Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5697

Bacaan






Alia sampai dirumahnya pukul 8.30 malam, kawan-kawannya yang lain sedang menonton Alia masuk ke rumah dia terus ke sofa dan merebahkan dirinya. Syafikah melihat kelesuan diwajah Alia. Terus ditanyanya.

“Lia, kau kenapa? aku tunggu kau kata nak keluar dengan En.Amsya, jadi ke?”

“Tidak jadi aku penat sangatlah, sudahlah dipejabat tadi kerja banyak.” Balas Alia dengan suara keletihan bersandar disofa sedang matanya dipejamkan.

“Eh! Lia kau keluar dengan En.Amsya anak Puan Anis tu ke?” Soal Mimi sedikit terkejut.

“Iyalah Amsya mana lagi.” Balasnya tanpa membuka mata.

“Kau bercinta dengan dia ke?” Tanya Farhana.

“Aku nak kahwin dengan dia, kenapa? kau jugakan yang suruh. Sekarang aku dan En.Amsya akan kahwin.” Jawab Alia dengan selamba, matanya masih dipejamkan

“Hahhh…betul ke Lia, kau sudah setuju ke? Eh, bila kau bercinta dengan dia? Tiba-tiba sahaja nak kahwin, bila?”Tanya Mimi dengan terkejutnya.

“Argh, banyak soallah kau ni. Bercinta tidak penting, kahwin dulu baru bercinta.” Balasnya lagi kali ini dia membuka matanya. Semua rakan-rakannya bangun dan duduk berdekatan dengan Alia dan memandangnya dengan seribu pertanyaan.

“Eh, kau ni betul ke? Kau sakit ke apa? setahu aku, kau ni bukan senang nak terima lelaki dalam hidup kau. Asal cakap jer pasal lelaki, pasal kahwin mula nak melenting. Sekarang ni angin tak, rebut tak terus kahwin. Kau cair dengan En.Amsya yang hensem tu ke?” Soal Hana.

“Sakit apanya? Hah…aku cair dengan dia kenapa? Dia lamar aku, aku terima sajalah” Katanya sambil matanya berpaling kearah mereka bertiga. Tercegang Farhana dan Mimi.

“Bila dia lamar kau, aku rasa kau baru jer kenal dia?” Soal Farhana.

“Bila tidak penting. Yang penting sekarang hari sabtu ni aku balik Besut dia nak datang pinang aku.” Balas Alia dengan lagak poyonya.

“Betul ke? Aku ikut. Tok wan sudah tahu ke?” Pinta Mimi.

“Boleh, aku baru nak bagitahu tok wan lah ni.” Balasnya.

“Wow, bestnya kau Lia dapat kahwin dengan En.Amsya tu…hihihi jelousnya aku.” Balas Mimi lagi. Alia mendengarnya mengkerutkan muka dan dahinya sambil matanya menjeling kearah Syafikah yang hanya diam membisu.

“Sudahlah aku naik dulu nak mandi. Nanti kau orang tolong aku prepare majlis perkahwinan aku boleh?” Pinta Alia Nasuha pada teman-temannya.

“Boleh, boleh,boleh” Jawab mereka serentak. Alia bangun untuk kebiliknya.

Selepas sahaja dia memanjakan dirinya dengan mandian, wangi-wangian memakai lotion, krim malam. Dia menelefon neneknya dikampung.

“Hello Wan, apa khabar?” Sapa Alia setelah mendengar suara tok wan menjawab pangilannya.

“Baik. Lia macam mana? Ada apa-apa ke?” Tanya tok wan dapat menghidu panggilan cucunya kali ini.

“Alahai tok wan ni macam tau-tau jer Lia ada hajat.” Balas Alia manja.

“Lia tu cucu wan. Ada apa sayang?”

“Tok wan ingat tak Lia bagitahu ada lelaki lamar Lia? Dia dan umminya nak datang pinang Lia hari Sabtu ni, macam mana wan?”

“Ingat. Tok wan tidak ada halangan.”

“Tok wan tak payahlah bagitahu Pak long dan Mak Su. Biar kita jer bincang dulu lepas tu baru kita bagitahu mereka boleh tak Tok wan?” Pinta Alia, dia tidak mahu rahsianya terbongkar sebelum kahwin.

“Tok Wan akan ikut apa sahaja Lia mahu. Pukul berapa Lia sampai hari Sabtu ni? Lia mahu buat majlis bagaimana?” Soal neneknya.

“Lia mahu yang ringkas sahaja. Masa nanti Lia bagitahu.”

Dalam masa yang sama Alia memberitahu rancangannya kepada Tok Wan bagaimana majlis itu akan berjalan nanti apa yang akan dibuat semuanya oleh perancangan Alia yang uruskan tanpa pengetahuan orang lain. Dia tidak mahu perkahwinannya dengan Amsya diketahui oleh orang-orang tertentu.

Selepas sahaja Amsya dan Irfan makan malam disebuah restoran di Bangi dalam perjalanan pulang ke Damansara sambil mendengar radio yang dipasang dalam kereta sport Amsya. Amsya melihat gelagat sahabatnya itu dari tadi tidak banyak bercakap. Lalu Amsya bertanya kepadanya.

“Fan kau apa hal dari tadi diam sahaja, ada yang tidak kena ke?”

“Aku teringat budak Alia tadi. Kalaulah aku yang dapat dia aku tidak lepas punya. Kenapalah aku tidak jumpa dia dulu sebelum kau. Kalau aku bawa dia jumpa mami aku pasti mami aku terima dia. Kau tengok tadi macam mana dia dengan ummi kau.”

“Kau kenapa fikir pasal dia. Dia tu bakal isteri aku, jangan kau nak potong line pula. Ini yang aku tidak senang hati ini. Kau jangan buat aku marah.” Balas Amsya dengan marah kurang senang dengan kata-kata Irfan.

“Aku tengok si Lia tu istimewa sangat manis, ayu, cantik Kalau kau tidak jadi dengan dia kau bagitahu aku biar aku pula tackle dia manalah tahu kalau dia tersangkut pada aku.”

“Argh! Kau ni gila ke apa? Kalau aku tahu begini aku tidak bawa kau jumpa dia.” Balas Amsya. Irfan tahu Amsya marah pada dia. Nampak jelas Amsya cemburu.

“Relaks bro. Aku saja nak uji kau jer. Tapi kalau apa-apa berlaku pada Lia aku akan ambil dia.”Jawab Irfan membuatkan Amsya terkedu dan tercabar.

Selepas menghantar Irfan, Amsya terus ke kondominiumnya. Dia mandi dan bersolat isyak selepas sahaja bersolat dia mengambil i-padnya lalu dibukanya. Dia meng google facebookmencari nama Alia Nasuha, mukanya sedikit berkerut mencari nama itu ada beberapa gambar yang keluar tetapi tidak terjumpa facebook yang dicarinya. Lama juga dicarinya tapi tiada nama Alia Nasuha. Dia kemudian mencari nama Syafikah, gambar Syafikah yang dicarinya keluar. Dia cuba add. Amsya berbisik sendirian.

“Alia ni memang tidak ada facebook ke?” Dia mengaru kepalanya sendiri, pelik.

Keesokkan harinya seperti biasa Alia akan menyambung kerja-kerja dipejabatnya dia ingat janjinya dengan Amsya tengah hari itu tapi dia tidak tahu di mana. Sebelum dia memulakan kerjanya dia menghantar SMS pada Amsya.

“En.Amsya hari ini nak jumpa saya dimana?” Dia menghantar pesanan itu.

Amsya yang juga baru sahaja sampai dipejabatnya mengambil telefon apabila mendengar satu pesanan masuk ke dalam handphonenya. Dia membukanya pesanan itu, tersenyum manis dia menerima sms dari Alia orang yang ditunggu-tunggu. Berfikir sejenak, kemudian membalasnya.

“Saya ke tempat Lia, kita jumpa di Alamanda.”

“Ok” Balas Lia.

Alia membelek-belek kerja di atas mejanya dia membuka laptopnya dicari fail akaun diperhati baki akaun. Kemudian dia mengambil projek Hotel Tok Bali, selepas itu fail bypass, kemudian fail projek apartment. Dia perhatikan jumlah setiap projek kemudian mengkajinya. Dia teringatkan sesuatu. Lalu mengintercom Syafikah.

“Syaf tolong bawa fail projek Hospital Temerloh, kau panggil kak Zura dan Halida masuk.”

“Baik Cik Lia” Balas Syafikah.

Alia sekali lagi mengambil fail bypass. Dia mengambil telefonnya lalu menelefon sahabatnya Mimi. Panggilan Alia dijawab oleh Mimi.

“Hello Alia.”

“Hello Mimi, kau boleh tolong aku tak? Tolong tengok satu fail projek aku kerja sudah siap tapi claim tidak dapat lagi.” Pinta Alia.

“Projek mana? Kau bagi nombor fail.” Balas Mimi.

“Projek Bypass highway ke Melaka. Claim aku banyak lagi, kau tolong check, kau ambil nombor fail ni.” Balas Alia dengan memberi nombor fail projek kepada Mimi.

“Aku check dulu, nanti aku call kau.” Balas Mimi selepas itu perbualan mereka terus berakhir.

Syafikah masuk membawa fail yang diminta Alia bersama Zuraidah dan Halida. Syafikah menyerahkan fail yang diminta kepada Alia. Kemudian Syafikah terus keluar, tinggal Zuraidah dan Halida yang duduk didepannya kini. Alia memandang mereka berdua. Dia memulakan bicara dengan mereka berdua.

“Kak Zura, awak sudah tukar tandatangan cek dengan company secretary nama En.Helmi kepada Arshraf?”

“Belum lagi, setahu saya form 44, 24,49, 32A belum diubah selepas pemergian En.Helmi.” Terang Zuraidah kepada bosnya. Alia mendengarnya memandang tajam kearah Zuraidah.

“Aduh, macam mana saya boleh lupa ni?. Kenapa awak tidak bagitahu saya? Begini, awak suruh company secretary tukar shareholder, surat bank, tanda tangan cek perlu tukar.Awak tolong bagi tahu Syafikah buat oppoitment saya dengan company secretary minggu depan minggu ini saya sibuk.” Arahnya dengan Tegas.

“Tandatangan cek Both or Any” Tanya Zuraidah.

Any lah, tak kan suruh En.Arshraf mari sain cek pulak.” Jawab Alia tidak senang banyak kerja belum dia selesaikan.

Claim semua awak tidak follow-up kenapa? Saya tengok sini hampir setengah juta claim belum dapat kerja sudah lama siap kenapa? apa masalah? Kak Zura, Halida. Ini tanggungjawab awak pastikan semua duit kita masuk. Kenapa jadi macam ini?” Tanya Alia dengan marah kepada stafnya. Mereka berdua terdiam.

“Kak Zura sudah follow-up Cik Alia tapi belum juga dapat.” Terang Zuraidah.

“Awak tahukan kita perlu siapkan semua kerja sebagaimana dalam perjanjian, kalau tidak cukup duit macam mana projek nak siap? Satu lagi Halida tolong buat interim projek Tok Bali saya mahu awak ke sana check semua progress kemudian hantar interim pada saya biar saya semak. Dua hari lepas saya sudah pergi tapak projek ambil report dengan Syafikah. Saya mahu claim projek hotel masuk sebelum hari raya.” Tegas Alia pada pekerjanya.

“Baik Cik Lia.” Balas Halida.

“Kak Zura , saya tidak mahu pakai OD dan BG yang ada sekarang. Kita pakai cash dulu duit yang ada, saya sudah buat budjet awak tengok dulu. Halida tander baru mana? Awak sebagai QS(Quantity Serveyor) tidak masuk tender ke? Saya check tender akhir empat bulan lalu. Kita tidak dapat projek tender lama cari tender baru. Awak nak saya buat kerja awak ke?” Gertak Alia lagi. Mereka berdua terdiam seketika.

“Maaf Cik Alia, saya sudah checking tiada tender yang sesuai untuk company kita.” Balas Halida membuatkan Alia tidak senang dengan jawapan itu.

“What!...What do you means Halida? What do you say? I not understand? Awak kata tidak ada tender yang sesuai untuk company kita. Awak tengok tender kelas berapa A,B,C,D,E,F. Dua hari lepas saya tengok ada tender yang boleh kita masuk. Saya mahu awak check. Balas Alia dengan tegas.

“Baik Cik Lia.” Balas Halida tertunjuk malu.

Dengan suara yang rendah Alia bersuara lagi “Halida, Zuraidah awak berdua orang lama di sini kenapa jadi macam ini. Tolong semak semula kerja, saya harapkan awak. Halida check tender baru lepas itu bagitahu saya. Kak Zura pastikan claim kita masuk kalau ada apa-apa masalah bagitahu saja saya… Saya minta maaf, saya mahu semua kerja berjalan sebagimana yang saya rancang. Sudah kamu berdua boleh pergi.”

Mereka berdua keluar dari bilik Alia dengan perasaan yang malu. Syafikah melihat dua sahabatnya itu keluar menuju ke meja Syafikah.

“Kenapa moyok jer?” Tanya Syafikah.

“Kena marah, bos Lia naik angin banyak lagi kerja tidak siap, payment tidak masuk apa lagi mengamuklah. Kau pun satu Lida kenapa kau tidak isi tender? Kan sekarang sudah kena marah. Jawab pula macam itu.” Balas Zuraidah.

“Aku pun menyesal juga cakap begitu tadi. Aku tengok dia sibuk sangat sekarang nak jumpa tanya tender pun susah. Nanti aku tengok semula mana ada tender baru.” Jawab Halida.

“Sudahlah kau orang pergi sambung kerja.” Balas Syafikah.

“Syaf, Cik Lia suruh kau buat oppoitment dengan company secretary minggu depan” Zuraidah memberitahu arahan yang diterimanya tadi.

Syafikah mengangguk, mereka berdua beredar dari meja Syafikah. Syafikah bangun sekali lagi menuju ke bilik Alia. Dia masuk terus duduk di depan meja Alia yang sedang kusyuk buat kerja.

“Ada apa, kacaulah kau ni. Takde kerja kea pa?” Gertak Alia.

“Adalah. Aku nak bagitahu kau ni.” Balas Syafikah.

“Hari ini kau jumpa Amsya kan? Dia ada add facebook aku semalam. Mungkin dia cari facebook kau tak? Kau sudah tutup facebook kau ke?”. Terang Syafikah kepada Alia, membuatkan Alia tergelak yang dibuat-buat. Dia pandang Syafikah.

“Ha..ha..ha...aku sudah lama tutup facebook. Kau tidak tahu ke? Biar dia cari.” Jawab Alia.

“Mana aku tahu kau tutup facebook. Buat apa aku nak buka facebook kau hari-hari mengadap muka kau.” Balas Syafikah.

“Syaf, aku keluar dulu. Mungkin lambat sikit aku masuk office.” Kata Alia. Dia terus mencapai handbagnya lalu keluar dari biliknya ke Alamanda.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku