati kegelisahan Alia yang tidak senang berbual dengannya. Hatinya bersuara

“Macam mana aku nak cakap ni? Garang juga Lia ni? Aduh…tapi kenapa hati aku berkeras sangat nak berterus terang yang aku sudah jatuh cinta dengan dia. Boleh ke aku berterus terang?”

Seorang pelayan datang membawa makanan yang dipesan oleh mereka tadi. Selepas sahaja pelayan itu meninggalkan mereka, Amsya terus berkata dengan sopan dan berhemah.

“Cik Alia, cik Syafikah kita makan dulu lepas ni saya terangkan pada tujuan sebenar saya jemput cik Alia ke mari”

Mereka menikmati hidangan yang menyelera disediakan oleh chef hotel lima bintang itu. Selepas sahaja mereka menghabiskan makanan tadi dan sebagai pencuci mulut Amsya menambah kek dan buah. Amsya memandang tepat kewajah gadis didepannya kini dia memberanikan dirinya bersuara.

“Cik Alia Nasuha binti Mohd Helmi” terkejut Alia apabila namanya dipanggil nama penuh dengan bintinya sekali, dia menjawab sambil keningnya berkerut memandang Amsya didepannya.

“Saya”

“Saya nak lamar awak sebagai isteri saya. Awak sudi ke?” Amsya berterus terang dengan hajatnya. Kali kedua Alia terkejut terbatuk-batuk Alia mendengarnya. Lalu menjawabnya.

“Apa ni En.Amsya. Saya tidak kenal awak dan awak tidak kenal saya. Tiba-tiba nak melamar apa hal ni?”

“Tidak kisah kenal atau tidak nanti kahwin boleh kenal juga kan? Saya sebenarnya… tiba-tiab ayatnya terhenti di situ. Terus Alia menyambungnya suara yang keras sedikit.

“Sebenarnya apa? Membuatkan Amysa mengubah ayat yang sepatutnya keluar dari mulut.

“Sebenarnya saya nak awak jaga ummi saya” Tergelak Alia mendengarnya. Soalnya dengan pantas

“Hahaha.. apa hal ni en.Amysa. Awak tidak ada kekasih ke?” Tanpa berfikir panjang kerana panic Amsya menjawab.

“Ada” Alia mendengarnya membulatkan matanya kearah Amysa lalu berkata dengan giginya dikacip.

“Hah! Kalau sudah ada kenapa nak kahwin dengan saya. Kahwinlah dengan kekasih awak”

“Tidak boleh Cik Lia” Jawabnya bersahaja.

“Kenapa tidak boleh?” Soal Alia memandang tepat ke arah Amsya.

“Ummi saya sukakan awak bukan kekasih saya” Jawabnya, menjelaskan persoalan.

“Kalau ummi awak sukakan saya apa kaitannya dengan saya kena kahwin dengan awak?.Awak pujuk ajerlah kekasih awak ambil hati ummi tu. Apa susahnya?” Jawab Alia lagi dengan marah.

“Kalau saya kahwin dengan kekasih saya sekarang. Jantung ummi saya boleh terhenti tau. Awak sanggup tengok ke?” Kali ini Amsya pula menjawab.

“Jadi awak nak saya kahwin dengan awak jaga ummi awak dan awak kahwin dengan kekasih awak?” Soal Alia. Mukanya sudah mula merah dengan kata-kata Amysa. Syafikah hanya berdiam diri mendengar pertingkahan itu.

“Lebih kurang macam tulah”. Jawab Amsya walaupun itu bukan jawapan sebenarnya. Dia sudah tidak berani nak menyuarakan dia sudah jatuh cinta dengan Alia.

“Ohhhh…Saya kahwin dengan awak untuk jaga ummi awak, bukan jaga awakkan?. Bagus!!!…satu lamaran bodoh yang pernah saya dengar tapi saya suka.” Jelas Alia dengan beraninya.

“Jadi awak setujulah?”

“Setuju apanya…saya cakap saya suka ajer, bukan setuju” Jawab Alia sedikit tengking risau didengari orang lain.

“Habis tu awak tidak mahu tolong sayalah?”

“En.Amsya awak tu lelaki, awak pergi jerlah kahwin bukan berwali pun. Nanti mak awak saya jagalah.”

“Eh, mana boleh awak jaga ummi saya tanpa saya kahwin dengan awak”

“Kenapa pula tidak boleh?”

“Nanti apa kata orang lain pula. Tidak manis.”

“Nantilah saya fikir dulu. Bagi saya masa” Jawab Alia sambil matanya menjeling kearah Amsya dengan mukanya masam sekali. Bengang dengan sikap Amsya.

“Bila awak boleh bagi jawapan?” Soal Amsya lagi.

“Tak ada had masalah, en. Amsya. Banyak lagi perkara penting yang perlu saya fikir, bukan masalah awak saja..” Jawabnya dengan marah.

“Tapi saya nak jawapan tu cepat”

“Eh!..kalau awak tak sabar sangat nak kahwin dengan kekasih awak tu. Pergi jerlah tak payah tunggu saya.”

“Ok..ok.. saya bagi awak masa minggu depan boleh tak? Soalnya lagi.

“Tengoklah kalau ada jawapan. Sudahlah en. Amsya saya balik dulu. Terima kasih banyak-banyak belanja makan dan lamaran bodoh awak tu.” Dia bangun diikuti Syafikah meninggalkan Amsya di situ. Amsya hanya memerhati Alia dan Syafikah meninggalkannya. Berbisik hatinya “Kenapa aku cakap macm tu jadi…kenapa aku tidak bagitahu aku cinta dia…Aduhhh parah ni.”

Amsya bangun ke kaunter untuk menjelaskan bil kemudian dia menuju ke motornya terus ke rumah umminya.

Kali ini Syafikah memandu keretanya sendiri. Dia melihat Alia yang mukanya masam dan raut wajahnya masih marah.Suasana dalam kereta itu sepi seketika Syafikah membuka radio mendengar lagu-lagu yang dimainkan. Tiba-tiba Alia bersuara.

“En. Amsya tu macam kau cakaplah…handsome. Tapi bagi aku dia tu sewel.”

“Apa kau cakap ni Lia.” Balas Syafikah.

“Memang betul, kau tidak dengar ke tadi apa dia cakap, lamar aku kahwin dengan dia untuk jaga mak dia. Ada ke orang kahwin macam tu. Itu sewel namanya.” Jawabnya dengan geram.

Syafikah hanya mendengar dan berdiam diri dia tahu Alia masih dalam keadaan marah. Dia membiarkan dulu Alia dalam keadaan begitu tidak mahu diganggu.

Amsya sampai dirumah umminya lebih kurang pukul 10.45malam kebetulan Puan Anis belum tidur lagi, dia terdengar motosikal dihalaman rumahnya dia mengintai melalui jendela melihat siapa yang datang risau juga dia kalau yang datang bukan Amsya sebabnya Amsya tidak memberitahu bahawa dia akan datang. Apabila melihat kelibat Amsya turun dari motosikalnya Puan Anis segera ke pintu utama membuka pintu. Tersenyum manis dia melihat anak kesayangannya itu. Amsya bersalam dengan umminya terus masuk dan merehatkan dirinya disofa. Puan Anis melihat gelagat anaknya itu hanya senyum bersahaja padanya. Lalu ditanya anaknya itu.

“Am kenapa ni? Am dari mana? Tidak bagitahu ummi nak datang?” Amysa memandang kearah umminya sambil tersenyum tapi nampak benar raut wajahnya muram.

“Takder apalah mi. Am…keluar pergi makan dengan Alia” Jawabnya berterus terang namun kurang bermaya.

“Am jumpa Lia” Tanya Puan Anis sedikit terkejut. Amsya hanya mengganguk kepala.

“Habis tu kenapa muram ni tidak happy jer ummi tengok? Kalau Am tidak suka kenapa pergi jumpa dia?” Soal Puan Anis apabila melihat wajah Amsya muram. Amsya tersengih lagi mendengar pertanyaan umminya lalu menbalanya.

“Am lamar dia jadi isteri Am” Terkejut besar Puan Anis mendengarnya.

“Ya Allah. Habis tu apa Lia jawab. Dia setuju ke? Kenapa tidak bagitahu ummi Am nak lamar dia?” Soal Puan Anis bertubi-tubi mungkin ada yang tidak kena apabila melihat wajah Amsya macam orang kecewa.

“Dia tidak beri jawapan lagi, katanya nak fikir dulu bagi masa.” Jawab Amsya hampa bunyinya. Puan Anis tersenyum dengan jawapan Amsya.

“Amsya suka pada Alia?”

“Kalau Am suka pun, dia pula tidak suka nak buat macam mana.” Sekali lagi Puan Anis mendengar jawapan hampa anak kesayangannya itu.

“InsyaAllah. Kalau ada jodoh Am, Lia akan setuju. Am doa sajalah kalau Am suka dan cinta pada Lia.” Jawab Puan Anis memberi semangat kepada Amsya. Amsya senyum memandang umminya dan mengangguk.

“Ummi, Am naik atas dulu?”

“Hum, pergilah” Jawab si ibu dengan senyum. Amsya bangun terus mendaki tangga loteng rumahnya untuk ke bilik lalu merebahkan dirinya ke katil, masih terawang-awang dalam kepalanya kata-kata Alia tadi terasa juga hatinya apabila Alia berkata lamarannya lamaran bodoh dan dia dapat lihat dengan jelas marahnya Alia pada dia. Mungkin ke Alia akan terima dia, Amsya menarik nafas sedalam-dalamnya sambil matanya dipejamkan kemudian melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

Jelas sekali bayangan wajah Alia Nasuha difikiranya dikala itu. Hatinya berbisik “Kenapa kau hadir dalam hidup aku Alia? Pandangan pertama aku pada kau membuatkan hati aku telah kau curi dan kini kau benar-benar berada didepan mataku. Kenapa begitu istimewa aku rasa pada kau Lia? Kenapa hati ini begitu mencintainya?.”

Dia cuba untuk mengingati dan beralih bayangan wajah Alia kepada kekasihnya Tengku Umairah. Kedua-dua gadis dalam fikirannya kini ada perbezaannya, dia membandingkannya.

“Tengku Umairah, cantik putih melepak berwajah peranakan cina, tinggi, kurus, seksi, manja, mengoda.” Amsya tersenyum membayangkan kemanjaan Tengku Umairah membuatkan dia tergoda. Kini Amsya membayangkan Alia.

“Cantik berperwatakan melayu, tinggi, body mengancam, manis, wajah ayunya membuatkan aku tergoda bukan saja aku pasti orang lain juga akan tergoda dengannya tetapi kenapa dia tidak ada kekasih? Mungkin jual mahal orang secantik dia. Tapi Lia ni poyo, berlagak walaupun hanya seorang kerani, tapi Alia istimewa sangat dihati aku kini kenapa itu yang aku rasa? Ya Allah kalaulah Alia Nasuha dijadikan dari rusuk kiriku satukanlah kami.” Akhirnya Amsya terlelap dalam bayangan dua wanita dalam hidupnya kini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku