Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6169

Bacaan






Riuh-rendah suasana di kantin UIAM pada pukul 10.30pagi itu dengan gelak ketawa pelajar-pelajarnya. Arshraf dan beberapa rakan-rakannya menuju ke kantin untuk mengisi perut mereka kerana tidak sempat untuk makan pagi sebelum kelas pagi tadi. Dia dan rakan-rakannya meletakkan buku yang dibawa keatas meja menyenangkan mereka membeli makanan. Tiba-tiba terdengar deringan telefonnya lalu menyeluk handphone dalam poket seluarnya. Dia melihat skrin nombor yang tidak dikenalinya, dia menjawab panggilan itu.

“Hello”

“Hello, ini Mohd Arshraf Afian bin Mohd Helmi?” Tanya si pemanggil.

“Iya saya. Siapa ni?” Soalnya kembali.

“Saya Nasrul wakil dari Alliance Insurans. En Mohd Helmi bin Hassan ada mengambil Live Insurance dengan syarikat kami, dan En.Arshraf adalah pewaris pertama dan Cik Alia Nasuha penama kedua dalam tuntutan pampasan insurance En.Helmi. Boleh saya berjumpa dengan En.Arsharf untuk membincangkan pampasan ini?” Terang Nasrul wakil insurance panjang lebar.

“Boleh, tapi bila En.Nasrul?” Balas Arshraf

“Bila-bila En.Arshraf senang tapi jangan lama sangat sebab ini sudah masuk tiga bulan. En.Arshraf boleh hubungi saya bila kita boleh berjumpa.”

“Baiklah En.Nasrul. boleh saya tahu berapa jumlah pampasan itu?” Tanya Arshraf

“Banyak juga dalam 500ribu” Jawab Nasrul membuatkan Arshraf sedikit terkejut dengan jumlah itu.

“Terima kasih En.Nasrul nanti saya hubungi En.Nasrul”.Balas Arshraf. Talian perbualan mereka terhenti disitu. Arshraf terfikir sejenak, dia menghubungi kakaknya Alia Nasuha. Panggilan disambung.

Alia yang sedang membuat kerja dipejabatnya memandang telefon bimbitnya menjerit memanggil untuk dijawab dia melihat skrin panggilan dari adiknya Arshraf.

“Hello adik, apa khabar?” Saolnya dengan mesra.

“Hello, khabar baik, along macam mana ok ke tidak?”

“Along macam biasalah sibuk sikit. Ada apa dik telefon along rindu ke?” Gurau Alia dengan adiknya.

“Ah, tak rindu along pun. Along rindu adik tak?” Balas Arshraf dengan manja.

“Alah iyalah tu tak rindu. Along mestilah rindu tapi tak kesempatan nak telefon.”

“Along wakil dari Alliance Insurans telefon adik, dia nak jumpa bincang pasal pampasan insurance papa. Adik nak pergi dengan along, bila along free?”

“Banyak ke dik pampasan tu?” Soal Alia

“Lima ratus ribu” Jawab Arshraf dengan spontan. Terperanjat juga Alia mendengar jumlahnya.

“Wow banyaknya. Macam ni along past line pada kak Syaf tanya dia bila along free tapi kena minggu depanlah, besok along nak ke tapak projek Tok Bali lepas tu nak singgah umah Aki bermalam disana.”

“Baiklah along, nanti kirim salam adik pada Tok wan dan Aki.”

“Duit belanja ada lagi ke?” Soal si kakak prihatin terhadap adik kesayangannya itu.

“Ada, banyak lagi”

“Oklah jaga diri nanti kita jumpa minggu depan. Along past line pada kak Syaf dulu.”

“Ok” jawab Arshraf mengakhiri perbualan dengan kakaknya. Alia menyambung line adiknya kepada Syafikah.

Alia Nasuha meletakkan telefon bimbitnya selepas berbual dengan adiknya Arshraf dia memikirkan sesuatu. “Bagaimana dengan siasatan kes papa kenapa tiada ada berita dari Inspektor Azlan” Dia berhajat akan menghubungi Inspektor Azlan selepas pulang dari Terengganu.

Sedang asyik dia membuat kerja sekali lagi telefon bimbitnya berdering lagi dilihatnya panggilan dari ummi Anis, dijawabnya.

“Assalamuaalaikum? Ummi sihat ke?”

“Waalaikummusalam. Ummi kalau dengar suara Lia sihatlah. Lia sibuk ke?” Jawab Puan Anis. Alia tergelak mendengar jawapan itu. Puan Anis turut gelak.

“Lia biasalah ummi kalau kerja banyak sibuklah. Ummi dah makan ke?”

“Pagi tadi ummi sudah makan.”

“Ada apa-apa ke Ummi telefon Lia?”

“Saja rindu kat Lia. Lia tidak rindu ummi ke?”

“Rindu juga, ingat selalu cuma tidak sempat nak pergi rumah ummi”

“Hari minggu ni Lia datanglah” Pelawa Puan Anis.

“Tak bolehhhh…esok Lia nak ke BesutTerengganu.” Jawab Alia dengan manja

“Kerja ke? Berapa hari Lia pergi? Lia pergi dengan apa?” Soal Puan Anis

“Ada kerja sikit, lepas itu Lia nak singgah rumah nenek. Lia pergi tiga hari dengan kereta. Nanti Lia balik Lia pergi rumah ummi.” Balas Alia.

“Baiklah, Lia jaga diri baik-baik bawa kereta tu elok-elok.” Nasihat Puan Anis kepada Alia.

Suatu malam asyik Pak Hassan dan Mak Biah iaitu Tok Wan dan aki Alia sedang mengaji Al-quran tiba-tiba mereka mendengar orang memberi salam. Tok Wannya bangun membuka pintu dan membalas salam apabila melihat anak sulungnya Yusof dan menantunya Fatimah datang, dipelawanya ke atas rumah. Aki yang baru selesai mengaji keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu rumahnya.

“Ha, Sof kau dari mari?” Soal si ayah melihat anaknya datang malam-malam walaupun malam masih muda baru jam 8.30.

“Kami dari rumah” Jawab Yusof. Sambil bersalam dengan kedua ibubapanya itu diikuti oleh isterinya Fatimah. Selepas sahaja bersalam mereka duduk dikerusi rotan, walaupun ada set kerusi jati yang cantik pemberian anak keduanya Helmi papanya Alia.

“Mak, ayah. Saya datang sebenarnya ada hajat.” Kata Yusof kepada dua orang tuanya itu. Tok Wan dan Aki berpandangan sesama sendiri.

“Ada apa sebenarnya?” Soal En.Hassan ayahnya.

“Kami datang ni pasal si Faris, katanya dia suka pada Alia anak arwah Helmi tu. Katanya Alia tidak ada siapa-siapa lagi. Dia sudah pergi jumpa si Alia di Kuala Lumpur.” Jelas Yusof.

“Apa kata Lia?” Tanya si mak pula.

“Entahlah mak, saya pun tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Faris bagitahu, dia sudah bincang dengan Alia nak suruh saya dan maknya masuk pinang Lia. Mak dan ayah rasa macam mana, setuju tak kalau kita satukan mereka?” Cadang Yusof kepada dua orang tuanya itu. Jelas menampakkan resah diwajah orang tuanya itu.

“Nanti ayah tanya Alia dulu macam mana betul ke Lia tu setuju. Manalah kita tahu yang Lia sudah ada kekasih.” Balas En. Hassan.

“Faris kata Alia tu tidak ada kekasih.” Jelas Yusof lagi menyakinkan orang tuanya.

“Itu kata Faris. Mak tanya Alia dulu. Beberapa hari yang lepas Alia ada telefon katanya nak datang esok, bolehlah mak tanya dia.”

“Faris dengan Alia sesuai sangat dah, kita satu saja mereka tu.” Kata Yusof lagi.

“Abang, nantilah mak tanya si Alia dulu.” Pujuk Fatimah pada suaminya.

“Eh, yang awak ni kenapa pulak? Awak tidak suka ke dapat menantu cantik dan kaya macam Alia tu?”

“Kamu ni Yusof, situ pulak difikirnya, yang kaya tu dia jangan kau kacau harta peninggalan papanya.” Bela Tok Wan pada cucu kesayangannya itu.

“Mak dan ayah nih memang sayang sangat pada arwah Helmi tu sampai Alia dan Arshraf pun layan dengan baik, mentang-mentanglah si Helmi tu kaya.” Balas Yusof.

“Arwah ni kerja kuat dan rajin sebab tu dia kaya, yang kau dulu tak nak belajar kenapa?” Soal ayahnya pula membuatkan darah Yusof semakin naik.

“Mak dan ayah selalu menangkan si Helmi dari dulu lagi macam saya nih tidak wujud tidak sayang saya.”

“Astarufirullahalazim. Kau ni kenapa Yusof? Mak dan ayah sayang kamu, Rosnah dan Helmi sama sahaja anak mak. Kamu tu yang sulung patut tunjuk perangai yang baik. Yang kamu cemburu dan sakit hati sangat pada adik kamu tu kenapa?” Balas Tok wan mengucap panjang mendengar tuduhan anak sulungnya itu. En.Hassan menggelengkan-gelengkan kepalanya.

Mendengar kata-kata Maknya itu, marah Yusof sedikit reda namun muka masih jelas masam dan tidak puashati.

“Esok Alia sampai saya nak mak pujuk dia terima Faris sebagai suami dia.” Desak Yusof lagi.

“Ayah dan mak tidak boleh janji, itu semua keputusan Alia. Dia sudah besar panjang untuk membuat keputusannya sendiri.” Balas si ayah.

Mendengar kata-kata itu Yusof bangun dan mengajak isterinya Fatimah pulang. Dengan rasa tidak puashati mereka bersalam dengan kedua orang tuanya itu lalu beredar meninggalkan rumah orang tuanya itu.

Tepat jam 8.00pagi Alia Nasuha dan sahabatnya bersiap untuk bertolak ke Besut Terengganu. Syafikah mengambil tempat disebelah pemandunya Alia dan dua sahabatnya itu dibelakang. Kereta Hyundai Sonata milik Alia kini meluncur ke lebuh raya Kuantan menuju ke destinasinya. Sambil memandu Alia dan tiga sahabatnya itu dihiburkan dengan lagu-lagu yang hangat berkumandang di radio Manis FM. Setiap lagu yang berkumandang dinyanyikan oleh mereka. Asyik melayan lagu Farhana bertanya.

“Lia, Tok Wan dan Aki kau sudah tahu kita ke rumah dia?”

“Sudah bagitahu jangan risaulah.”

“Tok Wan ada buat nasi dagang tak?” Soal Syafikah.

“Ha, kau suka makan nasi dagangkan? Esok kau belajar dengan Tok Wan. Lepas tu balik nanti kau buat kau belajar sampai pandai nanti senanglah kamu masak untuk Rizul. Ambil resepi Tok Wan aku. Aku pasti 100% Riz akan tambah sayang pada kau ” Jawabnya sambil gelak diikuti oleh dua rakannya.

“Heeee…kau nih kan Lia aku tanya sikit kau jawab panjang.”

“Aku saja nak gerpak kau supaya kau rindu pada Rizul tu.” Kata Alia masih mengenakan sahabatnya itu.

“Baguslah boleh aku call dia, kau yang bayar bil akukan?” Balas Syafikah cuba mengenakan Alia pula.

“Hoi. Kalau kau call dia hari-hari kau bayar sendirilah.” Balasnya bersahaja.

“Semua dokumen untuk projek Hotel kau bawa ke tidak? Kita nak pergi site? Kau sudah bagitahu site supervisor kita lawat tapak esok jangan mereka tidak datang pula esok kerjakan hari sabtu?”

“Semua sudah beres. Esok kerjalah hari ini jer cuti hari jumaat.” Balas Syafikah. Sedang asyik mereka berbual dan menyanyi mengikut retak lagu terdengar dua dengkuran sahabatnya di belakang, Alia menggelengkan kepalanya.

“Dia orang ni kau tidur tidak ingat dunia. Kahwin esok-esok terkejut suami dia tidur berdengkur.” Kutuk Alia pada Mimi dan Farhana.

“Lia macam mana dengan tawaran En.Amsya? kau setuju ke?” Soal Syafikah tiba-tiba.

“Tawaran apanya, lamaran bodoh dia tu? Hish…aku tidak tahulah tidak masuk dalam kepala aku lagi ni. Nantilah dulu aku fikirkan.

Alia Nasuha memberhentikan keretanya disebuah R&R untuk berehat dan makan dia mengejutkan Mimi dan Farhana. Mereka keluar dari kereta menuju ke gerai makan. Beberapa orang dari kumpulan motor berkuasa tinggi yang juga sedang makan disitu memerhatikan empat gadis yang baru masuk ke situ. Salah seorang dari mereka memerhati kepada Syafikah. Alia menuju terus ke tempat dimana lauk-lauk yang telah disediakan disitu. Dia memilih lauk ikan patin gulai tempoyak merupakan masakkan kegemarannya. Selesai memilih makanan dan memesan minuman mereka ke meja, belum sempat mereka menikmati makanan yang diambil datang seorang jejaka tampan menegur Syafikah.

“Hi, Nur Syafikah”. Semua memandang ke arah jejaka itu. Terkejut juga Syafikah apabila ditegur lalu menjawab.

“Hi, Izwan lama tidak jumpa, nak ke mana ni?” Sapa Syafikah.

“Mana lagi hujung minggu nih meronda-ronda hilang tension, nak ke Kelantan.” Jawab jejaka itu.

“Ini Syaf kenalkan kawan-kawan Syaf. Alia, Mimi dan Hana.” Syafikah memperkenalkan satu persatu mereka semua kepada Izwan. Izwan mengalihkan padangan kesetiap seorang namun matanya tertumpu pada Alia disebelahnya dengan pandangan yang mengoda. Disapanya Alia.

“Hi, saya Ahmad Izwan Dato’Mansur” Izwan menperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan. Alia sekali lagi melirik kearah Izwan lalu menganggukkan kepala tanda terima perkenalan itu. Syafikah sekali lagi memperkenalkan Izwan kepada temannya yang lain.

“Ini aku kenalkan Izwan kawan baik Rizul kami sama-sama belajar dulu.” Jelas Syafikah kepada rakan-rakannya. Mereka semua mengangguk.

“Syaf macam mana hubungan kau dengan Rizul? Mana Rizul sekarang?” Soal Izwan.

“Kami sudah bertunang. Tapi Riz tidak ada disini dia baru jer sambung belajar di New York”. Jawab Syafikah.

“Oh! Tahniah, yang lain sudah berpunya ke?” Soal Izwan saja mahu memancing Alia tapi disoalnya semua.

“Semua sudah ada kecuali ni ha si Alia belum berpunya.” Jawab Syafikah faham dengan persoalan Izwan yang memerhati Alia dari tadi.

“Tidak percayalah orang secantik Alia tidak berpunca” Jawabnya menguji lagi.

“Tidak percaya sudah.” Jawab Syafikah.

“Ok Syaf, aku gerak dulu pengembaraan kami masih jauh. Nanti kirim salam aku pada Rizul. Bagi nombor telefon kau.” Kata Izwan sambil matanya melirik kearah Alia. Syafikah memberi nombor telefonya kepada Izwan. Selepas itu Izwan meminggalkan mereka.

Selesai sahaja makan mereka meneruskan lagi perjalanan ke Besut. Lebih kurang pukul 3.30 petang mereka sampai di rumah datuk Alia di Besut. Kereta yang dipandu oleh Alia berhenti di halaman rumah neneknya.

Mendengar deruan engine kereta mengejutkan En. Hassan yang sedang tidur di varanda rumahnya. Dia bangun dilihatnya cucu kesayangannya sudah sampai dia memanggil isterinya Mak Biah.

Alia dan rakan-rakannya keluar mengambil barang-barang mereka kemudian terus ke tangga rumah dan memberi salam. Tok Wan dan aki yang sudah pun berada disitu menyambut salam mereka dan mempelawa mereka naik ke rumah. Mereka bersalaman antara satu sama lain. Alia memeluk Tok Wan dan Akinya melepaskan rindunya.

Sesampai sahaja mereka dirumah Tok Wan sudah siap menyediakan masakkan untuk tetamunya. Mereka memasuki bilik untuk menyimpan barang yang dibawa. Kemudian mereka membersihkan diri, bersolat dan berehat sebentar namun Alia sudah pun melelapkan matanya mungkin keletihan memandu begitu jauh.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku