Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7460

Bacaan






Dua hari mereka berkampung dirumah orang tua Alia. Pagi itu selepas bersarapan mereka akan bergerak pulang ke Putrajaya. Lebih kurang 9.00pagi mereka bersiap untuk pulang. Syafikah, Farhana dan Mimi sudah siap memasukkan bagnya kedalam bonet kereta. Alia masih berada dibiliknya. Pintu biliknya diketuk.

“Lia, tidak siap lagi ke? Kawan-kawan Lia sudah tunggu.” Laung Tok Wan dari pintu biliknya. Alia membuka pintu dia merenung jauh ke dalam mata Tok Wannya, tangan tok wan ditarik ke dalam kemudian dia duduk dibirai katil bersama Tok Wan. Tangan Tok Wan dipegang lembut. Alia menarik nafas sedalam-dalam sebelum membuka bicara matanya dipejamkan teringat kata-kata Faris malam semalam. Dia bersuara.

“Wan, kalau betul wan sayangkan Along, wan jangan terima lamaran Faris” Kata Alia sayu airmatanya mengalir. Tok Wan memandang wajah ayu cucunya itu lalu disapu airmata Alia dengan tangannya yang sedikit kesat.

“Along sudah bagi kata putus, Tok wan tidak akan terima. Along sudah ada buah hati?” Tanya Tok wannya sambil tersenyum memandang Alia.

Alia membalas senyuman itu, soalan itu tidak dijawabnya. Tok Wannya bersuara lagi lembut bicaranya dengan cucu kesayangannya itu.

“Kalau Lia sudah ada, suruh dia masih pinang Lia.”

“Lia ada kenal dengan seseorang, mak dia pun Lia kenal. Dia ada lamar Lia jadi isteri dia.” Jawab Alia dengan jujurnya.

“Kalau begitu suruh saja dia masuk pinang Lia.”

“Nanti Lia bincang dulu dengan dia, kalau jadi Lia bagitahu Tok wan. Tapi…Tok wan dan Aki kena tolong Lia” Jelas Lia pada tok wannya membuatkan tok wan berkerut dahi kehairanan.

“Tolong apa sayang?” Tanya Tok wan dengan manja.

“Dia dan maknya tidak kenal siapa Lia. Maksud Lia dia tidak tahu Lia ni anak orang kaya dan ada syarikat sendiri. Lia bagitahu Lia kerja kerani saja.”

“Kenapa Lia cakap macam tu?” Soal Tok wan sedikit terkejut.

Balas Alia dengan penuh sayu. “Lia bukan nak tipu dia Tok wan, tapi ini amanah papa. Papa ada pesan cari lelaki yang sanggup kahwin dengan Lia bukan harta. Biar suami Lia tahu lepas kahwin. Tapi Lia mahu dia tahu sendiri.”

Tok wannya mengangguk faham dengan apa yang diamanahkan oleh anaknya kepada cucunya kini mungkin ada sesuatu yang dia juga tidak tahu. Alia tidak pernah memberi tahu kepada sesiapa pun tentang saham 20% yang diberikan kepada suaminya nanti oleh papanya En. Helmi dan punca kematian ibubapanya.

“Apa-apa nanti Lia bagitahu Tok wan. Tok wan dan aki sentiasa doakan kebahagian untuk Lia dan Arshraf. Lia jaga diri dan adik baik-baik.” Balas neneknya pula memberi semangat pada cucunya itu. Alia membalas dengan anggukkan dan senyum manis kepada neneknya itu. Dia bersalam kemudian bangun mencapai bagnya dan keluar dari biliknya diikuti oleh Tak Wannya. Alia dan rakan-rakannya bertolak pulang ke Putrajaya.

Alia Nasuha masuk kerja pagi itu seperti biasa, selepas meletakkan handbag dan laptopnya dalam bilik dia ke pantry untuk membancuh secawan Nescafe untuk dihirup pagi itu. Dia mengambil beberapa keping biskut yang ada didalam tin. Pagi itu Alia hanya minum di pantry jika kebiasaannya dia membawa minuman ke biliknya. Sedang dia asyik menikmati sarapan pagi itu bahunya dipegang seseorang. Dia berpaling…

“Minum sorang?” Sapa Syafikah.

“Tak, berdua” Jawabnya.

“Dengan sapa?” Soal Syafikah saja bertanya dia mahu mengenakan bosnya itu.

“Dengan bayang.” Jawab Alia sambil mengangkat kening kearah Syafikah.

“Bayang Amsya?” Balas Syafikah. Dengan pantas dibalasnya.

“Hoi. Apa kau ni, sajalah tu nak serkap aku.” Jawabnya.

“Terima sajalah Amsya tu. Aku ada dengar perbualan kau dengan Tok Wan kelmarin.”

“Kau curi dengarkan?” Soal Alia dengan tangannya tunjuknya menunjuk kearah Syafikah.

“Aku bukan curi dengar, aku terdengar semasa nak panggil kau” Jawab Syafikah memberi penjelasan.

“Nantilah, bila dia mahu aku dia call lah tu.” Kata Alia.

“Jual mahal. Nanti lepas kahwin kalau kau sudah rasa sayang pada dia kau pikatlah dia.” Balas Syafikah.

“Eh, kau ni apa hah? Bagi cadangan pada aku lepas tu suruh pula aku pikat dia. Tak mungkin.” Jawabnya pantas.

“Temujanji aku dengan adik aku bila?” soal Alia pada setiausahanya.

“Hari rabu, pukul berapa belum pasti lagi. Arshraf tidak bagitahu lagi. Kau nak call dia atau aku?” Balas Syafikah.

“Aku call dia” Jawab Alia. Selesai minum Alia bangun kebiliknya menyambung kerja-kerjanya.

Alia mengambil fail projek Hotel Tok Bali hanya yang ada untuk fail drawing arkitek. Dia menekan intercom nombor Syafikah.

“Syaf bawa masuk fail projek Hotel Tok Bali untuk pembinaan.”

“Baik bos”

Beberapa minit selepas itu Syafikah masuk membawa fail yang diminta dia menyerahkan kepada Alia.

“Thanks. Satu lagi Syaf, tolong ambil fail projek Bypass.” Arahnya lagi pada Syafikah.

Selepas sahaja Syafikah keluar dia memeriksa fail yang ada didepannya itu tiba-tiba telefonya berdering lalu dilihat diskrin Zafrul dijawab panggilan itu.

“Hello.”

“Hello. Lia apa khabar.” Tanya Zafrul

“Baik. Ada apa En.Zafrul” soalnya.

“Aduh!... berencik-encik dengan abang ni, marah jer bunyi abang telefon?” Balas Zafrul.

“Tak marah pun. Ini waktu kerja kena berencik-encik.”

“Abang nak tanya, Lia marah tak kalau abang nak ajak Lia lunch hari ini?”

“Kenapa.”

“Abang saja nak belanja Lia makan boleh ke tidak boleh?. Nanti abang kena marah lagi.” Balas Zafrul. Alia tersengih sendiri, dia faham Zafrul menyindirnya.

“Tak marah, boleh. Nak lunch dimana?”

“PADI House. Abang tunggu Lia kat sana pukul satu.”

“Ok. Bye.” Balas Alia. Tersenyum manis dia selepas menerima panggilan dan pelawaan Zafrul.

Syafikah masuk kebilik Alia menghantar fail yang diminta dia sekali lagi menyerahkan fail itu kepada Alia. Dilihat bosnya terlebih sengih.

“Kau kenapa senyum macam kerang busuk. Siapa telefon” Tanya Syafikah sambil menyindir.

“Zafrul, ajak aku lunch hari ini.” Jawab Alia dengan gembiranya.

“Bestnya. Aku ikut sekali boleh?” Tanya Syafikah dengan muka selambanya.

“Sorry tidak boleh, aku pergi sorang.” Balas Alia.

“Ehhhh…kejap, kejap…kau ada hati pada Zafrul?.” Soal Syafikah apabila melihat Alia begitu gembira sekali apabila diajak oleh Zafrul.

“Kan aku sudah bagitahu Zafrul sudah ada girlfriend.” Balas Alia.

“Aku tahu. Tapi dalam hati kau ada diakan? Kau jangan tipu aku Lia.”

“Kau ni kan macam mak nujum, boleh baca hati orang. Itu dulu…tapi dia sudah pilih Kak Sara. Dahlah pergi buat kerja kau.”

Syafikah tersengih-sengih mendengar jawapan Alia. Syafikah keluar dari bilik bosnya itu, dia tahu Alia mencintai Zafrul.

Amsya melirik jam ditangannya 11.20pagi, fikirannya kembali mengingati gadis yang telah mencuri hatinya. Dia menolog keseorangan “Mana Alia nih kenapa tidak telefon aku, dia sudah ada jawapan ke belum, nak tunggu dia telefon atau aku telefon. Kalau aku telefon apa kata dia, gelojohlah pula aku.” Dia membelek-belek kerja yang ada diatas meja, semuanya tidak menjadi dibuatnya asyik memikirkan Alia. Tersentak Amsya dari lamunannya apabila telefonnya berkokok. Dia memjawab pangilan itu.

“Hello sayang”

“Hello, abang kita keluar lunch” Balas si pemanggil Tengku Umairah.

“Boleh sayang nak malam di mana?” Soal Amsya

“Tempat biasalah” Jawab Tengku Umairah dengan manja.

“Kita jumpa di sana nanti. Bye” Balas Amsya.

Jarum jam sudah diangka 12.40tengah hari. Dia perlu ke persint 4 untuk ke Restoran PADI House. Alia bangun mencapai bag tangannya, dia keluar menuju ke bilik air pejabatnya. Dia melihat wajahnya dicermin disapu gincu dan membetulkan pakaiannya. Dia tersenyum sendirian melihat wajahnya dicermin.

Bicaranya sendirian “Kenapa hati aku berdebar-debar nak jumpa Zafrul hari ini. Ya Allah aku sudah lama padamkan perasaan aku pada dia. Huh!” Alia melepaskan perasaannya yang terpedam selama ini terhadap Zafrul. Aku tidak boleh mencintai orang yang mencintai orang lain. Dia terus mengambil semula emosinya yang tidak akan mencintai mana lelaki buat masa sekarang. Sekali lagi dia melepaskan perasaan dengan menarik nafas panjang-panjang dan melepaskanya dengan kuat beberapa kali sebelum keluar dari bilik air.

Tepat jam 1.00tengah hari Alia sampai di Restoran PADI House. Jelas dari jauh Alia melihat Zafrul berdiri di depan pintu masuk restoran sedang tersenyum ke arahnya. Sampai sahaja Alia di situ terus dipelawa oleh Zafrul untuk masuk ke dalam restoran.

Zafrul menarik kerusi untuk memberi ruang Alia duduk. Alia memandang Zafrul dengan senyum dan mengucapkan terima kasih.Zafrul mengambil tempat duduk dihadapan Alia. Pelayan restoran sudah sampai di meja mereka menyerahkan menu. Alia mengambilnya lalu memesan Crispy chicken tomato Rice, Macadamis cheese cakes dan jus apple Zafrul juga memilih makanan yang sama. Selesai sahaja memesan makan pelayan itu beredar dari situ.

“Alia selalu makan di sini?” Soal Zafrul

“Tidaklah selalu” Balas Alia bersahaja.

“Lia, Abang nak kahwin” Zafrul memberitahu membuatkan Alia tergaman seketika kemudian melihat Zafrul didepanya dengan tersenyum.

“Dengan kak Sara?” Soalnya

“Yap, Lia suka tak?” Soal Zafrul.

“Ler, kenapa tanya Lia suka ke tidak, peliklah abang nih. Tapi Lia suka tahniahlah bila nak langsung?” Balas Alia.

Zafrul memerhati Alia dengan pandangan yang tajam. Alia perasan dia membalas pandangan itu.

“Abang kenapa pandang Lia macam tu? Bila abang nak langsung? Abang nak minta tolong Lia apa-apa ke? Cakap ajer.” Kata Alia dengan suaranya yang keras sedikit.

“Dah mula nak marahlah tu pada abang.” Balas Zafrul menyerkap Alia.

“Tidaklah marah tapi abang tengok macam tu kalu kak Sara tengok tentu dia jelouse.

“Itulah abang tengok Lia, kalau abang sudah kahwin nanti tidak bolehlah abang nak tengok Lia macam ini. Lia memang cantik tidak puas abang tengok Lia.” Jawab Zafrul cuba mengorek isi hati Alia.

“Kak Sara lagi cantik kalau tidak takkan abang pilih dia?”

“Kenapa Lia cakap macam itu?”

“Iyalah seramai perempuan yang abang kenal akhirnya kak Sara berjaya menambat hati abang.” Jelas Alia.

“Selepas kematian papa dan mama Lia. Lia langsung tidak datang lagi rumah abang kenapa? papa dan mama selalu tanya Lia. Kalau dulu Lia selalu datang rumah abang, borak dengan abang, tanya pendapat, bergurau dengan Zulaika, masak dengan mama. Abang rindu semua tu. Sekarang ini abang tengok Lia selalu lari dan mengelak dari abang. Telefon langsung tak, kalau telepon pun pasal kerja.” Kata Zafrul mengungkit kisah lama.

Mereka diam seketika apabila pelayan datang ke mejanya menghidangkan makanan pesanan mereka.

Alia mendengar dan mengingatinya semua peristiwa itu. Sebenarnya bukan sebelum pemergian papa dan mamnya Alia tidak pergi ke rumah Zafrul tapi setelah Zafrul memberitahunya bahawa dia sudah jatuh cinta dengan kak Sara. Perlahan-lahan dia kurangkan aktiviti ke rumah Zafrul. Nanum lebih ketara selepas kematian orang tua dia langsung tidak pergi jenguk mereka semua.”

“Macam mana aku nak jawab nih” Bisik hati Alia.

“Lia sibuk abang lagi pun selepas pemergian papa dan mama, Lia sendiri pun jarang balik Puchong. Kalau dulu Lia balik setiap minggu Lia singgahlah rumah abang Shah Alam lagi pun mana lagi Lia nak pergi, Lia mana ada ramai kawan lepas balik UK.” Jelasnya mengelak dari menjelaskan perkara sebenar yang dia menaruh hati pada Zafrul.

“Jomlah kita makan.” Pelawa Zafrul. Alia mengangguk dia mengambil makanannya dan menikmati makanan didepannya. Sekali lagi Zafrul bertanya padanya.

“Kenapa Lia tidak mahu kahwin lagi?”

“Tak ada jodoh lagi, lagi pun Lia sibuk sekarang ni, mana ada masa nak fikir semua tu. Malaslah Lia, tunggulah nanti umur 35, 40 baru kahwin itu pun kalau ada orang nak. Boleh tak abang tidak tanya Lia perkara ini?. Rimaslah.” Jawab Alia kurang senang.

“Macam kecewa jer?” Soal Zafrul lagi.

“Kecewa apanya tidak pernah bercinta lagi. Cepatlah makan Lia nak masuk office pula. Nanti jangan lupa bagi kad jemputan pada Lia. Kalau nak minta bantuan bagitahu jerlah.”

Selepas sahaja makan tengah hari Alia terus balik ke pejabatnya. Dia membaca semua laporan yang ada di atas mejanya satu persatu. Tapi kerjanya sikit terganggu apabila memikirkan dirinya. Alia menyandarkan dirinya dikerusi denga kakinya dibelunjurkan , matanya dipejamkan.

Dia menilik nasib sendiri. Mencintai orang yang tidak mencintainya, benci yang amat sangat pada manusia bertopengkan syaitan, mencintai orang yang hipokrit dan sekarang dia mengambil keputusan untuk menerima lamaran bodoh Amsya berkahwin dengan orang yang tidak mencintai dan tidak dicintai.

Amsya kembali ke pejabatnya selepas makan tengah hari dengan buah hatinya tadi. Sambil berjalan menuju ke biliknya. Telefonnya berdering, dia melihat skrin panggilan dari umminya.

“Hello ummi.”

“Am, sudah telefon Lia tanya dia apa keputusan dia?” Soal Si ibu sejerus mendengar suara anaknya itu. Amsya menarik nafas mendengar pertanyaan ibunya.

“Belum lagi ummi, kejap lagi Am baru masuk pejabat nak solat dulu lepas tu Am telefon dia.”

“Am bagitahu dia ummi nak jumpa dia petang ini suruh dia datang rumah. Am pun datang sekali.” Pinta umminya.

“Baiklah ummi” Balasnya.

Selesai sahaja bersolat Amsya masuk ke biliknya termenung sebentar di atas sofa biliknya. Memikirkan jawapan Alia, macam mana kalau Alia menolaknya, bagaimana aku nak menyatakan yang aku sudah jatuh cinta dengannya mungkinkah dia terima. “Ya Allah bukalah hati Alia untuk menerima aku.”

Dia mengambil telefonnya lalu mencari nama Alia Nasuha dalam simpanan telefonnya. Amsya terus menekan butang gambar ganggang telefon warna hijau untuk memanggil. Pangilan bersambung.

Alia tersentak dari lenanya sekejap tadi apabila mendengar telefonnya memanggil, dia mengambilnya dilihat tiada nama tertera diskrinnya namun dia masih ingat nombor itu dia menjawabnya.

“Hello” Dia tahu itu panggilan dari Amsya

“Hello Cik Alia”

“Iya saya.” Jawabnya selamba.

“Maaf menganggu, boleh saya tanya cik Alia apa keputusan cik Alia tentang lamaran saya?” Tanya Amsya dengan tertib dan perlahan.

“Sebelum saya menjawab ada beberapa perkara dan syarat yang perlu saya bincangkan dengan awak” Jawabnya.

“Awak mahu jumpa saya ke?”

“Tidak perlu saya bagitahu sekarang. Awak dengar baik-baik. Pertama saya mungkin boleh terima awak jika awak terima syarat saya. Sebagaimana dengan lamaran awak iaitu saya berkahwin dengan awak untuk menjaga dan melayan Puan Anis ummi awak. Bukan layan dan jaga awak. Saya juga bersetuju untuk menyatukan awak dengan kekasih awak. Kedua, saya tidak akan tuntut apa-apa hak saya ke atas awak sebelum dan selepas kita kahwin. Ketiga awak mesti lepaskan saya selepas awak kahwin dengan kekasih awak. Saya janji dengan awak saya akan pujuk ummi menerima kekasih awak sebagai menantunya. Dan akhir sekali saya berjanji dengan awak yang saya akan jaga ummi awak hingga akhir hayat saya. Jika awak setuju dengan semua ini saya setuju kahwin dengan awak En.Amsya.” Terang Alia Nasuha panjang lebar.

Terpaku Amsya mendengarnya dia menarik nafas panjang hatinya terus berbisik “Ya Allah aku cintainya kenapa begitu banyak syarat untuk mengahwini gadis yang dicintai. Perlu ke aku berkahwin dengan Tengku Umairah kemudian ceraikan dia.”

Lama Alia menunggu jawapan dari Amsya, taliannya sunyi sepi dia memanggil Amsya.

“En.Amsya awak dengar ke? Awak masih ada disitu?”

“Iya saya di sini, saya dengar.” Jawabnya.

“Macam mana?” Tanya Alia lagi. Amsya menelan air liurnya lalu menjawab.

“Cik Alia, awak percaya jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan tuhan?”

“Iya saya percaya.” Balas Alia.

“Saya setuju terima awak sebagai isteri saya. Tapi ummi nak jumpa awak petang ini.” Balas Asmya dengan yakin.

“Baiklah saya akan ke rumah awak petang ini. Jawapan saya seterusnya ada di sana. Terima kasih En.Amsya.” Jawabnya mengakhiri perbualan pada petang itu.

“Terima kasih pada awak juga Alia” Balas Amsya sebelum memutuskan talian.

Amsya termenung seketika namun hatinya berbunga Alia boleh menerima perkahwinan ini. “Alia Nasuha kau telah mencuri hati aku. Aku akan buat kau balas cinta aku kemudian semua syarat kau akan terpadam. Aku tidak akan lepaskan kau Alia.” Dia menarik nafas lega.

Terdengar pintu biliknya di ketuk. Pintu dibuka Irfan melangkah masuk terus ke mejanya lalu menarik kerusi dan duduk memandang Amsya yang sedang senyum ke arahnya dengan muka yang manis sekali.

“Kau apa hal senyum berbunga ni?” Tanya sahabatnya itu.

“Aku nak kahwin.”Jawabnya dengan spontan membuatkan Irfan terkejut. Terus dia menjawab.

“Ha…kau nak kahwin? Dengan Tengku Umairah? Aduh! Kau sudah fikir panjang ke? Boleh ke Tengku Umairah jaga kau, ummi kau, anak kau nanti, makan minum kau? Kau fikir ke semua tu?. Aku tahu kau bercinta dengan dia bawa ke hulu ke hilir tapi bak kahwin ni bagi aku sudah sikit kalau nak terima gadis macam Umairah tu, terserah pada kaulah. Aku sebagai sahabat doakan yang terbaik saja kalau itu sudah pilihan kau.”

“Aku bukan nak kahwin dengan Tengku Umairah.” Balas Amsya.

“Habis kau nak kahwin dengan siapa?” Soal Irfan kehairanan.

“Kahwin dengan Alia Nasuha.” Jawab Amsya. Irfan terperanjat membuatkan matanya terbeliak.

“Hah!...anak angkat ummi kau? Kau sudah jumpa ke? Sudah kenal? Tanya Irfan bertubi-tubi.

“Aku sudah jumpa dan kenal dia.”

“Macam mana orangnya?”

“Kalau kau mahu tahu, kau tengok sendiri. Petang nih aku balik Bangi Alia akan ke sana. Kalau kau mahu kenal dia bolehlah. Lepas itu kau buat nilaian sendiri. Aku nak cakap pun tidak boleh juga mata ini penglihatan tidak sama.” Jawab Amsya dengan sengih sambil mengangkat kening kepada Irfan.

“Boleh, aku ikut kau…Kau pergi dengan kereta atau motor?” Tanya Irfan.

“Kereta, kau pergi dengan aku.” Ajak Amsya. Irfan mengangguk.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku