Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6358

Bacaan






Alia Nasuha terus balik semula ke pejabatnya. Dia menyambung semula kerja-kerjanya yang tertangguh tadi. Dia mesti siapkan kerja-kerja petang itu juga, mungkin esok dia tidak masuk pejabat kerana temujanjinya bersama Arshraf dengan wakil Insurance.

Petang itu Amsya tidak masuk ke pejabatnya, selepas sahaja pulang dari berjumpa Alia dia terus balik ke rumahnya. Sampai sahaja di kondominiumnya Amsya meletakkan barang kemas yang dibelinya tadi di atas meja diruang tamu. Dia masuk ke bilik merehatkan dirinya sebentar di atas katil merenung sikapnya tadi terhadap Alia. Tidak patut dia membiarkan Alia memilih dan membayar semua barang emas tadi. Dia cuba menelefon Alia. Talian Alia berdering…

“Hello” Alia menjawab pangilan Amsya.

“Hello Alia.” Balas Amsya.

“Ya, En.Amsya ada apa lagi?” Tanya Alia.

“Awak sekarang dimana?” Tanya Amsya

“Saya dipejabatlah, awak nak apa lagi?. Soal Alia dengan marah.

“Awak marah saya pasal tadi? Saya minta maaf Lia. Berapa semua harga barang tadi? Nanti saya bayar pada awak.” Balas Amsya.

“Marah apanya En.Amsya. Tidak apalah small matter jer. Awak ni ganggu sajalah, saya banyak kerja. Oklah bye. Balas Alia terus memutuskan telefonnya.

Amsya mengeluh panjang panggilannya diputuskan begitu sahaja tiada respond dari Alia. Kenapa hatinya bergitu terusik dan terguris. Dia benar-benar rasa bersalah memperlakukan begitu kepada Alia. Tapi Alia sedikit pun tidak mengendahkannya.

Bisik hatinya ”Kenapa pula hati aku yang terasa pedih, aku memang tidak patut tinggalkan Lia tadi memilih cincin bersendirian. Dia pula yang bayar.”

Tiba-tiba Amsya teringatkan sesuatu. Kali ini dia menelefon Irfan.

“Hello Fan kau ada dimana?” Soal Amsya.

“Aku nak balik rumahlah, kau ke mana tadi tidak masuk office?” Soal Irfan pula.

“Aku ada hal tadi, malam ini kau datang rumah aku.” Pinta Amsya.

“Kenapa pula kau ni? Buat apa?” Soal Irfan mohon penjelasan dari sahabatnya itu.

“Kau kena tolong aku, Tengku Umairah nak datang rumah aku malam ini, kau teman aku.” Pinta Amsya lagi.

“Kenapa pula aku kena teman kau berdua, lagi best kau duduk berdua-duaan dengan Tengku Umairah yang seksi tu.” Balas Irfan

“Eh, kau gila ke apa, datang pencegah maksiat tangkap basah aku.” Kata Amsya. Irfan tergelak mendengar kata-kata Amsya.

“Baguslah kau boleh kahwin free dengan Tengku Umairah. Alia kau bagi pada aku.” Balas Irfan. Pedih juga hatinya apabila Irfan berkata begitu. Dia terdiam seketika. Irfan terasa Amsya tersingung dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Am, aku bergurau jerlah, kenapa kau ajak dia datang rumah kau? Kenapa tidak jumpa diluar saja?” Soal Irfan lagi.

“Alah kau tahukan Umairah macam mana.” Balas Amsya.

“Iyalah, nanti aku datang rumah kau malam ini, pukul berapa kau nak aku datang?” Tanya Irfan lagi.

“Pukul lapan, kau cepat sikit sebelum Umairah sampai.” Pinta Amsya.

Sebagaimana yang telah dijanjikan. Tengku Umairah datang ke rumah Amsya pukul 8.30 malam. Setibanya dia dirumah Amsya, Irfan sudah pun sampai. Terkejut juga Tengku Umairah melihat Irfan ada dirumah Amsya. Tengku Umairah dengan wajah yang tajam memandang Irfan yang sedang menonton tv di sofa. Amsya tidak ada diruang tamu mungkin dalam biliknya. dia menghampiri Irfan.

“Irfan, kau buat apa di sini? Kacau daunlah kau.” Kata Tengku Umairah.

“Kacau daun apa? Kau tu tidak tahu malu ke datang rumah orang bujang malam-malam?” Jawab Irfan.

Belum sempat Tengku Umairah menjawab persoalan Irfan tiba-tiba Amsya muncul. Terus Tengku Umairah menyapanya.

“Hi, sayang.” Sambil berjalan kearah Amsya dipahutnya lengan Amsya. Mereka berdua duduk disofa didepan Irfan. Amsya melihat pakaian yang dipakai oleh Tengku Umairah, skrit singkat, baju tidak berlengan memang seksi mengoda. Dengan sikap manja dan mengoda Tengku Umairah bersuara.

“Sayangggg…boleh tak sayang belikan Umairah gelang.” Amsya tersenyum manis memandang Tengku Umairah di sebelahnya yang memegang lengangnya dipahut erat oleh Tengku Umairah.

“Abang sudah beli, sayang ambil atas meja tu.” Arah Amsya. Tengku Umairah bangun menuju ke meja yang dimaksudkan oleh Amsya. Dia mengambil lalu membukanya.

Tengku Umairah menjerit kegembiraan apabila melihat barang kemas yang di beli oleh Amysa “Wow! Cantiknya abang gelang nih.” Tengku Umairah membawa paper bag yang berisi barang kemas tadi ke sofa dimana Amsya dan Irfan berada kemudian meletakkannya di atas meja depan mereka. Dia mengambil bekas yang ada dalam bag itu satu lagi dimana bekas itu berisi cincin yang dibeli Alia tadi.

“Abang cantiknya cincin ini, abang buat kejutan untuk Umairah kan? Abang nak masuk pinang Umairah ke?” Tanya Tengku Umairah gembira, membuatkan Amsya terkejut dan terkedu seketika melihat bekas cincin ditangan Tengku Umairah yang dibeli Alia. Dia menelan air liurnya. Irfan yang ada depannya memandang Amsya yang terkejut. Amsya mengambil bekas dan cincin itu yang telah Tengku Umairah sarungkan ke jarinya.

“Mari sini, kenapa Umairah ambil yang ini,” Katanya. Sambil mencabutkan cincin itu dari jari Tengku Umairah dan melihat cincin itu memang cantik, dia tidak tengok pun cincin yang dibeli oleh Alia. Umairah mengambilnya kembali dari tangan Amysa.

“Cincin belah rotan ini mesti untuk meminang dan yang ini untuk bertunang atau kahwin abang?” Tanya Tengku Umairah lagi, membuatkan Amsya terkunci mulutnya seketika. Sekali lagi Umairah menyarungkan ke jarinya.

“Kenapa abang tidak bagitahu Umairah nak beli cincin, longgarlah sikit abang,” Kata Tengku Umairah.

Irfan yang asyik memandang mereka dari tadi dapat menduga bahawa cincin itu mungkin untuk Alia. Amsya mengambil semula cincin itu dari Tengku Umairah.

“Iya ke? Mari sini abang tengok, nanti abang tukar semula ya sayang.” Jawab Amsya cuba mengalih perhatian Tengku Umairah terhadap cincin itu.

“Tidak apa abang sikit saja longgar boleh pakai tidak payah tukar cantik Umairah nak pakai.” Balas Tengku Umairah memujuk Amsya dengan manja. Amsya menarik nafas panjang mengeluh. Hati Amsya berkata.

“Aduh! Apa aku nak buat ni, parah kali ini. Macam mana kalau Umiarah ambil cincin ini.”

Irfan yang memandang Amsya sudah gelisah dengan cincin yang dipegang Umairah lalu membela sahabatnya itu.

“Umairah, orang tua kata kalau sebelum bertunang sudah tengok cincin yang dibeli oleh pasangan kita tidak jadi kahwin tau.”. Terkejut Umairah apabila Irfan berkata begitu membuatkan dia marah kepada Irfan.

“Pandailah kau Irfan, tidak sayang mulut, abang simpan cincin belah rotan ini. Cincin berlian ini Umairah nak, nanti bila kita nak kahwin abang beli yang lain.” Kata Tengku Umairah sambil menyerahkan cincin belah rotan pada Amsya dan cincin berlian itu disarungkan kejarinya. Amsya menutup mata dan meraup mukanya. Dia sekali lagi memujuk Tengku Umairah supaya menyerahkan semula cincin itu kepadanya.

“Sayang nantilah dulu, abang pegang dua-dua dulu nanti bila sampai masa nanti abang bagi, ok sayang.”

“Tak nak Umairah suka cincin ini. Ini berlian asli bukan berlian tiruan,Abang ni kenapa? atau abang mau bagi cincin ini untuk orang lain? Kalau Umairah dapat tahu abang ada orang lain Umairah kerjakan perempuan itu. Cincin ini Umairah nak pakai” Terkedu Amsya mendengarnya sambil mengeluh.

Irfan masih melihat gelagat Umairah yang gedik itu membuatkan matanya berbulu. Bisik hatinya “Macam mana si Amsya boleh terpikat dengan Umairah ni, sekarang ini bukan senang nak lepas dia.”

“Kau sudah dapat apa yang kau nak, sekarang boleh balik lah.” Kata Irfan pada Tengku Umairah.

“Eh! Irfan kau kenapa, ikut akulah yang kau sibuk pasal kami kenapa? Kau jaga kekasih kau sudahlah.” Balas Tengku marah.

“Sudahlah… sayang balik dulu boleh tak? Bagi balik cincin itu pada abang biar abang simpan dulu, sampai masa abang bagi.” Pujuk Amsya lagi.

“Baiklah, Umairah balik sekarang tapi cincin ini Umairah nak. Esok kita sambut harijadi Umairah.” Balas Umairah, membuatkan Amsya mati akal. Irfan mendengarnya lalu berkata.

“Amsya tidak boleh sambut harijadi kau esok, dia kena pergi outstation lima hari di Kemaman.” Tengku Umairah memandang kearah Amsya dengan muka manjanya. Amsya membalas senyuman Tengku Umairah.

“Sebab itu abang beli hadiah pada Umairah lebih awal. Sayang balik dulu, abang mahu tidur esok pagi abang nak bertolak.” Elah Amsya sebenarnya dia tidak pergi outstation, mungkin Irfan berkata begitu untuk mengelakkan Tengku Umairah terus mendesak dia. Dia sekarang memang sudah bengang cincin Alia ada pada Tengku Umairah.

Tengku Umairah bangun mengambil bagnya lalu beredar dari situ. Sebelum beredar sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Amsya didepan pintu. Selepas itu Amsya masuk semula ke dalam rumahnya lalu ke sofa, Irfan sedang memerhatinya, dia merebahkah diri ke atas sofa dengan keluhan yang kuat.

“Huh…Fannnn…apa aku nak buat ni. Itu cincin Alia yang beli tadi, mati aku.” Jerit Amsya.

“Yang kau bodoh sangat letak sekali dengan hadiah dia kenapa, sekarang ini kau tanggunglah sendiri aku nak tolong macam mana lagi tadi pun aku sudah tolong, aku tahu kau tidak mahu jumpa dia esok kan?” Balas Irfan.

“Macam mana aku nak bagitahu Lia ni? Itu cincin kahwin. Kahwin pun tidak lagi cincin sudah hilang.” Soal Amsya lagi kebengungan

“Nanti kau kahwin dengan tuan-tuan sekali hilang. Alah…kau beli sajalah yang lain, bukan dia ingat pun, bila dia beli?” Balas Irfan membuatkan Amsya terkejut.

“Kau kenapa cakap macam itu. Aku pergi tadilah itu yang aku tidak masuk office masa lunch aku pergi jumpa dia beli cincin dan bincang pasal nak pergi pinang di hari sabtu ini.” Balas Amsya.

“Aku balik dulu Amsya. Tidak payah fikir kau beli sahaja yang lain untuk Alia.” Cadang Irfan sambil bangun melangkah keluar dari rumah Amsya untuk pulang.

Amsya masih mengeluh difikirnya lagi. “Kenapa tadi aku buat begitu pada Alia, sekarang ini pula cincin dia sudah diambil oleh Tengku Umairah. Apa kata dia kalau dia tahu, aku baru saja nak cuba masuk jarum nak pikat dia tapi cincin sebentuk pun tidak boleh jaga. Cantik pula cincin itu, pandai juga Alia memilih berapa harga cincin itu tadi? Syok juga keluar dengan Alia tadi gila-gila sikit sikap Alia kelakar pun ada.” Tersengih Amsya mengingati kenangan bersama Alia petang tadi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku