Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6326

Bacaan






Alia merenung kembali kata-katanya kepada Amsya sebentar tadi. Apakah betul tindakkan yang dia ambil ini. Dia terus memanggil Syafikah masuk ke biliknya.

“Ada apa Lia kau panggil aku?” Soal Syafikah. Alia melihat syafikah didepannya dengan tajam sambil memikirkan keputusan yang diambilnya.

“Syaf…Aku… aku jumpa Zafrul tadi, dia bagitahu dia nak kahwin. Dan Amsya pula telefon, aku sudah bagitahu dia syarat perkahwinan. Dia setuju. Tapi… betul ke Syaf apa aku buat ni?” Tanya Alia sambil memandang syafikah didepannya dengan sayu airmata di kelopak matanya tidak lagi mampu dia tampung ketika itu, menitis keluar.

“Lia, maafkan aku Lia, aku sayang kau. Tapi itu yang terbaik buat kau sekarang. Berapa lama kau bagi tempoh pada Amsya lepaskan kau?” Balas Syafikah dengan sayu melihat sahabat didepannya kini.

“Aku tidak bagi tempoh, yang aku cakap lepas dia kahwin dia boleh lepas aku. Syaf, aku percaya kau, kau jangan bagitahu sesiapa syarat perkahwinan ini.” Pinta Alia dengan penuh syahdu.

“Aku akan tolong kau Alia apa pun berlaku aku akan sentiasa bersama kau. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau.” Balas Syafikah buat sahabat yang disayanginya itu.

“Petang ini aku ke rumah ummi. Aku pinjam kereta kau.” Pinta Alia. Syafikah hanya mengangguk.

Habis sahaja waktu kerja pada hari itu Amsya dan Irfan bergerak balik ke rumah umminya dengan kereta Fairlady 350z miliknya. Jalan menuju ke Bangi dari KLCC masih berjalan lancar mungkin belum ramai yang keluar pulang waktu kerja hari itu.

Syafikah melihat jam tangannya 5.15 petang, dia menoleh ke pintu bilik Alia. Dalam hatinya berkata.

“Sudah pukul lima lebih, kenapa Lia tidak keluar lagi kata nak ke Bangi.” Dia bangun mengemas mejanya kemudian melangkah ke bilik Alia. Pintu bilik bosnya itu di ketuk dia dengar dari dalam Alia menjawab menyuruhnya masuk. Syafikah masuk dilihatnya Alia masih membuat kerja-kerja di mejanya. Alia memandang sekilas kearah Syafikah.

“Kau nak apa?” Soalnya kepada syafikah.

“Kau kata nak ke rumah ummi kau petang ni. Pukul berapa kau janji dengan dia?” Balas Syafikah sambil menghulur kunci keretanya kepada Alia. Alia mendengarnya sedikit mengeluh membalas pandangan Syafikah.

“Pukul berapa sekarang?” Tanya Alia

“Sudah pukul lima lebih.” Jawab Syafikah, membuatkan muka Alia sedikit berkerut dilihat jam tangannya pukul 5.45petang. Dia tersenyum sendirian lalu bersuara.

“Cepatnya masa berlalu.” Dia terus mengemaskan biliknya. Kemudian bangun keluar bersama-sama Syafikah, dia menyerahkan bag laptopnya kepada Syafikah untuk bawa pulang. Mereka menuju ke tempat parking kereta. Alia terus memandu menuju ke rumah Puan Anis manakala Syafikah terus pulang ke rumahnya.

Amsya tiba dirumah umminya pukul 6.00 petang. Dia melihat halamanan rumah ummi hanya ada kereta Toyota Camry ini bermakna Alia belum sampai lagi. Dia dan Irfan memasuki rumah memberi salam untuk tuan rumah. Tersenyum manis Puan Anis menyambut anaknya itu. Bau aroma karipap goreng dari dapur rumah umminya yang menyelerakan.

“Sedapnya bau, ummi masak apa ni?” Saol Amsya selepas bersalam dengan umminya.

“Ummi goreng karipap, Am dengan Irfan duduk dulu kita sama-sama tunggu Alia.” Balas Puan Anis.

Amsya dan Irfan menuju ke sofa dan merebahkan diri mereka disofa empuk yang dihadiah oleh Amsya kepada umminya dua tahun yang lalu mengantikan sofa lama mereka.

“Am mana si Alia tidak sampai lagi?” Tanya Irfan.

“Eh, kau ni tak sabar-sabar kejap lagi sampailah tu. Kau tunggu kejap aku nak ke atas mandi.” Balas Amsya.

Amsya terus kebiliknya untuk membersih dirinya biar segar sikit tubuh bila disiram dengan air nanti. Lepas sahaja mandi dia terdengar engine kereta, diintainya dari atas bilik tidurnya kereta Myvi Alia sudah sampai dia mempercepatkan dirinya bersiap untuk ke tingkat bawah.

Sesampainya Alia dihadapan rumah Puan Anis tiba-tiba telefonnya berdering. Dia melihat siapa pemanggilnya terpapar diskrinnya Arshraf.

“Hello adik, apa khabar?” Soal Alia

“Sihat, along kat mana?” Balas Arsharf

“Ada kat umah kawan di Bangi.” Jawabnya sambil mengambil bag tangannya dan menutup suis kereta dan membuka pintu dia keluar.

“Along, adik sudah buat temujanji dengan wakil insurans hari rabu pukul sebelas. Tapi tempat tidak confirm lagi, kita nak jumpa dia di mana?”

“Bagitahu kita jumpa di rumah Puchong nanti along pergi sana. Along ada perkara nak bincang dengan Mak Tim dan Pak Majid dan adik sekali. Lagipun sudah lama along tidak balik.”

“Baiklah along. Bye.” Mereka mengakhiri perbualan. Sambil berbual Alia terpandang kereta Fairlady di depannya. Cantik.

Amsya keluar dari biliknya turun ke bawah Alia belum kelihatan. Dia melihat Irfan meninjau-ninjau diluar dari jendela melihat siapa yang datang. Terdengar salam dari luar mereka berdua serentak menjawab. Amsya yang baru sampai ditangga akhir melihat Alia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia memyambut kedatangan orang dicintainya itu dengan satu senyuman manis tapi sayang senyum itu tidak dibalas oleh Alia. Alia memandang tetamu yang ada dalam rumahnya itu yang tidak dikenalinya.

“Mana ummi?” Tanya Alia memandang kearah Amsya.

“Ada di dapur. Lia duduk dulu nanti abang panggil ummi.” Balas Amsya. Alia mendengar Amsya membahasakan dirinya abang hatinya terus berkata.

“Abang..huh, bila masa pula jadi abang aku.” Getus hatinya

Alia membalas jawapan Amsya tadi “Tidak apa En.Amsya saya jumpa ummi kat dapur.” Alia terus melangkah menuju ke dapar mendapatkan Puan Anis.

Irfan yang sedang memerhatikan Alia tanpa berkelip dia menelan air lirunya sendiri sambil tersenyum. Amsya melihatnya Irfan yang ralik memandang Alia menuju ke dapur. Dia menghampiri Irfan, bahu Irfan ditepuknya.

“Hoi, tutuplah mulut tu, masuk lalatkan.”

“Itu ke Alia?” Tanya Irfan minta kepastian.

“Iyalah…macam mana cantikkan?” Tanya Amsya dengan senyum manis puashati dapat perkenalkan Alia pada Irfan. Irfan yang terbangun apabila melihat Alia tadi terus duduk semula. Menjawab pertanyaan Amsya.

“Cantiklah ruginya aku.” Balas Irfan.

“Rugi apa?” Soal Amsya kebingungan

“Kalau aku tahu Alia secantik ini masa aku datang jenguk ummi kau masa Alia di sini memang aku tunggu dia dan sekarang mungkin dia jadi milik aku.” Balas Irfan dengan mengangkat kening pada Amsya.

“Mujurlah kau tidak jumpa dia. Kalau tidak aku yang melepas, itu namanya jodoh. Faham. Kau tidak ada jodoh dengan dia.” Balas Amsya pula.

“Pandailah kau.” Jawab Irfan.

Mereka berdua melihat Alia dan Puan Anis menuju ke ruang tamu dengan membawa dulang yang berisi santapan petang itu. Alia meletakkan dulang berisi air dan gelas manakala Puan Anis membawa dulung berisi kuih karipap yang dibuatnya dan kek yang dibawa oleh Alia, diletaknya diatas meja. Seperti biasa Alia akan menuangkan air kedalam gelas didepannya dengan posisinya duduk dengan lutunya. Amsya dan Irfan memerhati wajah dan gerak-geri tangan Alia yang cantik dan runcing itu bekerja menuang air dan menghidangkan kepada mereka serta meletakkan kuih ditengah-tengah meja. Selepas itu dia mengambil tempat disebelah Puan Anis.

“Makan Irfan, Am” Pelawa Puan Anis.

“Hi…ummi siapa tuan rumah ni?” Soal Amsya menyindir umminya. Puan Anis sengih kepada anak terunanya itu.

“Ini tuan rumah baru” Balas Puan Anis sambil memegang tangan Alia. Alia tersenyum dengan kata-kata Puan Anis. Puan Anis masih memegang tangan Alia digosok tangan gadis itu lalu dia bersuara dengan lembut.

“Lia…macam mana dengan lamaran Danial Amsya untuk memperisterikan Lia?”

Alia menarik nafas panjang mendengar pertanyaan itu. Dia memandang tepat kearah mata Puan Anis dan membalas pegangan tangan Puan Anis. Dipandang Puan Anis lama-lama hatinya berkata.

“Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ini? Apa kata Puan Anis nanti kalau dia tahu aku memberi syarat pada Amsya. Tapi apa pula katanya kalau aku menolak. Adakah aku akan bersamanya jika Amsya menceraikan aku nanti. Aku sayang dia macam ibu aku.”

Puan Anis membalas pandangan itu dilihat dalam mata gadis polos didepannya itu ada air yang jernih dikelopak matanya. Alia memejamkan mata lalu airmatanya menitis satu persatu. Amysa dan dan Irfan hanya melihat tanpa berkata apa-apa sambil berpandangan. Tiba-tiba hati Amsya berdegup kencang.

“Kenapa Lia menanggis sayang?” Tanya Puan Anis sambil mengesat airmata Alia. Alia cuba selindung persoalan itu, dia menjawab dengan perlahan namun masih mampu didengar oleh semua yang ada disitu.

“Lia teringatkan mama dan papa. Mereka teringin sangat mahu lihat Lia bersanding tapi…”

Alia memberhentikan kata-katanya disitu airmatanya menitis lagi. Puan Anis terus memeluknya. Beberapa saat Alia dalam pelukkan Puan Anis membuatkan dia merasa tenang sudah lama dia tidak merasa pelukkan seorang ibu. Alia meleraikan pelukkannya dari Puan Anis. Puan Anis cuba menenangkan kesedihan yang dialami Alia sekarang.

“Lia ada gambar mama dan papa?” Soalnya lembut.

“Ada, ummi nak kenal mereka?” Tanya Alia sedikit bersemangat. Puan Anis mengangguk. Amsya dan Irfan memerhati mereka dengan tersenyum, sambil menikmati makanan yang ada di atas meja. Alia mengambil telefon bimbitnya dicari item gelaridia mencari foto keluarga lalu ditunjukkan kepada Puan Anis.

“Ini keluarga Lia.” Balas Alia dengan senyum manis menunjukkan gambar keluarganya kepda Puan Anis. Puan Anis mengambil telefon ditangan Alia. Dia tengok dan merenung gambar itu.

“Ini mama dan papa Lia?” Tanya Puan Anis. Alia mengangguk.Puan Anis berkata lagi.

“Cantik mama Lia macam Lia. Papa Lia segaknya kerja apa dulu?”

“Papa kerja biasa-biasa saja ummi.” Jawabnya bersahaja.

“Ini siapa abang ke adik Lia?” Tanya Puan Anis menunjuk gambar Arshraf.

“Ini adik Lia, nama dia Arshraf.” Balas Alia

“Hensemnya, di mana dia sekarang?” Soal Puan Anis lagi.

“Masih menuntut di UIA.” Jawab Alia tersenyum manis

“Lia dulu belajar dimana?” pertanyaan Puan Anis membuatkan Alia terjerat seketika dia tidak boleh mendedahkan siapa dia ketika ini.

“Lia belajar tidak tinggi ummi.” Jawab Alia bersahaja cuba menguji.

“Tidak apa belajar tidak tinggi asalkan tinggi budi pekerti.”Balas Puan Anis membuatkan dua orang anak terunanya yang ada disitu tersentak dengan jawapan orang tuanya. Alia menarik nafas lega dia bersuara.

“Betul ke ummi berhasrat untuk menantukan Alia?” Tanya Alia dengan sopan. Puan Anis senyum memandang tepat ke anak mata Alia lalu mengangguknya.

“Ummi sayang Lia?” Puan Anis mengangguk. “Ummi anggap Lia macam anak sendiri?” Puan Anis mengangguk lagi.

Amsya mendengar setiap pertanyaan dan perbualan Alia dengan umminya. Dia memerhati Alia dengan penuh debaran perasaan sayunya terasa.

“Ummi, Lia sayang ummi macam mama Lia. Lia tiada sesiapa untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan Lia. Kalau dulu Lia ada masalah Lia akan bincang dengan mama dan papa. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau ummi betul berhajat untuk menantukan Lia ummi jumpa keluarga Lia dikampung.” Balasnya dengan sopan nadanya sayu.

Sedih Puan Anis mendengar setiap tutur kata Alia. Dia menarik nafas panjang kemudian berpaling kepada anak terunanya Danial Amsya. Amsya membalas pandangan umminya lalu mengangguk kepalanya menyambut tanda persetujuan.

“Bila Am nak pergi pinang Lia?” Tanya umminya.

“Hari ini pun boleh ummi.” Balas Amsya spontan. Dia amat gembira.

“Kampung Lia di Besut.” Kata Umminya.

“Bila ummi boleh jumpa keluarga Lia?” Soal Puan Anis pada Alia Nasuha

“Bila-bila sahaja Lia ikut ummi.” Jawab Alia. Puan Anis memandang Amsya sekali lagi. Amsya faham pandangan umminya bertanyakan kepadanya.

“Hujung minggu ini hari Sabtu kita pergi.” Jawab Amsya tanpa ragu.

“Macam mana Lia?” Tanya Puan Anis. Alia mengangguk.

“Lia bagitahu keluarga Lia. Kita buat yang wajib sahajalah ummi tidak payah bersanding.” Jawab Alia. Amsya mendengarnya lalu membalas.

“Abang nak bersanding” Alia mendengarnya hatinya berkata “Buat apa nak bersanding habis duit aku ajer. Aku tidak akan pakai duit kau, kau simpan untuk kahwin kau nanti.”

“Lia, ummi ada bincang dengan Amsya kalau Lia setuju terima lamaran ini, ummi cadang nak langsungkan pada hari raya nanti. Macam mana sempat tak nak prepare semua. Tinggal tidak sampai dua bulan lagi nak raya.

“Lia tidak kisah bila pun. Buat ringkas-ringkas sempatlah ummi.”Jawab Alia matanya melirik kearah Amsya. Amsya membalas lirikkan mata Alia.

“Ummi, izinkan Am bawa Alia keluar ada perkara nak bincang.” Kata Amsya. Alia memandang Amsya dahi berkerut.

“Bincang kat sini sajalah.” Jawab Alia.

“Lia, pergilah abang Amsya ajak ada perkara dia nak bincang dengan Alia tu. Lia pergi sayang.” Pujuk Puan Anis pada Alia. Dengan berat hati Alia mengangguk.

Amsya melihat jam tangannya pukul tujuh lebih sudah hampir masuk waktu maghrib.

“Kita pergi lepas solat maghrib” Katanya.

“Lia sembahyang di sini” Pinta Puan Anis. Alia mengangguk.

“Kalau begitu ummi izinkan Lia naik atas dulu.”

“Pergilah,kain sarung dan tuala ada dalam almari, Lia ambil sendiri boleh? Ummi nak solat kat bilik bawah saja.” Kata Puan Anis. Alia mengangguk. Alia meninggalkan mereka di situ lalu ke tingkat atas.

Sampai sahaja dalam bilik Puan Anis dia terus menghantar pesanan ringkas pada Syafikah.

“Syaf tolong stand-by kita keluar lepas maghrib, tempat nanti aku bagitahu kemudian” Send.

“Baik bos roger” Reply.

Amsya membuat ramalannya sendiri. “Kalau begini Irfan tidak boleh tahu syarat yang Alia bagi pada aku. Kalau dia tahu parah aku.” Amsya menghantar massagekepada Alia.

“Lia tolong jangan bagitahu siapa-siapa syarat awak termasuk Irfan. Saya tidak mahu sesiapa tahu.” Send. Alia menerima pesanan itu. Alia membalasnya.

“Baik. Saya tahu, saya janji saya tidak akan bocor pada siapa-siapa jangan risau rahsia kita selamat.” Reply. Amsya menerima balas pesanannya dari Alia.

Selepas sahaja solat maghrib Alia turun dilihatnya Amsya sudah bersedia untuk keluar dengannya. Dia bersalam dengan Puan Anis meminta diri, Amsya turut sama meminta diri dari umminya. Alia turun diikut oleh Amsya dan Irfan. Alia terus ke keretanya. Amsya memanggil Alia.

“Alia, kita pergi dengan kereta abang jer.” Pinta Amsya. Alia melihat kereta Nissan Fairlady idaman ramai itu. Bisik hati Alia Nasuha.

“Kereta dia rupanya.” Dia menolak permintaan Amsya dengan baik.

“Tidak apalah saya bawa kereta sendiri, lepas ini saya nak balik terus.” Dia menuju ke keretanya sambil memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia berpatah balik kearah Amsya. Amsya melihat Alia menuju kearahnya, dia menurun cermin kereta. Alia telah membuat muka moyok keletihan. Dia bersuara dengan perlahan.

“En.Amsya, awak nak pergi ke mana sebenarnya?” Soalnya.

“Abang nak bincang dengan Lia lah tentang perkahwinan kita.”

“Boleh tak lain kali, saya letihlah, penat banyak kerja tadi di pejabat. Tadi pun lewat saya balik. Sekarang ini sampai rumah pun tidak lagi. Lapar lagi.” Balas Alia keletihan.

“Kalau begitu kita pergi makan dulu? Lepas itu Lia balik.” Pinta Amsya lagi. Alia menggeleng tanda dia tidak setuju untuk keluar makan bersama Amsya. Amsya menarik nafas panjang mengeluh perlawaannya ditolak bulat-bulat. Dia terdiam seketika. Alia melihat wajah Amsya kecewa atas penolakkannya. Kemudia Alia bersuara lagi.

“En.Amys tidur di sini ke?” Tanya Alia. Amsya menggeleng kepalanya. Alia faham Amsya akan balik ke Damansara rumahnya.

“Kita jumpa esoklah En.Amsya.” Tawaran daripada Alia.

“Betul ke awak nak keluar dengan saya esok?” Balas Amsya bersemangat.

“Iyalah boleh bincang lama sikit.” Jawab Alia. Mendengar jawapan Alia hati Amsya berbunga kembali dia gembira.

“Kita keluar tengah hari esok pukul dua belas boleh tak?” Tanya Amsya.

“Hem…jumpa di mana?” Balas Alia.

“Nanti saya bagitahu esok.” Balas Amsya. Alia mengangguk dia meminta diri untuk balik. Mereka terus beredar dari halaman rumah Puan Anis ke destinasi masing-masing.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku